Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

price-track-background
Dapatkan Makluman Bila Harga Runtuh

Jangan bayar lebih. Kami akan mengesan harga produk inginan anda dan menghantar makluman bila harganya runtuh!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Mask 101: Mask Mana Yang Sepatutnya Dibeli untuk Covid-19?

Guna topeng muka yang betul mengikut situasi semasa kesihatan

Product in this article

Malaysia masih lagi dibelenggu dengan jangkitan virus COVID-19 dan kini, rakyat diwajibkan untuk kuarantin selama 14 hari mengikut prosedur arahan Perintah Kawalan Pergerakan. Dalam pada itu, info-info asas tentang langkah pencegahan masih lagi giat dijalankan samada melalui media massa serta perkongsian di dalam media sosial. Antara langkah asas yang harus diikuti oleh semua pihak ialah pemakaian topeng muka. 

Mereka yang mempunyai simptom seperti batuk, selesema dan demam diwajibkan untuk memakai topeng muka setiap kali keluar ditempat awam. Langkah ini sebagai pencegahan bagi memastikan mengurangkan penularan jangkitan virus. Anda juga harus berada jarak 1 meter dari individu lain dan mencuci tangan selama 20 saat setiap kali sebelum dan selepas keluar samada untuk melakukan urusan atau bekerja

Ketika negara dilanda jerebu, pihak kesihatan mengesyorkan pemakaian topeng muka N95 berbanding topeng muka normal. Lain pula bila berlaku virus COVID-19, topeng muka normal atau surgical mask sudah memadai sebagai langkah berwaspada. Pasti wujud perbezaan fungsi, bahan dan kesan yang dapat dijamin dari 2 topeng ini. 

Apakah perbezaan topeng muka N95 dan topeng muka pembedahan (Surgical Mask)?

Topeng Muka N95 (N95 Respirators)

Menurut dari sumber U.S Food & Drug Admission (FDA) begitu juga dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), topeng muka N95 tidak sesuai untuk digunakan oleh orang awam terutamanya. Rekaan dan fungsi topeng ini hanya diperlukan untuk kakitangan kesihatan dan tugasan yang membabitkan cecair atau bau kimia, pencemaran udara, rawatan kecemasan serta industri berat. Mereka lebih terdedah dan merupakan barisan hadapan dalam melawan virus. 

Ini kerana lapisan Mask N95 direka untuk menjaring partikel udara sekurang-kurangnya 95% yakni bersamaan 0.3 mikron. Jaringan lapisan topeng muka ini sangat efisien malah rekaannya juga melekap baik mengikut pipi dan hidung si pemakai. Tapi kenapa tidak sesuai untuk masyarakat awam?

  1. Ianya tidak selesa untuk semua orang, lebih lagi kepada golongan warga emas, mereka yang alami masalah pernafasan, kanak-kanak dan kaum lelaki dengan wajah berbulu (misai, jambang atau janggut). Ketebalan jaringan topeng boleh menyukarkan untuk bernafas sepanjang pemakaian. Jadi, sangat mustahil untuk kita memakai sepanjang hari. Kesan iritasi pada kulit wajah juga boleh berlaku akibat topeng yang melekap kuat dan ketat pada muka. 
  2. Harga untuk satu topeng muka N95 dua kali ganda dari harga topeng muka yang biasa.  Ianya topeng pakai buang dan hanya boleh satu kali penggunaan sahaja. Elakkan pembaziran! Jika anda tetap memilih topeng muka N95 dapatkan dahulu nasihat doktor dan tukar segera topeng muka normal jika alami rasa sesak nafas. 

Topeng Muka Pembedahan (Surgical Mask)

Jauh berbeza dengan topeng muka N95, topeng muka pembedahan tampil lebih nipis, kelihatan hanya seperti kertas atau tisu biasa. Topeng muka ini mempunyai pelbagai jenis kualiti dan jenama mengikut ketebalan, fungsi tambahan dan kemampuan perlindungan yang diberi. 

  1. Amnya, topeng muka ini dipakai oleh doktor pembedahan sebagai langkah melindung kawasan sekitar hidung dan mulut dari terkena patogen. Ia juga kini bebas dipakai oleh orang awam demi melindungi diri sendiri dari jangkitan virus atau bakteria. Walaupun topeng muka ini direka ringkas, namun ia masih mampu menghalang anda dari terkena zarah-zarah besar dari titisan atau semburan air yang dicemari bakteria dan kuman. 
  2. Ramai yang masih keliru tentang fungsi dua warna topeng muka ini iaitu biru dan putih. Lapisan topeng yang berwarna biru ialah bertindak untuk menghalang bakteria atau kuman untuk tinggal dibahagian itu. Manakala lapisan putih atau luar topeng ini berfungsi sebagai hydrophobic iaitu jaringan meresap lembapan pada udara. Lapisan tengah topeng pula sebagai penapis dari sebarang jangkitan bakteria. 

Justeru itu, mereka yang alami batuk dan selesema disarankan untuk memakai topeng muka supaya dapat menghalang rembesan air liur dan pernafasan dari terkena orang yang berada disekeliling. Jika dibandingkan dengan topeng muka N95, topeng muka pembedahan kesan ia hanyalah sederhana kerana masih lagi terdapat liang-liang terbuka dibahagian celah hujung topeng. 

Langkah-langkah Memakai Topeng Muka N95

  • Getah atau tali topeng ini haruslah ketat dan mudah regang. Pastikan juga topeng dalam keadaan baik dan tiada kerosakan
  • Basuh tangan sebelum memakai topeng menggunakan sabun atau rubbing alcohol
  • Letakkan topeng pada dagu, hidung diikuti mulut
  • Kemudian terus tarik tali atas topeng kebahagian belakang kepala melalui atas telinga. Tali bawah pula tarik kebelakang leher
  • Kemaskan topeng supaya tiada udara bocor dan mengikut keselesaan anda 
  • Kadar maksima memakai topeng ini adalah selama 8 jam dan kekerapan menukar topeng sangat disyorkan 

Tarikh Luput & Cara Menanggal Topeng Muka N95 

  • Tanggal topeng N95 dengan menarik tali bawah dan tali atas tanpa memegang topeng. Buang kedalam tong sampah
  • Basuh tangan dengan sabun atau rubbing alcohol
  • Tarikh luput untuk topeng N95 adalah lima tahun selepas tarikh pembuatan. Anda boleh semak tarikh pembuatan pada kotak atau plastik pembungkusan asal topeng.

3M 8511 N95 Particulate Respirator (10 Pieces)

RM 175

GIKO 1200F (1 Piece)

RM 12
GIKO
GIKO 1200F (1 Piece)
Updated on 12th August 2020

Langkah-langkah Memakai Surgical Mask

  • Pastikan topeng tidak mempunyai sebarang kerosakan
  • Basuh tangan dengan bersih sebelum memakai topeng menggunakan sabun atau rubbing alcohol. 
  • Bahagian topeng berwarna biru dipakai dalam, warna putih untuk dibahagian luar. Lekap tengah topeng dibahagian hidung dan mulut
  • Sarungkan kedua tali getah pada kiri dan kanan telinga anda. Atau terdapat juga tali topeng yang jenis ikat. Ikat tali topeng sehingga topeng menutup sepenuh hidung dan mulut 
  • Kemaskan topeng muka sehingga tiada rongga yang terbuka 
  • Tukar topeng bila rasa perlu dan ia hanya digunakan sekali penggunaan sahaja

Tarikh Luput & Cara Menanggal Surgical Mask

  • Tanggal topeng muka dengan hanya memegang tali topeng. Jangan sesekali terpegang bahagian hadapan. Buang kedalam tong sampah
  • Sejurus itu, basuh tangan dengan sabun atau bersama rubbing alkohol
  • Tarikh luput topeng muka pembedahan adalah 3 tahun selepas tarikh pembuatan 

Disposable Face Mask Surgical Mask (50 pieces)

RM 18.8

Surgical Tie-on Disposable Face Mask 3-Ply (50 pieces)

RM 75

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article