Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
biskut baby

14 Biskut Baby Terbaik di Malaysia 2024 (Sedap & Berkhasiat)

Makanan jejari yang mudah, cepat dan ringkas untuk bayi anda

Bila si manja sudah mencapai umur 6 bulan, ibu bapa mula mencari biskut baby untuk memperkenalkan makanan baru kepada si manja.

Malah, mungkin juga ada sesetengah ibu bapa yang rajin siap buat biskut baby mengikut resepi biskut untuk bayi dari internet.

Tapi nak buat apa susah-susah kalau di pasaran terdapat banyak biskut sesuai untuk bayi.

Jom kita lihat senarai biskut baby di bawah.



Senarai 14 Biskut Sesuai Untuk Bayi

Biskut baby terbaik secara keseluruhan
APPLE MONKEY organic rice cracker 30g
APPLE MONKEY organic rice cracker 30g
From
RM12.49
Check APPLE MONKEY organic rice cracker 30g price below:
add_circle Tiada MSG
add_circle Bebas gluten
add_circle Tiada bahan pengawet
add_circle Tidak mengandungi kacang atau telur
remove_circle Bungkusan sedikit

Sebab menjadi pilihan utama:

Makanan baby dari Apple Monkey Rice Cracker ini sesuai untuk bayi berusia 6 bulan ke atas kerana merupakan snek sihat untuk anak-anak.

Ciri-ciri:

Biskut ini mengandungi sayur-sayuran sebagai ramuan dan diproses menjadi bentuk keropok nasi organik.

Jangan risau, jika bayi anda tidak mempunyai gigi lagi, anda tetap boleh berikan keropok ini kepada si manja kerana ciri keropok ini mudah cair dalam mulut bayi.

Walaupun dikatakan keropok tapi proses pembuatannya tidak digoreng tapi dibakar.

Diperbuat daripada Beras Jasmine Organik, tiada MSG atau menggunakan bahan pengawet.

Terdapat 6 perasa, jagung, strawberry, pisang, bayam, keledek dan labu. Pilih saja.

Review:

“Mula ingatkan anak tak suka tapi bila suap wah wah dia suka. Nak beli lagi untuk bekalkan dia kat rumah pengasuh,”

Biskut bayi cair di mulut
IZZLY Biskut Bayi Homemade Baby Cookies
IZZLY Biskut Bayi Homemade Baby Cookies
From
RM20.00
Check IZZLY Biskut Bayi Homemade Baby Cookies price below:
add_circle Cair di mulut
add_circle Bekas kedap udara
add_circle Boleh di bawa kemana saja
remove_circle Terlalu rapuh

Setiap pembelian mengandungi 27 keping biskut berbentuk hati dan pelbagai perasa.

Mempunyai 5 jenis perasa iaitu pisang, mix fruit, kurma, coklat dan kismis. Pilih saja!

Jangan risau, pembungkusan biskut ini kedap udara jadi tidak perlu pindahkan biskut ke bekas lain untuk penyimpanan. Guna saja bekas yang disediakan.

Bagi ibu bapa yang menghantar anak ke taska atau pengasuh, bungkus saja biskut ini dalam bekas. Mudah!

Sesuai untuk si kecil berusia 6 bulan ke atas dan jika tiada gigi tiada masalah kerana biskut ini diproses cair dalam mulut.

Biskut ini menggunakan 100% bahan semulajadi, tiada kandungan gula, garam dan perasa.

Biskut baby murah
Take One Baby Bites (50g x 24pcs)
From
RM7.50
Check Take One Baby Bites (50g x 24pcs) price below:
add_circle Bebas gluten
add_circle Tiada bahan pengawet
add_circle Tidak mengandungi kacang atau telur
remove_circle Perlu habiskan cepat selepas bungkusan dibuka

Biskut dari Baby Bites ini mempunyai 5 perasa antaraya lobak merah, asli, epal, pisang dan sayur.

Walaupun mempunyai perasa tapi kandungannya tidak mengandungi bahan pewarna atau perisa tiruan kerana Baby Bites menggunakan bahan semulajadi.

Malah, beras yang digunakan dari beras Jeraponica yang halus yang telah ditapis menjadikan tekstur biskut ini mudah cair bila dalam mulut bayi.

Jadi, jika anak anda tidak mempunyai gigi pada usia 6 bulan, mereka masih boleh makan biskut ini untuk merangsang gusi mereka.

Bahan lain yang terkandung dalam biskut ini adalah pati kentang, garam laut, serbuk lobak merah dan gula.

Baby makan biskut rusk
Tenten Baby Guide Original Flavor Rusks
Tenten
Tenten Baby Guide Original Flavor Rusks
From
RM17.85
Check Tenten Baby Guide Original Flavor Rusks price below:
add_circle Tidak mengandungi perasa tiruan
add_circle Bebas gluten, kacang dan telur
add_circle Rendah lemak
remove_circle Mengandungi gula

Setiap kotak Tenten biskut mengandungi 18 bungkus dan sesuai untuk 6 bulan ke atas.

Sesuai untuk ibu bapa yang menghantar anak ke pengasuh, bagi saja sebungkus biskut untuk bekalan si comel di rumah pengasuh. Mudah!

Jangan risau, biskut ini tidak mengandungi perasa tiruan, bahan pengawet, lemak atau minyak tambahan.

Malah, setiap perisa akan mengandungi vitamin B1 untuk tumbesaran si kecil dan penggunaan garam adalah garam laut bukan garam biasa.

Biskut pisang baby
Milna Baby Biscuit Banana 6+ months
Milna
From
RM11.50
Check Milna Baby Biscuit Banana 6+ months price below:
add_circle Boleh dibancuh
add_circle Mudah kenyang
add_circle Dapat merangsang gusi
add_circle Mengandungi AA dan DHA
remove_circle Kandungan sedikit

Biskut ini adalah cara terbaik untuk memperkenalkan makanan dalam bentuk pejal (solid food) untuk si comel.

Dalam masa yang sama, anda boleh terus bagi si comel biskut ini tanpa perlu membancuh dengan air.

Diformulasikan khas untuk setiap peringkat tumbesaran dengan kebaikan nutrisi seimbang.

Dengan kandungan AA, DHA dan kalsium susu, Milna Rusk dapat menjadi makanan tambahan serta ganti kepada susu badan atau botol kerana bayi mudah kenyang.

Terdapat 3 perasa untuk yang boleh dipilih mengikut kegemaran si kecil. 

Biskut bayi 1 tahun
CERELAC Nutribites Nutritious Biscuit
From
RM9.50
Check CERELAC Nutribites Nutritious Biscuit price below:
add_circle Mengandungi banyak khasiat
add_circle Tidak mengandungi gula
remove_circle Tidak sesuai 12 bulan ke bawah

Biskut Cerelac Nutribites dikatakan biskut penuh dengan khasiat nutrisi kerana mengandungi iron, kalsium, Vitamin B1, B2 dan B6.

Kandungan khasiat ini membantu tumbesaran si kecil dari seawal usia 1 tahun sehingga 6 tahun. 

Bahan lain yang terkandung dalam biskut ini adalah gandum, tepung, susu dan madu.

Paling penting, biskut ini tidak mengandungi gula tapi menggantikan dengan sukrosa.

Cuma ingin ditekankan, biskut ini mengandungi kacang, soya dan telur jadi bayi yang alahan dengan bahan ini sebaiknya elakkan.

Biskut baby bebas gluten
ORGRAN Gluten Free Itsy Bitsy Bears Choc Chip Cookies
Orgran
biskut baby
From
RM16.80
Check ORGRAN Gluten Free Itsy Bitsy Bears Choc Chip Cookies price below:
add_circle Bebas gluten, yis, telur dan kacang
add_circle Tidak akibatkan alergi
remove_circle Mengandungi pewarna

Jika si comel kerap mengalami kembung perut, kekurangan tenaga atau tidak ada selera makan, cuba ‘pancing’ mereka dengan biskut Orgran Gluten Free ini.

Kandungan dalam biskut ini semuanya bahan semulajadi dan sayuran cuma mempunyai perasa vanilla untuk biskut perisa vanila.

Tapi apa yang pasti bebas gluten, yis, telur, kacang, gandum dan susu sekaligus sesuai untuk si comel yang sering mengalami alergi makanan.

Terdapat 5 jenis perisa biskut. Semuanya berbeza mengikut kesesuaian si comel anda. Antaranya;

  • Orgran Kids Selfies Vanilla.
  • Orgran Kids Outback Animals Chocolate 
  • Orgran Kids Outback Animals Vanilla
  • Orgran Kids Itsy Bitsy Bears Choc Chip 
  • Orgran Kids Fruitasaurus Wholefruit 
Biskut baby organic
AC-Baebis Organic Baby Rice Puffs - Baby Snack Biscuit
AC-Baebis Organic Baby Rice Puffs - Baby Snack Biscuit
From
RM14.90
Check AC-Baebis Organic Baby Rice Puffs - Baby Snack Biscuit price below:
add_circle Tiada garam dan bahan pengawet
add_circle Menggunakan bahan semulajadi
add_circle Formula tanpa goreng
remove_circle Kandungan bungkusan sikit

Mempunyai 3 perisa iaitu Peach Berry, Keju dan Apple Banana. Setiap persia ini mempunyai kandungan khasiat yang berbeza.

Jadi anda boleh pilih mana satu si kecil perlukan tapi sebaiknya beri semua biskut ini kepada si comel supaya dapat khasiat yang cukup.

Peach Berry mengandungi antioksidan tinggi, fiber, vitamin A dan C dan manis berry yang terhasil pada biskut ini adalah semulajadi.

Biskut keju pula mengandungi kalsium, protein dan vitamin dimana dapat berikan diet yang seimbang untuk si kecil yang sesuai untuk usia 6 bulan ke atas.

Manakala Apple Banana adalah pilihan terbaik kerana mengandungi nutrisi penting untuk mereka terutama bayi yang baru didedahkan dengan makanan pejal.

Jangan risau, bahan digunakan 100% bahan semulajadi dan sudah disahkan halal.

Biskut baby bites
Little Freddie Biscuits
Little Freddie Biscuits
From
RM20.88
Check Little Freddie Biscuits price below:
add_circle Tiada perasa dan pengawet
add_circle Tiada gula dan garam
add_circle Tiada pewarna tiruan
remove_circle Hanya sesuai untuk 12 bulan

Little Freddie Biscuit diperbuat dari biskut berasaskan gandum, oat dan buah-buahan.

Antara perasa buah yang ada adalah pisang, tomato, lobak merah dan oats & kismis.

Rasa buah yang terhasil pada biskut ini dari serat gandum untuk menaikkan perisa dan melembutkan tekstur oat.

Lagipun, dapat membantu menstimulasikan pertumbuhan gigi bayi bagi bayi yang belum tumbuh gigi.

Jangan risau, kandungan biskut ini dijamin selamat dan sihat untuk bayi kerana tiada tambahan gula, garam dan penambah perisa.

Biskut oat untuk baby
IBUANIS Homemade Baby Cookies
IBUANIS Homemade Baby Cookies
From
RM20.00
Check IBUANIS Homemade Baby Cookies price below:
add_circle Bebas gula
add_circle Banyak pilihan perisa
add_circle Tiada gula dan perisa tiruan
remove_circle Harga mahal

Mempunyai banyak pilihan perisa sehingga 9 perisa, Antaranya….

Chocolate melt, Oat dates melt, Almond oat dates melt, Sweet corn oat dates, Apricot oat dates, Milky melt, Sweet potato oat dates, Banana oat dates melt dan Oat raisin melt.

Bahan utama dalam biskut ini adalah tepung tanpa pemutih yang diperkaya dengan vitamin C, mentega tanpa garam dan oatmeal anzen.

Menariknya tentang biskut ini, boleh dimakan terus atau dibancuh dengan susu atau air untuk dijadikan seperti nestum.

Jangan risau, semua biskut dari jenama ini tidak menggunakan bahan pengawet, bebas gula dan tiada perisa tiruan jadi selamat untuk si comel.

Biskut bayi 9 bulan
Heinz So Yummy (60g)
Heinz So Yummy (60g)
From
RM6.90
Check Heinz So Yummy (60g) price below:
add_circle Harga murah
add_circle Merangsang gusi
add_circle Mengandungi 8 vitamin
add_circle Tiada pewarna dan pengawet
remove_circle Tidak sesuai untuk bayi 6 bulan

Biskut ini sesuai untuk usia si comel yang baru masuk 7 bulan ke atas kerana bentuk dan tekstur biskut ini dapat merangsang gusi bayi.

Manis yang digunakan untuk memproses biskut ini adalah gula semulajadi dari buah iaitu mangga dan aprikot.

Malah terdapat khasiat penting untuk si comel iaitu Vitamin K, B12, A, B6 dan E, Thiamin, asid folik, riboflavin, niacin, zink sulphate dan iron fumarate.

Bentuk biskut ini direka panjang-panjang supaya mudah dipegang oleh bayi yang mempunyai tangan yang kecil.

Biskut baby cheese
Milna Toddler Kids Biscuit 110g
Milna Toddler Kids Biscuit 110g
From
RM5.19
Check Milna Toddler Kids Biscuit 110g price below:
add_circle Mengandungi banyak nutrisi
add_circle Harga murah
remove_circle Tidak mempunyai banyak perasa

Bila si comel sudah mula ada gigi dan makin membesar, pastikan mereka mendapat nutrisi yang optimum walaupun melalui snek.

Jadi dengan snek Milna Toddler dapat berikan perkembangan kebaikan nutrisi seimbang untuk kesihatan kekal sihat.

Antara nutrisi yang terkandung adalah kalsium, magnesium, potassium, Vitamin A, C, D dan E dan zink.

Nutrisi ini penting untuk perkembangan otak dan penglihatan serta membekalkan tenaga tambahan untuk aktiviti fizikal.

Ingin diingatkan biskut ini sesuai untuk si manja berusia setahun hingga tiga tahun.

Biskut beras bayi
Mommy J Pure Fruit Rice Puffs 45g
Mommy J Pure Fruit Rice Puffs 45g
From
RM16.00
Check Mommy J Pure Fruit Rice Puffs 45g price below:
add_circle Biskut tidak digoreng atau dibakar
add_circle Mempunyai nutrisi yang cukup
add_circle Dapat merangsang gusi
add_circle Guna bahan semulajadi

Apa yang menarik tentang biskut dari jenama Mommy J ini adalah menyahmampat bahan mentah di bawah tekanan.

Maksudnya, biskut yang dihasilkan tidak dibakar dan tidak digorang, memang selamat untuk si comel.

Ini kerana struktur kek beras bayi yang digunakan berliang dan gebu, rangup dan dapat memberi rasa kemanisan semula jadi.

Malah PUFF beras dari Mommy J dicampur dengan buah-buahan asli tulen yang kaya dengan vitamin dan kalsium dimana membantu menggalakkan perkembangan kanak-kanak.

Kandungan dalam biskut ini adalah 3 bahan saja iaitu beras putih, beras perang dan puri buah.

Biskut baby tekstur lembut
GERBER Baby Biscuits Banana Cookies
banana cookies
From
RM18.80
Check GERBER Baby Biscuits Banana Cookies price below:
add_circle Tiada warna tiruan, perisa tiruan & pemanis tiruan
add_circle Tekstur lembut sesuai untuk belajar mengunyah
add_circle Diperbuat daripada pisang asli

Biskut berperisa pisang ini sesuai untuk bayi anda yang berumur 12+ dan baru belajar mengunyah.

Mengandungi sumber kalsium, vitamin, zat besi dan zink yang baik, tiada lemak trans dan kolesterol. 

Diperakui halal dan biskut ini diperbuat dari pisang asli. Bentuk biskut ini sesuai digenggam oleh anak kecil.

Anda boleh hidangkan biskut ini untuk waktu makan atau untuk masa snek dengan jus.


Berapakah Umur Paling Sesuai Untuk Beri Biskut Bayi Kepada Anak?

Kami yakin, ramai ibu bapa di luar sana sudah dimaklumkan bahawa bayi harus disusukan dengan susu ibu atau formula sahaja dari lahir hingga berusia enam bulan.

Manakala makanan pelengkap harus diperkenalkan pada usia enam bulan sementara penyusuan susu ibu atau formula diteruskan sehingga berusia dua tahun. 

Tapi apa yang menjadi masalah, snek untuk si comel. Bukan apa, kita sendiri pun bosan kalau asyik makan nasi dan susu je tiap hari kan?

Jadi menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), prinsip pemberian makanan mengubah tekstur mengikut umur bayi.

Maksudnya, selepas 3 bulan bayi diperkenalkan dengan bubur nasi, iaitu antara usia antara 9 hingga 11 bulan, bayi perlu diberi makanan yang dicincang atau dipotong kecil. 

Jadi, waktu ini makanan jejari (finger food) seperti biskut lembut dan buah-buahan juga boleh diberi.

Cuma ingin diingatkan beri bayi makanan dengan tekstur yang bersesuaian bagi mengelakkannya daripada tercekik.

Dam pastikan kanak-kanak perlu dipantau semasa waktu makan untuk mengelakkan kejadian berbahaya seperti tercekik.

Bagaimanapun, KKM memberi panduan ringkas makanan pelengkap untuk si kecil untuk ibu bapa di luar sana.

  • 6 - 8 bulan, 2 hingga 3 kali sehari dengan 1 hingga 2 kali snek berkhasiat.
  • 9 - 11 bulan, 3 hingga 4 kali sehari dengan 1 hingga 2 kali snek berkhasiat.
  • 1 - 3 tahun, 4 hingga 5 kali sehari dengan 1 hingga 2 kali snek berkhasiat.

Jom tonton video di bawah untuk memperkenalkan si kecil makanan solid pada awal 6 bulan.


Artikel Berkaitan

End of Article