Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Botol Susu Bayi Baru Lahir (Newborn) Terbaik di Malaysia 2024

Ibu bapa pasti ingin tahu jenama botol susu terbaik untuk newborn.

Penggunaan botol susu newborn bukan saja untuk si manja yang minum susu formula tapi bayi yang menyusu badan juga.

Untuk bayi yang menyusu badan, ada segelintir ibu akan mengepam susu badannya kemudian beri anak minum susu tersebut menggunakan botol susu paling bagus.

Dengan teknologi terkini, terdapat jenis botol susu yang mempunyai puting seakan puting si ibu.

Jadi, tidak ada masalah si ibu risau anak reject minum susu daripada botol susu bayi baru lahir.

Bagi pasangan yang baru bergelar ibu bapa pasti ingin tahu jenama botol susu terbaik untuk newborn atau yang mempunyai puting botol lembut untuk bayi yang boleh bertahan lama.

Jom kita lihat senarai botol susu baby dan puting botol untuk newborn.

Jangan risau, semua botol susu newborn recommended dan botol susu terbaik newborn yang kami senaraikan ini bebas BPA, dan ada juga sedikit review botol susu newborn.


Senarai 10 Botol Susu Newborn Terbaik

Botol susu untuk newborn terbaik secara keseluruhan
Hegen PCTO - Basic Starter Kit PPSU
mulai
RM189.90
Semak Hegen PCTO - Basic Starter Kit PPSU harga dibawah:
add_circle Mudah dikendalikan
add_circle Puting seakan puting si ibu
add_circle Boleh dijadikan bekas simpan susu ibu
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Set pakej Hegen ini kategorikan sebagai basic starter kit namun ia sebenarnya cukup untuk permulaan bayi baru lahir kerana saiz botol yang disediakan tidak terlalu besar dan sesuai untuk newborn.

Ciri-ciri:

Terdapat beberapa pilihan saiz iaitu 2oz, 5oz, 8oz, 11oz cuma dalam set ini hanya dilengkapi dua saiz sahaja iaitu saiz 5oz dan 8oz.

walaupun harganya mahal, tetapi botol ini boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang.

Ini kerana selain dijadikan sebagai botol susu, bahagian puting botol boleh ditutup dengan penutup untuk dijadikan bekas simpanan susu. 

Oleh itu, jika anak anda tidak lagi menyusu botol, anda boleh jadikan ia sebagai bekas simpanan makanan ringan seperti bijirin, serbuk susu atau air minuman.

Botol susu Hegen ini direka dengan bentuk petak dan ia boleh dikendalikan dengan sebelah tangan sahaja.

Hanya menggunakan konsep Press-to-Close dan Twist-to-Open. Mudah bukan?

Review:

"Rekaan botol ini lain daripada yang lain. Memang betul, botol ini boleh handle guna satu tangan je. Sebelah tangan lagi boleh dukung anak. Kerja jadi senang."

Botol susu anti colic untuk newborn
Philips Avent
Botol susu terbaik untuk bayi yang lahir pramatang (preemie)
mulai
RM24.90
Semak Philips Avent Natural Bottle (2oz) harga dibawah:
add_circle Mempunyai sistem anti-colic
add_circle Sangat mudah untuk dicuci
remove_circle Ruang simpanan hanya 2oz

Botol susu ini mempunyai puting yang lembut dan reka bentuk lingkaran yang fleksibel seperti puting ibu membuatkan bayi mudah melekap pada botol.

Selain itu, botol susu ini juga sangat mudah digunakan dan dicuci disamping cara pemasangannya yang senang dan pantas.

Apa yang menarik, botol susu ini mempunyai sistem advance anti-colic dengan rekaan injap berkembar inovatif.

Injap berkembar ini akan mengurangkan masalah kembung perut bayi dengan membuang angin ke dalam botol semula bukan ke dalam perut si kecil anda.

Bentuknya yang ergonomik menjadikan botol in selesa dan mudah dipegang untuk tangan kecil si manja anda.

Botol Avent Natural Newborn ini hanya mampu memuatkan 2oz atau 60ml susu sesuai untuk bayi yang baru sahaja dilahirkan.

Botol susu dengan pengukuran
Tommee Tippee
mulai
RM23.90
Semak Tommee Tippee Newborn Bottle (5oz/150ml) harga dibawah:
add_circle Mempunyai puting berbentuk payudara lembut
add_circle Direka dengan lubang injap yang sensitif
remove_circle Susah basuh

Botol susu newborn jenama Tommee Tippee ini mempunyai puting botol yang lembut untuk bayi dan berbentuknya seakan-akan puting payudara membuatkan ia menjadi pilihan ibu-ibu.

Puting jenis ini dapat memudahkan lekapan pada mulut bayi untuk setiap sesi penyusuan dan mengelakkan bayi mudah keliru puting.

Selain itu, aliran susu yang perlahan pada puting dengan injap yang sensitif dapat menyekat aliran udara luar yang berlebihan sekaligus mengelakkan bayi mudah kembung perut.

Paling penting, botol susu ini dijamin bebas BPA membuatkan ia selamat digunakan oleh bayi tanpa perlu risau bahan kimia yang berbahaya. 

Botol susu ini juga dapat menyimpan susu sebanyak 150ml atau 5oz, sangat ringan dan mudah dipegang.

Terdapat tanda ukuran dalam unit milimeter dan ounces bagi memudahkan pengiraan jumlah susu yang diperlukan oleh bayi anda.

mulai
RM39.90
Semak MAM Easy Start Anti-Colic Newborn Baby Bottle (4.5oz/130ml) harga dibawah:
add_circle Mudah dikendalikan
add_circle Bebas BPA
add_circle Puting botol seakan puting payudara
remove_circle Tidak boleh dijadikan botol simpan susu

Botol susu newborn jenama MAM ini telah dipatenkan sebagai botol MAM Easy Start Anti-Colic dan kajian telah dibuktikan selepas menggunakan botol ini 80% ibu mengesahkan bayi mereka mengalami kurang kolik.

Rekaan puting MAM juga mendapat feedback yang baik daripada pengguna kerana bentuk puting botol seperti payudara si ibu.

Tekstur SkinSoft™ silikon yang digunakan lembut pada bayi dan selesa untuk dipegang.

Paling penting buat si ibu dan penjaga bayi, botol MAM ini mudah dibersihkan kerana aksesori botol tidak perlu diasingkan untuk proses steril.

Botol MAM menggunakan konsep take-on-the-go iaitu ia akan steril dengan sendiri apabila anda panaskan botol susu terus ke dalam ketuhar selama 3 minit.

Botol susu PP (Polipropilena)
Autumnz - PP Wide Neck Feeding Bottle
mulai
RM24.70
Semak Autumnz - PP Wide Neck Feeding Bottle harga dibawah:
add_circle Diperbuat daripada bahan Polypropylene berkualiti tinggi
add_circle Mempunyai saiz botol yang besar
add_circle Bebas BPA
remove_circle Warna botol tidak menarik

Botol susu jenama Autumnz diperbuat daripada bahan polypropylene berkualiti tinggi membuatkan ia mampu menahan haba air panas yang digunakan untuk bancuh susu.

Botol ini juga bebas daripada bahan BPA dan ia selamat digunakan untuk bayi tanpa bahan kimia yang berbahaya.

Rekaan yang ergonomik menjadikan botol susu ini mudah dipegang ketika bayi menyusu dan tahan lasak.

Selain itu, puting jenama Autumnz jenis wide neck dan anti-colics dimana sistem injap udara dapat mengurangkan colic dan gas untuk keselesaan si manja ketika menyusu.

Jangan risau, terdapat pelbagai saiz puting dan botol mengikut usia si kecil anda iaitu daripada 0 hingga 6 bulan.

Botol susu newborn angle neck
Original Mimijumi Baby Feeding Bottle
mulai
RM84.50
Semak Original Mimijumi Baby Feeding Bottle harga dibawah:
add_circle Mempunyai puting seakan payudara si ibu
add_circle Mudah dikendalikan
add_circle Mudah dicuci
remove_circle Tidak sesuai masuk dalam microwave
remove_circle Harga mahal

Produk botol susu keluaran Mimijumi mempunyai puting yang seakan puting payudara si ibu.

Puting jenis ini dapat memudahkan proses peralihan antara puting si ibu ke botol susu.

Rekaan putingnya yang agak unik dapat mengelakkan colic dan gas masuk ke dalam perut bayi yang mengakibatkan kembung perut.

Selain itu, botol susu ini mempunyai rekaan yang condong sedikit jadi proses mengendalikan dan mencuci lebih mudah dan pantas.

Menariknya lagi, botol susu ini tidak akan tergelincir dengan mudah atau jatuh ke lantai kerana terdapat getah Snap-On di bahagian bawah botol.

Terdapat pelbagai saiz puting dan botol dari usia bayi 0 hingga 18 bulan untuk anda pilih mengikut kesesuaian bayi anda.

Botol susu newborn wide neck/slim neck
PUMP ON THE GO Milk Storage Bottle
mulai
RM3.00
Semak PUMP ON THE GO Milk Storage Bottle harga dibawah:
add_circle Boleh dijadikan milk storage
add_circle Bebas BPA
add_circle Tahan lasak
remove_circle Puting perlu ditebuk sendiri

Botol Pump on the go boleh berfungsi 2 dalam 1 iaitu sebagai botol suus si manja dan botol simpanan susu. 

Bagi ibu yang bekerja, botol ini sangat sesuai digunakan untuk dihantar kepada pengasuh.

Namun, anda perlu membeli puting secara berasingan kerana botol ini hanya menyediakan penutup tanpa puting.

Terdapat dua jenis puting iaitu wide neck dan slim neck yang dijual tetapi ia tidak mempunyai lubang.

Oleh itu, anda perlu menebuk lubang puting itu sendiri.

Untuk steril dan memanaskan botol amat mudah, anda boleh panaskan ia bersama air di dalam microwave kerana bahan pembuatan botol ini tahan lasak.

Botol susu ppsu (Polyphenylsulfone) terbaik
Pigeon Wide Neck PPSU Nursing Bottle
mulai
RM14.45
Semak Pigeon Wide Neck PPSU Nursing Bottle harga dibawah:
add_circle Tahan lasak
add_circle Mempunyai sistem Air Ventilation
add_circle Bebas BPA
remove_circle Tidak sesuai masuk dalam microwave

Botol susu jenama Pigeon ini mempunyai puting SofTouch™ Peristaltic PLUS yang diperbuat daripada 100% silikon, sangat lembut dan fleksibel.

Jadi, pergerakan lidah si manja ketika menghisap susu bergerak secara semula jadi dan lebih lancar.

Sistem Air Ventilation pada botol ini dapat mengurangkan udara masuk dan ia dapat kurangkan risiko bayi perut kembung.

Selain itu, botol susu ini diperbuat daripada polyphenylsulfone (PPSU)  dimana mempunyai rintangan haba yang tinggi dan tahan lasak.

Saiz botol mempunyai tiga saiz 5oz, 8oz dan 11oz serta mempunyai corak yang menarik untuk si manja anda.

He Or She Antibacterial Ultra Wide Neck Baby Bottle-1
mulai
RM128.00
Semak HeOrShe Antibacterial Ultra Wide Neck Baby Bottle harga dibawah:
add_circle Bebas BPA
add_circle Mudah dibersihkan
remove_circle Harga mahal

Botol susu  jenama He or She mempunyai ciri yang berlainan daripada botol susu lain kerana ia menggunakan material silikon untuk bahagian badan botol.

Material ini tidak keras dan lembut apabila dipegang menjadikan sesi penyusuan lebih selesa.

Rekaan botol ini tahan lasak, tidak mudah calar tetapi tahap kepanasannya boleh bertahan sehingga 180℃/356℉ sahaja.

Jika dilihat pada bahagian penutup botol, ia kelihatan sangat unik dan mudah untuk ditanggalkan dengan menggunakan sebelah tangan.

Aliran puting botol seperti payudara si ibu akan membantu mengelakkan bayi tersedak dan mereka tak mudah kembung perut.

Jangan risau, botol ini selamat untuk digunakan kerana ia ada pengesahan daripada SIRIM dan FDA. 

miutu baby bottle
mulai
RM29.00
Semak Minitutu Wide Mouth Glass Feeding Bottle 80ml/160ml harga dibawah:
add_circle Bebas BPA
add_circle Menyerupai puting susu ibu
add_circle Mudah dibersihkan
add_circle Tiada bau
remove_circle Berat 0.2 KG

Jenama Minitutu menawarkan botol susu yang dibuat daripada bahan berkualiti tinggi seperti kaca borosilikat sederhana.

Botol ini sesuai untuk bayi berusia 0 hingga 6 bulan ke atas, ketahanan terhadap suhu tinggi, bebas BPA, dan pacifier yang menyerupai puting susu ibu. 

Selain itu, penutup botol juga lebih besar dengan reka bentuk diameter yang luas dan skala yang lebih jelas untuk memudahkan proses membancuh susu.

Minitutu Glass Baby Bottle adalah pilihan terbaik untuk ibu bapa yang prihatin tentang kualiti penyusuan bayi. 

Bayi anda pasti rasa gembira dan selesa setiap kali menyusu!


Berapa Kuantiti Botol Susu Yang Diperlukan Oleh Newborn Anda?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya berapakah kuantiti botol susu yang perlu disediakan untuk bayi baru lahir? 

Maklumlah, anak pertama kurang pengalaman lagi.

Sebenarnya, mengikut kemampuan ibu bapa dalam menyediakan jumlah botol yang diperlukan buat si kecil. 

Sebaiknya jumlah botol yang digunakan adalah sekitar sebotol sahaja untuk bayi baru lahir seawal 2 bulan pertama untuk anak yang minum susu badan.

Manakala bayi diberikan susu formula, anda perlu menyediakan lebih daripada 2 botol.

Untuk diberikan kepada pengasuh pula, si ibu perlu menyediakan lebih 6 botol jika menyusu badan.

Kami sarankan anda menggunakan botol jenis pump on the go atau paket plastik khas simpan susu yang bersaiz kecil supaya lebih jimat.

Jika susu formula, cukup dua saja untuk diberikan kepada pengasuh.


Berapakah Sukatan Susu Bayi Baru Lahir?

Bagi sukatan susu pula, tak perlu lebih dari 5oz pun kerana mereka masih kecil lagi.

Bayi baru lahir sebulan awal, saiz perut mereka adalah sebesar sebiji telur ayam maknanya mereka hanya memerlukan 80ml - 150ml (2.5oz - 5oz) saja.

Kuantiti ini akan sama sehingga usia mereka 6 bulan, jika anak anda menyusu badan secara penuh.

Manakala anak yang minum susu formula, sukatan susu jadi berbeza apabila mencecah usia 3 bulan dimana bergantung pada jenis susu formula yang anda berikan.

Perlu diingatkan, lain bayi lain keperluan mereka kerana setiap bayi adalah unik dan berbeza.

Cuma ini hanya sekadar anggaran dan pengalaman penulis yang sudah mempunyai anak. 

Jadi bagi si ibu yang menyusu badan penuh, untuk mengetahui berapa jumlah anak anda perlukan adalah dengan melihat hasil pam untuk satu sesi.

Jom kita lihat bagaimana si ibu boleh menilai si manja cukup susu atau tidak menerusi video berikut.


Kenapa Mesti Pilih Botol Tanpa Bahan BPA?

BPA adalah Bisphenol A yang merupakan bahan kimia yang dihasilkan dalam kuantiti yang banyak untuk digunakan dalam pengeluaran plastik polikarbonat.

Sering digunakan untuk pembuatan barangan seperti tingkap kalis pecah, cermin mata, botol air, penutup botol, tin makanan dan saluran paip bekalan air.


Kenapa Perlu Menyusu Dengan Botol Susu?

Sebagai ibu, anda pasti ingin memberi yang terbaik untuk anak dan satu cara yang mudah untuk menyusu bayi adalah melalui botol susu.

Menggunakan botol susu memudahkan anda untuk mengukur jumlah susu yang bayi anda minum bagi memastikan bayi anda mendapat nutrisi yang cukup.

Dengan menggunakan botol susu juga, anda dapat memberikan susu bayi dengan lebih mudah dan selesa.

Anda juga boleh menyediakan susu untuk bayi sebelum keluar rumah dan ini dapat memastikan bayi anda tidak kekurangan susu.

Diingatkan bahawa penggunaan botol susu juga memerlukan penjagaan yang betul iaitu botol susu perlulah sentiasa dibersihkan dengan betul dan bebas bakteria.

Bagaimanapun, tak dinafikan yang direct feeding memberi banyak faedah terbaik seperti meningkatkan ikatan antara ibu dan bayi, jimat dan ia juga membantu si ibu merangsang pengeluaran susu.

Hanya si ibu yang tahu apa yang terbaik untuk anak masing-masing, jadi buatlah pilihan yang bijak.


Bagaimana Cara Pilih Botol Susu Newborn?

Tak lama lagi anda bakal bergelar ibu? Jika ya, anda boleh mula mencari botol susu baru lahir yang terbaik untuk si manja anda sekarang.

Kami akan kongsikan beberapa tips beli botol susu newborn yang terbaik untuk bayi anda.

  • Saiz

Pilih saiz botol yang paling sesuai dengan keperluan bayi anda dan kebiasaannya saiz yang sering digunakan oleh bayi baru lahir ialah 4 oz atau 5 oz.

Jangan lupa untuk membeli beberapa botol susu tambahan sebagai simpanan untuk memudahkan anda mengganti botol susu yang kotor atau rosak selepas penggunaan.  

  • Bahan

Pastikan botol susu yang anda pilih bebas daripada BPA atau bahan kimia lain yang bahaya untuk bayi.

Kami sarankan anda untuk pilih botol susu yang diperbuat daripada bahan plastik tahan lasak yang selamat.

  • Mudah dibersihkan

Terdapat banyak jenis design botol susu dipasaran, jadi kami syorkan anda memilih botol susu yang mudah dibersihkan untuk menjimatkan masa dan tenaga anda mencuci botol susu.

  • Jenis puting

Terdapat beberapa jenis puting yang berbeza untuk dipilih seperti puting silikon, puting nipis, puting lebar dan puting bentuk aliran. 

Jenis puting yang digunakan pada botol susu hendaklah bersesuaian dengan umur bayi supaya boleh minum susu dengan selesa.

Puting nipis dan lembut yang menyerupai puting payudara ibu adalah yang terbaik untuk bayi newborn.

  • Aliran udara

Pastikan botol susu mempunyai aliran udara yang baik supaya bayi anda tidak menelan udara berlebihan semasa minum susu.

Botol dengan teknologi anti-colic akan membantu mengurangkan risiko colic dan menjadikan bayi anda lebih selesa semasa menyusu.


Apa Kekurangan dan Kelebihan Botol Susu Newborn?

Antara kebaikan botol susu newborn ialah saiz yang sesuai untuk bayi yang baru lahir, dengan lubang puting kecil bagi memastikan bayi tidak menelan terlalu banyak udara semasa minum susu.

Anda juga boleh memantau jumlah susu yang diminum bayi anda dengan lebih mudah.

Botol susu newborn ini juga mudah digunakan dan dibersihkan. 

Penyusuan melalui botol juga memberikan fleksibiliti untuk mengurangkan ketidakselesaan dan kesakitan bagi ibu apabila menyusukan bayi secara direct.

Sesetengah ibu mengalami rasa sakit ketika menyusu dan penyusuan botol memberikan pilihan untuk mengurangkan tekanan bagi ibu.

Botol susu juga mudah dibawa ke mana-mana, jadi anda tidak perlu risau jika anak anda perlu menyusu jika berada di luar rumah.

Namun, kekurangan utama botol susu yang baru lahir ini adalah ia hanya sesuai untuk jangka masa yang singkat dan bayi akan memerlukan botol susu bersaiz lebih besar apabila meningkat usia.


Artikel Berkaitan

End of Article