Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Sabun Basuh Baju Wangi & Tahan Lama di Malaysia 2024

Pilihan serbuk pencuci terbaik untuk mencuci pakaian anda.

Bagi yang keliru antara pencuci baju cecair atau serbuk yang mana sabun basuh baju terbaik untuk kain, sebenarnya kedua-duanya mempunyai kualiti pencuci baju terbaik.

Tapi apa yang menjadi masalah sekarang  terdapat banyak jenama sabun basuh baju terbaik di pasaran. 

Sampai tak tahu mana satu beli. Jadi, jom tengok senarai 10 sabun basuh baju terbaik dan detergen paling wangi.


10 Senarai Sabun Basuh Baju Terbaik

Breeze Detergent Liquid Indoor Drying Goodbye Musty (3.8kg)
mulai
RM20.98
Semak Breeze Detergent Liquid Indoor Drying Goodbye Musty (3.8kg) harga dibawah:
add_circle Menghilangkan bau hapak
add_circle Mudah larut
add_circle Harga berpatutan
remove_circle Bau wangi tidak tahan lama

Sebab menjadi pilihan utama;

“Sabun basuh cecair Breeze dari variasi ‘Indoor Drying Goodbye Musty’ mampu menyingkirkan segala bau hapak, peluh dan masam pada pakaian. 

Sesuai untuk pakaian yang dijemur di dalam rumah atau ketika cuaca mendung mahupun hujan”

Ciri-ciri;

Botol besar sabun dengan berat 3.8 kilogram boleh bertahan hingga 1-2 bulan penggunaan. 

Diformulasi khas untuk basuhan baju yang dijemur tanpa matahari dengan hasil kain kekal bersih dari sebarang kesan kotoran.

Anda jangan bimbang tentang kesan bau hapak pada baju kerana baju anda akan berbau segar.

Jenama Breeze juga mesra alam dengan menggunakan 100% botol kitar semula.

Pihak mereka juga memperkenalkan bahan kandungan sabun bersama ekstra tumbuhan aktif. 

Kesannya, sabun tidak akan menyebabkan kesan sensitif pada kulit dan lembut pada tangan. 

Bagi mendapatkan hasil baju yang bersih dan segar, Breeze beri panduan cara cucian.

Caranya dengan masukkan setengah penutup botol untuk separuh cucian (10 pakaian) dan satu penutup botol penuh untuk muatan cucian banyak (15-20 pakaian). 

Review:

“Harga sangat berpatutan dengan sabun yang sememangnya wangi. 

Sangat sesuai dengan cucian indoor tetap memberi pakaian bau segar dan tidak merosakkan pakaian.”

Breeze Powder Detergent Fragrance of Comfort (3.3kg)
mulai
RM20.90
Semak Breeze Powder Detergent Fragrance of Comfort (3.3kg) harga dibawah:
add_circle Serbuk mudah larut
add_circle Bau wangi tahan lama
add_circle Mencuci dengan baik
remove_circle Kurang sesuai untuk kulit sensitif

Anda inginkan bau pakaian yang wangi kekal berpanjangan? Boleh pilih jenama sabun basuh baju serbuk dari Breeze ini.

Sabun ini kombinasi formulasi membersih Breeze dan haruman wangian Comfort. 

Setiap helaian pakaian umpama disembur minyak wangi flora yang memikat.

Review dari pembeli Shopee dan Lazada juga penuh dengan komen ‘sabun basuh baju paling wangi’. 

Bukan itu sahaja, sabun Breeze mampu membersih kotoran pada pakaian dengan baik sekali. 

Anda tak perlu rendam, sental dan menambah peluntur dengan satu scoop sabun membantu membersih dibahagian kolar dan lengan baju.

Jika anda inginkan baju lebih wangi dan kekal sehingga 2 minggu boleh tambah softener Comfort Ultra pada bilasan terakhir. 

Percayalah memang satu keluarga anda berbau harum!

Sabun basuh baju yang wangi tahan lama
DAIA
DAIA Detergent Powder Eau De Parfum (3.8kg)
mulai
RM19.30
Semak DAIA Detergent Powder Eau De Parfum (3.8kg) harga dibawah:
add_circle Bau wangi tahan lama
add_circle Sesuai untuk jemuran dalam rumah
add_circle Sesuai untuk basuh mesin dan tangan
remove_circle Kurang sesuai untuk kulit sensitif
remove_circle Meninggalkan kesan sabun pada pakaian

Jenama sabun basuh baju Daia cukup sinonim dengan basuhan yang meninggalkan bau wangi berpanjangan.

Sabun serbuk ini mengandungi campuran wangian yang direka khas oleh pengeluar minyak wangi terkemuka.

Mempunyai haruman musky dan warm woods, sweet roses dan fruity apple serta fresh, sparkling dan green fruity.

Setiap baju yang dibasuh dengan sabun Daia tidak memerlukan sebarang pewangi tambahan seperti softener. 

Memang cukup kuat, tahan lama dan menghilangkan bau kurang enak pada pakaian. 

Bersama Triple Enzyme Technology dapat menghilangkan kotoran dengan efisien tanpa memerlukan proses rendaman.

Buat para ibu yang ada anak-anak aktif dan bersekolah, sabun ini sesuai untuk anda. 

Ketahanan wangi cukup lama, membersih pakaian berwarna dan putih dengan cemerlang serta dijual dengan harga yang cukup murah.

Bio-D Aleev Baking Soda Laundry Detergent (2kg) - Floral Bloom Scent
mulai
RM18.90
Semak Bio-D Aleev Baking Soda Laundry Detergent (2kg) - Floral Bloom Scent harga dibawah:
add_circle Mengandungi baking soda
add_circle Tidak memerlukan banyak air
add_circle Terbaik untuk kulit sensitif
add_circle Harga berpatutan
remove_circle Kotoran seperti minyak, daki kurang berkesan

Penggunaan sabun yang banyak boleh menyebabkan berlaku kekeringan pada kulit seterusnya mengakibatkan kegatalan.

Ini sering terjadi bagi yang mengalami kulit sensitif pasti dilema untuk memilih sabun basuh baju yang sesuai.

Jadi anda boleh bertukar kepada sabun Bio-D Aleev Baking Soda yang diformulasi dengan serbuk semulajadi baking soda.

Bio-D Aleev Baking Soda merupakan agen pembersih tanpa campuran bahan kimia berbahaya.

Malah dapat menanggalkan kotoran tanpa beri kesan putih atau daki sabun pada pakaian anda.

Menariknya tentang sabun ini, dapat membantu mengurangkan mineral pada air sekaligus memberi kelebihan sabun untuk membersih pakaian dengan efektif.

Selain mengurangkan bau hapak, sabun ini tidak akan melunturkan warna pakaian sama ada pakaian putih atau berwarna.

Sabun basuh baju liquid/cecair terbaik
Ameco Liquid Laundry Detergent (10kg)
mulai
RM29.00
Semak Ameco Liquid Laundry Detergent (10kg) harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Pakaian lembut
add_circle Sesuai untuk front & load mesin basuh
add_circle Wangi tahan lama (72 jam)
remove_circle Tidak dijual di pasaraya

Jenama sabun Ameco antara sabun cuci kain yang bagus dijual pada harga yang cukup rendah dan menjamin kualiti yang terbaik. 

Sabun ini mempunyai tujuh pilihan wangian iaitu - Tulip, Sri Manjung, Dedaun, Summer, Lavender dan Deluxe. 

Semuanya mempunyai haruman tahan lama sehingga 72 jam dan memberi kesan lembut pada pakaian.

Sekaligus dapat membasmi kotoran dan bakteria dengan efisien.

Buat anda yang mempunyai ahli keluarga yang ramai, sabun Ameco antara sabun yang berbaloi kerana pada 10 kilogram ia dijual hanya RM30. 

Namun begitu, jenama sabun ini hanya boleh didapati di kedai online di Lazada dan Shopee.

Sabun sesuai untuk mesin basuh front loading
Top
Top Low Suds Detergent Powder (3kg)
mulai
RM31.25
Semak Top Low Suds Detergent Powder (3kg) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk mesin basuh front loading
add_circle 99.9% membasmi bakteria
add_circle Tidak melunturkan warna pakaian
remove_circle Tidak banyak pasaraya menjual sabun ini

Ada daripada kita menggunakan mesin basuh jenis front loading untuk mencapai estetika dalam menghias rumah. 

Bagaimanapun, ramai yang tidak tahu mesin front loading jenis ‘manja’ kerana drum mesin basuh ini sensitif terhadap buih dan sisa sabun (suds). 

Malah mesin ini juga direka untuk menggunakan kurang air berbanding mesin basuh biasa.

Formula rendah buih membantu drum mesin mencuci pakaian lebih baik dan memastikan sisa buih dikeluarkan sepenuhnya. 

Buat mereka pengguna mesin basuh front load boleh memilih serbuk sabun dari jenama TOP ini. 

Lagipun sabun ini dapat membersih pakaian secara efektif dan efisien dengan memastikan 99.9% bakteria, virus dan habuk hama dapat disingkirkan. 

Apa yang menariknya, dengan cucian rendah air tetap memberi bau segar pada pakaian dan menyingkirkan kotoran degil seperti daki peluh. 

TOP Low Suds Detergent Powder, pencuci pakaian terbaik untuk mesin basuh front load!

Sabun basuh baju antibakteria
DYNAMO
DYNAMO Power Gel Anti Bacterial (3.4kg)
mulai
RM27.02
Semak DYNAMO Power Gel Anti Bacterial (3.4kg) harga dibawah:
add_circle Hilangkan bau hapak dan peluh
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Harga berpatutan

Jenama sabun basuh baju DYNAMO sudah menjadi pilihan utama para suri rumah.

Sabun cecair ini sangat efektif membasmi bakteria dengan hanya satu penutup penuh botol untuk cucian banyak.

Walaupun dengan satu penutup botol, tetap mampu membersih pakaian tanpa meninggalkan kesan kotoran.

DYNAMO anti-bakteria turut memberi bau cucian yang wangi dan tahan lama.

Paling best, sabun ini dapati melindungi pakaian dari sebarang pembiakan kulat dan bau hapak.

Sekaligus menjadikan pakaian tetap bersih walaupun sudah dibasuh lama. 

Jangan risau molekul sabun Dynamo tidak akan melunturkan atau meninggalkan kesan tompokan warna.

Sabun basuh baju murah
JV Formula Detergent (10kg)
mulai
RM19.00
Semak JV Formula Detergent (10kg) harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle 100% tanpa lemak haiwan
add_circle 3 pilihan haruman
add_circle Sesuai untuk pakaian dan tuala
remove_circle Tidak dijual dipasaraya

Sabun murah dari JV Formula boleh dikatakan deterjen paling wangi yang dijual.

Sabun ini hasil usaha milik syarikat Bumiputera Muslim yang memperkenalkan pencuci baju terbaik Halal dan 100% tidak menggunakan lemak haiwan.

Pencuci baju JV Formula mempunyai tiga pilihan wangian iaitu Super Dyedmore, Lavender Dream dan Mix Donny. 

Wangian ini dapat memberi kesegaran dan haruman berpanjangan pada pakaian anda.

Bukan itu saja, sabun ini turut mengandungi formula anti bakteria, pelembut fabrik dan sesuai untuk baju kanak-kanak serta bayi.

Cadangan basuhan dari JV Formula untuk mengekalkan haruman dan pakaian yang bersih dengan mengurangkan masa basuhan dari 40 minit atau tidak melebihi 2 kali bilasan. 

Untuk basuhan lebih dari 50 minit atau tiga kali bilasan, amat digalakkan menambah sukatan cecair deterjen.

Sabun Pencuci Pakaian Do'zee (10kg)
mulai
RM29.99
Semak Sabun Pencuci Pakaian Do'zee (10kg) harga dibawah:
add_circle 6 pilihan haruman
add_circle Sesuai untuk rendaman
add_circle Berasaskan kelapa sawit - mesra alam
add_circle Wangian tahan lama
remove_circle Tidak dijual dipasaraya

Jenama sabun Do’zee antara jenama sabun yang viral sekitar penghujung tahun 2019.

Merupakan hasil produk dari syarikat Bumiputra Muslim yang memperkenalkan jualan atas talian.

Kelebihan sabun Do’zee mampu membersih pakaian dengan bersih, beri wangian berpanjangan dan paling penting menjaga kualiti fabrik baju. 

100% sabun Halal, berasaskan dari kelapa sawit, tiada lemak haiwan serta tidak mengandungi sebarang agen pemutih yang boleh merosakkan warna baju.

Apa yang pasti bila guna sabun Do’zee anda tidak perlu tambah pelembut atau sabun booster kerana lengkap 4 dalam 1 dengan pencuci, pelembut, pewangi dan anti bakteria.

Malah, bila rendam pakaian, rendaman tidak meninggalkan bau busuk.

Wetty Baby Detergent With Softener (2.0L) Liquid Detergent
mulai
RM15.74
Semak Wetty Baby Detergent With Softener (2.0L) Liquid Detergent harga dibawah:
add_circle Bebas paraben
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle 99% anti bakteria
add_circle Mempunyai pelembut fabrik
remove_circle Harga agak mahal

Sabun basuh baju untuk bayi dari Wetty ini sangat bagus untuk kulit bayi dan sesuai untuk bayi yang baru lahir. 

Tidak mengandungi sebarang bahan kimia tambahan seperti paraben, chlorine dan formalin.

Malah, tahap pH sabun ini neutral dan kurang berbuih. 

Walaupun agen pembersih sabun Wetty agak lembut berbanding sabun basuh yang lain, tapi tetap membersih pakaian dengan baik. 

Segala kotoran, bakteria dan kuman yang melekat pada fabrik dapat dicuci secara efektif.

Tambahan pelembut dan ekstra aloe vera organik dalam sabun ini menjadikan setiap tekstur helaian baju si comel lebih selesa.


Jenis Sabun Basuh Baju

Sebenarnya banyak jenis sabun atau pencuci basuh baju yang terdapat dipasaran.

Mari kita selidik sabun yang sesuai untuk jenis basuhan dan mesin basuh di rumah;

  • Sabun serbuk

Sabun serbuk antara paling popular dan mudah dijumpai dijual di pasaraya atau secara online. 

Harganya murah, sangat bagus untuk menanggalkan kotoran degil, mampu mencerahkan pakaian putih dan mengandungi kadar oxygen bleach yang tinggi. 

Tapi, ada sesetengah sabun serbuk tidak mudah larut dan akhirnya meninggalkan kesan putih atau daki sabun pada pakaian. 

  • Sabun cecair

Sabun jenis cecair sering menjadi pilihan ramai kerana memiliki pelbagai variasi atau manfaat mengikut kesesuaian pakaian. 

Jadi, anda boleh pilih sama ada untuk basuhan pakaian putih atau berwarna.

Menariknya lagi, sabun cecair mudah larut dan sangat bagus untuk meninggalkan kesan kotoran berminyak. 

Bagi kotoran yang pekat pula, anda boleh sapukan sabun pekat pada kotoran dan biar seketika. 

Kemudian, basuh seperti biasa dalam mesin basuh. Mudah!

Walaupun dijual dengan harga yang lebih mahal tapi anda masih boleh dapatkan dengan pilihan harga diskaun jika membeli di kedai atas talian. 

  • Sabun kapsul / beads

Mula viral pada tahun 2021 apabila muncul video-video menarik tentang aktiviti mencuci pakaian.

Sabun kapsul atau beads ini cukup menarik dan sangat mudah digunakan.

Boleh senang untuk dibawa ketika travel dan boleh digunakan untuk semua jenis mesin basuh.

Sama seperti sabun cecair, anda boleh memilih fungsi yang diinginkan dan lebih pekat. 

Harga dijual lebih mahal dari sabun biasa kerana tahan lebih lama dan diselaputi biodegradable

Perlu berhati-hati ketika menyimpan, takut anak ingat sabun ini gula-gula pula! 

  • Sabun basuh baju baking soda

Sekarang terdapat banyak jenama sabun pencuci pakaian yang menambah kebaikan serbuk baking soda.

Ternyata mampu memberi tahap bersih yang maksima, mengurangkan bau busuk dan hapak pada pakaian. 

Menariknya lagi, sabun baking soda dapat mengurangkan penggunaan peluntur dan sabun.

Selain itu, mampu melembutkan pakaian, mengawal peningkatan buih dan mengimbangi semula pH air basuhan.

Kalau tak nak beli sabun baking soda, boleh DIY sendiri dengan menambah ½ scoop baking soda pada setiap cucian. Lagi jimat! 

  • Sabun basuh mesin front load

Buat anda yang menggunakan mesin basuh front load wajib untuk memilih sabun basuh baju yang rendah buih atau low suds. 

Ini kerana drum mesin basuh front load sedikit sensitif dan tidak menggunakan banyak air untuk membuang kesan sabun yang tertinggal. 

Sabun low suds jenis serbuk atau cecair sesuai untuk mesin anda. Jadi, jangan risau! 


Artikel Berkaitan

End of Article