Kecantikan

12 Sabun Pencuci Tangan Terbaik Cegah Bakteria Berbahaya 2026

Sabun tangan antibakteria berkesan dalam menghapuskan virus. Sabun basuh tangan biasa pun berkesan. Ini senarai pencuci tangan yang bagus untuk keluarga.


Editor · Updated 4 Jan 2024

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

12 Sabun Pencuci Tangan Terbaik Cegah Bakteria Berbahaya 2026

Sabun pencuci tangan antibakteri dan antiseptik amat berkesan dalam menghapuskan virus sama sekali, namun sabun yang biasa juga dapat membunuh virus di tangan anda.

Menurut World Health Organization (WHO), sabun tangan biasa atau sabun antibakteria dapat membunuh virus kerana molekul sabun itu sendiri yang bersifat dual-action. 

Kandungan

Kalau lihat di pasaran sekarang memang banyak pilihan jenama sabun basuh tangan antibakteria yang berkesan untuk menghapuskan bakteria dan virus jahat.

Anda tidak perlu pening kepala, boleh lihat senarai sabun pencuci tangan terbaik di bawah dan pilih jenama terbaik yang sesuai dengan anda sekeluarga.


12 Jenis Pencuci Tangan Terbaik untuk Perlindungan dari Bakteria

Sabun cuci tangan terbaik untuk lelaki 1 daripada 12
Dettol Liquid Hand Wash Gel Antibacterial
Dettol
Dari RM15.99
Mampu membunuh virus berbahaya
Mempunyai pilihan bauan yang wangi
Boleh menyebabkan iritasi pada kulit sensitif
1 lagi
Menyingkirkan bauan pada tangan anda

Dettol ialah jenama sabun nombor 1 di dunia yang telah terbukti dapat membunuh virus E.Coli, Salmonella, MRSA, virus flu, Human Coronavirus dan termasuk juga SARS.

Walaupun sabun biasa juga dapat membunuh virus, namun Dettol dapat membasmi virus dengan lebih berkesan kerana bahan aktif Chloroxylenol yang membantu membunuh virus tanpa meninggalkan kesan.

Sabun Dettol juga boleh menyebabkan tangan menjadi kering dan tidak sesuai untuk individu yang berkulit sensitif kerana bahan aktifnya yang kesat boleh memedihkan permukaan tangan. 

Sangat sesuai untuk lelaki yang mahukan sabun cuci tangan yang simple dan berkesan ini.

Sabun cuci tangan yang wangi 2 daripada 12
Watsons Ginger And White Tea Scented Gel Hand Soap
Watsons
Dari RM3.85
Mempunyai pilihan bauan yang wangi
Harga yang murah
Tidak membunuh bakteria 99%
2 lagi
Menanggalkan bauan pada tangan
Melembapkan tangan

Sabun daripada Watsons in amat sesuai digunakan pada bila-bila masa sahaja. 

Ianya tinggi dengan kandungan Glycerin yang dapat memastikan tangan tidak akan mengering selepas cucian.

Bukan itu sahaja, sabun ini diperkaya dengan ekstrak halia dan White Tea yang mempunyai ciri-ciri anti-radang yang tidak akan menyebabkan kulit tangan menjadi kering. 

Mempunyai bauan yang wangi dan harga yang murah dengan kuantitinya yang berpatutan.

Cuma ianya tidak dinyatakan tahap keberkesanan membunuh bakteria seperti jenama lain. 

LIFEBUOY ANTIBACTERIAL HAND WASH 200ML
Sabun cuci tangan untuk kulit sensitif 3 daripada 12
Lifebuoy Antibacterial Hand Wash
LIFEBUOY
Dari RM17.58
Mempunyai ethanol untuk basmi kuman dan bakteria
Selamat untuk kanak-kanak
Mungkin menyebabkan iritasi pada kulit sensitif
2 lagi
Bebas paraben
Silver active mengekalkan kelembapan kulit

Lifebuoy mengandungi bahan beralkohol iaitu ethanol sebagai bahan aktif yang amat berkesan bagi membunuh kuman dan bakteria. 

Namun, ethanol boleh menyebabkan tangan kering, kasar dan pedih. 

Tapi, anda tidak perlu risau kerana sabun Lifebuoy ini mengandungi silver active yang membantu mengekalkan kelembapan pada tangan dan memastikan lapisan kulit tidak mudah mengering dan memedih.

Sabun ini juga selamat digunakan kepada kanak-kanak kerana bebas paraben, jadi sesuai digunakan pada setiap hari!

Sabun cuci tangan untuk mandi 4 daripada 12
Cetaphil Gentle Cleansing Bar
Cetaphil
Dari RM28.40
Tahan lama jika penjagaan betul
Mempunyai pH yang sesuai untuk kulit sensitif
Boleh kembang dan rosak jika terkena air yang bertakung
2 lagi
Untuk kegunaan badan, wajah dan tangan
Harga yang mahal

Sabun Cetaphil amat sesuai untuk kulit kering dan sensitif kerana ianya mengandungi bahan yang sedikit dan tidak akan mengganggu kadar pH kulit tangan. 

Cetaphil juga jenis sabun yang tidak berbuih kerana kadar emollient dan minyak semula jadi yang tinggi yang akan memastikan tangan anda kekal bersih dan lembut tanpa menyebabkan sensitiviti.

Bebas daripada bahan allergen jadi ianya sesuai untuk digunakan oleh sesiapa yang mempunyai ekzema dan juga sesuai untuk kanak-kanak. 

Bahkan, sabun ini boleh digunakan untuk kegunaan seluruh badan termasuk wajah, jadi mahal pun berbaloi sangat!

Antabax Hand Wash Soap
Sabun cuci tangan terbaik lembut 5 daripada 12
Antabax Hand Wash Soap
Dari RM7.90
99.9% menyingkirkan gem dan membersih tangan
Mengandungi micro moist serum untuk melembapkan tangan
Mengandungi pewangi
1 lagi
Diuji secara dermatologi

Antabax adalah antara jenama yang terkenal dengan keberkesanan menyingkirkan bakteria dan kotoran pada tangan.

Sabun basuh tangan ini lulus ujian dermatologi dan ianya sesuai untuk digunakan secara harian pada semua jenis kulit.

Bukan hanya mampu menyingkirkan bakteria dan kotoran, ianya juga melembap dan menyihatkan kulit tangan.

Harga yang murah dengan kuantitinya yang banyak menjadikan ianya sabun basuh tangan pilihan ramai.

FOLLOW ME Antibacterial Hand Wash
Sabun cuci tangan terbaik secara keseluruhan 6 daripada 12
Follow Me Antibacterial Hand Wash
Dari RM5.86
Formulasi dari Jepun
Membunuh 99% bakteria
Satu pilihan wangian sahaja
2 lagi
Mempunyai pilihan bau
Memiliki pH 5.5 sesuai untuk kulit sensitif

Sebab menjadi pilihan utama:

Sabun cuci tangan ini merupakan sabun yang diformulasikan dari Jepun, sesuai digunakan seisi keluarga, dan berkesan membunuh 99.99% bakteria berbahaya.

Ciri-ciri:

Follow Me adalah sabun jenama dari Jepun yang mempunyai pelbagai rangkaian produk termasuk sabun tangan. 

Sabun tangan ini terbukti membunuh bakteria berbahaya yang terdapat pada tangan anda, sekaligus membuatkan tangan anda bebas bakteria.

Bagi anda yang mempunyai kulit sensitif, sabun ini mengandungi pH 5.5 yang sesuai untuk anda yang menghadapi masalah kulit sensitif.

Sabun ini juga tidak akan membuatkan tangan anda menjadi kering, jadi selepas basuhan kulit tangan akan terasa lembap.

Review:

“Bau sangat wangi macam sabun badan dan sabun tak rasa melekit. Lepas basuhan tangan tak rasa kering, sangat recommended untuk seisi keluarga.”

Sabun cuci tangan untuk kulit eczema 7 daripada 12
Nixoderm Sulfur & Salicylic Acid Soap
Nixoderm
Dari RM11.60
Bebas paraben & alkohol
Kurangkan bau badan
Keberkesanan bergantung pada jenis kulit
2 lagi
Membunuh kuman
Halal

Sabun berasaskan sulfur amat sesuai digunakan sebagai sabun tangan kerana bahan aktif ini bersifat antiseptik.

Sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak dan individu yang mempunyai kulit sensitif atau ekzema kerana sabun ini tidak mengandungi paraben, alkohol atau Sodium Laureth Sulphate. 

Ianya berkesan membasmi kuman dan bakteria sambil melembapkan kulit kerana kandungan emolien (pelembap) yang tinggi jadi tangan anda tidak akan rasa pedih, kering dan merengsa.

Jadi jika anda mempunyai masalah ekzema dan mahu dapatkan sabun tangan yang selamat digunakan, boleh dapatkan sabun tangan Nixoderm ini.

Sabun cuci tangan untuk kulit kering 8 daripada 12
Sea Magic Natural Eco Antibacterial Hand Wash (1000ml)
Sea Magic
Dari RM29.90
Buatan Malaysia
Menggunakan antibakteria semulajadi dari lemak kelapa
Sukar didapati dalam pasaran
2 lagi
Kuantiti yang banyak
Membunuh 99% bakteria

Sabun cuci tangan daripada Sea Magic ini menggunakan kuasa ekstrak lelemak kelapa yang bersifat antibakteria dan juga melembap. Ianya juga mampu membasmi kuman dan bakteria dalam beberapa saat sahaja, jadi anda tidak perlu melumurkan sabun secara lama-lama pada tangan anda jika anda mempunyai kulit sensitif. 

Sabun ini juga akan membuatkan tangan anda lembut dan lembap dengan kandungan minyak kelapa, sesuai digunakan oleh kanak-kanak kerana sabun ini bebas toksik!

Guardian Essential Hand Wash
Sabun cuci tangan cair 9 daripada 12
Guardian Essential Hand Wash
Dari RM8.50
Free soap formula
Mengandungi glycerin untuk melembapkan kulit
Tidak dinyatakan mampu membunuh bakteria
1 lagi
Mudah didapati dalam pasaran

Ini antara hand wash yang mudah didapati dan berada banyak di pasaran, jadi ia jarang sold out.

Mempunyai pilihan bauan serta kegunaan yang berbeza menjadikan ianya pilihan ramai. 

Diformulasikan dengan glycerin untuk mengekalkan kelembapan kulit tangan anda. 

Ianya juga dibuat dengan formula free soap yang mampu menghindari anda dari iritasi dan sesuai untuk kulit sensitif. 

Cuma ianya tidak dinyatakan mampu membunuh bakteria. 

Verona Antibacterial Handwash
Sabun cuci tangan murah 10 daripada 12
Verona Antibacterial Handwash
Dari RM2.40
Harga yang murah
Mempunyai pilihan bauan
Tidak menggalkan kotoran berminyak dengan baik
2 lagi
Membunuh 99% kuman
Haruman yang kurang kuat pada tangan

Jenama pencuci tangan ini adalah produk kedai Eco RM2, jadi harga pun memang murah dan berbaloi.

Tahap keberkesanan membunuh bakteria dinyatakan pada cetakan pencuci tangan ini. 

Walaupun harganya murah, ianya juga mampu membunuh bakteria walaupun tidak secara menyeluruh.

Produk ini juga mempunyai banyak pilihan wangian sabun tangan untuk anda. 

Dengan harga yang murah dan kuantiti yang banyak ianya pembelian yang berbaloi jika anda mencari sabun cuci tangan murah.

Fruiser Hand Wash (500ml)
Sabun cuci tangan yang lembap 11 daripada 12
Fruiser Hand Wash (500ml)
Dari RM14.63
Membersih dengan lembut
Memberi kelembapan
Kurang sesuai untuk bayi
1 lagi
Pelbagai pilihan wangian

Anda boleh dapatkan sabun pencuci tangan Fruiser ini jika anda mahukan sabun yang bukan sahaja membersih tetapi mencuci tangan dengan lembut.

Selain itu, ia turut memberikan kesan lembap pada tangan dan tidak menjadikan kulit tangan terasa kering.

Baunya wangi dan juga boleh membuatkan tangan terasa lembut dan halus.

Sabun tangan ini diformulasi untuk membunuh 99% bakteria berbahaya, jadi sangat berkesan untuk membersihkan tangan dari kotoran bakteria.

Kirei Kirei Anti-Bacterial Foaming Hand Soap (250ml)
Sabun cuci tangan terbaik untuk kanak-kanak 12 daripada 12
Kirei Kirei Anti-Bacterial Foaming Hand Soap (250ml)
Dari RM8.99
Selamat untuk kanak-kanak
Bau peach yang harum
Tidak banyak pilihan wangian
1 lagi
Kaya dengan vitamin buah peach

Jika anda sedang mencari sabun pencuci tangan yang sesuai untuk anak anda, boleh je dapatkan sabun Kirei Kirei ini.

Ia merupakan jenama sabun pencuci tangan pilihan pertama di Jepun dan sesuai digunakan seisi keluarga juga.

Selain itu, ia mempunyai wangian peach yang harum dan mempunyai vitamin buah peach yang dapat mengekalkan kelembapan pada tangan.

Terbukti berkesan membunuh 99.9% bakteria berbahaya dan juga dapat membersihkan tangan secara lembut.


Cara Memilih Sabun Cuci Tangan

Bagi anda yang ingin mencari pencuci tangan yang tepat bagi membunuh bakteria, pastikan bahan seperti Chloroxylenol yang membantu membunuh virus tanpa meninggalkan kesan. 

Tapi jangan terlalu tinggi bahan aktif tersebut, kerana ianya mampu memberikan kulit yang kering dan menyebabkan iritasi. 

Menurut World Health Organization (WHO), cara mengelak jangkitan ialah dengan membasuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air selama 20 saat.

Jika anda tidak ada akses kepada sabun dan air, gunakan alcohol-based hand sanitizer untuk menghapuskan bakteria dan virus.


Cara Mencuci Tangan Dengan Betul Agar Terhindar Dari Virus Corona

Caranya cukup mudah, hanya perlu ikut langkah di bawah:

  • Basahkan tangan dengan air.
  • Gunakan sabun yang secukupnya untuk meliputi segala permukaan tangan.
  • Ramas kedua tapak tangan kemudian mula sapukan sabun dibahagian belakang tapak tangan dan dicelah jari. Lakukan ini untuk kedua belah tangan.
  • Kemudian, ramas tapak tangansekali lagi dengan dicelah jari dibahagian tapak tangan.
  • Lakukan pergerakan mengunci jari kedua belah tangan untuk membasuh bahagian jari dengan lebih ekstra.
  • Ramas ibu jari kiri dan kemudiannya kanan, lalu dengan menggunakan kuku, skrub bahagian telapak tangan sebagai langkah akhir melumurkan sabun.
  • Ini semua dilakukan selama sekurang-kurangnya 20 saat untuk memastikan bakteria hilang sepenuhnya.
  • Bilas tangan dengan air paip dan keringkan tangan dengan menggunakan tuala tisu kering yang baru.
  • Gunakan tisu tadi untuk menutup paip air.

Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation