Jawapan ringkas: baby wipes terbaik di Malaysia secara keseluruhan ialah Drypers Baby Wipes pada RM11.98 di Shopee Malaysia (harga disemak 25 Sept 2026). Untuk bayi berkulit sensitif, Johnson's Baby Skincare Ultra Sensitive Fragrance Free Wipes pada RM9.69 lebih sesuai kerana bebas wangian. Kalau nak jimat, Excue Baby Wipes pada RM2.40 adalah pilihan termurah dalam senarai ini.
Penggunaan tisu basah baby pada bayi adalah satu perkara yang normal bagi mereka yang mahu bersihkan kotoran dengan cepat.
Kandungan
- Bagaimana Nak Pilih Baby Wipes Yang Sesuai
- Senarai 14 Baby Wipes Terbaik
- Terbaik paling lembut: Fiffy Ultra Soft Wipes
- Terbaik antiseptik: Applecrumby® Extra Thick Honey Baby Wipes
- Terbaik keseluruhan: Drypers Baby Wipes
- Terbaik jenama dipercayai: PUREEN Baby Wipes Fragrance Free (80s x 2)
- Terbaik kulit sensitif: Johnson's Baby Skincare Ultra Sensitive Fragrance Free Wipes
- Terbaik tanpa wangian: Huggies Baby Wipes Pure Clean Wet Tissue
- Terbaik jenama tempatan: Anakku Baby Wipes Wet Tissue Twin Pack (Hypoallergenic)
- Terbaik organik: Natural Organic Premium Embossing Type Baby Wipes (80s)
- Terbaik anti bakteria: BZU BZU Anti Bacterial Baby Wipes
- Terbaik tanpa alkohol: POOMSOFT Non Alcohol Baby Wet Wipes
- Termurah: Excue Baby Wipes AB-L002-T01-06
- Terbaik jenama farmasi: WATSONS Baby Wipes Fresh 90's
- Terbaik bebas paraben: PIGEON Momo Baby Wipes with Peach Leaf Extract
- Terbaik bayi baru lahir: Hoppi Premium Glacier Water Baby Wipes
- Bagaimana kami pilih senarai ini
- Soalan lazim tentang baby wipes
- Artikel Berkaitan
Ada pelbagai jenis baby wipes terbaik yang bagus di pasaran untuk anda dapatkan dan pastinya selamat untuk digunakan.
Anda boleh beli tisu basah atau baby wipes online untuk lebih mudah dan cepat!
Jom lihat senarai jenama tisu terbaik yang anda boleh guna untuk bersihkan kotoran pada badan bayi, mainan anak-anak atau barangan peribadi anda.
PUREEN Baby Wipes Fragrance Free (80s x 2)RM12.50Lazada
Natural Organic Premium Embossing Type Baby Wipes (80s)RM19.90Shopee
Drypers Baby WipesRM11.98Lazada
Johnson's Baby Skincare Ultra Sensitive Fragrance Free WipesRM9.69Lazada
Huggies Baby Wipes Pure Clean Wet TissueRM24.90Lazada
Anakku Baby Wipes Wet Tissue Twin Pack (Hypoallergenic)RM4.60Lazada
BZU BZU Anti Bacterial Baby WipesRM19.30Lazada
POOMSOFT Non Alcohol Baby Wet WipesRM10.07Lazada
Excue Baby Wipes AB-L002-T01-06RM2.40Lazada
WATSONS Baby Wipes Fresh 90'sRM8.40Lazada
PIGEON Momo Baby Wipes with Peach Leaf ExtractRM9.80Lazada
Hoppi Premium Glacier Water Baby WipesRM25.50Lazada
Applecrumby® Extra Thick Honey Baby WipesRM27.90Lazada
Fiffy Ultra Soft WipesRM15.90Lazada
Bagaimana Nak Pilih Baby Wipes Yang Sesuai
Kandungan bahan
Pilih baby wipes yang bebas alkohol dan pewangi tambahan kalau kulit bayi anda sensitif atau mudah alah. Kandungan seperti Aloe Vera dan Vitamin E membantu melembapkan kulit semasa membersihkan.
Ketebalan tisu
Tisu yang lebih tebal lebih selamat untuk membersihkan kotoran pekat tanpa koyak atau perlu guna berlapis-lapis, terutama untuk pertukaran lampin.
Saiz pek dan harga seunit
Bandingkan harga per keping, bukan harga pek keseluruhan, sebab pek besar tidak semestinya lebih jimat berbanding pek kecil jenama lain.
Sijil halal
Sesetengah ibu bapa Muslim di Malaysia mengutamakan jenama dengan sijil halal JAKIM pada kotak. Bebas alkohol tidak semestinya bermaksud disahkan halal, jadi semak label kemasan sebelum membeli.
Senarai 14 Baby Wipes Terbaik
Terbaik paling lembut: Fiffy Ultra Soft Wipes
1 lagi
Fiffy Ultra Soft Wipes adalah pilihan terbaik untuk ibu bapa yang mahukan penjagaan terbaik untuk kulit bayi yang halus.
Tisu ini dibuat dengan tekstur lembut kapas, memberikan sentuhan lembut yang melindungi kulit bayi anda daripada kerengsaan.
Selain itu, setiap tisu diperkaya dengan ekstrak aloe vera dan Vitamin E, menawarkan kelembapan tambahan untuk menenangkan dan melembapkan kulit kering.
Bebas daripada alkohol, paraben, dan fenoksietanol, Fiffy Ultra Soft Wipes diformulasikan tanpa bahan kimia berbahaya, memastikan keselamatan bayi anda.
Paling penting, ia diuji secara dermatologi dan hipoalergenik, tisu ini sesuai untuk bayi dengan kulit sensitif.
Terbaik antiseptik: Applecrumby® Extra Thick Honey Baby Wipes
1 lagi
Applecrumby® Extra Thick Honey Baby Wipes adalah penyelesaian terbaik untuk ibu bapa yang mencari tisu basah yang selamat, serba boleh, dan berkualiti tinggi untuk si kecil.
Direka untuk digunakan dari usia baru lahir sehingga ke usia 5-6 tahun, tisu premium ini diperkaya dengan Ekstrak Aloe Vera Organik yang diperakui Ecocert untuk kelembapan mendalam.
Selain itu, ia turut mengandungi ekstrak Madu Manuka yang diperakui Cosmos, terkenal dengan sifat penyembuhan dan antibakterianya.
Tisu basah ini bukan sahaja sesuai untuk digunakan semasa menukar lampin, tisu ini juga ideal untuk membersihkan muka, badan bayi, dan juga untuk penjagaan oral.
Bebas daripada klorin, paraben, alkohol, wangian tiruan, dan bahan kimia berbahaya lain, tisu Applecrumby® adalah lembut dan berkesan, menjadikannya pilihan terbaik bagi setiap ibu bapa.
Terbaik keseluruhan: Drypers Baby Wipes
1 lagi
Sebab menjadi pilihan utama:
Walaupun tisu basah Drypers ini mengandungi wangian, namun ibu bapa tidak perlu risau kerana wangian tersebut masih dalam kategori selamat digunakan pada kulit bayi.
Ciri-ciri:
Dengan ciri MoistCleanse, tisu basah bayi ini dapat menyegarkan dan melembapkan kulit bayi yang halus.
Paling penting, tidak mengandungi pengawet tambahan seperti paraben, SLS, sabun dan alkohol. Sangat bagus bukan?
Kandungan cecair pada tisu basah ini ialah 99% air, jadi amat bagus untuk membersihkan kotoran pada kulit anak terutamanya ketika menukar lampin.
Diperkaya juga dengan ekstrak isi oat semula jadi dan Provitamin B5 agar kulit si comel anda kekal lembut sepanjang hari.
Review:
"Tisu lembut & wangi serta tak melekit. Sesuai untuk cuci masa tukar pampers atau cuci tangan anak ketika main di luar."
Terbaik jenama dipercayai: PUREEN Baby Wipes Fragrance Free (80s x 2)
3 lagi
Diperbuat daripada bahan yang tebal dan selembut kapas, baby wipes Pureen selamat digunakan pada kulit bayi kerana bebas wangian.
Wet tissue baby yang bagus ini bebas alkohol dan paraben menjadikannya sesuai untuk kulit si comel anda terutamanya jika ada masalah kulit sensitif.
Turut di rumus dengan Vitamin E dan Aloe Vera untuk melembapkan dan melindungi kulit anak kekal lembut dan terasa halus.
Bukan sahaja boleh digunakan untuk membersihkan punggung bayi ketika menukar lampin, malah berguna juga untuk membersihkan kotoran yang tumpah ketika makan.
Kalau ada ibu nak pinjam dan guna untuk cuci solekan pun tiada masalah kerana tisu basah ini juga ada ciri Hypoallergenic untuk memastikan kulit tidak mudah iritasi.
Terbaik kulit sensitif: Johnson's Baby Skincare Ultra Sensitive Fragrance Free Wipes
1 lagi
Jenama Johnson’s memang tidak asing lagi dengan pelbagai barangan penjagaan bayi dan merupakan salah satu jenama yang sering di cari oleh ibu bapa.
Baby wipes Johnson’s ini bukan sahaja boleh membersihkan kulit anak dengan berkesan, malah juga melindungi lapisan perlindungan kulit sehingga 4 jam.
Menarik lagi, tisu basah ini tidak mengandungi alkohol dan sabun yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit anak.
Yang penting, juga memberi perlindungan tambahan di kawasan punggung bayi kerana diformulasikan dengan bahan Glyceryl Polyacrylate yang akan memastikan kulit tidak mudah kering.
Terbaik tanpa wangian: Huggies Baby Wipes Pure Clean Wet Tissue
2 lagi
Apa yang menarik tentang tisu basah baby wipes Huggies ini ialah selamat digunakan juga pada kawasan sekitar mulut bayi kerana mengandungi 100% air tulen.
Jadi, anda boleh bukan sahaja boleh bersihkan kotoran pada punggung bayi, malah sesuai juga digunakan untuk lap mainan bayi dan bersihkan sisa kotoran selepas anak makan juga.
Menarik lagi, tisu basah ini diperbuat juga daripada serat semula jadi yang lembut pada kulit anak anda.
Ibu bapa tidak perlu risau kerana produk ini telah diuji secara klinik jadi anda boleh gunakan pada anak anda.
Ciri menarik lain, tisu basah ini juga bebas alkohol dan paraben yang menjadikannya sesuai untuk kanak-kanak yang ada masalah kulit sensitif.
Jika anda tidak suka tisu basah bayi yang ada bauan, baby wipe ini mungkin boleh jadi pilihan anda.
Terbaik jenama tempatan: Anakku Baby Wipes Wet Tissue Twin Pack (Hypoallergenic)
2 lagi
Baby wipes jenama Anakku ini juga antara jenama tisu basah bayi yang tidak mengandungi paraben.
Produk ini di rumus dengan pelembab tambahan iaitu Aloe Vera dan Vitamin E agar kulit anak anda kekal lembab dan tidak mudah kering.
Anda boleh gunakan tanpa risau kerana telah diuji secara dermatologi bahawa penggunaan tisu basah ini selamat dan lembut pada kulit bayi.
Paling penting, produk ini tidak mengandungi sebarang campuran alkohol yang boleh menyebabkan kerengsaan atau iritasi kulit.
Dengan ciri tambahan Hypoallergenic, tisu basah ini tidak akan menyebabkan kulit naik ruam halus atau terasa gatal selepas penggunaan.
Terbaik organik: Natural Organic Premium Embossing Type Baby Wipes (80s)
3 lagi
Tisu basah Natural Organic mengandungi ekstrak Calendula untuk kulit bayi anda yang kering dan sensitif agar kekal lembap dan sihat.
Bahan yang digunakan untuk membuat tisu basah ini adalah bahan organik yang telah mendapat kelulusan daripada ECOCERT (Perancis) dan ACO (Australia).
Selain sesuai untuk bersihkan tubuh bayi, juga boleh digunakan untuk membersihkan peralatan dan mainan anak kerana telah lulus ujian Cell Toxicity oleh FDA Amerika Syarikat.
Baby wipes yang mendapat pengesahan daripada United Kingdom untuk Allergy Friendly Product Certificate tidak akan menyebabkan iritasi kulit dan alahan.
Produk ini menggunakan air asli jadi sangat selamat untuk tangan, muka dan mulut bayi kerana telah mendapat kelulusan dari Korea, UK, Amerika Syarikat, German dan Jepun.
Menarik lagi, tisu basah ini merupakan salah satu jenama yang mendapat rating tertinggi dalam ujian dermatologi.
Terbaik anti bakteria: BZU BZU Anti Bacterial Baby Wipes
3 lagi
Mahukan baby wipes yang boleh digunakan pada seluruh tubuh termasuk pada wajah dan sekitar mulut si comel? Tisu basah anti bakteria BZU BZU adalah pilihan tepat!
Produk ini telah disahkan halal, jadi ibu bapa Muslim boleh guna tisu tanpa rasa was-was.
Menariknya lagi, baby wipes ini boleh membunuh sehingga 99.9% kuman yang terdapat pada mainan atau tubuh anak anda terutamanya ketika bermain di luar rumah.
Turut di rumus dengan ekstrak Okura dan Artichoke serta vitamin E dan B untuk menghasilkan lapisan perlindungan kulit bayi.
Selain sesuai untuk membersihkan punggung bayi, juga boleh digunakan untuk membersihkan permukaan meja.
Ini kerana tisu basah ini mengandungi ekstrak Phellodendron Amurense Bark iaitu bahan anti-radang, anti-oksidan dan dalam masa yang sama membersihkan permukaan dengan selamat.
Tambah lagi, turut diformulasi daripada Polyaminopropyl Biguanide yang digunakan dalam rawatan untuk mengawal, mencegah dan penambahbaikan penyakit bagi elakkan kegatalan atau iritasi.
Terbaik tanpa alkohol: POOMSOFT Non Alcohol Baby Wet Wipes
2 lagi
Tisu basah bayi ini perlu ada dalam diaper bag anak terutamanya ketika anda melancong atau pulang ke kampung bersama bayi kerana selamat digunakan pada bayi dan barangan bayi.
Selain itu, baby wipes ini sangat lembut pada kulit dan turut mengandungi Vitamin E bagi memastikan kulit baby kekal lembap selepas penggunaannya.
Pek pembungkusan baby wipes ini pula memudahkan pengguna untuk menarik keluar tisu walaupun dengan sebelah tangan sahaja.
Jadi, selepas ini lebih mudah untuk ibu membersihkan punggung baby untuk menukar lampin.
Produk ini juga telah disyorkan oleh Persatuan Ginekologi Vietnam kerana tisu basah ini bebas daripada bau, bahan pengawet dan alkohol.
Menurut ulusan beberapa pengguna, tisu basah ini tidak terlalu berair, mempunyai tekstur tisu yang agak tebal dan bau wangiannya sangat ringan.
Termurah: Excue Baby Wipes AB-L002-T01-06
1 lagi
Tarikan utama tisu basah Excue ini sudah tentulah harga yang murah dengan kuantiti yang banyak.
Jadi, anda boleh menjimatkan wang jika mahu beli baby wipes secara pukal!
Produk ini mempunyai pelbagai fungsi di mana boleh digunakan untuk membersihkan mainan dan permukaan yang disentuh anak serta membersihkan punggung bayi.
Antara bahan yang digunakan untuk formulasi tisu basah ini adalah Cetalkonium Chloride iaitu bahan untuk melegakan kesakitan dan ketidakselesaan iritasi.
Selain itu, tisu basah ini diperbuat daripada material yang tebal dan lembut pada kulit walaupun kadang-kadang cepat berbulu.
Jangan lupa untuk tutup semula pek tisu basah setiap kali lepas guna agar tidak kering.
Terbaik jenama farmasi: WATSONS Baby Wipes Fresh 90's
1 lagi
Watsons Baby Wipes yang diperbuat dengan 100% serat tumbuhan ini lembut pada kulit bayi dan boleh bersihkan kotoran dengan baik kerana direka dengan corak sarang lebah 3D.
Sesuai untuk ibu bapa yang mahukan produk yang eco-friendly dan bebas paraben dan alkohol.
Turut diperkaya dengan Aloe Vera untuk menenangkan kulit bayi yang cepat sensitif.
Bukan hanya bebas daripada pewarna, juga tidak diperbuat daripada formaldehyde jadi kulit tidak mudah iritasi selepas pengunaan.
Bagaimanapun, kami sarankan anda untuk tutup baby wipes ini dengan rapat bagi memastikan tisu kekal lembap.
Terbaik bebas paraben: PIGEON Momo Baby Wipes with Peach Leaf Extract
1 lagi
Takut nak guna baby wipes pada anak sebab kulit bayi kering? Jangan risau, tisu basah ini direka khas untuk yang mengalami kulit kering atau ruam panas.
Diperkaya dengan ekstrak daun peach dan ekstrak Liquorice, baby wipes Pigeon yang lembut ini memang sesuai untuk melembapkan kulit bayi.
Tisu basah yang boleh diregangkan ini membolehkan ibu bapa membersihkan kotoran yang melekat di kawasan punggung dan paha bayi dengan lebih mudah.
Dijamin selamat digunakan pada kulit bayi dan anda yang ada kulit sensitif kerana tiada paraben, pewarna tambahan dan alkohol.
Terbaik bayi baru lahir: Hoppi Premium Glacier Water Baby Wipes
2 lagi
Hoppi Premium Baby Wipes ini boleh digunakan pada kulit halus bayi baru lahir kerana di rumus dengan air glasier pegunungan tulen dari Perancis yang mempunyai pH 5.5.
Nilai pH tersebut dan kandungan Aloe Cera dalam tisu ini sangat ideal dengan kulit newborn baby.
Tisu basah ini lembut, menyegarkan dan selamat digunakan bukan sahaja pada punggung bayi, malah juga untuk sesuai untuk lap kotoran di tangan, kaki dan mulut.
Ibu bapa boleh gunakannya pada kulit bayi kerana tidak mengandungi paraben dan Fluoride yang boleh merosakkan kulit bayi.
Bagaimana kami pilih senarai ini
Kami semak harga dan status jualan produk utama dalam senarai ini terus dari Shopee Malaysia pada 25 Sept 2026, guna data jualan dan rating sebenar (bukan anggaran). Pilihan keseluruhan, Drypers Baby Wipes, direkodkan RM11.98 (turun daripada RM16.40 sebelum ini). Senarai merangkumi baby wipes dari RM2.40 (bajet) hingga RM27.90 (premium/antiseptik), supaya ada pilihan untuk setiap keperluan kulit dan bajet ibu bapa di Malaysia.
Soalan lazim tentang baby wipes
Adakah Baby Wipes Selamat Digunakan?
Jangan risau, baby wipes atau tisu basah bayi memang selamat digunakan untuk anak kecil. Bahkan memang ada baby wipes yang direka khas untuk kegunaan bayi baru lahir.
Ini kerana tisu basah diperbuat daripada bahan dan material yang selamat untuk kulit bayi.
Namun, jika bayi anda mengalami kulit sensitif, anda digalakkan untuk mencari baby wipes yang tidak mengandungi paraben atau bahan yang menyebabkan alahan.
Untuk lebih selamat, dapatkan nasihat pengamal perubatan yang bertauliah sebelum menggunakannya pada bayi anda.
Bila Boleh Mula Guna Baby Wipes?
Ibu bapa dinasihatkan untuk tunggu bayi berusia sekurang-kurangnya antara dua hingga empat minggu sebelum menggunakan baby wipes pada kulit baby.
Setelah mereka berusia lebih 4 minggu, anda boleh guna baby wipes namun pastikan produk yang digunakan adalah bebas daripada alkohol, paraben dan pewangi.
Untuk bayi yang lahir secara pramatang pula, disarankan untuk elakkan guna sebarang produk kulit termasuklah baby wipes selama 6-8 minggu.
Ini kerana lapisan perlindungan kulit baby pramatang mengambil masa yang lebih lama untuk betul-betul matang.
Apakah Perbezaan Baby Wipes vs. Tisu Tandas?
Mungkin ada yang keliru apa perbezaan antara baby wipes dan tisu tandas.
Baby wipes adalah sejenis alat membersihkan diri yang diperbuat daripada bahan seperti Polyester, Polypropylene, kapas atau serat Rayon.
Dalam bahasa mudah, ini merupakan tisu yang telah dilembapkan dengan cecair antiseptik tertentu untuk membersihkan kulit bayi dan kanak-kanak.
Manakala tisu tandas pula digunakan oleh orang dewasa untuk membersihkan bahagian alat sulit ketika membuang air.
Bolehkah Orang Islam Guna Baby Wipes?
Boleh, tetapi semak label kemasan untuk sijil halal JAKIM kalau ini keutamaan anda. Baby wipes bebas alkohol seperti Johnson's, Huggies dan Pureen dalam senarai ini selamat dari segi kandungan, namun bebas alkohol tidak sama dengan disahkan halal secara rasmi.




