Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Coklat Halal & Sedap Untuk Kudapan Sepanjang Hari

Kenikmatan coklat pasti membuat semua orang menginginkannya.

Apakah kebaikan coklat?

Apabila sebut tentang coklat pasti ramai yang menggemari coklat kerana rasanya yang sangat lazat, rata-rata ramai yang menggemari coklat tidak kira dari apa peringkat usia sekalipun. Tahukah anda bahawa coklat juga mempunyai manfaat kesihatannya yang tersendiri? Antaranya adalah meningkatkan tenaga, aliran darah berjalan dengan lancar, mengurangkan risiko terkena serangan jantung, baik untuk yang sedang berdiet, lelah dan juga mampu menghaluskan kulit anda menjadi lebih lembut.  

Berikut beberapa jenis coklat lazat yang anda mungkin boleh cuba untuk menambahkan tenaga dan menjaga kesihatan.

Kini tidak perlu berkunjung ke Langkawi hanya untuk coklat ini
Semak Daim Chocolate 280g harga dibawah:

Coklat yang diperbuat di Sweden ini amat terkenal dalam kalangan pengunjung di Langkawi. Kini anda tidak perlu lagi terbang jauh hanya untuk mendapatkan coklat yang mengandungi kepingan karamel ini.

Chocolate bouquet nntuk si dia yang menggemari coklat susu
Semak Cadbury Bouquet harga dibawah:

Tidak semua sukakan bunga. Hadiahkan insan istimewa dalam hidup anda dengan bouquet coklat ini. Si dia pasti akan tersenyum gembira!

Coklat terbaik untuk masakan atau sebagai coklat ganache
Beryl's
Semak Beryl’s Chocolate Compound Coins harga dibawah:

Beryl’s serbuk koko adalah produk yang dikilangkan di Malaysia dan mempunyai rasa lemak berkoko. Serbuk koko ini sesuai untuk kegunaan membuat kek, biskut, mufin dan ais krim. Bahan kandungannya mengandungi susu protein, telur dan gluten yang dibenarkan. Pembuatan kek pasti lebih lazat dan sempurna dengan serbuk koko ini.

Amaran penting : buat anda yang mengalami alergi kepada kekacang, coklat kepingan ini mempunyai kandungan kacang. 

Coklat dalam bentuk chocojar dengan kandungan vitamin, baik untuk kesihatan
Ovomaltine
Semak Ovomaltine Crunchy Cream harga dibawah:

Cecair koko dalam balang ini memberikan kombinasi rasa coklat ranggup dan enak untuk di makan begitu sahaja atau disapu bersama roti. Dengan bertekstur krim malt yang penuh rasa koko, semua peringkat umur pasti akan sukakannya. 

Bukan sahaja sedap malah ia juga mengandungi 11 jenis vitamin, kalsium dan magnesium untuk kebaikan anda sekeluarga. Kesihatan terjaga sambil dapat menikmati kelazatan coklat dalam pemakanan yang seimbang. 

Coklat hitam (dark chocolate) dengan sensasi yang mendinginkan
Ritter Sport
Semak Ritter Sport Peppermint Dark Chocolate harga dibawah:

Ritter coklat yang terkenal lebih dari 30 tahun berada di pasaran, mempunyai kandungan coklat enak untuk dinikmati seisi keluarga. Coklat ini mempunyai rasa pudina berangin dan yang paling menyeronokkan ianya mudah cair di mulut. 

Rasa pudina di dalam coklat ini memberikan rasa segar dalam setiap kunyahan dan membuatkan anda dapat menikmatinya dengan penuh kenikmatan. 

Terbaik digunakan dalam pembuatan kek dan Almond London
Van Houten
Semak Van Houten Cocoa Powder harga dibawah:

Van Houten diperbuat daripada 100% serbuk koko asli dengan tekstur yang halus. Ianya sesuai untuk kegunaan memasak ataupun membuat minuman coklat kegemaran anda. Rasa kokonya yang asli membuatkan setiap kek, biskut ataupun minuman menjadi lebih lazat dan menakjubkan.

Tidak mengandungi bahan kimia yang membahayakan kesihatan serta bebas pewarna tiruan dan perasa tambahan. Kandungan Cocoa Butter dalam coklat ini juga kurang dari 20%. Ianya selamat dimakan untuk semua peringkat umur.

Buat ibu yang sedang hamil, coklat jaga diet ini sesuai untuk anda
Godiva Chocolatier
Semak Godiva Tablet Dark Chocolate 72% Almond harga dibawah:

Rasa coklat hitam (dark) bersama kekacang badam pastinya kombinasi yang enak untuk dijadikan snek ringan sebelum menikmati juadah berat. Coklat dengan tekstur lembut, nipis dan cukup pekat rasa kokonya ini membuatkan ianya kudapan yang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga. 

Kandungan coklat hitam sebanyak 72% sesuai untuk semua peringkat umur. Terutamanya buat ibu yang sedang hamil, pasti berat badan akan bertambah, bukan? Nah, inilah coklat yang tepat untuk anda menjaga diet semasa mengandung. Ianya coklat yang memberikan rasa kepuasan pada si pecinta coklat seperti anda.

Coklat terbaik untuk pesakit kencing manis (diabetes) dan sedang berdiet
Alfredo
Semak Alfredo Sugar Free Bar Dark harga dibawah:

Coklat dari jenama Alfredo ini dibuat tanpa gula tambahan dan ianya coklat yang sesuai untuk anda kerana rasanya kurang manis. Rasa coklat pekat cukup sempurna apabila ia cair di mulut anda. Lazat dinikmati untuk anda yang ingin mengawal berat badan tetapi dalam masa yang sama seorang yang penggemar akan coklat.

Produk ini dijamin 100% Halal dan sesuai dimakan oleh penggemar coklat yang menghidapi penyakit kencing manis (diabetes).

Coklat yang boleh dimakan oleh semua peringkat umur terutama kanak-kanak
Semak M&M's Milk - 200g harga dibawah:

Rasai coklat susu sebenar dengan cengkerang coklat nipis di luar. Ianya coklat yang mampu melekakan anda sekeluarga di saat menikmatinya. Coklat susu dengan warna-warna meriah ini pasti mengembirakan si kecil. Boleh juga dijadikan sebagai hiasan kek ataupun di makan bersama ais krim.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article