Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

12 Pampers Baby Terbaik Malaysia 2022 (Jenama Berkualiti)

Untuk keselesaan yang berpanjangan buat si kecil.

Ruam pada kulit bayi akibat pemakaian lampin pakai buang yang tidak berkualiti boleh sebabkan ketidakselesaan.

Kesannya, anak akan kerap menangis dan menjadi cranky tak kira masa dan tempat.  

Jadi, ibu bapa wajib pilih diapers terbaik untuk perlindungan berpanjangan, barulah tak mudah bocor dan kotorkan baju serta tilam. 

Jika ada pasangan suami isteri yang baru bergelar ibu bapa yang masih buntu tentang pemilihan lampin bayi terbaik, jangan risau! 

Ikuti sahaja senarai pampers anak berkualiti tinggi yang kami kongsikan ini.


Isi Kandungan


Senarai 12 Pilihan Pampers Baby Terbaik

Huggies Ultra Natural Soft Diapers Super Jumbo M60
Semak Huggies Ultra Natural Soft Diapers Super Jumbo M60 harga dibawah:
add_circle Perlindungan kebocoran
add_circle Penyerapan selama 12 jam (semalaman)
add_circle Ada indikator kelembapan, bertukar warna biru
remove_circle Harga agak mahal

Sebab Menjadi Pilihan Utama; 

‘Yang baru jadi mak memang wajib beli lampin ini untuk bayi sebab ia tak akan sebabkan masalah ruam dan rekaannya juga sangat comel,’

Ciri-ciri; 

Jangan risau jika anda rasa harga lampin bayi terbaik ini agak mahal, sebab pembeli sebenarnya akan dapat 3 pek pampers Huggies. 

Diperbuat daripada 100% kapas semula jadi yang diimport, pad penyerapnya yang lembut akan menyerap air kencing dengan terbaik. 

Selain itu, turut memberikan kesegaran yang berpanjangan kepada si bayi kerana bahagian luar lampin dibuat dari material yang membantu pengaliran udara. 

Paling penting, produk ini telah terbukti secara klinikal mampu mengelakkan ruam kulit akibat pakai pampers. 

Lampin bayi terbaik saiz M jenis tape ini sesuai dipakai oleh bayi dengan berat 5 sehingga 10kg.

Turut dilengkapi dengan pelapik yang akan menarik najis serta air kencing dan menjauhi kulit baby.

Jadi mereka akan kekal selesa walaupun pampers lambat ditukar. 

Review;

‘Kualiti sangat-sangat bagus dan ia dah jadi jenama kegemaran saya. Huggies juga muat untuk anak perempuan saya yang berusia setahun,’

Pampers untuk kulit sensitif
Mikubi Diapers - New Born (36pcs)
Semak Mikubi Diapers - New Born (36pcs) harga dibawah:
add_circle Ada pita pelekat magic
add_circle Boleh dilekatkan semula ikut pergerakan bayi
add_circle Ada banyak saiz dari S hingga XL
remove_circle Tiada indikator

Diperbuat menggunakan bahan SAP premium yang menyerap cecair.

Lampin Mikubi ini sesuai dipakai oleh bayi yang mempunyai kulit sensitif kerana lembut.

Sekaligus dapat memberikan pengaliran udara yang baik kepada punggung si manja. 

Lampin Mikubi ini dijamin akan memberikan bayi keselesaan kerana permukaan lampin akan tetap kering walaupun bayi dah buang air kecil. 

Selain itu, pampers terbaik untuk bayi ini turut dilengkapi dengan struktur yang anti bocor pada bahagian sisinya. 

Produk ini boleh membantu mengelakkan masalah ruam atau iritasi kulit sebab ia diperbuat daripada kapas yang lembut. 

Pinggang anak anda juga tak akan sakit atau gatal sepanjang pemakaian sebab ikatan pada pinggangnya jenis elastik. 

Pampers terbaik untuk bayi lelaki
MamyPoko Pants Air Fit Boy
Semak MamyPoko Pants Air Fit Boy harga dibawah:
add_circle Paling lembut pada kulit
add_circle Dijual dalam bundle
add_circle Tahan hingga 12 jam
add_circle Mudah dipakai
add_circle Sesuai untuk anak lelaki
remove_circle Harga agak mahal

Merupakan produk lampin keluaran Jepun, produk MamyPoko telah menjadi pilihan nombor 1 ibu-ibu di sana.

Ini kerana lampin dari jenama MamyPoko boleh mengelakkan kebocoran terutamanya jika bayi anda jenis aktif. 

Pampers terbaik untuk bayi lelaki ini diperbuat daripada bahan yang sangat lembut bak sutera.

Jadi kalau ibu atau ayah lambat tukar lampin sebab terlalu sibuk dengan kerja juga tak ada masalah. 

Menariknya lagi, lampin ini dilengkapi dengan indikator kelembapan yang akan memberitahu ibu bahawa lampin si comel perlu ditukar tanpa perlu periksa diapers itu secara manual.

Terdapat dalam beberapa variasi saiz seperti L, XL dan M.

Apa yang membezakan dengan lampin jenama lain, lampin MamyPoko mempunyai minyak zaitun di permukaan pampers agar dapat melembutkan kulit. 

Produk jenama ini terdapat poket 3D yang longgar dibelakang lampin yang berfungsi mengelakkan kotoran terkeluar dan terkena baju bayi. 

Serta mudah dibuang sebab sebab roll-up tape dah tersedia pada lampin.

Pampers murah dan berkualiti
Fitti
Fitti Tape Jumbo Pack XL 4X42’s
Semak Fitti Tape Jumbo Pack XL 4X42’s harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk berat lebih 13kg
add_circle Serap 30X lebih kebasahan
remove_circle Lampin jenis tape

Lampin yang murah dan mampu milik tak semestinya tak berkualiti. 

Misalnya diapers jenama Fitti ini, ia dijual dengan bawah harga RM100 untuk 4 pek pampers, sangat berbaloi kan? 

Mempunyai pelekat di bahagian sisi lampin yang boleh ditampal semula jika bayi anda bermain-main dan mencabutnya. 

Malah, mudah diubahsuai kedudukannya supaya betul-betul selesa dengan saiz pinggang dan perut si kecil. 

Menariknya lagi, lampin pakai buang Fitti turut akan memastikan kulit bayi anda sentiasa selesa dan kering walaupun dah pakainya untuk tempoh yang agak lama. 

Jangan lupa untuk tarik betul-betul bahagian elastik di paha bayi agar masalah kebocoran dapat dicegah.

Uber Bear Disposable Baby Kids Swimming Diaper
Semak Uber Bear Disposable Baby Kids Swimming Diaper harga dibawah:
add_circle Lampin anti bakteria
add_circle Tidak sebabkan jangkitan
add_circle Mudah dipakai & ditanggalkan
add_circle Unisex
remove_circle Hanya ada 1 keping dalam setiap pek

Ramai ibu bapa kini yang sudah mula masukkan anak ke kelas berenang sejak bayi lagi.

Jenama Uber Bear mengikut trend yang mana mencipta pampers khas lain daripada kegunaan harian biasa.

Dikeluarkan khas untuk bayi berenang dan tampil dalam beberapa saiz seperti M, L, XL dan XXL.

Jangan risau, pampers tidak akan mengembang ketika dalam air sebab bahagian luarnya kalis air.

Manakala dalaman pampers pula boleh menyerap air kencing dengan bagus. 

Jika bayi tiba-tiba terbuang air besar ketika sedang berenang sebab telah dilengkapi dengan perlindungan 3D dan bahagian pinggangnya pula berelastik 360 darjah. 

Bayi boleh berenang dengan bebas tanpa ada rasa seperti beban yang menariknya ke bawah. 

Corak lampin juga sangat comel iaitu corak kartun ombak. 

Lepas ini, dijamin percutian ke resort bersama anak kecil akan menjadi lebih tenang tanpa masalah bocor.

Pampers newborn terbaik
Drypers
Drypers Wee Wee Dry NB64 (1 Pack)
Semak Drypers Wee Wee Dry NB64 (1 Pack) harga dibawah:
add_circle Sistem Stool Lock
add_circle Muat untuk bayi 0-5kg
add_circle Menjaga kesihatan kulit bayi
add_circle Pelekat jenis fleksibel
remove_circle Tak sesuai untuk bayi berat lebih 5 kg

Bayi yang baru dilahirkan perlu dipakaikan pampers yang sesuai dengan berat mereka sebab kalau terlebih besar, mungkin akan bocor. 

Tapi jangan risau, dengan adanya produk Drypers untuk newborn ini, waktu berpantang akan jadi lebih lancar. . 

Ini kerana ia mempunyai lapisan lembut yang mampu menyerap cecair dengan efektif.

Sekali gus air kencing bayi pula akan diagihkan sama rata ke seluruh pampers. 

Bestnya lagi, dilengkapi dengan rekaan khas di bahagian pusat agar pampers tak akan bergeser dengan bekas luka tali pusat yang belum sembuh sepenuhnya. 

Di samping itu, getah pinggang pula boleh diregangkan, jadi ia akan muat dengan selesa. 

Kulit si kecil juga akan sentiasa sejuk dan segar sebab ia diperbuat daripada bahan yang memberikan pengaliran udara yang baik. 

Untuk pengetahuan anda, dalam setiap pek, terdapat 64 keping pampers. 

Napkin/kain lampin baby terbaik
Swaddle Muslin Soft Blanket Napkin Lampin
Semak Swaddle Muslin Soft Blanket Napkin Lampin harga dibawah:
add_circle Diperbuat dari 100% kapas
add_circle Ringan
add_circle Multifungsi
add_circle Boleh guna ketika ibu sedang menyusu
remove_circle Perlu terus dibasuh selepas kotor

Bagi ibu bapa yang ingin mengurangkan perbelanjaan bulanan anak, kami syorkan anda untuk beli kain lampin yang boleh dibasuh ini.

Bukan saja dapat mengurangkan perbelanjaan tapi boleh menjaga alam sekitar, sebab kalau nak guna banyak kali pun tak ada masalah. 

Sangatlah mudah untuk digunakan dan selain boleh jadi kain lampin, sesuai dijadikan kain selimut atau tuala bayi. 

Pelbagai pilihan corak yang anda boleh buat pilihan. Antaranya corak kartun haiwan, buah dan unicorn, sesuai untuk bayi perempuan mahupun lelaki. 

Tambahan pula, kain yang berukuran 120x100cm ini amatlah sesuai untuk melindungi anak kecil dari cuaca yang sejuk.

Diapers pants terbaik
Genki! Pants MLXLXXL
Semak Genki! Pants M/L/XL/XXL harga dibawah:
add_circle Ada saiz M, L, XL, XXL
add_circle Getah elastik ekstra lembut
add_circle Cepat menyerap kebasahan
add_circle Material tebal & lembut
add_circle Umpama kusyen

Selalu pening kepala ketika tiba waktu untuk tukar lampin sebab anak dah boleh berlari atau berjalan? 

Usah risau, sarungkan sahaja Genki! Pants ini yang memang dicipta khas untuk anak-anak yang mula aktif sebab ia berbentuk seperti seluar. 

Masalah bocor juga mampu dikurangkan kerana mempunyai gelang elastik pada peha dan pinggang yang boleh diregangkan serta lembut pada kulit. 

Jadi, kulit si bayi tak akan mudah merah atau gatal. 

Kalau tak tahu mana satu bahagian depan, cari sahaja garisan biru yang terdapat pada pinggang pampers. 

Selain itu, bahagian luar pula jenis ‘Air-in & Air-out’ yang akan membenarkan kelembapan keluar dari lampin.

Kemudian, menggantikannya dengan udara segar supaya punggung bayi sentiasa kering dan selesa. 

Pampers daya serap tinggi
Offspring Fashion Diaper Pants
Semak Offspring Fashion Diaper Pants harga dibawah:
add_circle Ekstra lembut
add_circle Getah pinggang elastik
add_circle Elak kebocoran
add_circle Unisex
add_circle Sesuai untuk siang & malam
remove_circle Tiada indikator kebasahan

Anak sering bocor atas tilam ketika tidur jika pakai lampin pakai buang jenama lain? 

Ini lah masanya untuk anda beralih ke jenama pampers terbaik, Offspring yang berkualiti tinggi ini. 

Teknologi dual-core pada diaper pants ini telah membolehkannya menyerap cecair dengan andal. 

Untuk keselasaan sempurna dan kering serta tidur yang nyenyak, lapisan atas jenama pampers tahan bocor ini telah dibalut dengan material yang mewah dan lembut. 

Di samping itu, bayi yang mengalami masalah kulit sensitif juga digalakkan guna pampers ini kerana ia tidak mengandungi pewarna, pewangi, klorin atau bahan-bahan berbahaya.

Anak anda yang dah berusia 2 tahun pun masih boleh pakai diapers Offspring sebab terdapat pelbagai saiz dari S hingga XL. 

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa pilihan corak, jadi tak ada masalah jika si kecil enggan pakai seluar sebab pampers ini masih bergaya.

Pampers lembut untuk bayi
PETPET
PETPET Comfort Pants Jumbo Pack
Semak PETPET Comfort Pants Jumbo Pack harga dibawah:
add_circle Harga berpatutan
add_circle Kering tahan lama
add_circle Ada banyak pilihan saiz ikut berat anak
add_circle Selesa walaupun anak aktif
remove_circle Agak nipis

Diaper bayi yang terbaik untuk kelembutan kulit bayi ini pula mempunyai fungsi 360 ◦ AirThru Comfort .

Fungsi ini menjadikan keselesaan pada anak, tak kira pada siang hari atau waktu malam. 

Menariknya lagi, direka seperti seluar yang akan memudahkan mommy di luar sana untuk pakaikan pampers ini kepada anak walaupun bayi dah pandai berjalan.

Bahagian getah pada pinggang juga boleh diregangkan, jadi boleh sesuaikan ikut saiz si kecil masing-masing. 

Selain itu boleh mengelakkan kebocoran daripada berlaku kerana dilengkapi dengan leg guards

Paling penting, lampin PETPET jenis unisex ini bakal menyerap dan meratakan air kencing ke seluruh dalam pampers kerana ada sistem FastLock Dryness

Hasilnya, akan kekal kering. Bayi pun akan sentiasa tersenyum dan tak cranky sebab mereka selesa untuk bermain tanpa kebasahan.

Pampers untuk bayi pramatang
MamyPoko
Semak MamyPoko Preemie harga dibawah:
add_circle Kurangkan tekanan pada kulit
add_circle Lembut pada kulit bayi
add_circle Ada 3 saiz
remove_circle Tidak muat untuk bayi dah besar

Tak dinafikan memang sukar untuk cari pampers yang sesuai dengan bayi pramatang sebab kulit bayi yang lahir tak cukup bulan ini sangat sensitif dan saiz juga sangat kecil. 

Namun, dengan penggunaan produk MamyPoko ini memang direka khas untuk anak istimewa kerana saiznya dibuat mengikut ukuran dan skala berat bayi pramatang. 

Paling penting, boleh digunakan oleh kedua-dua bayi perempuan dan lelaki. 

Tambahan pula, pampers bayi pramatang ini mudah dibuang tanpa perlu mengalihkan bayi dari posisi fetus.  

Pampers ini diperbuat daripada bahan paling lembut umpama sutera supaya tidak menyakiti tubuh bayi comel.

Applecrumby Chlorine Free Designer Pull Up Diapers
Semak Applecrumby Chlorine Free Designer Pull Up Diapers harga dibawah:
add_circle 100% tanpa klorin
add_circle Mesra alam sekitar
add_circle Sesuai dengan kulit bayi
add_circle Kering hingga 12 jam
remove_circle Harga agak mahal

Lampin pakai buang Applecrumby ini merupakan antara brand pampers baby terbaik di pasaran. 

Mampu menampung sehingga 30x berat cecair sebab kuasa serapannya antara yang paling kuat berbanding pampers lain di pasaran. 

Cara untuk tanggalkan juga mudah, hanya perlu koyakkan di bahagian sisinya. 

Selain itu, dilengkapi dengan jalur indikator yang akan bertukar menjadi warna biru  apabila lampin anak anda perlu ditukar. 

Bahagian pinggangnya juga boleh diregangkan sehingga 360 darjah dan selesa dipakai walaupun dalam tempoh yang lama. 

Bagusnya lagi, dilengkapi dengan perlindungan kebocoran dan disebabkan produk ini tidak mempunyai sebarang pewarna.

Pampers mahal ini juga tidak akan menyebabkan kulit si comel terkena ruam.


Bagaimanakah lampin pakai buang berfungsi? 

Diperbuat daripada kapas, lampin pakai buang atau lebih dikenali sebagai diapers.

Semua bahan ini akan menyerap cecair kotoran iaitu air kencing dengan baik agar tidak bocor. 

Bahagian tengah lampin ini selalunya ada lapisan atas yang nipis yang akan menyentuh punggung bayi.

Lapisan ini akan membenarkan air kencing untuk meresap ke dalamnya.

Tapi dalam masa yang sama mengurangkan risiko cecair daripada terkeluar. 

Lampin juga lazimnya mempunyai bahan kimia penyerap atau chemical absorbent

Fungsinya adalah untuk menyerap cecair seperti air kencing dalam kuantiti yang banyak.

Selain itu, ia juga akan menjauhkan cecair itu daripada terkena kulit bayi. 


Perbandingan harga pampers 

Harga setiap pampers di pasaran berbeza-beza mengikut jenama, jenis dan saiznya.

Senarai yang dikongsikan ini pula adalah harga secara kasar setiap single pack di Shopee & Lazada.

Tapi kalau beli secara bundle, selalunya pek-pek produk ini boleh didapatkan dengan harga yang jauh lebih murah. 

Harus diingatkan juga bahawa harga-harga ini mungkin boleh berubah mengikut keadaan semasa. 


Artikel Berkaitan

End of Article