Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Sabun Antiseptik Untuk Lindungi Diri Daripada Wabak Penyakit Merbahaya

Mencegah itu lebih baik dari merawat!

Sabun antiseptik atau antibakteria ialah sabun yang mengandungi bahan kimia tambahan untuk membantu membunuh bakteria pada kulit. Kebanyakan sabun antibakteria mengandungi triclosan dan juga bahan kimia yang lain. Sabun biasa tidak mampu membunuh bakteria yang ada pada kulit. 

Adakah sabun antibakteria berfungsi dengan baiknya?

Sabun antibakteria banyak digunakan di tempat-tempat penjagaan dan rawatan kesihatan seperti di hospital dan pusat jagaan orang tua dan sebagainya. Ianya ternyata berkesan dan lebih efektif.

Kebanyakan hand sanitizer hanya mampu mampu membunuh 60% hingga 70% bakteria. Jika anda mempunyai akses air, sabun antibakteria pasti menjadi pilihan terbaik untuk penjagaan kesihatan kulit anda dan keluarga. 

Jom lihat senarai sabun antiseptik yang bersesuaian untuk anda;

10 Sabun Antiseptik/Antibakteria Baik Untuk Semua Jenis Kulit

Sabun antiseptik untuk merawat cacar air (chicken pox)
Himalaya Herbals
mulai
RM4.54
Semak Himalaya Herbals Neem and Turmeric Soap harga dibawah:
add_circle Lulus KKM
add_circle Bahan aktif semula jadi
add_circle Menyingkirkan minyak berlebihan
add_circle Anti viral & anti fungal
remove_circle Boleh menyebabkan kulit kering

Ekstrak daun semambu atau minyak daun Neem membantu melegakan kulit kering dan gatal manakala kunyit adalah agen anti-radang yang kuat serta melembutkan permukaan kulit anda. Sabun Himalaya Neem and Turmeric Soap ini menggunakan kedua-dua bahan semulajadi untuk menghasilkan campuran sabun yang dapat membantu melindungi kulit anda sepanjang masa.

Ianya berfungsi sebagai antibakteria dan antifungal yang baik. Jika anda atau ahli keluarga tercinta menghidapi cacar air (chicken pox) bolehlah cuba untuk menggunakan sabun antiseptik ini. Ianya selamat digunakan baik di muka atau seluruh badan.

Sabun antiseptik untuk menghilangkan gatal
Protex
mulai
RM5.90
Semak Protex Antibacterial Soap harga dibawah:

Sabun Protex Antibacterial Bar Soap ini sangat efektif dan membantu menanggalkan bakteria yang ada pada kulit anda. Ia telah pun diuji oleh pakar kulit dan mampu menghilangkan 99% bakteria yang ada. Ianya didatangi dengan beberapa jenis bauan dan kesegaran berbeza mengikut citarasa anda.

Sabun kosmetik antiseptik yang melindungi kulit
Avon
mulai
RM6.00
Semak Avon Care Antibacterial Soap harga dibawah:

Dengan teknologi dan formulasi Germ Defense + Moisture Lock, sabun Avon Care Antibacterial ini membunuh hampir 99.9% kuman dan bakteria dan memberi perlindungan yang diperlukan oleh keluarga anda. Selain daripada membersihkan, ia juga melindungi dan meninggalkan kesan lembut pada kulit anda. 

Sesuai untuk digunakan seisi keluarga, sabun Avon Care ini juga boleh digunakan pada muka.

Sabun antiseptik untuk sesuai buat membasuh luka
Dettol
mulai
RM8.50
Semak Dettol Antibacterial Bar Soap harga dibawah:

Produk yang dipercayai turun-menurun untuk merawat luka dan gigitan serangga ternyata mampu membantu melindungi ahli keluarga anda yang tercinta dari kuman dan bakteria. Sabun Dettol membunuh kuman dan bakteria pada kulit dan menjadi antiseptik yang bagus untuk luka dan kecederaan kecil pada kulit. 

Selain dari membersih, ia juga meninggalkan rasa kesegaran pada kulit sepanjang hari.

Sabun tangan antiseptik untuk membunuh kuman
Guardian
mulai
RM4.00
Semak Guardian Protect + Clean Antibacterial Foam Hand Wash (250ml) harga dibawah:

Sabun Guardian Protect and Clean ini sudah diuji dan terbukti berkesan secara dermatologi. Ia mengandungi 8 bahan-bahan  yang unik dan diformulasi untuk melindungi kulit tangan dari kuman, kekeringan dan bahan-bahan kimia yang merosakkan kulit. Sabun tangan ini juga sangat harum dan pasti meninggalkan kesan yang segar selepas mencuci tangan.

Sabun antiseptik untuk anak – kulit tidak mudah iritasi
Sebamed
mulai
RM10.90
Semak Sebamed Baby Cleansing Bar harga dibawah:

Sabun Sebamed yang mempunyai pH5.5 ini telah diuji secara klinikal dan terbukti berkesan serta selamat untuk digunakan pada bayi dan anak-anak kecil. Kandungannya adalah 100% sabun dan bebas alkali, manakala lemak sabun yang ada padanya dapat melindungi kulit dari kekeringan dan menghilangkan sisa-sisa  lemak tidak larut pada kulit ketika menggunakannya dalam mandian.

Dilengkapi dengan ekstrak gandum, vitamin dan asid amino, ianya memberi kesegaran serta tidak membuatkan kulit anak kering dengan mengurangkan kehilangan air melalui kulit.

Sabun antiseptik untuk melegakan bisul
mulai
RM11.64
Semak Dr Forster Keto 7 Antifungal Cleanser Bar harga dibawah:
add_circle Melegakan kulit kering
add_circle Sesuai digunakan pada badan & kaki
add_circle Anti bakteria & anti kulat
add_circle Bau menyegarkan
remove_circle Individu kulit sensitif disarankan dapatkan nasihat doktor sebelum guna

Sabun jenama Keto 7 ini berfungsi sebagai anti fungi dan anti bakteria pada kulit dan membantu merawat kulit yang kering dan gatal. Ianya memberi kesegaran serta meninggalkan bauan harum pada kulit. Kandungan ekstrak minyak zaitun yang menyegarkan kulit serta minyak Tea Tree yang berfungsi sebagai anti bakteria meminimakan bau badan dan menghilangkan jerawat serta bisul pada badan.

Sabun cair antiseptik terbaik untuk seisi keluarga
Antabax
mulai
RM16.90
Semak Antabax Antibacterial Shower Cream Cool (650ml) harga dibawah:

Sabun Antabax membersih dan menghilangkan kuman serta bakteria sehingga 99.9% untuk perlindungan keluarga anda sepanjang hari. Ianya telah pun diuji secara klinikal dengan kandungan esen tambahan termasuk agen anti-oksida serta anti-keradangan seperti Vitamin C dan E untuk membaikpulih dengan ekstrak Vitamin B kompleks.

Pastinya, sabun Antibax ini pasti tidak mengecewakan anda. Sabun cairnya pekat dan harum pasti memberi anda kepuasan sepenuhnya.

Sabun pencuci muka antiseptik berjenama terbaik di pasaran
Cetaphil
mulai
RM19.90
Semak Cetaphil Gentle Cleansing Bar harga dibawah:
add_circle Tahan lama jika penjagaan betul
add_circle Mempunyai pH yang sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Untuk kegunaan badan, wajah dan tangan
remove_circle Boleh kembang dan rosak jika terkena air yang bertakung
remove_circle Harga yang mahal

Sabun Cetaphil Gentle Cleansing Bar ini sangat lembut, tidak beralkali dan khusus untuk kulit kering dan sensitif. Ianya memberi kesegaran dalam merawat kondisi kulit sensitif. Ia bebas dari bahan-bahan yang boleh membuatkan kulit anda iritasi dan sangat ideal digunakan di seluruh badan anda untuk mencuci ketika mandi. 

Buih yang dihasilkan pasti memberikan pengalaman yang menyenangkan anda ketika mandi.

Sabun antiseptik yang selamat untuk bayi
Lactacyd
mulai
RM21.00
Semak Lactacyd Baby Bath dengan Lactoserum dan Lactic Acid (60ml) harga dibawah:

Sabun mandian Lactacyd Baby Bath dengan Lactoserum dan Asid Lactic ini mengandungi ekstrak susu untuk membersih badan bayi secara semulajadi. Ia melindungi kulit bayi supaya sentiasa sihat dan segar. Kandungannya yang mempunyai pH asid yang sesuai membuatkan kulit bayi kekal lembut dan gebu. 

Digunakan sebagai antiseptik bagi merawat penyakit seperti dermatitis, mycosis, ekzema dan seborrhea (kelemumur). Si kecil anda tidak lagi akan merengek akibat kulit iritasi.

Artikel Berkaitan

End of Article