Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Breast Pump Terbaik Pilihan Ibu Malaysia (Jenama Berkualiti)

Proses penyusuan jadi mudah dengan pam susu.

Proses mengepam susu badan sebenarnya agak sukar. Banyak perkara yang perlu dilakukan.

Mecuci bekas pam susu, sterilize bekas pam, menjaga jadual, keluar berjalan perlu bawa peralatan pam dan banyak lagi!

Tapi nak tak nak, kena buat juga sebab nak wujudkan demand. Kalau tak pam, nanti susu kering pula.

Tapi itu bergantung pada pilihan si ibu sendiri tapi jika si ibu berusaha keras memastikan anak mereka fully breastfeed, artikel ini khas untuk anda.

Terutama si ibu yang bekerja pasti memerlukan mesin pam susu terbaik dan bagus supaya dapat guna lama dan sedutan mesin tidak mengakibatkan puting sakit.

Jadi, jom lihat jenama pam susu terbaik dan berkualiti.


Senarai 9 Breast Pump Terbaik

Original Luxe Bearmom Hands Free Breast Pump
Semak Original Luxe Bearmom Hands Free Breast Pump harga dibawah:
add_circle Beroperasi secara senyap
add_circle Saiz yang ideal
add_circle Bateri tahan lebih lama
remove_circle Mahal

Pam susu jenama Bearmom ini mempunyai kapasiti 160ml atau 6oz. Cukup untuk satu sesi mengepam.

Saiz pam susu ini panjang x lebar x tinggi = 117mm x 117mm x  75mm. Memang muat-muat dengan saiz cup pada bra.

Disebabkan saiz pam susu yang ideal, ibu boleh buat kerja lain sambil pam susu.

Jangan risau, sedutan pam susu ini sekuat 300mmhg, tidak menyakitkan puting.

Malah, mempunyai rekaan anti backflow jadi si ibu tidak perlu risau susu meleleh keluar.

Pam susu ini mempunyai tiga jenis mod ketika mengepam iaitu auto stimulation, massage dan expression serta mempunyai pilihan sembilan tahap sedutan.

Bateri ini juga mampu bertahan selama 210 minit dimana tempoh mengecas penuh 180 minit.

Pam susu ini lengkap dengan teknologi LED. Maksudnya, tidak perlu tekan butang untuk mengawal proses pam.

Breast pump paling senyap
MafaBabe
breastpump mafababe
Semak MafaBabe Wireless Breast Pump harga dibawah:

Jenama Mafababe mengeluarkan dua jenis breast pump dan kami sarankan model Mafababe Pink.

Ini kerana tempoh mesin beroperasi selama 20 minit berbanding model Mafababe Kuning, selama 30 minit. 

Sebenarnya tidak perlu mengepam terlalu lama, gusar kulit puting mengembang tapi bergantung pada demand si ibu.

Ciri lain Mafababe Pink ini adalah mempunyai 5 tetapan mod yang boleh dilaras.

Malah terdapat juga mod lain seperti massage, breast pumping dan juga memory.

Bekas isipadu susu 250ml dan ini cukup besar untuk menampung susu kedua - dua blah payudara. 

Bateri pula sebesar 800mAh dimana hanya dicaj menggunakan kabel wayar USB android saja.

Hands Free wearable electric breast pump S10
Semak Hands Free wearable electric breast pump S10 harga dibawah:
add_circle Mudah bergerak ketika mengepam susu
add_circle Beroperasi secara senyap
remove_circle Mesin terlalu besar

Electric breast pump S10 merupakan pam susu yang boleh dibawa kemana sahaja tanpa perlu memegang pam semasa mengepam susu.

Pam susu ini menjadi pilihan ibu yang bekerja tanpa perlu risau masalah bengkak di bahagian payudara akibat susu yang sudah banyak.

Breast pump ini juga tidak mengeluarkan bunyi ketika beroperasi.

Jadi para ibu tidak perlu malu ketika sesi pengepam dikhalayak ramai.

Pam susu ini juga mempunyai sistem automatic shutdown dimana pam tersebut akan berhenti mengepam setelah 20 minit untuk mengelakkan tekanan yang berlebihan terhadap payudara.

Pam susu ini direka dengan USB port di bahagian pengecas dan mempunyai dua mod ketika beroperasi.

Ingin kami ingatkan saiz bekas simpanan ini berkasiti 180ml dan terdapat dua pilihan saiz breast mask berbeza iaitu 27mm atau 24mm.

Double electric pump
Real Bubee
Semak REAL BUBEE Breastpump harga dibawah:
add_circle Harga yang murah
add_circle Mudah dibasuh
remove_circle Pergerakan terhad

Pam susu ini mempunyai kapasiti 150ml atau 5 ½ oz. Cukup untuk satu sesi mengepam.

Double electric breast pump diperbuat daripada bahan alam sekitar dan medical silicone dimana produk ini selamat digunakan.

Erti kata lain tidak mempunyai bahan kimia terlarang.

Selain Itu, produk ini mempunyai saiz yang kecil dan ringan. Sama berat dengan sebiji oren.

Menariknya, pam susu ini akan terus ke botol susu yang dikhaskan. Jadi si ibu tidak perlu untuk melakukan proses memindahkan susu ke botol lain.

Ketika anda menggunakan pam ini, si ibu tidak perlu risau susu tertumpah kerana botol susu akan ditutup rapat dan bercirikan anti-bocor.

Puting yang disediakan mempunyai saiz seakan-akan puting ibu, jadi si manja anda tidak akan menghadapi nipple confuse.

Pam elektrik ini menggunakan USB power supply dimana anda akan menjimatkan ruangan electric plug dengan hanya mengecas menggunakan laptop atau power bank.

Mimo One Hands Free Breast Pump
Semak Mimo One Hands Free Breast Pump harga dibawah:
add_circle Pengecasan yang pantas
add_circle Menggunakan teknologi touch screen
add_circle BPA free
add_circle Mesin tidak bising
remove_circle Terhad dibawa kemana sahaja

Pam susu dari jenama Mimo ini bercirikan semua dalam satu. Tidak mempunyai wayar dan tidak mempunyai tiub.

Bahagian mesin terdapat 2 mode mengepam iaitu massage dan expression mode dan setiap mod mempunyai tahap sedutan yang berbeza.

Manakala, pam ini akan berhenti mengepam selepas 30 minit.

Jangan risau, produk ini mempunyai warranty selama satu tahun.

Menariknya tentang pam susu ini, apabila diperah, susu akan terus jatuh ke botol susu yang disediakan.

Jangan risau, botol susu yang disediakan mempunyai ciri bebas dari bahan kimia terlarang.

Untuk setiap pembelian mesin pam susu ini, anda akan dapat beberapa aksesori;

  • 1x unit Pump.
  • 1x breast shield.
  • 1x silicon diaphragm.
  • 2x valve.
  • 1x teat.
  • 1x PP bottle.
  • 1x  wayar USB.

Bercirikan Smart Breast Pump dimana pam susu secara automatik akan menukar dari  massage mode selepas 2 minit  kepada expression mode.

Semak BabeLovey Silicone BreastFeeding Manual Breast Pump Milk Collector BPA Free harga dibawah:
add_circle Puting tidak sakit
add_circle Jimat penggunaan tenaga elektrik
add_circle Mudah dicuci
remove_circle Pergerakan terhad
remove_circle Memerlukan tenaga sendiri untuk mengepam

Pam susu manual ini direka mengikut saiz payudara jadi susu tidak akan tertumpah keluar.

Untuk pencucian, anda boleh cuci dan sanitasi seperti biasa kerana bekas pam ini tidak mengandungi bisphenol A.

Bahagian cup cerowong pam ini jenis lembut, jadi si ibu akan rasa selesa ketika proses massage touch.

Pam susu ini mempunyai penutup kalis habuk dan bercirikan ergonomic handle untuk memudahkan pengendalian sebelah tangan.

Walaupun pam susu ini bersifat manual, si ibu boleh teruskan menyusu anak sambil mengepam di sebelah lagi payudara.

Saiz bekas ini adalah 15cm x 10cm x 9cm.

Fly Me Baby Medela Swing Solo™ Single Electric Breast Pump
Semak Fly Me Baby Medela Swing Solo™ Single Electric Breast Pump harga dibawah:
add_circle Mudah dikendalikan
add_circle Ringan
add_circle Pengecasan yang pantas
remove_circle Mahal

Breast pump Medela Swing Soloini sangat mudah dikendalikan.

Rekaannya yang compact dan ringkas sekaligus menjadikan kerja si ibu mudah dan efisien.

Pam susu ini mempunyai 4 butang kawalan beserta 9 pre-programme setting bagi memudahkan lagi proses mengepam susu.

Produk ini mempunyai warranty selama satu tahun daripada pembekal tempatan.

Selain itu, pam susu ini juga sangat ringan dan mempunyai komponen yang sedikit. 

Jadi, kerja-kerja mencuci dan memasang pam susu tersebut menjadi lebih mudah dan lebih cepat.

Untuk setiap pembelian mesin pam susu ini, anda akan dapat beberapa aksesori;

  • 1 x Solo™ motor unit
  • 1 x 150 ml bottle with lid
  • 1 x bottle stand
  • 1 x PersonalFit Flex™ connector
  • 1 x PersonalFit Flex™ breast shield size 24 mm
  • 1 x USB charging cable
  • 1 x USB power adapter
  • 1 x Instructions for use for Solo™

Menariknya lagi, mempunyai teknologi 2-Phase Expression® dimana corak sedutan cepat akan berubah kepada sedutan secara perlahan untuk mengeluarkan susu lebih banyak.

Semak Spectra S1 Plus Hospital Grade Double Electric Breast Pump harga dibawah:
add_circle Mesin beroperasi secara senyap
add_circle Menjimatkan masa pengepam
remove_circle Harga agak Mahal

Pam susu jenama Spectra S1 ini setanding dengan gred hospital yang diperbuat daripada Korea Selatan.

Tekanan sedutan pam susu ini sebanyak 320mmHg. Payudara si ibu rasa sangat selesa pada setiap sesi mengepam.

Selain itu, mempunyai 5 kitaran beserta 12 tahap kawalan sedutan menjadikan keseluruhan 60 kombinasi program yang akan mengikut kesesuaian badan si ibu.

Malah, mempunyai enam butang berbeza fungsi; massage, 2 suction frequency control, power button dan 2 suction level control.

Spectra S1 Double Breast Pump ini beroperasi secara ultra senyap dengan gelombang bunyi sekuat 42.5 dB sahaja.

Jadi anda boleh mengepam walaupun si manja sedang nyenyak tidur.

Mesin pam ini boleh dicas semula dan mampu beroperasi sehingga 6 kali sesi mengepam.

Jangan risau, anda akan mendapat 2 tahun warranty bahagian motor bermula dari hari pembelian.

Boboduck Portable 9 Gears Integrated Electric Breast Pump
Semak Boboduck Portable 9 Gears Integrated Electric Breast Pump harga dibawah:
add_circle Mempunyai silicone breast shield yang lembut.
add_circle Sesuai untuk inverted nipple.
remove_circle Pergerakan ketika mengepam terhad.

Pam susu elektrik jenama Boboduck ini mempunyai 9 tahap untuk 3 operation mode yang berbeza iaitu massage, expression dan nipple correction.

Apa yang menariknya, Nipple correction mode ini dapat membantu kaum ibu yang mempunyai masalah puting ke dalam.

Selain itu, daya sedutan yang lembut dan tidak menyakitkan sangat sesuai untuk ibu yang baru pertama kali melangkah ke dalam dunia penyusuan.

Pam susu ini beroperasi secara senyap jadi si ibu boleh melakukan sesi mengepam tanpa perlu risau tidur si kecil terganggu.

Rekaan anti-backflow pam susu ini juga dapat mengasingkan susu dari udara luar supaya kebersihan susu ini terjamin.

Pam susu ini mempunyai kapasiti 160ml atau 6oz. Cukup untuk satu sesi mengepam.

Mesin pam ini boleh dicas semula dan mampu beroperasi sehingga 2 ke 3 jam.

Semak Autumnz GAYA Gen 2 Wearable Electric Breastpump harga dibawah:
add_circle Mudah bergerak kemana sahaja
add_circle Beroperasi secara senyap
add_circle Ringan
remove_circle Sukar dikendalikan

Autumnz Gaya  Gen 2 memiliki ciri yang ringan, mudah dipakai dan tanpa wayar.

Jika mesin pam ini dicas penuh, si ibu boleh mengepam hingga 4 ke 5 sesi dan setiap sesi dilakukan selama 15 hingga 20 minit. 

Jangan risau, bekas pam ini mampu mengumpul sebanyak 180 ml atau 6 oz dan tanpa wayar.

Jadi, si ibu boleh melakukan apa-apa kerja sambil mengepam susu.

Selain itu, mempunyai 9 tahap sedutan untuk 2 mode yang berbeza iaitu  massage dan expression mode.

Si ibu hanya perlu dua butang untuk membuat pilihan mengikut keselasaan payudara  masing-masing.

Setiap pembelian akan diberikan warranty selama setahun.


Bagaimanakah Cara Untuk Pam Susu? 

Tak dapat dinafikan golongan newly mom akan ada masalah untuk mengepam susu.

Lebih-lebih lagi kalau mereka yang bekerja dan perlu pam secara manual. Memang susah nak cari masa.

Bukan itu saja, ada yang kata susah, lenguh malah ada yang sampai melecet bahagian puting sebab pam susu.

Sebenarnya kalau tahu teknik yang betul, proses pam susu secara manual menjadi senang dan masalah tak akan timbul. 

Jadi, jom kita lihat penerangan ringkas dari Kaunselor Laktasi, Nad Masrom menerusi video tersebut.

Tapi jika si ibu dan si ayah mempunyai pendapatan yang tinggi, tak salah untuk beli mesin pam susu.

Banyak pilihan di pasaran, pilih saja mana yang sesuai cuma si ibu perlu tahu juga ilmu dunia pam susu menggunakan mesin.

Pertama sekali si ibu perlu tahu adalah berapa lama jarak mengepam susu satu sesi ke sesi seterusnya.

Menurut Noorfazila, Kaunselor Laktasi Media Sosial, jarak pam susu dari satu sesi ke sesi seterusnya adalah 2 hingga 3 jam.

Jangan khuatir tentang berapa jumlah yang berjaya di pam, asalkan si ibu rajin pam susu untuk dapatkan demand walaupun jauh dari anak.

Seterusnya, si ibu perlu tahu cara pencucian bekas pam dimana selepas sesi mengepam, bekas perlulah dicuci dan disanitasi supaya kuman tidak masuk ke dalam perahan susu.

Akhir sekali, perlu tahu berapa jumlah sedutan mesin yang sesuai untuk puting anda. 

Jika sedutan mesin terlalu kuat boleh mengakibatkan puting si ibu berdaraha atau sakit.

Dan ingin kami ingatkan, walaupun anda mengepam susu tapi puting perlu juga ada rangsangan dari mulut bayi.


Adakah Proses Pam Susu Boleh Besarkan Payudara?

Sebenarnya tidak. Payudara si ibu akan kekal saiz yang sama cuma akan kelihatan sedikit besar apabila mengalami bengkak susu.

Tapi jika anda ingin besarkan payudara anda, boleh ikuti langkah urutan dari video berikut.


Adakah Berat Badan Boleh Turun Jika Pam Susu Badan?

Kepada ibu yang menyusu badan, perasan tak anda merasa lapar dengan kerap? 

Kadang-kala tu kalau tak sarapan pagi, rasa boleh pitam atau perut rasa nak gastrik. 

Lepas tu kalau makan pula, jumlah makanan pula berganda lebih banyak berbanding sebelum mengandung.

Bila fikir balik, risau pula kalau berat badan naik kalau makan banyak-banyak ni.

Jangan risau, menurut portal kesihatan, Doctor On Call yang ditulis oleh Dr Sashini Seeni sendiri.

Ketika menyusu, ibu memang akan menyalurkan sebanyak 70% kalori dan nutrisi melalui susu ibu ke anak. 

Oleh itu, si ibu harus meningkatkan juga kuantiti makanan untuk menampung keperluan nutrisi anda dan anak anda sekali. 

Jadi, dengan pengambilan makanan yang seimbang wajib diambil walaupun dalam kuantiti yang lebih daripada biasa. 

Cuma, jika ingin naikkan berat badan pastikan untuk berjumpa dengan pakar diet untuk mendapat plan pemakanan yang sesuai untuk berat badan dan keperluan istimewa anda.

Tapi untuk pengetahuan anda, 1 oz susu ibu yang dihasilkan memerlukan 20 kalori. 

Jadi jika anda mengepam 20 oz sehari, bermakna 400 kalori tambahan diperlukan untuk menyusu bayi anda. 

Kalau anda pam 30 oz sehari, bermakna 600 kalori diperlukan, dan begitulah seterusnya.

Erti kata lain, semakin banyak susu  terhasil, semakin banyaklah kalori yang digunakan. 

Jika anda mengepam susu sebanyak 25 oz sehari, kalori yang terbakar adalah bersamaan dengan anda berlari sejauh 8km setiap hari. 

Sebab tu lah anda akan rasa lapar setiap kali selepas menyusu atau mengepam.


Artikel Berkaitan

End of Article