Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

17 Breast Pump Terbaik & Berkualiti di Malaysia 2024

Proses penyusuan jadi mudah jika guna pam yang tepat.

Proses mengepam susu badan tak semudah yang disangka kerana memerlukan kekuatan mental dan fizikal seseorang ibu.

Ada banyak perkara yang perlu dilakukan seperti mencuci bekas pam susu, sterilize bekas pam, menjaga jadual pam, keluar berjalan perlu bawa peralatan pam dan banyak lagi!

Lagipun seorang ibu perlu wujudkan demand untuk kekalkan supply susu badan jika mahu teruskan misi anak fully breastfeed selama 2 tahun seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Jadi, breast pump terbaik yang bagus dan berkualiti akan membantu si ibu yang bekerja atau suri rumah menyediakan stok susu yang mencukupi tanpa membuatkan si ibu rasa sakit di bahagian payudara. 

Jom lihat jenama pam susu elektrik terbaik dan berkualiti untuk ibu yang masih mencari dan keliru pump susu yang mana sesuai untuk badan.


Senarai 17 Breast Pump Terbaik

shlee Lora & Lora Pro Wearable Electric Breast Pump
mulai
RM149.00
Semak [Ultra-Quiet] Ashlee Lora & Lora Pro Wearable Electric Breast Pump harga dibawah:
add_circle Paparan skrin LED
add_circle Ringan, kecil dan senyap
add_circle Jimat tenaga
add_circle Percuma flange cover, cooler bag & injap ganti
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Jenama breast pump terbaik dengan kurang bahagian untuk mencuci, portable, bunyi perlahan 28 db dan tidak sampai 5 minit dah penuh. 

Nipple pun tak rasa sakit dan bolehlah mengepam sambil buat aktiviti lain seperti mengemas rumah atau memasak.

Ciri-ciri: 

Breast pump Ashlee Lora mudah dipakai, boleh dicas semula, tubeless, wireless, rekaan compact dan paparan skrin LED yang jelas.

Pilih daripada 18 tahap sedutan dan tiga mod berbeza: massage, expression, auto.

Didatangkan dengan reka bentuk kaki berdiri untuk memastikan tiada tumpahan susu dan fungsi memori untuk mengingati tetapan anda.

Handsfree breastpump yang mempunyai kapasiti penyimpanan susu 180ml dan reka bentuk yang menghalang susu meleleh atau tertumpah.

Cawan pengumpulan susu turut mempunyai milk volume marking, corong silikon lembut bebas BPA dan auto shut-off selepas 30 minit.

Memang mahal sedikit tapi berbaloi untuk membantu si ibu dengan jaminan motor 1 tahun dan kapasiti bateri 1000mAh yang tahan lama.

Review:

“Saya dah gunakan sejak hari ke 4 selepas bersalin. Memang sangat membantu memudahkan urusan mengepam susu. Fungsi handsfree membuatkan saya boleh bergerak bebas untuk uruskan diri dan baby. Sedutan pam pun ok. Boleh laras ikut keselesaan. Ada fungsi rangsangan seolah2 baby yang menghisap susu.”

mulai
RM790.00
Semak Spectra S1 Plus Hospital Grade Double Electric Breast Pump harga dibawah:
add_circle Mesin beroperasi secara senyap
add_circle Menjimatkan masa pengepam
add_circle Bateri tahan lama
remove_circle Harga mahal

Pam susu jenama Spectra S1 ini setanding dengan gred hospital yang diperbuat daripada Korea Selatan.

Tekanan sedutan pam susu ini sebanyak 320mmHg akan membantu payudara si ibu rasa sangat selesa pada setiap sesi mengepam.

Selain itu, ia mempunyai 5 kitaran beserta 12 tahap kawalan sedutan menjadikan keseluruhan 60 kombinasi program yang akan mengikut kesesuaian badan si ibu.

Malah, mempunyai enam butang berbeza fungsi - massage, 2 suction frequency control, power button dan 2 suction level control.

Spectra S1 Double Breast Pump ini beroperasi secara ultra senyap dengan gelombang bunyi sekuat 42.5 dB sahaja.

Jadi anda boleh mengepam tanpa menggangu si manja sedang nyenyak tidur.

Mesin pam ini boleh dicas semula dan mampu beroperasi sehingga 6 kali sesi mengepam.

Double electric pump
Real Bubee
mulai
RM54.00
Semak REAL BUBEE Breastpump harga dibawah:
add_circle Harga yang murah
add_circle Mudah dibasuh
remove_circle Pergerakan terhad

Pam susu ini mempunyai kapasiti 150ml atau 5 ½ oz cukup untuk satu sesi mengepam susu anda.

Double electric breast pump diperbuat daripada bahan alam sekitar dan medical silicone membuatkan produk ini selamat digunakan.

Selain itu, produk ini mempunyai saiz yang kecil dan ringan - sama berat dengan sebiji oren.

Menariknya, pam susu ini akan terus ke botol susu yang dikhaskan, jadi si ibu tidak perlu untuk melakukan proses memindahkan susu ke botol lain.

Jangan risau, botol susu akan ditutup rapat dan ia ada ciri anti-bocor bagi mengelakkan susu anda tumpah.

Puting yang disediakan mempunyai saiz seakan-akan puting ibu, jadi si manja anda tidak akan menghadapi nipple confuse.

Pam elektrik ini menggunakan USB power supply di mana anda akan menjimatkan ruangan electric plug dengan hanya mengecas menggunakan laptop atau power bank.

Breast pump terbaik hands free
s10 (new)
mulai
RM125.00
Semak Hands Free wearable electric breast pump S10 harga dibawah:
add_circle Mudah bergerak ketika mengepam susu
add_circle Beroperasi secara senyap
remove_circle Mesin terlalu besar

Electric breast pump S10 merupakan pam susu yang boleh dibawa kemana sahaja tanpa perlu memegang pam semasa mengepam susu.

Pam susu ini menjadi pilihan ibu yang bekerja tanpa perlu risau masalah bengkak di bahagian payudara akibat susu yang sudah banyak.

Handsfree breast pump ini juga tidak mengeluarkan bunyi ketika beroperasi.

Jadi para ibu tidak perlu malu ketika sesi pengepam dikhalayak ramai.

Pam susu ini juga mempunyai sistem automatic shutdown di mana pam tersebut akan berhenti setelah 20 minit untuk mengelakkan tekanan yang berlebihan pada payudara.

Pam susu ini direka dengan USB port di bahagian pengecas dan mempunyai dua mod ketika beroperasi.

Ingin kami ingatkan saiz bekas simpanan ini berkasiti 180ml dan terdapat dua pilihan saiz breast mask berbeza iaitu 27mm atau 24mm.

Original Luxe Bearmom Hands Free Breast Pump
mulai
RM349.00
Semak Original Luxe Bearmom Hands Free Breast Pump harga dibawah:
add_circle Beroperasi secara senyap
add_circle Saiz yang ideal
add_circle Bateri tahan lebih lama
remove_circle Harga mahal

Pam susu jenama Bearmom ini mempunyai kapasiti 160ml atau 6oz - cukup untuk satu sesi mengepam.

Saiz pam susu ini panjang x lebar x tinggi = 117mm x 117mm x  75mm sangat sesuai untuk saiz bra cup biasa.

Dengan saiz pam susu yang ideal, ibu boleh buat kerja lain sambil pam susu tanpa rasa terganggu.

Jangan risau, sedutan pam susu ini sekuat 300mmhg dan ianya tak menyakitkan puting payudara anda.

Malah, mempunyai rekaan anti backflow jadi si ibu tidak perlu risau susu meleleh keluar.

Pam susu ini mempunyai tiga jenis mod ketika mengepam iaitu auto stimulation, massage dan expression serta mempunyai pilihan sembilan tahap sedutan.

Bateri ini juga mampu bertahan selama 210 minit dan tempoh mengecas penuh 180 minit.

Pam susu ini lengkap dengan teknologi LED bermakna anda tak perlu tekan butang untuk mengawal proses pam.

Breast pump terbaik dan murah
Mimo One Hands Free Breast Pump
mulai
RM80.00
Semak Mimo One Hands Free Breast Pump harga dibawah:
add_circle Pengecasan yang pantas
add_circle Menggunakan teknologi touch screen
add_circle BPA free
add_circle Mesin tak bising
remove_circle Pergerakan terhad

Pam susu dari jenama Mimo ini bercirikan semua dalam satu iaitu ia tak mempunyai wayar dan tak mempunyai tiub.

Bahagian mesin terdapat 2 mod mengepam iaitu massage dan expression mode dan setiap mod mempunyai tahap sedutan yang berbeza.

Manakala, pam ini akan berhenti mengepam selepas 30 minit, agak lama daripada biasa.

Menariknya tentang pam susu ini, apabila diperah, susu akan terus jatuh ke botol susu yang disediakan.

Jangan risau, botol susu yang disediakan mempunyai ciri bebas daripada bahan kimia terlarang.

Untuk setiap pembelian mesin pam susu ini, anda akan dapat beberapa aksesori seperti:

  • 1x unit Pump.
  • 1x breast shield.
  • 1x silicon diaphragm.
  • 2x valve.
  • 1x teat.
  • 1x PP bottle.
  • 1x  wayar USB.

Bercirikan Smart Breast Pump dimana pam susu secara automatik akan menukar dari massage mod selepas 2 minit kepada expression mode.

mulai
RM7.00
Semak BabeLovey Silicone BreastFeeding Manual Breast Pump Milk Collector BPA Free harga dibawah:
add_circle Murah
add_circle Jimat penggunaan tenaga elektrik
add_circle Mudah dicuci
add_circle Puting tak sakit
remove_circle Pergerakan terhad
remove_circle Memerlukan tenaga sendiri untuk mengepam

Pam susu manual ini direka mengikut saiz payudara jadi susu tidak akan tertumpah keluar.

Untuk pencucian, anda boleh cuci dan sanitasi seperti biasa kerana bekas pam ini tidak mengandungi bisphenol A.

Bahagian cup cerowong pam ini jenis lembut, jadi si ibu akan rasa selesa ketika proses massage touch.

Pam susu ini mempunyai penutup kalis habuk dan bercirikan ergonomic handle untuk memudahkan pengendalian sebelah tangan.

Walaupun pam susu ini bersifat manual, si ibu boleh teruskan menyusu anak sambil mengepam di sebelah lagi payudara.

Saiz bekas ini adalah 15cm x 10cm x 9cm.

Fly Me Baby Medela Swing Solo™ Single Electric Breast Pump
mulai
RM899.00
Semak Medela Swing Solo™ Single Electric Breast Pump harga dibawah:
add_circle Mudah dikendalikan
add_circle Ringan
add_circle Pengecasan yang pantas
remove_circle Harga mahal

Breast pump Medela Swing Soloini sangat mudah dikendalikan.

Rekaannya yang compact dan ringkas sekaligus menjadikan kerja si ibu mudah dan efisien.

Pam susu ini mempunyai 4 butang kawalan beserta 9 pre-programme setting bagi memudahkan lagi proses mengepam susu.

Selain itu, pam susu ini juga sangat ringan dan mempunyai komponen yang sedikit. 

Jadi, kerja-kerja mencuci dan memasang pam susu tersebut menjadi lebih mudah dan lebih cepat.

Untuk setiap pembelian mesin pam susu ini, anda akan dapat beberapa aksesori seperti:

  • 1 x Solo™ motor unit.
  • 1 x 150 ml bottle with lid.
  • 1 x bottle stand.
  • 1 x PersonalFit Flex™ connector.
  • 1 x PersonalFit Flex™ breast shield size 24 mm.
  • 1 x USB charging cable.
  • 1 x USB power adapter.
  • 1 x Instructions for use for Solo™.

Menariknya lagi, ia mempunyai teknologi 2-Phase Expression® dimana corak sedutan cepat akan berubah kepada sedutan secara perlahan untuk mengeluarkan susu lebih banyak.

Boboduck Portable 9 Gears Integrated Electric Breast Pump
mulai
RM125.00
Semak Boboduck Portable 9 Gears Integrated Electric Breast Pump harga dibawah:
add_circle Silicone breast shield lembut
add_circle Sesuai untuk inverted nipple
remove_circle Pergerakan terhad

Pam susu elektrik jenama Boboduck ini mempunyai 9 tahap untuk 3 operation mode yang berbeza iaitu massage, expression dan nipple correction.

Apa yang menariknya, Nipple correction mode ini dapat membantu kaum ibu yang mempunyai masalah puting ke dalam.

Selain itu, daya sedutan yang lembut dan tidak menyakitkan sangat sesuai untuk ibu yang baru pertama kali melangkah ke dalam dunia penyusuan.

Pam susu ini beroperasi secara senyap jadi si ibu boleh melakukan sesi mengepam tanpa perlu risau tidur si kecil terganggu.

Rekaan anti-backflow pam susu ini juga dapat mengasingkan susu dari udara luar supaya kebersihan susu ini terjamin.

Pam susu ini mempunyai kapasiti 160ml atau 6oz dan ia cukup untuk satu sesi mengepam.

Mesin pam ini boleh dicas semula dan mampu beroperasi sehingga 2 ke 3 jam.

Breast pump elektrik terbaik
AUTUMNZ
mulai
RM205.00
Semak Autumnz GAYA Gen 2 Wearable Electric Breastpump harga dibawah:
add_circle Beroperasi secara senyap
add_circle Ringan
add_circle Bateri besar
remove_circle Sukar dikendalikan

Autumnz Gaya Gen 2 memiliki ciri yang ringan iaitu mudah dipakai dan tanpa wayar.

Jika mesin pam ini dicas penuh, si ibu boleh mengepam hingga 4 ke 5 sesi dan setiap sesi dilakukan selama 15 hingga 20 minit. 

Jangan risau, bekas pam ini mampu mengumpul sebanyak 180ml atau 6oz dan tanpa wayar.

Jadi, si ibu boleh melakukan apa-apa kerja sambil mengepam susu.

Selain itu, mempunyai 9 tahap sedutan untuk 2 mode yang berbeza iaitu massage dan expression mode.

Si ibu hanya perlu dua butang untuk membuat pilihan mengikut keselasaan payudara masing-masing.

Breast pump paling senyap
MafaBabe
breastpump mafababe
mulai
RM144.50
Semak MafaBabe Wireless Breast Pump harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Ada 5 tetapan mod
add_circle Bekas besar
remove_circle Susu mudah tumpah

Jenama Mafababe mengeluarkan dua jenis breast pump dan kami sarankan model Mafababe Pink.

Ini kerana tempoh mesin beroperasi selama 20 minit berbanding model Mafababe Kuning iaitu selama 30 minit. 

Sebenarnya anda tak perlu pam terlalu lama kerana kulit puting mengembang tapi bergantung pada demand si ibu.

Ciri lain Mafababe Pink ini adalah mempunyai 5 tetapan mod yang boleh dilaras.

Malah terdapat juga mod lain seperti massage, breast pumping dan juga memory.

Bekas isi padu susu 250ml ini cukup besar untuk menampung susu kedua belah payudara. 

Bateri pula sebesar 800mAh di mana hanya dicaj menggunakan kabel wayar USB Android saja.

Breast pump untuk puting besar
Lacte Nova Wearable Rechargeable Breastpump
mulai
RM399.00
Semak Lacte Nova Wearable Rechargeable Breastpump harga dibawah:
add_circle Bateri kapasiti besar 1200mAh
add_circle Bunyi senyap
add_circle Hanya tiga bahagian untuk dibersihkan
add_circle Cawan pengumpulan besar
add_circle Ada vacuum dan speed level
remove_circle Sedikit besar
remove_circle Harga mahal

Mudahkan urusan isteri tersayang untuk menyusu bayi dengan breast pump Lacte.

Bukan apa, pump susu ini mempunyai sistem tertutup untuk mengelakkan susu meleleh keluar dan menawarkan tiga mod: mix, stimulation, expression.

Mempunyai 9 tahap sedutan dan kawalan kelajuan untuk membantu anda mencari tetapan yang paling selesa.

Breast pump handsfree juga menghafal tetapan pilihan dan mempunyai paparan LCD yang menunjukkan maklumat penting seperti hayat bateri, timer, tahap sedutan dan kelajuan.

Dilengkapi dengan dua saiz corong (24mm dan 28mm), pelindung payudara silikon yang lembut dan cawan pengumpulan susu besar yang boleh memuatkan sehingga 8oz.

Bagaimanapun, ia sedikit besar dan kurang sesuai digunakan di luar rumah atau pejabat.

Caj penuh cukup untuk tiga kali penggunaan dan diingatkan untuk mengecasnya selepas tinggal dua bar bateri.

Breast pump terbaik untuk tidur
Youha Ava Gen 2 Wireless Breastpump
mulai
RM158.00
Semak Youha Ava Gen 2 Wireless Breastpump harga dibawah:
add_circle Auto switch mode
add_circle Auto off selepas 30 minit
add_circle Ada silent mode
add_circle Bluetooth senang connect
add_circle Bebas tangan dan tanpa wayar
remove_circle Perlukan apps Youha untuk lihat timer

Wireless breast pump Youha Ava akan menjadikan hidup anda lagi mudah.

Dengan aplikasi Younha yang mesra pengguna, anda boleh mengawal tahap kekuatan, mod sedutan, mod senyap, dan pause/off breast pump dari telefon.

Turut dilengkapi dengan 3 mod (mod urut, ekspresi & mix) dan setiap mod mempunyai 10 tahap.

Diperbuat daripada bahan bebas BPA, selamat untuk bayi dan kurang bahagian untuk dicuci.

Boleh dicas dengan power bank / power adapter dan kapasiti bateri 1200 mAh yang bertahan selama 3-5 sesi mengepam.

Kapasiti cawan besar 5oz yang boleh menampung susu maksimum 7oz dan setiap pembelian akan menerima 2 saiz corong pelindung payudara (24mm & 28mm) dan 2 sisipan (22mm &26mm).

Rasa ringan, bunyi tak kuat sangat, tak sakit, yang paling penting sangat selesa pump bila tengah buat kerja dan tidak perlu menekan butang di dalam bra mommy lagi.

Breast pump terbaik untuk ibu bekerja
IMANI i2 Plus Handsfree Electric Breast Pump
mulai
RM479.99
Semak IMANI i2 Plus Handsfree Electric Breast Pump harga dibawah:
add_circle Kecil dan ringan
add_circle Ada charging dock
add_circle Auto stop selepas 20 minit
add_circle Pelindung aliran balik
add_circle Mudah digunakan dan reka bentuk yang selesa
remove_circle Tidak boleh disterilkan lebih lama daripada 20 saat dalam air mendidih
remove_circle Tidak sesuai untuk beginner
remove_circle Penutup silikon perlu ditutup rapat

Salah satu ciri yang menonjol dari breast pump Imani i2 plus adalah paparan skrin LCD dan anda boleh menetapkan timer untuk mematikan pam secara automatik.

Cawan jernih Imani i2 + juga mempunyai penanda isi padu, lubang besar untuk menuangkan susu, dan hujung untuk mengelakkan tumpahan. 

Direka dengan teknologi Korea, pelindung payudara silikon lembut dilengkapi dengan bebibir 25mm dan mempunyai dua mod untuk dipilih: urutan dan ekspresi. 

Setiap mod mempunyai lima tahap untuk membantu anda mencari kekuatan sedutan yang terbaik dan terdapat fungsi memori peranti, pelindung aliran balik, dan penunjuk bateri LED.

Tambahan pula, kekuatan sedutan maksimum 300mmhg, kapasiti bateri 1400mAh dan percuma charging dock untuk lebih mudah mengecas motor pump.

Sesuai untuk ibu yang bekerja yang perlu mengepam di meja mereka atau di mana sahaja kerana bunyinya tak kuat dan berat hanya 160g.

Philips Avent Manual Breast Pump SCF430/01
mulai
RM140.00
Semak Philips Avent Manual Breast Pump SCF430/01 harga dibawah:
add_circle Natural motion technology
add_circle Mudah dipasang dan dibersihkan
add_circle Satu saiz sesuai untuk semua
remove_circle Tiada penutup botol

Dengan natural motion technology yang meniru gerakan menyusu bayi sendiri, ibu akan rasa selesa semasa mengepam susu.

Flange silikon direka untuk rasa seperti mulut bayi dan membantu mengeluarkan susu dengan mudah dan cepat.

Selain itu, breast pump dilengkapi kusyen silikon lembut satu saiz (sehingga 30mm) yang sesuai dengan anatomi unik anda.

Breast pump ringan dan kecil ini sesuai untuk ibu yang mengepam semasa dalam perjalanan.

Ditambah lagi, keupayaan breast pump untuk mencetuskan pelepasan susu sebelum atau antara penyusuan.

Berbeza dari pump susu lain, reka bentuk breast pump Philips membolehkan anda duduk tegak dan berehat semasa menggunakan pam.

samu giken breast pump
mulai
RM369.00
Semak Samu Giken Slimmest Wearable/Hands free Breast Pump BPS20(SLIM)WT harga dibawah:
add_circle Bahan silicone lembut
add_circle Bunyi rendah kurang dari 30db
add_circle Sunction kuat dan lembut
add_circle Bekas pengumpulan susu selamat dish washer machine
remove_circle Masa pengecasan penuh 3 jam
remove_circle Tiada mod auto

Bagi ibu yang ingin mengepam susu ketika bercuti, bekerja, drive atau sering outstation, beli je breast pump Samu Giken.

Hadir dalam rekaan backflow prevention design yang mengelakkan susu meleleh keluar dan saiznya yang lebih kecil memberikan keselesaan kepada ibu.

Bekas pengumpulan susu diperbuat dari bahan bebas BPA dan tritan yang menyokong pensterilan suhu tinggi untuk memastikan keselamatan anda dan bayi anda.

Penunjuk LED menjadikan mod dan pelarasan kelajuan mudah, manakala pacifier silikon lembut memberikan keselesaan maksimum semasa digunakan.

Breast pump mempunyai fungsi penjimatan memori, 9 tahap sedutan dan 4 mod sedutan: Stimulation, Massage, Lactation, Bionic.

Tahap kebisingan kurang dari 30 dB, jadi baby tidak akan terjaga dan boleh guna di tempat awam.

Setelah selesai mengepam, cukup tekan butang pada botol breast pump dan simpan bekas simpanan susu dengan penutup untuk mengelakkan pencemaran susu.

Breast pump terbaik untuk portable
malish breast pump
mulai
RM189.00
Semak Malish E-Pump Wearable Handsfree Breastpump harga dibawah:
add_circle Mudah dicuci
add_circle Ringan
add_circle Terbukti berkesan secara klinikal
remove_circle Kurang sesuai untuk beginner
remove_circle Tiada mod urutan

Breast pump Malish menawarkan empat mod berbeza dan sembilan tahap sedutan yang menyenangkan wanita dalam menyusu bayi.

Diperbuat dari bahan bebas BPA, ringan, dan mudah alih, dan mempunyai bateri litium terbina dalam yang boleh dicas semula menggunakan kabel USB.

Pam ini juga mempunyai reka bentuk sistem tertutup anti-backflow yang memastikan setiap titisan susu dikumpulkan dengan selamat dan tanpa tertumpah.

Aksesori yang boleh dilepas mudah dibersihkan dan dipasang, dan dilengkapi dengan lima ukuran pelindung silikon dan funnel insert yang berbeza.

Dengan fungsi ingatannya, pam susu secara automatik memasuki mod dan tahap sedutan terakhir.

Paling penting, breast pump Malish sesuai untuk ibu yang sudah menyusukan anak 4-5 bulan ke atas dan tiada masalah bengkak susu.


Bagaimanakah Cara Untuk Pam Susu? 

Mungkin ramai newly mom keliru macam mana cara untuk mengepam susu badan lebih lagi jika mereka bekerja dan perlu pam secara manual.

Cabaran mencari masa dan tempat yang sesuai mungin juga akan mempengaruhi sesi mengepam susu.

Jika salah pilih cara, kemungkinan untuk melecet pada bahagian puting sebab pam susu adalah sangat tinggi.

Sebenarnya kalau tahu teknik yang betul, proses pam susu secara manual menjadi senang dan anda mungkin tak rasa terbeban. 

Jadi, jom kita lihat penerangan ringkas dari Kaunselor Laktasi, Nad Masrom menerusi video tersebut.

Tapi jika si ibu dan si ayah mempunyai pendapatan yang tinggi, tak salah untuk beli mesin pam susu.

Banyak pilihan di pasaran, pilih saja mana yang sesuai cuma si ibu perlu tahu juga ilmu dunia pam susu menggunakan mesin.

Pertama sekali si ibu perlu tahu adalah berapa lama jarak mengepam susu satu sesi ke sesi seterusnya.

Menurut Noorfazila, Kaunselor Laktasi Media Sosial, jarak pam susu dari satu sesi ke sesi seterusnya adalah 2 hingga 3 jam.

Jangan khuatir tentang berapa jumlah yang berjaya di pam, asalkan si ibu rajin pam susu untuk dapatkan demand walaupun jauh dari anak.

Seterusnya, si ibu perlu tahu cara pencucian bekas pam dimana selepas sesi mengepam, bekas perlulah dicuci dan disanitasi supaya kuman tidak masuk ke dalam perahan susu.

Akhir sekali, perlu tahu berapa jumlah sedutan mesin yang sesuai untuk puting anda. 

Jika sedutan mesin terlalu kuat boleh mengakibatkan puting si ibu berdarah atau sakit.

Ingin kami ingatkan, walaupun anda mengepam susu tapi puting perlu juga ada rangsangan dari mulut bayi.


Adakah Proses Pam Susu Boleh Besarkan Payudara?

Sebenarnya tidak.

Payudara si ibu akan kekal saiz yang sama cuma akan kelihatan sedikit besar jika mengalami bengkak susu.

Tapi jika anda ingin besarkan payudara anda, boleh ikuti langkah urutan dari video berikut.


Adakah Berat Badan Boleh Turun Jika Pam Susu Badan?

Kepada ibu yang menyusu badan, perasan tak anda merasa lapar dengan kerap? 

Ada juga yang kalau tak sarapan pagi akan rasa boleh pitam atau perut rasa tidak selesa. 

Jangan risau, menurut portal kesihatan, Doctor On Call yang ditulis oleh Dr Sashini Seeni, ibu memang akan menyalurkan sebanyak 70% kalori dan nutrisi melalui susu ibu ke anak.

Oleh itu, si ibu harus meningkatkan juga kuantiti makanan untuk menampung keperluan nutrisi anda dan anak sekali. 

Jadi, dengan pengambilan makanan yang seimbang wajib diambil walaupun dalam kuantiti yang lebih daripada biasa. 

Cuma, jika ingin naikkan berat badan pastikan untuk berjumpa dengan pakar diet untuk mendapat plan pemakanan yang sesuai untuk berat badan dan keperluan istimewa anda.

Untuk pengetahuan anda, 1 oz susu ibu yang dihasilkan memerlukan 20 kalori. 

Jadi jika anda mengepam 20 oz sehari, bermakna 400 kalori tambahan diperlukan untuk menyusu bayi anda. 

Kalau anda pam 30oz sehari, bermakna 600 kalori diperlukan, dan begitulah seterusnya.

Erti kata lain, semakin banyak susu  terhasil, semakin banyaklah kalori yang digunakan. 

Jika anda mengepam susu sebanyak 25oz sehari, kalori yang terbakar adalah bersamaan dengan anda berlari sejauh 8km setiap hari. 

Sebab tu lah anda akan rasa lapar setiap kali selepas menyusu atau mengepam.


Adakah Mengepam Menyebabkan Anda Rasa Penat?

Menyusukan anak pastinya menjadi tanggungjawab besar bagi para ibu untuk memenuhi memenuhi keperluan nutrien si kecil. 

Ramai ibu bimbang sama ada proses memerah susu badan akan menyebabkan kepenatan.

Sebenarnya, ia bergantung kepada beberapa faktor.

Antaranya adalah teknik breast compression yang betul perlu dipraktikkan bagi melancarkan susu badan.

Selain itu, pemilihan pam susu berkualiti yang sesuai dengan saiz payudara juga membantu proses perahan lebih lancar dan mengurangkan kepenatan.

Ibu juga perlu berada dalam posisi yang betul dan memakai bra yang sesuai.

Di samping itu, amalkan pemakanan berkhasiat dan minum air secukupnya.

Ini membantu penghasilan susu berkualiti tanpa menjejaskan kesihatan ibu.


Bagaimana Cara Pilih Breast Pump?

Breast pump adalah alat yang sangat berguna bagi ibu yang ingin membuat stok susu perahan untuk bayi mereka.

Mungkin sukar untuk anda buat pilihan yang betul kerana terdapat pelbagai jenis dan jenama breast pump di pasaran.

  • Jenis breast pump

Terdapat dua jenis utama pam payudara iaitu pam manual dan elektrik.

Pam manual biasanya lebih murah dan mudah dibawa ke mana-mana, tapi ia memerlukan lebih masa dan tenaga untuk menghasilkan susu.

Pam elektrik pula lebih pantas dan senang digunakan walaupun agak berat dan mahal.

  • Kekuatan sedutan breast pump

Ini penting kerana kekuatan sedutan pada pam payudara anda boleh mempengaruhi jumlah susu yang anda mampu hasilkan.

Jadi, pastikan anda memilih pam susu dengan kuasa sedutan yang paling selesa.

  • Ukuran breast pump

Pastikan alat pam susu yang anda pilih mempunyai "breast shield" atau "flange" yang sesuai dengan saiz payudara untuk mengurangkan risiko kesakitan dan keletihan semasa proses keluarkan susu.

Selain itu, pastikan pam susu yang anda pilih mudah digunakan dan mudah dibersihkan.

  • Jenama

Apa pun pilihan anda, pastikan membeli jenama pam payudara yang telah terbukti dan diiktiraf kualitinya.

Tidak lupa baca ulasan dari pembeli breast pump jenama tersebut sebelum membuat keputusan.

  • Ketahanan

Pilih pam susu yang selamat dan tahan lama kerana ia boleh digunakan untuk menyusukan bayi selama beberapa tahun.

Langkah ini juga akan membantu menjimatkan kos dalam jangka masa panjang.


Apa Kekurangan dan Kelebihan Breast Pump?

Menggunakan pam payudara sememangnya membantu para ibu dalam proses menyusu.

Salah satu kelebihannya adalah ibu tidak perlu sentiasa berada di sisi si manja. 

Jadi, wanita bekerja atau suri rumah boleh melakukan tugas lain.

Selain itu, penggunaan pam susu membantu meningkatkan penghasilan susu badan.

Ibu juga boleh menyimpan susu tambahan untuk jangka masa tertentu.

Dari segi kesihatan, memerah susu badan secara berkala dapat mengurangkan risiko kanser payudara. 

Malah, ia mengekalkan kesihatan payudara dengan memastikan memastikan susu dapat dikeluarkan dengan betul.

Walau bagaimanapun, penggunaannya yang kerap dan berpanjangan boleh mengakibatkan ketidakselesaan pada payudara.

Oleh itu, digalakkan membuat jadual target berapa kali sehari perlu mengepam susu.

Anda perlu faham pam susu juga tidak boleh menggantikan kemesraan semula jadi antara ibu dan bayi ketika menyusu.

Kos pembelian yang agak tinggi juga perlu diambil kira.

Nasihat kami, beli jenis breast pump yang sesuai dengan gaya hidup dan keperluan anda.


Artikel Berkaitan

End of Article