Bayi dan masalah ruam sudah menjadi perkara biasa kerana kulit mereka sangat sensitif.
Lebih-lebih lagi jika lampin tidak ditukar dengan kerap, kulit bayi tidak sesuai dengan lampin atau cuaca terlalu panas.
Cara mengubatinya adalah dengan menyapi krim ruam bayi pada kawasan tersebut.
Tapi mungkin bagi mereka yang baru menjadi ibu bapa pasti tidak tahu ubat sapu ruam bayi mana yang bagus.
Jadi kami senarai krim hilangkan ruam bayi untuk anda mengikut kesesuaian kulit dan masalah.
Senarai 12 Krim Ruam Bayi Terbaik
Table of Contents

Sebab Menjadi Pilihan Utama;
Bahagian punggung bayi adalah kawasan sensitif apabila terdedah kepada kotoran najis dan bakteria untuk tempoh yang lama.
Oleh itu, dapatkan krim jenama ini yang akan menghasilkan lapisan perlindungan terhadap penyebab kerengsaan yang sebabkan ruam lampin,
Ciri-ciri;
Mengandungi bahan aktif dexpanthenol yang akan bertukar menjadi asid panthothenic dalam sel kulit.
Asid ini dikenali sebagai vitamin B5 yang mampu menyembuhkan kulit dan bagus untuk menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang baru.
Ubat sapu ruam bayi ini turut boleh disapu di payu dara ibu menyusu yang mengalami masalah puting susu pedih dan merekah.
Malah, masalah kulit kering dan mengelupas juga boleh diselesaikan dengan penggunaan krim Bepanthen ini.
Review;
‘Krim ini memang berkesan dan ruam cepat baik sebab dah disarankan sendiri oleh doktor. Sesuai juga untuk kulit bayi yang kulit sensitif.”

Untuk mereka yang baru sahaja bergelar ibu bapa, pastikan krim antiseptik ini sentiasa ada di rumah.
Ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk merawat ruam yang tiba-tiba ada pada kulit si manja.
Produk Pureen khas untuk bayi ini bakal menghasilkan lapisan perlindungan yang akan mengurangkan kontak di antara kulit anak dan kekotoran.
Misalnya bakteria dan kuman yang ada dalam air kencing atau najisnya.
Boleh juga digunakan sebagai langkah pencegahan terhadap ruam yang disebabkan oleh haba dan ruam air liur.
Jangan lupa untuk sapu krim ruam ini pada punggung bayi sebelum pakaikan lampin baru.

Diperbuat daripada Yashada Bhasma yang akan melindungi kulit dari jangkitan dan boleh kurangkan kerengsaan kulit.
Krim hilangkan ruam bayi ini selamat dan lembut digunakan untuk anak sebab bebas daripada paraben dan minyak mineral.
Selain itu, ia juga telah diuji secara klinik dan juga tidak akan sebabkan alahan kerana hypoallergenic.
Jadi, ibu boleh guna produk Himalaya ini tanpa ragu-ragu.
Paling bagus, turut mengandungi minyak badam yang kaya dengan vitamin E dan D serta ada aloe vera yang bakal merawat ruam lampin, malah gatal-gatal juga dapat dikurangkan.

Krim Sudocrem pula sangat mudah digunakan kerana hanya sapu nipis pada kawasan kulit yang bermasalah dan sangat berkesan untuk merawat ruam akibat pemakaian lampin.
Pembelian produk ini juga berbaloi kerana boleh merawat kulit yang melecet dan sesuai juga untuk bayi yang menghidap dermatitis dan eczema ringan.
Mengandungi zinc oxide, benzoate dan benzyl alcohol, krim hilangkan ruam bayi ini turut boleh mengurangkan ketidakselesaan yang dialami oleh bayi akibat lampin yang basah dan lembab.
Menariknya lagi, tarikh lumut produk pula ialah pada 01/2024, jadi boleh digunakan dengan kerap untuk jangka masa yang lama.

Jika anak anda sering terkena masalah ruam susu pada wajahnya, gunalah krim jenama Buds yang diformulasikan khas untuk kulit muka bayi ini.
Review daripada pengguna di Shopee mengatakan memang berkesan untuk hilangkan ruam susu pada pipi.
Tambahan pula, mengandungi prebiotik terpilih dan minyak tumbuhan semula jadi seperti minyak jojoba organik yang akan melembutkan kulit anak.
Manakala daun zaitun serta ekstrak daun Rosemary pula bakal bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi kulit daripada radikal bahaya.
Produk penjagaan kulit organik ini sangat lembut pada kulit bayi.

Apa yang menariknya tentang krim ruam bayi jenama Joielle ini ialah akan melembabkan kulit tanpa rasa melekit atau berminyak setelah disapu.
Sesuai untuk selesaikan masalah ruam panas anak kecil.
Bukan itu sahaja, produk ini boleh digunakan tanpa was-was sebab bebas daripada bahan kimia bahaya dan dibuat berasaskan bahan semula jadi.
Memang wajib ada dalam setiap diapers bag dan di rumah kerana boleh juga menghilangkan masalah ruam susu, ruam lampin dan ekzema ringan.

Produk untuk kulit muka bayi keluaran Sebamed ini pula memang disarankan untuk mengurangkan ruam susu dan iritasi pada muka si comel anda.
Jangan risau, krim ini selamat digunakan kerana telah menjalani ujian dermatologi.
Selain boleh melembabkan kulit, produk ini dapat membentuk lapisan perlindungan untuk mengelakkan kehilangan kelembapan kerana mengandungi panthenol.
Malah dapat melindungi kawasan sekitar mulut daripada iritasi akibat terkena air liur.
Paling penting, sangat mudah untuk digunakan dan cepat meresap ke dalam kulit.
Krim sebanyak 50ml ini memiliki nilai pH 5.5 di mana ia akan mengaktifkan mantle acid yang akan menghasilkan perlindungan kulit yang sihat.

Selain boleh mengurangkan kegatalan kulit dalam masa 30 minit, krim Jolicare juga mampu menyelesaikan masalah ruam, kemerahan dan melegakan kegatalan.
Apa yang bagusnya tentang krim gatal baby ini, sesuai untuk bayi yang baru lahir hingga kanak-kanak berusia 6 tahun.
Bagi golongan dewasa pula, krim ini boleh dipakai sesiapa saja tidak kira ibu hamil atau orang tua jika mempunyai masalah gatal atau kurap.
Memang selamat jika disapu pada bahagian muka bayi jika terdapat kegatalan sebab tidak mengandungi paraben dan wangian.
Jika anak anda ada alahan pada muka atau digigit serangga seperti nyamuk, boleh juga sapu pada kawasan badan yang bermasalah.

Walaupun fungsi krim Youbaby ini lebih kepada untuk membantu masalah ekzema bayi, namun bagus juga untuk merawat masalah kudis, psoriasis, kembung perut dan tidur yang tidak lena.
Memiliki PH 5.5 dan tekstur krimnya tidak melekit, mudah meresap ke dalam kulit dan tidak terasa panas apabila disapu pada kulit.
Paling penting, produk Youbaby selamat digunakan pada bayi kerana tiada steoroid.
Krim untuk eczema bayi ini telah dirumus khas menggunakan bahan premium seperti Casia Senna Leaf, Habatussauda, bawang putih, minyak Jojoba, Aloe Vera dan EO Geranium.
Jadi dengan semua bahan ini sangat bagus untuk kesan luka terbakar, masalah kulit berair dan gigitan serangga turut boleh dikurangkan.

Dirumus dengan Colloidal Oatmeal yang boleh melegakan masalah kegatalan dan kekeringan pada kulit ekzema.
Krim jenama Eucerin yang khas untuk bayi ini turut mengandungi Licochalcone.
Bahan tersebut boleh membantu melegakan kulit yang kemerahan dan rengsa akibat ekzema dan ruam.
Selain itu, formula krim untuk eczema baby ini turut melembabkan kulit agar tak mudah kering atau gatal.
Ibu bapa boleh sapu krim jenama nombor 1 pilihan pakar kanak-kanak ini pada kulit anak yang kering tanpa keraguan kerana tidak mengandungi pewangi, pewarna dan steroid.

Untuk si kecil yang memiliki kulit jenis sensitif, kering dan ekzema, krim ini boleh membantu mengurangkan kegatalan dan masalah kulit mengelupas.
Ini kerana produk buatan Australian mengandungi Squalane yang akan mengekalkan kelembapan kulit.
Turut diformulasikan dengan 3 jenis bahan melembab iaitu emollient, humectant dan occludent yang akan menjamin kulit kekal lembab sehingga 24 jam.
Malah, ubat eczema untuk bayi ini juga sangat mudah digunakan kerana tidak melekit.
Boleh juga disapu pada kulit yang mengalami masalah dermatitis dan psoriasis.
Paling penting, boleh disapu pada bahagian muka dan tubuh bayi selepas mandi.

Selain boleh menyembuhkan lepuhan, ekzema dan keradangan kulit, produk Mayyababy ini sangat bagus dalam merawat gigitan serangga dan boleh bertindak sebagai penghalau nyamuk.
Disebabkan krim ini berasaskan air, teksturnya tidak melekit atau terasa berminyak apabila disapu pada kulit.
Cuma mengandungi minyak argan, aloe vera, chamomile, minyak oren dan habbatus sauda, yang mengeluarkan bau wangian lemon.
Untuk bayi yang sering menangis akibat perut kembung, memang disarankan untuk guna produk ekzema ini sebab masalah itu boleh melegakan.
Demam juga boleh dikurangkan dengan penggunaan krim bayi ini. Bagus bukan?
Berapa Lama Ruam Bayi Akan Hilang?
Masalah ruam yang gatal dan berwarna merah pada kulit bayi dan kanak-kanak sememangnya akan menimbulkan kegusaran kepada ibu bapa.
Jangan risau, dengan rawatan dan penjagaan kulit yang betul, ruam tersebut boleh sembuh dalam masa dua hingga tiga hari, contohnya ruam lampin.
Bagaimanapun, ada juga ruam yang akan hilang selepas beberapa minggu dan ada juga yang tak perlukan rawatan langsung.
Sebagai contoh, ruam disebabkan cuaca panas akan sembuh dengan sendirinya dalam masa beberapa hari sahaja.
Apa-apa pun, semuanya bergantung juga pada jenis kulit anak-anak dan keadaan.
Cara Memilih Krim Untuk Bayi Ruam Yang Sesuai
Ibu bapa perlu teliti terlebih dahulu kandungan bahan yang digunakan dalam krim ruam yang ingin dibeli supaya tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.
Bukan apa, takut menyebabkan alahan atau merengsakan kulit si manja dengan lebih teruk.
Kemudian, pastikan krim tersebut bebas daripada paraben, phthalates, lilin tiruan, pewarna tiruan dan pewangi.
Kenal pasti juga jenis ruam yang dihadapi oleh bayi anda sama ada ruam itu berada di tahap sederhana atau teruk.
Jika ruam berkenaan hanya ringan, krim berasaskan petroluem dah memadai.
Tapi untuk ruam yang sederhana dan teruk, mungkin perlu gunakan produk berasaskan zinc-oxide.
Selain itu, cari produk yang ada bahan semula jadi seperti Calendula atau aloe vera yang boleh mengurangkan kerengsaan kulit akibat ruam tadi.
Untuk kepastian, sila rujuk doktor atau pakar kanak-kanak sebelum membeli sesuatu krim.
Penyebab Ruam Bayi
Terdapat pelbagai jenis ruam yang dihadapi oleh kulit bayi. Antaranya, ruam lampin yang terjadi akibat bakteria yang terkumpul ketika memakai lampin yang kotor.
Juga berlaku disebabkan kerengsaan kulit akibat kelembapan daripada najis bayi.
Penggunaan baby wipes atau sabun yang tidak sesuai dengan kulit anak juga boleh menjadi penyebab ruam di badan.
Ruam akibat ekzema pula mungkin boleh terjadi sebab alahan pada sesetengah makanan atau fabrik pakaian.
Di samping itu, cuaca yang panas juga boleh sebabkan ruam pada kulit anak anda.
Apa pun ikuti video dibawah untuk mencegah ruam lampin bayi.