Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Breast Pump Manual dan Elektrik di bawah RM 50 yang Bagus

Sebaik sahaja melahirkan, pasti ibu-ibu akan mengalami bengkak payudara akibat susu yang sudah penuh dan kadangkala jika tidak dirawat segera boleh menyebabkan demam dan paling teruk boleh menyebabkan jangkitan pada salur susu. Breast pump mempunyai dua ciri iaitu berfungsi secara manual dan menggunakan elektrik. Tetapi jika ingin dibandingkan harga sudah tentu secara manual lebih murah. Carilah breast pump yang terbaik, kerana ia menyumbang kepada perjalanan penyusuan. Breast pump yang terbaik tidak semestinya mahal.

mulai
RM23.90
Semak Pureen Basic Breast Pump With Feeding Bottle harga dibawah:

Breast pump ini beroperasi secara manual, ia datang dengan pam penyedut dan mudah untuk dioperasi. Hanya perlu memicit silikon mengepam dan susu akan disedut ke dalam botol yang telah dikhaskan,ia juga datang dengan set botol susu. Sangat mudah untuk digunakan dan harganya sangat murah untuk dimiliki bagi para ibu yang lebih gemar mengepam secara manual.

mulai
RM51.90
Semak MOMO House Electric Double Breast Pumps harga dibawah:

Reka bentuk silikon ini khaskan agar ia tidak mudah menggelongsor ketika dipegang. Puting yang meniru khas seperti puting si ibu memberikan keselesaan si bayi ketika menyusu. Breast pump ini diperbuat daripada bahan mesra alam sekitar dan selamat digunakan, ia menyedut secara perlahan dan lembut. Ringan dan mudah untuk digunakan dengan hanya perlu di plug kan pada usb, komputer ataupun power bank anda. Reka bentuk 3D menjadikan urutan lebih selesa dan pam memisahkan yang menghalang susu dari berpatah balik.

Ekstra: 9 Breast Pump Best yang Sesuai untuk Setiap Jenis Ibu

mulai
RM38.90
Semak SOKANO Advance Electric Breast Pumps harga dibawah:

Breast pump yang ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Ia diperbuat dari polypropylene dan silikon bahan yang khas untuk digunakan pada botol susu. Pam ini juga mudah untuk beroperasi kerana ia mempunyai butang untuk anda menetapkan tahap sedutannya. Anda tidak perlu risau tentang posisi ketika mengepam susu kerana ia berfungsi dari apa jua posisi kedudukan anda. Apa yang lebih menarik tentang pam ini ia boleh disambungkan pada komputer, usb ataupun power bank anda.

mulai
RM45.00
Semak Farlin Manual Breast Pump   harga dibawah:

Breast pump yang mudah digunakan, reka bentuknya yang tersedia bersama botol memudahkan anda mengepam susu. Anda hanya perlu memicit pam bewarna merah jambu untuk mengepam susu dan susu akan mengalir terus ke botol yang telah disediakan. Breast pump ini mempunyai pelindung silikon yang membantu mengurut payudara dengan lembut untuk merangsang ekspresi susu tanpa menyebabkan rasa tidak selesa ketika mengepam.

mulai
RM37.88
Semak 150ml Silicone Manual Hand-type BPA Free Breast Baby Pump harga dibawah:

Breast pump terbuat dari bahan silikon medikal dan bebas BPA pastinya selamat digunakan. Anda boleh mengepam terus susu ke dalam botol susu 150ml yang telah disediakan. Yang menarik tentang pam ini ia sesuai untuk para ibu yang memiliki payudara bersaiz besar. Penyedut yang sempurna untuk si ibu kerana lembut dan sangat selesa, datang dengan dua warna iaitu ungu dan putih.

mulai
RM49.90
Semak UltraMilk Electric Pump harga dibawah:

Penggunaan polyproplene dan bahan silikon dalam pembuatan pam payudara ini dijamin selamat digunakan dan ia juga  mudah dibersihkan. Ia mempunyai 9 kelajuan yang boleh diselaraskan mengikut pilihan anda. Memberikan hasil susu yang lebih banyak dan dengan adanya acupressure 3D memberi urutan yang menarik untuk si ibu. Pam yang memastikan susu disedut dengan betul dan terus ke dalam botol yang disediakan. Mudah untuk digunakan dan pastinya tahan lama.

mulai
RM28.90
Semak FIFFY Manual Breast Pump harga dibawah:

Menggunakan bahan yang mesra dan mudah untuk pam payudara dengan adanya penutup dan puting silikon. Anti- mengelincir silikon pada pam payudara memberikan penyedutan yang selesa kepada puting si ibu. Menyedut dengan lebih rapi bagi memastikan tiada kebocoron susu pada botol. Pastinya mudah untuk dibersihkan kerana ia mudah untuk di cabut dan di pasang kembali. Apa yang lebih penting ia bebas dari BPA.

mulai
RM28.50
Semak Autumnz - Silicone Manual Breastmilk Collector harga dibawah:

Reka bentuk yang kecil dan mudah untuk para ibu untuk bawa kemana sahaja. Walaupun ia kelihatan seperti pam biasa tetapi ia mampu memberikan sedutan yang kuat dan amat digalakkan untuk digunakan para si ibu yang mempunyai susu yang banyak. Mudah dan menyedut dengan berkesan. Pam ini mudah untuk dibersihkan dan 100% dijamin diperbuat daripada silikon yang bermutu tinggi. Pastinya jenama yang telah dikenali oleh para ibu di seluruh Malaysia.

Artikel Berkaitan

End of Article