Kesihatan & Kecergasan

14 Face Mask Hijab Terbaik untuk Muslimah (Duckbill, Kain, dll.)

Anda hijabista muslimah mencari face mask muslimah terbaik dengan ply? Jom lihat senarai design hijab face mask hijab dan jenis face mask terbaik.


Editor · Updated 15 Dec 2023

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

14 Face Mask Hijab Terbaik untuk Muslimah (Duckbill, Kain, dll.)

Sejak pandemik melanda, pemakaian face mask telah menjadi perkara yang wajib apabila berada di luar rumah. 

Kini, dengan adanya virus dan varian baru membuatkan orang ramai rasa lebih selamat apabila memakai pelitup muka.

Kandungan

Tetapi, bagi wanita yang berhijab, bukan mudah nak pakai sesetengah jenis mask sebab bila salah pakai tudung mesti tak on point.

Jadi, kami nak bantu para muslimah senaraikan face mask muslimah dengan pelbagai ply.

Jom lihat satu-persatu senarai jenama hijab face mask hijab terbaik yang direka khas untuk wanita yang memakai tudung.


Senarai 14 Hijab Face Mask Terbaik

embro hijab face_mask
Facemask hijab sesuai untuk covid 1 daripada 14
EMPRO Hijab Mask Medical Surgical Mask Headloop COPPER OXIDE Face Mask 4ply
Dari RM11.99
Liputan penuh
Tebal dan selesa
Tiada corak menarik
3 lagi
Topeng bukan kedut
Tidak menyentuh bibir
Berkualiti dan tidak mudah koyak

Adakah topeng muka anda memberikan kesan gincu atau menyebabkan makeup comot? Jika ya, beli je face mask Empro.

Produk buatan Malaysia yang diiktiraf oleh standard Eropah Jenis IIR dan Amerika Syarikat ASTM Tahap 3 (tahap tertinggi).

Dengan teknologi Aerofit, face mask ini memberikan liputan penuh untuk menghalang mikroorganisma daripada memasuki sistem pernafasan.

Tambahan pula, menggunakan bahan gred premium yang diketahui lembut dan selamat digunakan pada kulit sensitif

Topeng muka yang tidak berkedut, selesa, tanpa bersentuhan dengan bibir dan tidak akan menanggalkan makeup serta sesuai untuk pengantin.

kf94 face mask.jpg
Facemask hijab yang bagus 2 daripada 14
DR.PLUS KF94 Headloop 3D Fish Mouth Face Mask
Dari RM2.19
Teknologi penapis 4 ply
Premium ultra lembut
Tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah tiga tahun
3 lagi
Lembut dan tak nipis
Sesuai untuk kegunaan harian
Fleksibel dan tahan lama

Face mask Dr.Plus mempunyai headloop yang boleh didapati dalam warna hitam, denim, tifanny, ungu, merah jambu, ungu, dan putih.

Turut dilengkapi teknologi penapis 4 lapis, dan fabrik jenis premium ultra lembut serta non-woven.

Face mask pakai buang yang sesuai untuk kegunaan harian, tali yang fleksibel dan tahan lama serta boleh disesuaikan dengan struktur hidung anda.

Selain memberikan perlindungan terhadap habuk dan zarah yang lebih besar, ia juga menutup hidung, mulut, dan dagu untuk memberikan perlindungan sepenuhnya.

Satu saiz yang sesuai untuk semua termasuk muka besar dan senang pakai, tak perlu guna extender.

Yukazan Adult KF94 Headloop (Hijab) Protective Face Mask
Face mask hijab untuk kulit sensitif 3 daripada 14
Yukazan Adult KF94 Headloop (Hijab) Protective Face Mask (50 Pcs/Box)
Dari RM74.50
Mudah bernafas
Muat dan selesa
Tiada corak menarik
2 lagi
4 lapisan pelindung penapisan
Gelung telinga elastik

Face mask Yukazan memberikan perlindungan selamat daripada bakteria dan habuk bawaan udara.

Mempunyai empat lapisan penapisan perlindungan dan lapisan luar bukan tenunan tahan air, jadi ia boleh menapis habuk dan kuman.

Selain itu, lapisan ke dua dan ketiga dari fabrik melt blown gred perubatan bercas elektrostatik yang sangat cekap dalam menapis zarah (BFE & PFE)>99%.

Lapisan keempat pula bukan tenunan yang lembut dan halus, sesuai untuk kulit sensitif.

Klip hidung juga boleh disesuaikan untuk pelbagai bentuk muka dengan 3D fit Airy-tech.

Topeng muka yang berkualiti tinggi, headloop yang panjang dan disahkan selamat oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan MDA.

Sesuai untuk perlindungan kehidupan seharian, kerja dan aktiviti luar terutamanya untuk wanita berhijab.

Jovian Disposable 3 Ply Monogram Headloop Mask
Face mask hijab terbaik secara keseluruhan 4 daripada 14
Jovian Disposable 3 Ply Monogram Headloop Mask
Dari RM25
Selesa dipakai
Setiap mask dibalut dengan plastik
Bukan untuk kegunaan perubatan
2 lagi
Boleh bernafas dengan selesa
Mempunyai corak menarik

Sebab Menjadi Pilihan Utama:

Bagi anda yang sering mengalami masalah jerawat setiap kali memakai pelitup muka, kami sarankan untuk bertukar kepada jenama Jovian kerana tidak menyebabkan jerawat naik. 

Ciri-ciri:

Ini kerana diperbuat daripada bahan lembut hypoallergenic yang akan mengurangkan masalah alergi kulit. 

Topeng muka ini mempunyai 3 lapisan ini juga dilengkapi dengan kepanjangan tali loop sepanjang 30cm yang boleh diregangkan. 

Jadi, boleh muat dengan pelbagai saiz kepala atau muka dan setiap pembelian, anda akan dapat 30 keping.

Design monogram yang ada pada pelitup muka ini pula sangat cantik, memang sesuai untuk muslimah yang pentingkan keanggunan. 

Paling penting, boleh menapis sehingga 95% bakteria dan 98% tahap kecekapan penapisan partikel yang ada di udara. 

Review:

“Material mask tebal. lembut dan tidak mudah berbulu. Tali mask pun tak mudah putus. Memang terbaik untuk kulit sensitif dan selesa dipakai oleh wanita bertudung."

Careion Duckbill Hijab Mask
Facemask duckbill hijab 5 daripada 14
Careion Duckbill Hijab Mask
Dari RM3.20
Tidak terasa ketat pada muka
Perlindungan hingga 95% BFE
Hanya ada 10 keping dalam 1 pek
2 lagi
Kalis air
Jenis 4 ply

Terdapat pelbagai pilihan warna kegemaran ramai seperti kelabu, nude, peach, biru dan ash green.

Pelitup muka ini diperbuat daripada bahan selesa dan sesuai dipakai oleh hijabista yang mahukan rekaan face mask lain daripada yang lain. 

Selesa dipakai untuk jangka masa yang panjang kerana tidak akan terkena bahagian muka.

Selain itu, face mask ini juga muat dengan pelbagai jenis bentuk wajah di mana akan memberikan perlindungan yang maksima kepada si pemakai.

Rekaan 3D juga akan membantu anda untuk bernafas dengan lebih mudah kerana terdapat ruang pernafasan ekstra pada hadapan pelitup muka.

Himaya Headloop 3PLY Premium Medical Face Mask
Facemask hijab 3 ply 6 daripada 14
Himaya Headloop 3PLY Premium Medical Face Mask
Dari RM35.90
Lembut
Kurangkan kerengsaan kulit
Harga mahal
2 lagi
Sesuai untuk kulit sensitif
Boleh bernafas dengan selesa

Terdapat 50 keping pelitup muka dalam setiap kotak dan kami yakin pembelian produk keluaran Himaya sangat berbaloi. 

Ini kerana tali topeng juga fleksibel dan tak mudah putus. 

Malah, bahagian depan mask 3 ply ini boleh diubah bentuknya mengikut struktur hidung. 

Diperbuat daripada fabrik penapis bergred perubatan akan melindungi anda daripada terkena habuk dan partikel bersaiz makro. 

Menariknya lagi, terdapat banyak pilihan warna pelitup muka Himaya yang tersedia untuk dipilih, antaranya Love Latte, French Romance, Soft Olive, Blue Lagoon dan Apricot Dream. 

Review daripada pengguna di Shopee juga mengatakan face mask ini selesa dipakai kerana sangat lembut pada bahagian dalamnya. 

Masking Kids Mask KF94 Headloop
Facemask hijab untuk kanak-kanak 7 daripada 14
Masking Kids Mask KF94 Headloop
Dari RM18.99
Tali tahan lasak
4 lapisan perlindungan
Hanya 10 keping dalam 1 pek
4 lagi
Selesa bernafas
Kemas dipakai
Mask tebal
Hanya untuk kanak-kanak

Untuk ibu bapa yang inginkan pelitup muka yang mudah dipakai oleh anak perempuan yang dah mula bertudung, boleh beli face mask KF94 jenama ini.

Bahagian tali bersilang dan jenis headloop. Sarung saja pada kepala si manja anda.

Tak perlu susah-susah pakai mask extender jika anak-anak ke sekolah.

Kalau anak lasak di sekolah pun tiada masalah sebab talinya tak mudah putus.

Kanak-kanak pun akan menjadi lebih rajin untuk pakai topeng muka kerana terdapat pelbagai rekaan kartun comel yang boleh mereka pilih.

Antara pilihan corak yang ada adalah unicorn, astronaut, Frozen, Doraemon dan koala.

Warna pun semuanya menarik, antaranya merah jambu, putih dan monogram.

Bagaimanapun, face mask ini sesuai untuk umur 4 hingga 10 tahun.

Ibu bapa juga boleh beli untuk anak lelaki kerana pilihan rekaan kartun Mickey dan Spiderman turut tersedia. 

Alyssa +Adam Premium Bridal Face Mask
Facemask hijab untuk pengantin 8 daripada 14
Alyssa +Adam Premium Bridal Face Mask
Dari RM28.90
Kemas dipakai
Boleh dibasuh
Mask jenis kain
3 lagi
Mudah bernafas
Terletak elok pada muka
Perlu pakai satu lagi lapisan

Dengan pemakaian pelitup muka untuk pengantin keluaran My Puteri ini, SOP pasti terjaga. 

Face mask ini telah mengikut SOP yang ditetapkan kerana direka dengan poket pada bahagian dalam untuk diletakkan filter sheet. 

Apa yang bagusnya, selain face mask jenis bertali yang perlu diikat di belakang untuk pengantin perempuan, terdapat juga topeng muka untuk pengantin lelaki. 

Barulah boleh sedondon ketika majlis akad nikah nanti. 

Antara pilihan warna yang ditawarkan ialah Off White, Pure White, Nude dan Cream.

Rekaan luarannya pula ada bermacam jenis, ada yang kosong, bersalut berlian dan ada yang dihiasi dengan lace. 

Jadi, pilih sahaja yang paling berkenan di hati.

Face mask Innersejuk Double Up 3D
Facemask hijab jenis kain 9 daripada 14
Innersejuk Double UP 3D Fabric Face Mask
Dari RM32
Mudah dipakai
Tali ikat belakang
Harga mahal
3 lagi
Tak sakitkan telinga
Pernafasan selesa
Terletak pada muka

Pelitup muka kain dari Innersejuk ini patut menjadi teman setia anda yang bertudung untuk double mask, barulah lebih selamat kan kalau ke tempat sesak. 

Jangan risau, boleh dibasuh semula dan cepat kering, anda hanya perlu masuk ke dalam beg jaring sebelum basuh dalam mesin basuh.

Material yang digunakan untuk menghasilkan topeng muka fabrik ini telah melalui ujian makmal di mana jenis anti bakteria. 

Malah, si pemakai tidak akan terasa panas atau rimas ketika pakainya sebab kain sejuk. 

Antara pilihan warna menarik dan anggun yang ditawarkan pula ialah Champagne, hitam, New York Light, Maldivian Sands dan Tokyo Blossom.

Simply K 3 Ply Premium Raya Face Mask
Facemask hijab headloop 10 daripada 14
Simply K 3 Ply Premium Raya Face Mask
Dari RM29.80
Melindungi dari habuk & zarah makro
Sesuai untuk kegunaan harian
Hanya 3 lapisan
1 lagi
Tali headloop fleksibel

Dijual dengan harga mampu milik iaitu bawah RM20 untuk setiap kotak.

Hijab face mask Simply K sesuai dipakai ketika lebaran ini kerana terdapat beberapa corak yang boleh disedondonkan dengan baju harian anda nanti. 

Jangan risau, terletak kemas pada wajah kerana boleh dibentuk ikut struktur hidung, lembut dan selesa dipakai.

Dalam setiap kotak terdapat 50 keping pelitup muka di mana kuantitinya dah lebih dari cukup untuk sebulan. 

Bagusnya lagi, review pengguna juga mengatakan tidak akan menyebabkan masalah jerawat. 

Bahagian mulut, hidung dan dagu pula akan dilindungi sepenuhnya. 

NEUTROVIS Hijab Medical Face Mask
Hijab medical face mask 11 daripada 14
NEUTROVIS Hijab Medical Face Mask
Dari RM19.90
Tali headloops lembut
Tidak sakitkan kepala
Pilihan warna terhad
2 lagi
Boleh bernafas dengan selesa
Direka untuk struktur wajah Asia

Kami sarankan golongan wanita muslimah yang inginkan pelitup muka dengan rekaan ringkas memilih face mask hijab Neutrovis ini. 

Pelitup muka jenama ini menawarkan 2 pilihan iaitu mask 3 ply dan mask 4 ply.

Malah, pemakaian topeng muka jenama ini juga akan terletak elok pada muka. 

Bagi anda yang mementingkan face mask yang sedondon dengan warna baju, jangan risau, terdapat 4 pilihan warna face mask iaitu Sky Blue, Purple, Dark Blue dan Hitam. 

Fabrik bahagian penapis menggunakan jenis melt blown dan memiliki BFE ≥98% and PFE ≥96%.

Kelebihan fabrik ini di mana akan menghalang bakteria, pencemaran, titisan air atau habuk daripada masuk terus ke dalam sistem pernafasan. 

Paling penting, sangat selesa dipakai untuk jangka masa panjang dan harga berpatutan.

Iconic Medicare 4 Ply KF99KF94 Headloop Protective Respirator
Facemask hijab 4 ply 12 daripada 14
Iconic Medicare 4 Ply KF99/KF94 Headloop Protective Respirator
Dari RM19.90
Hypoallergenic
Tali elastik
Harga mahal
2 lagi
Sesuai untuk kulit sensitif
Selesa ketika bernafas

Walaupun pelitup muka headloop ini agak mahal kerana terdapat 10 keping dalam 1 kotak tetapi pihak pengeluar menjanjikan perlindungan yang bagus untuk sistem pernafasan anda kerana jenis 4 ply. 

Rekaan face mask ini turut telah mendapat pengiktirafan daripada Korean Medical KFDA standard. 

Selain itu, memiliki Bacteria Penetrating Efficiency ([BFE > 99%] dan titisan air tidak mudah tebus ke bahagian dalam. 

Anda akan rasa selesa menggunakan produk ini walaupun dalam tempoh lama kerana bahannya lembut dan premium. 

Warna ivory creamnya pula akan memudahkan anda untuk sesuaikan dengan banyak warna tudung atau baju. 

Lepas ini pasti anda akan kelihatan lebih menawan!

Vircast Medic Premium Head-loop Surgical Mask Type II
Facemask hijab untuk kulit sensitif 13 daripada 14
Vircast Medic Premium Head-loop Surgical Mask Type II
Dari RM20.50
30 keping dalam 1 kotak
Sesuai dipakai harian
Tidak mempunyai pilihan 4ply
1 lagi
Tidak toksik

Tidak perlu berbelanja lebih untuk dapatkan face mask hijab yang berkualiti tinggi kerana Vircast Medic boleh melindungi anda. 

Fabrik sangat lembut dan sesuai untuk kulit sensitif kerana jenis hypoallergenic dan tiada bau kimia.

Tambahan pula, tidak seperti kebanyakan jenama face mask lain yang hanya menawarkan 1 pilihan warna sahaja dalam setiap pek.

Tapi face mask buatan Malaysia ini ada 3 variasi warna lembut dalam setiap kotak iaitu merah jambu, ungu dan putih. 

Pelitup muka ini boleh menapis asap, bakteria, habuk dan debunga daripada masuk ke dalam sistem pernafasan namun dalam masa yang sama.

Paling penting, anda akan rasa selesa ketika bernafas semasa penggunaan.

Medicos Ultra Soft 4 Ply Sub Micron Surgical Face Mask
Facemask hijab earloop 14 daripada 14
Medicos Ultra Soft 4 Ply Sub Micron Surgical Face Mask
Dari RM23
Buatan Malaysia
Material mask lembut
Wanita berhijab perlu pakai mask extender
2 lagi
Kurangkan masalah alahan kulit
Melindungi pemakai dari titisan bahaya

Mungkin ada golongan wanita bertudung yang kurang gemar pakai mask headloop, boleh dapatkan pelitup muka earloop Medicos ini sebagai alternatif. 

Produk dengan saiz 175 x 95 cm ini sesuai dipakai oleh orang dewasa sama ada lelaki atau wanita. 

Antara variasi warna yang ditawarkan oleh jenama ini ialah Pink Ribbon, Sea Blue, Snow White, Neon Green, Cotton Candy, Peach Crush dan Aqua Coral.

Pilihan warna ini sesuai untuk wanita yang gemarkan warna lembut dan feminin. 

Uniknya lagi, mask 4 ply ini turut mempunyai tahap BFE >98% untuk menapis virus, bakteria dan zarah bawaan udara. 

Memang bagus untuk dipakai setiap hari sama ada ke tempat kerja ataupun bersiar-siar ketika hujung minggu.


Cara Pilih Face Mask Hijab

Penggunaan topeng muka telah menjadi norma baharu dalam kehidupan seharian kita dan memilih topeng muka yang sesuai agak sukar terutama bagi wanita bertudung. 

Adik kakak jangan risau, berikut tips untuk membantu anda dalam memilih face mask yang sesuai.

  • Bentuk tudung

Pastikan reka bentuk tudung dan topeng muka yang anda pilih adalah serasi.

Sekiranya tudung anda longgar, anda perlukan topeng muka dengan bentuk yang lebih panjang untuk menutup bahagian hidung.

Tapi jika anda gunakan bawal, pilihan topeng muka lebih fleksibel kerana bentuk tudung bawal membolehkan pelbagai jenis topeng muka dipakai. 

  • Bahan topeng muka

Pertimbangkan bahan topeng muka untuk memastikan keselesaan dan keberkesanan topeng muka tersebut.

Apabila memilih topeng muka, kami cadangkan anda untuk memilih bahan yang lembut dan mudah bernafas seperti kapas.

Elakkan topeng muka yang terlalu tebal atau ketat kerana boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kesukaran bernafas.

  • Saiz topeng muka

Beli topeng muka dengan saiz yang sesuai untuk mengelakkannya menjadi terlalu longgar atau ketat.

Tambah lagi, face mask yang tidak sesuai tidak akan menawarkan perlindungan yang mencukupi terhadap jangkitan virus, menyebabkan ketidakselesaan dan menghalang pernafasan.

  • Reka bentuk face mask

Pilih face mask dengan reka bentuk yang praktikal dan selesa dan elakkan daripada memilih topeng dengan hiasan atau aksesori yang tidak perlu kerana boleh meningkatkan risiko penularan jangkitan.

Reka bentuk yang praktikal dan ringan akan menjadikan pemakaian topeng lebih selesa.

  • Kepatuhan standard

Pastikan topeng muka yang anda pilih mematuhi piawaian keselamatan dan kualiti serta telah diluluskan oleh kementerian kesihatan, sama ada dari Malaysia atau luar negara, seperti Korean Medical KFDA standard.

Jadi anda boleh memakai topeng muka tersebut dengan selamat.


Apa Kelebihan Dan Kekurangan Face Mask Hijab?

Salah satu kelebihan face mask ialah melindungi diri anda dan orang lain dari jangkitan virus berbahaya seperti Covid-19.

Penutup hidung dan mulut akan menapis udara, menghalang partikel berbahaya daripada merebak serta memasuki sistem pernafasan.

Topeng muka juga mudah dipakai dan dibuang dalam beberapa saat sahaja.

Tambah lagi, topeng muka boleh didapati dengan mudah di farmasi dan secara online.

Bukan sahaja melindungi daripada wabak, tapi juga dapat menjadi aksesori dan melengkapkan penampilan harian.

Ini kerana face mask tersedia dalam pelbagai reka bentuk dan warna menarik, sekaligus wanita muslimah boleh menyesuaikan face mask dengan style mereka.

Namun, jika face mask dipakai terlalu lama, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan atau sukar bernafas bagi sesetengah individu.

Face mask kain yang tidak dibasuh dan dikeringkan dengan baik boleh menyebabkan pengumpulan banyak kuman.

Tambahan pula, memakai face mask yang sama berulang kali selama beberapa hari juga boleh menyebabkan masalah kulit gatal, kering, dermatatis, jerawat dan membahayakan kesihatan.


Cara Pakai Facemask Untuk Wanita Yang Bertudung 

Mungkin masih ada wanita bertudung di luar sana yang mengalami kesukaran untuk memakai pelitup muka kerana tali face mask earloop sukar dipakai pada telinga. 

Mana tidaknya, bila pakai topeng muka jenis earloop, tudung akan jadi senget dan paling teruk, awning hijab pula tak menjadi! 

Ini boleh sebabkan rasa kurang keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai kerana penampilan kurang menarik.

Tapi jangan risau, kali ini kami kongsikan tip pakai topeng muka khas untuk anda. 

  • Guna mask extender atau penyambung pelitup muka 

Kaedah ini merupakan yang paling mudah kerana anda boleh dapatkan mask extender untuk menggantikan telinga yang tersorok dalam tudung.

Malah, boleh kurangkan tekanan pada belakang telinga jika pakai face mask untuk jangka masa yang panjang.

Jadi telinga tak akan cepat sakit sebab tali topeng yang sepatutnya dipakai pada telinga bakal digantikan dengan extender ini. 

Mask extender ini khas untuk yang pakai pelitup muka jenis earloop. 

  • Pakai face mask jenis headloop

Pelitup muka ini pula mempunyai tali bersilang yang fleksibel padanya. 

Bagi wanita yang berhijab boleh pakai pelitup muka dengan mudah tanpa extender. 

Face mask jenis ini memang akan jimatkan masa anda sebab hanya perlu sarung sahaja mask dan betulkan sikit kedudukan topeng ikut bentuk muka dan hidung. 

  • Guna jarum peniti 

Cara ini pula boleh digunakan jika anda dah kehabisan stok mask jenis headloop atau mask extender hilang.

Kaedahnya sangat mudah, mula-mula, pinkan jarum peniti yang berkepala bulat di kawasan telinga.

Kemudian, selitkan sahaja tali mask jenis earloop tersebut pada kepala jarum peniti bulat.  

Anda masih keliru? Jom lihat video berikut.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation