Kesihatan & Kecergasan

14 Face Mask KF94 Terbaik di Malaysia 2026 (Jenama Berkualiti)

Sekarang face mask KF94 pun dah kena ada syarat pengesahan dari SIRIM tapi jangan risau, kami ada senarai mask KF94 terbaik dari jenama berkualiti.


Editor · Updated 15 Dec 2023

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

14 Face Mask KF94 Terbaik di Malaysia 2026 (Jenama Berkualiti)

Walaupun negara kita sudah masuk fasa endemik COVID19, tapi SOP masih diteruskan bagi mengelakkan kenaikan jumlah kes baru.

Lagipun, boleh dikatakan pemakaian face mask sudah menjadi keperluan harian. 

Kandungan

Tambah pula, face mask yang dijual di pasaran perlu dapatkan pengesahan dari pihak SIRIM.

Erti kata lain, kerajaan inginkan kita memakai pelitup muka dari jenama dan jenis berkualiti seperti N95, K99 dan K94.

Bagi memudahkan kerja anda, kami bantu anda senaraikan mask KF94 terbaik.


Senarai 14 Face Mask KF94 Terbaik

iconic_medicare face_mask
Mask KF94 terbaik untuk kulit 1 daripada 14
Iconic Medicare Copper 4 Ply KF94/KF99 & 5 Ply KN95/KN99 Antiviral Medical Face Mask
Dari RM19.90
3D slim fit cutting
Gred perubatan FFP3
Tiada corak menarik
3 lagi
Fungsi pembersihan diri
Diuji oleh ASTM E2149 Antimikrobial
Hypoallergenic

Face mask Iconic KF94/KF99 Antivirus Copper Oxide yang berkualiti premium, mudah bernafas, selesa dipakai, dan tidak menyebabkan kesan alergi.

Direka untuk wajah langsing dan mempunyai 3D slim fit cutting yang sesuai untuk wajah kecil.

Packaging juga kelihatan sangat menarik dan boleh dipilih dari warna copper navy, copper pink, copper cotton grey, dan copper baby blue.

Diperbuat daripada bahan hypoallergenic yang lembut pada kulit sensitif dan mempunyai struktur 4 lapisan dengan double melt-blown filtration. 

Face mask gred perubatan FFP3 ini mempunyai gelung telinga elastik dan dibungkus dalam pembungkusan individu dengan 10 topeng dalam setiap kotak. 

Ditambah lagi, topeng ini mempunyai fungsi pembersihan diri yang dapat membunuh lebih dari 99% virus dalam beberapa minit. 

Ia juga mempunyai kecekapan penapisan bakteria lebih daripada 99% dan boleh menapis zarah sekecil 0.3 mikron. 

Diperakui oleh standard KFDA Perubatan Korea KMOEL-2017-64 dan standard GB 2626:2019 serta diuji oleh ASTM E2149 antimikrobial.

Face mask dihasilkan di Malaysia dan disahkan oleh pihak berkuasa peranti perubatan (MDA) Malaysia.

kf94_medishield_face_mask
Mask KF94 untuk lelaki atau perempuan 2 daripada 14
Medishield Face Mask KF94 3D 4PLY Adult Face Mask Disposable
Dari RM10.99
4 lapisan perlindungan
Bahan mesra alam
Tiada corak menarik
2 lagi
Tahan air
Mudah bernafas

Bagi mereka yang mencari face mask bagus dan terbaik, disyorkan face mask medical KF94 dari jenama Medishield.

Dengan ciri 4 lapisan perlindungan, anda akan rasa selamat dan terlindung dari partikel yang sangat kecil.

'KF' dalam KF94 merujuk kepada Korea Filter manakala '94' merujuk kepada purata 0.4um partikel yang disaring dan sekurang-kurangnya 94% daripadanya disaring . 

Diperbuat dari bahan mesra alam, ringan, elasticity, tahan air dan keupayaan bernafas yang baik. 

Jangan risau, telinga anda tidak akan sakit atau rasa ketat kerana tali topeng muka KF94 sangat tebal dan lembut. 

Tambahan pula, topeng muka ini sangat tebal untuk memberikan perlindungan extra dan boleh digunakan setiap hari. 

DECA_KF94_face mask
Mask KF94 warna hitam 3 daripada 14
Deca KF94 4 ply Surgical Disposable Adult Face
Dari RM19.90
Tebal dan selesa
Disahkan MDA
Sukar dapat di pasaran
1 lagi
Mudah dibawa ke mana sahaja

Face mask DECA KF94, topeng muka jenis pembedahan pakai buang hadir dalam warna putih dan mengandungi 20 pasang dalam satu bungkusan.

Selesa dan mudah bernafas, topeng ini mempunyai gelung telinga elastik.  

Topeng mempunyai struktur 4 lapisan dan dibungkus secara individu, jadi mudah disimpan dalam beg tangan dan dibawa ke mana-mana.

Ia adalah 99% berkesan untuk menapis virus dan bakteria serta boleh mengeluarkan zarah sekecil 0.3 mikron. 

Jangan risau, face mask ini selamat dan disahkan oleh Pihak Berkuasa peranti perubatan (MDA) Malaysia.

medicare face mask
Mask KF94 yang lembut 4 daripada 14
MEDI-CARE SURGICAL KF94 & KN95 - 20 Pcs
Dari RM60
Mudah bernafas
Lembut dan premium
Hanya 2 pilihan warna
1 lagi
Tali telinga kuat dan elastik

Dengan empat hingga lima lapisan perlindungan, face mask Medi Care gred pembedahan KF94 dan KN95 menawarkan perlindungan lengkap terhadap semua jenis virus.

Penapisan bahan B. F. E. dan P. F. E. tinggi sehingga 99.99% dan mudah bernafas.

Boleh menapis habuk, debunga, bakteria dan virus (COVID 19) dengan baik.

Diperbuat dari bahan yang selamat, lembut, dan premium, serta boleh menghilangkan kerengsaan kulit.

Topeng muka jenis earloop yang lembut, selesa dan muat dengan muka anda.

Tali telinga kuat dan elastik, dan ia tidak mudah putus, jadi boleh beli satu untuk ibu tercinta dan sebagai langkah pencegahan awal untuk orang keluarga tersayang.

medical face mask
Mask KF94 untuk kanak-kanak 5 daripada 14
SurgiPlus KN95 KF94 Adult/Children FFP2 Medical Face Mask Individual Packing
Dari RM3
Diluluskan oleh KKM
Tiada bau yang menjengkelkan
Warna putih sahaja
1 lagi
5 lapisan

Dengan harga dibawah RM 5, anda boleh dapatkan face mask KF94 terbaik untuk diri sendiri dan anak-anak.

Face mask SurgiPlus mempunyai pensijilan CE dan FDA serta diluluskan KKM dengan sijil dari MDA.

Terdapat lima lapisan pernapisan perlindungan dan tiga dimensi >99%.

Dilengkapi penapis span, non-woven fabric, pro-muscle non-woven fabric, dan dua lapisan double 99% + meltblown cloth.

Saiz topeng memang sesuai untuk muka kanak-kanak.

icon_face mask
Mask KF94 warna putih 6 daripada 14
ICON PROTECTIVE KF94 KF99 4-Ply KN95 5-Ply Surgical Face Mask
Dari RM19.50
Setiap topeng dibungkus secara individu
Boleh dilipat
Bukan jenis headloop
1 lagi
4 lapisan perlindungan

Face mask jenama Icon ini mempunyai logam jambatan hidung yang boleh dilaraskan dan bentuk berkontur yang sesuai dengan wajah anda.

Setiap topeng mempunyai logo "Icon Protective" dan memenuhi piawaian ASTM L3 & EN14683 Jenis IIR.

Warna face mask juga sepadan dengan warna earloops, tanpa latex dan mempunyai empat lapisan perlindungan yang menghalang virus, bakteria serta zarah PM0.1 yang halus.

Fabrik luar bukan tenunan tahan cecair dan kalis air, lapisan sokongan struktur yang mengekalkan struktur topeng yang kuat dan penapis meltblown elektrostatik tinggi.

Di bahagian dalam terdapat lapisan bukan tenunan hypoallergenic yang sangat lembut.

Reka bentuk 3D yang boleh dilipat dan mempunyai kelulusan MDA dan CE untuk pengeluaran.

supmedi kf94 mask
Mask KF94 headloop 7 daripada 14
SUPMEDI KF94 Headloop Mask 10pcs/pack
Dari RM9.90
Tali tak mudah putus
Gincu tidak melekat
3 lagi
Material senang bernafas
Anti habuk
Mudah bernafas

Terdapat dua jenis face mask iaitu headloop dan earloop dalam 9 pilihan warna yang menarik.

Mempunyai teknologi penapis 4 lapis yang membantu meminimumkan pemakai dari zarah debu halus dan penyakit berjangkit di udara.

Muat dan selamat di atas hidung anda dan penapis antibakteria meltblown menghadkan kemasukan udara yang tidak ditapis.

Disahkan selamat oleh pakar industri, tali juga fleksibel dan gincu tidak akan melekat. Reka bentuk bersaiz bebas dan sesuai untuk semua.

Ia mempunyai struktur stereoskopik 3D yang menghalang habuk, kuman (seperti virus dan bakteria), dan zarah besar.

Sesuai untuk kegunaan dewasa dan kanak kanak perempuan bertudung dan bersanggul.

medi K KF94
Mask KF94 untuk lelaki 8 daripada 14
Medi-K KF94 Mask
Medi-K
Dari RM2
Tidak menyebabkan cermin mata berwap
Tidak berbulu
Tidak mempunyai jenis headloop
2 lagi
Rekaan U-Shape
Unisex

Face mask KF94 ini tidak mempunyai headloop jadi sesuai untuk para lelaki kerana lebih mudah untuk dipakai.

Apa yang membezakan face mask jenama Medi-K dengan jenama lain adalah rekaannya U-Shape pada bahagian batang hidung.

Ini memudahkan individu yang memakai cermin mata tidak mengalami kabur pada lensa cermin mata apabila bercakap.

Selain itu, face mask ini mampu menapis 99% zarah dan fabrik jenistidak berbulu yang menyebabkan hidung gatal.

Jangan risau, saiz untuk face mask ini direka untuk dewasa dan juga kanak-kanak.

Biocare KF94 Mask Adult Hijab headloop-1
Mask KF94 hitam 9 daripada 14
Biocare KF94 Mask Adult Hijab headloop
Biocare
Dari RM0
Sesuai semua bentuk wajah
Sudah dibuktikan dalam ujian farmasi
Pilihan warna terhad
1 lagi
Mesra hijab

Untuk wanita berhijab, anda boleh menggunakan Mask KF94 jenis headloop daripada Biocare yang terbukti sebagai salah satu jenama berkualiti.

Dengan perlindungan 4 lapisan berkualiti tinggi yang mampu menapis zarah sebesar 0.4 uum sekaligus memberikan perlindungan sebanyak 94 peratus.

Face mask ini menggunakan fabrik bukan tenunan dan fabrik cair yang diperbuat daripada bahan mesra alam.

Selain itu, ciri face mask ini kalis lembapan, tiada bahan toksik, tidak merengsa, fabrik lembut dan selesa dipakai.

Neutrovis KF94 Korean Premium Disposable 4-ply Face Mask with Earloop Adult - Jet Black (10's)-1
Mask KF94 terbaik secara keseluruhan 10 daripada 14
Neutrovis KF94 Korean Premium Disposable 4-ply Face Mask with Earloop Adult - Jet Black (10's)
Neutrovis
Dari RM0
Tahap perlindungan yang tinggi
Selesa dipakai
Tidak sesuai untuk pengguna berhijab

Sebab menjadi pilihan utama:

Mask daripada Neutrovois ini telah diakui antara jenama yang dipercayai serta mempunyai tahap perlindungan yang tinggi.

Ciri-ciri:

Neutrovois merupakan face mask yang mampu memberi perlindungan 4 lapisan dari material fabrik bukan tenunan dan fabrik cair gred perubatan.

Selesa dipakai, serta mempunyai reka bentuk dan warna hitam yang ringkas.

Pembungkusan juga amat teliti kerana face mask dibalut secara berasingan setiap keping untuk supaya tidak mudah terdedah dengan kotoran dan bakteria.

Selain itu, mampu memastikan tahap keberkesanan penapisan zarah dan bakteria sebanyak 98 peratus.

Mask ini juga dibuat dengan Ultra-Gentle Earloop bagi memastikan pemakaian selesa sepanjang hari, fabrik bukan tenunan juga sesuai untuk pemakai yang berkulit sensitif.

Review:

"Material yang lembut, mudah bernafas serta berkualiti."

Yuka Zan KF94 Protective Hijab Face Mask-1
Mask KF94 Pink 11 daripada 14
Yuka Zan KF94 Protective Hijab Face Mask
Yuka Zan
Dari RM13
Kualiti tahap perlindungan bagus
Sesuai untuk gadis berhijab
Pilihan warna terhad
2 lagi
Selesa dipakai
Harga agak mahal

Face mask yang berwarna feminin dan jenis headloop, pastinya menjadi pilihan untuk wanita berhijab.

Mask jenama Yuka Zan merupakan jenama berkualiti dan mempunyai perlindungan sebanyak 4 lapisan dengan keberkesanan perlindungan dari bakteria dan zarah sehingga 99 peratus.

Apa yang menarik lagi, bahagian lapisan luar bukan saja melindngi dari bakteria dan zarah malah juga kalis air.

Fabrik face mask ini juga jenis bukan tenunan menjadikan selesa dipakai, mudah bernafas dan sesuai untuk anda yang berkulit sensitif.

Menariknya lagi, mempunyai adjustable nose clip supaya sesuai dengan bentuk muka.

Biomate KF94 Face Mask-1
Mask KF94 Korean 12 daripada 14
Biomate KF94 Face Mask
Biomate KF94 Face Mask
Dari RM4.95
Kualiti dan tahap perlindungan yang tinggi
Selesa dipakai
Harga mahal
2 lagi
Mudah digunakan
Stok terhad

Biomate merupakan antara jenama import dari Korea yang terkenal dan diperakui face mask berkualitii oleh banyak agensi disana.

Face mask ini mempunyai perlindungan 4 lapisan dan menggunakan materiak fabrik cair gred perubatan.

Malah, mampu memberi perlindungan dari bakteria dengan tahap keberkesanan sehingga 98 peratus.

Manakala untuk perlindungan dari zarah, face mask ini mampu memberi tahap keberkesanan perlindungan sebanyak 96 peratus.

Jovian Disposable KF94 Monogram Denim Series Mask-1
Mask KF94 untuk muka kecil 13 daripada 14
Jovian Disposable KF94 Monogram Denim Series Mask
Jovian
Dari RM0
Kualiti dan tahap perlindungan yang tinggi
Corak yang ekslusif
Kurang sesuai untuk lelaki
1 lagi
Selesa dipakai

Mask Jovian bukan saja diperakui selamat dan berkualiti tinggi, tetapi rekaannya juga bergaya dan eksklusif.

Mana tidaknya, rekaanya mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal tempatan malah ia juga selesa dipakai.

Mask ini mempunyai perlindungan sebanyak 4 lapisan dengan keupayaan perlindungan daripada bakteria dan zarah sehingga 99 peratus .

Dari segi material, pembuatan mask ini menggunakan 3 jenis material iaitu fabrik, polypropylene dan material bukan tenunan.

Innersejuk reusable and washable face mask KF94-1
Mask KF94 yang boleh dicuci 14 daripada 14
Innersejuk reusable and washable face mask KF94
Innersejuk
Dari RM0
Boleh dibasuh
Selesa dipakai
Harga mahal
1 lagi
Mempunyai filter didalam

Jika anda inginkan face mask yang boleh dipakai berkali-kali dan di cuci, anda boleh pilih mask ini.

Ini kerana fabrik yang digunakan adalah kain yang  dimana boleh dibasuh semula.

Mask ini mempunyai perlindungan double up 3D plus dengan 3 lapisan.

Menariknya lagi, terdapat filter bahagian dalam untuk lebih perlindungan daripada zarah dan bakteria.

Jika pakai face mask ini anda tak perlu lagi pakai tanpa mask perubatan.

Apa pun, face mask Innersejuk ini selesa dan mudah bernafas apabila dipakai.


Apa Beza KN95 & KF94?

Dipasaran face mask KF94 kebiasaannya terdapat jenis yang boleh dipakai sekali ataupun boleh dipakai banyak kali mengikut jenis material yang digunakan.

Tapi, apa yang membezakan mask jenis KF94 dan KN95 adalah mask KF94 dicipta di negara Korea Selatan, KF bermakna singkatan kepada Korean Filter.

Manakala mask KF95 berasal dari China, walaupun dari segi reka bentuk, dua jenis face mask ini kelihatan sama tapi terdapat sedikit perbezaan.

Perbezaannya pada tahap perlindungan dimana KF94 mempunyai keupayaan untuk menyaring zarah dan bakteria sebanyak 94 peratus manakala KN95 sebanyak 95 peratus.

Cuma, kelebihan mask KF94, selain dari memberi perlindungan sebanyak 94 peratus, face mask jenis ini mampu disesuaikan dengan bentuk muka supaya lebih selesa dipakai.

Malah, mempunyai reka bentuk dan warna yang lebih menarik berbanding KN95.


Cara Pakai Face Mask KF94

Pemakain face mask mungkin dikira hanya menyarung tali getah pada kepala atau telinga.

Tapi, sebenarnya terdapat cara pemakaian face mask dengan betul.

Perkara ini sudah pun diketengahkan pada awal pandemik tahun 2020.

Cuma kini mungkin ramai yang sudah lupa cara pakai face mask. 

Jom kami ingatkan semula langkah yang betul untuk pakai face mask KF94.

  1. Cuci tangan bagi menyingkirkan bakteria pada tangan melekat pada face mask.
  2. Sekiranya jenis earloop sangkutkan tali di telinga manakala jenis headloop masukkan tali di kepala
  3. Pakaikan mask, tarik bahagian atas dan bawah agar menutup bahagian mulut, hidung dan dagu.
  4. Pastikan sebelah yang berwarna berada di luar.
  5. Kemudian, tekan bahagian besi perlahan-lahan untuk tekapkan dengan hidung
  6. Setelah pakai tanggalkan semula tali di telinga untuk jenis earloop, keluarkan tali dari kepala untuk headloop.

Bagi melihat cara pemakaian face mask secara praktikal, jom lihat video ringkas ini.


Apakah Maksud KF94?

KF94 merujuk kepada sejenis pelindung muka atau penutup hidung dan mulut yang mematuhi standard kualiti tertentu. 

Kod KF bermaksud Korean Filter dan angka 94 pula merujuk kepada peratusan penapisan zarah yang berjaya dilakukan oleh pelindung muka tersebut. 

Secara ringkasnya, KF94 bermaksud ia mampu menapis sekurang-kurangnya 94% zarah halus udara yang tidak diingini seperti habuk, asap, dan kuman. 

Ini bermakna pelindung muka jenis ini amat berkesan melindungi pemakainya daripada terdedah kepada agen pencemaran dan jangkitan penyakit melalui udara.


Adakah Masker KF94 Berkesan Melawan COVID-19?

Ya, face mask KF94 berkesan melawan COVID-19. KF94 bermaksud penapis Korean Filter 94, yang merujuk kepada kecekapan penapisan 94%. 

Face mask KF94 sedikit berbeza dari N95 dan KN95, tetapi mereka masih menawarkan perlindungan tahap tinggi yang sama. 

Menurut laman web CNET dan rekod penyelidikan di laman web PubMed, topeng KF94 dan N95 terbukti dapat menghalang zarah virus yang menyebabkan COVID-19. 

Walau bagaimanapun, face mask pembedahan kurang berkesan dalam menyaring zarah virus dari pesakit yang dijangkiti SARS-Cov-2.


Apakah Perbezaan Antara Masker KF94 Dan Masker Lain, Seperti N95?

Perbezaan utama antara topeng KF94 dan N95 adalah lokasi pengeluar dan kadar keberkesanan penapisan. 

Topeng KF94 dibuat di Korea Selatan dan dapat menyaring 94% zarah. 

Sebaliknya, topeng N95 dapat menyaring 95% zarah dan merupakan standard topeng perubatan yang ditetapkan oleh NIOSH di Amerika Syarikat.

KF94 biasanya diperbuat daripada fabrik buatan Korea dan mempunyai reka bentuk ergonomik untuk pemakaian yang lebih selesa.

Manakala, N95 pula diperbuat daripada kain non-woven polypropylene yang mempunyai elektrolit untuk pengecasan elektrostatik bagi menangkap zarah dengan lebih berkesan.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation