Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Bebas Bakteria Dengan 8 Hand Sanitizer Ini

Tangan kekal bersih dan bebas kuman!

Hand sanitizer menjadi keperluan dalam kehidupan seharian apabila virus COVID-19 sudah mula bermutasi dan tidak menentu.

Hal ini membuatkan kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat dalam norma baru untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Antara langkah yang boleh diambil ialah dengan menggunakan sanitizer tangan ketika berada di luar.

Ini kerana tangan kita terdedah dengan permukaan yang dipegang dan permukaan tu mungkin mempunyai virus dari orang lain.

Jadi berikut merupakan beberapa jenama hand sanitizer yang bagus  untuk anda boleh beli online di Malaysia dan lulus KKM.


Isi Kandungan


Senarai 8 Hand Sanitizer Lulus KKM

Sanitizer spray terbaik
Antabax
Semak Antabax Anti-Bacterial Sanitizer Spray (50ml) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Penuh dengan pelbagai vitamin
remove_circle Cepat habis

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

“Sanitizer tangan yang murah dan mudah digunakan. Bau wangi dan sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif”

Ciri-ciri;

Hand sanitizer ini lulus KKM dan halal. Mempunyai pelembab yang dapat menghalang kulit kering dan lepas ujian kegatalan kulit.

Selain itu, mempunyai pelbagai vitamin dari B3, B5, C, E dan juga vitamin B6 bagi memastikan kesihatan kulit terjamin.

Cepat kering dan tak perlu dibilas dengan air kerana tidak melekit. Bau juga sangat wangi seperti losyen tangan.

Bahan yang digunakan: Alcohol Denat, Water, Propylene Glycol, Glycerin, Fragrance, Aloe Barbadensis Leaf Juice, Niacinamide, Calcium Pantothenate, Sodium Ascorbyl Phosphate, Pyridoxine HCI, Tocopheryl Acetate.

Review;

“Harga yang murah dan bau yang sangat wangi untuk hand sanitizer. Kulit pun rasa licin je.”

Hand Sanitizer 50ML
Dettol
Semak Dettol Hand Sanitizer Fresh (50ml) harga dibawah:
add_circle Saiz yang kecil
add_circle Tidak melekit
remove_circle Bau yang agak kuat

Dettol Hand Sanitizer membunuh 99.9% kuman tanpa air. Formula yang digunakan dicampur dengan aloe vera bagi memastikan tangan anda tidak melekit.

Tekstur produk ini sama sahaja seperti gel biasa, anda tidak perlu basuh tangan selepas menggunakannya.

Saiz botol kecil menjadikan ideal untuk di bawa kemana-mana dan boleh di simpan di dalam poket, beg, atau kereta.

Bahan yang digunakan: Air, PEG/PPG-17/6 Copolymer, Propylene Glycol, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Tetrahydroxypropyl Ethylenediamine, Fragrance, Limonene.

Sanitizer buatan Malaysia
SAFERCARE Plus Hand Sanitizer (500ML)
Semak SAFERCARE Plus Hand Sanitizer (500ML) harga dibawah:
add_circle Brand yang dipercayai
add_circle Lembut pada kulit
remove_circle Banyak produk tiruan di pasaran, pastikan beli yang original

Hand sanitizer ini memang digunakan di hospital dan klinik di seluruh Malaysia. Jadi tak perlu risau tentang keberkesanan produk ini.

Formula yang digunakan adalah berdasarkan rekomendasi World Health Organization (WHO) dan mempunyai 75% alkohol ethyl.

Hanya 30 saat sahaja yang diperlukan untuk membunuh kuman dan SAFERCARE mempunyai allantoin untuk menenangkan dan melindungi kulit anda.

Jenama ini telah diiktiraf oleh GMP, JAKIM (Halal) dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Lifebuoy Total 10 Instant Hand Sanitizer (50ml)
Semak Lifebuoy Total 10 Instant Hand Sanitizer (50ml) harga dibawah:
add_circle Harga yang sangat murah
add_circle Mempunyai vitamin E
remove_circle Tak sesuai untuk kulit sensitif

Lifebuoy memang terkenal dengan produk yang membunuh kuman, termasuklah hand sanitizer yang mampu memberi perlindungan 99.9% dari kuman.

Mempunyai vitamin E untuk memastikan tangan anda sentiasa lembut dan selesa.

Tekstur hand sanitizer ini tidak melekit walaupun dibuat dalam tekstur gel.

Manakala, saiz dalam botol kecil yang dapat memudahkan anda bawa sanitizer ini kemana-mana.

Bahan yang digunakan: Ethyl alcohol 70%, Water, glycerine, carbomer copolymer, camellia sinensis leaf extrat, aloe barbadensis leaf extract, d-menthol, triethanolamine.

Hand sanitizer yang lembut di tangan
Betadine
Semak Betadine Natural Defense Hand Sanitizer – Manuka Honey (50ml) harga dibawah:
add_circle Kulit terasa lembut
add_circle Bau yang wangi
remove_circle Harga sedikit mahal

Hand sanitizer ini telah diuji dan diiktiraf oleh pakar dermatologi kerana bebas dari bahan kimia yang tidak bagus untuk kulit.

Gel sanitizer ini diperkaya dengan aloe vera organik dan vitamin E dimana dapat mengekalkan kelembapan dan lembut pada kulit.

Selain itu, mempunyai haruman madu kerana Madu Hanuka yang merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk sanitizer ini.

Bahan yang digunakan: Alcohol Denat (Ethanol), Hexyl Cinnamal, Propylene Glycol, Aminomethyl Propanol, Glycerin, Aqua, Potassium Sorbate, Parfum, Mel Extract, Acrylates.

Hand sanitizer 5 liter
Care Guard Hand Sanitizer (5L)
Semak Care Guard Hand Sanitizer (5L) harga dibawah:
add_circle Produk yang digunakan oleh KKM dan hospital Malaysia
add_circle Ada di data keselamatan Malaysia (MSDS)
remove_circle Bau alkohol yang agak kuat

Menggunakan formulasi yang diiktiraf oleh WHO dan KKM dan diyakini mampu membunuh kuman dan bakteria sehingga 99.9%.

Mempunyai kandungan alkohol sebanyak 76% yang menggabungkan isopropyl dan juga etanol.

Seperti biasa, vitamin E juga dicampurkan bagi memastikan kulit anda sentiasa lembab dan tidak kering.

Walaupun tekstur gel tapi anda tak perlu membilas dan tidak melekit.

Bahan yang digunakan: Ethanol (26%), Isopropyl Alcohol (50%), Glycerin D-alpha-Tocopheryl (Ethylene Glycol), Castor Oil, Distilled Water.

Hand sanitizer yang paling murah
Eskulin
Semak Eskulin Kids Hand Sanitizer (50ml) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kanak-kanak
add_circle Tidak melekit
remove_circle Gel yang sedikit cair

Bila lihat bahan yang digunakan dalam hand sanitizer, risau pula tentang kulit anak kita.

Tapi jenama dari Eskulin ini dirumus khas untuk kulit kanak-kanak.

Cara gunakan pun mudah saja, picit sedikit di tapak tangan dan sapu dengan rata. Gel sanitizer ini tidak melekit dan tak perlu basuh dengan air.

Saiz yang kecil juga memudahkan anak anda untuk membawa sanitizer ini ke sekolah. 

Bahan yang digunakan: Alcohol Denat, Aqua, Polyalkylene Glycol, Tetrahydroxypropyl Ethylenediamine, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Fragrance, Propylene Glycol, Lactose, Cellulose, Disodium EDTA, Menthol, O-Phenylphenol, CI 77007, Tocopheryl Acetate, Retinyl Palmitate, Hydroxpropyl Methylcellulose.

Hand sanitizer untuk kulit sensitif
Pureen
Pureen Antibacterial Hand Sanitizer (50ML)
Semak Pureen Antibacterial Hand Sanitizer (50ML) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Sesuai untuk kanak-kanak
remove_circle Harga sedikit mahal berbanding 50ML jenama lain

Disebabkan peratusan alkohol yang rendah dalam Pureen, hand sanitizer ini sesuai digunakan untuk orang yang mempunyai kulit sensitif.

Bukan itu saja, sangat sesuai untuk kanak-kanak. Selepas menggunakannya anda tak perlu bilas dan tidak melekit.

Pureen mempunyai formula yang ditambah dengan vitamin E yang membuatkan kulit anda lembap dan tidak kering.

Bahan yang digunakan: Denatured Ethyl Alcohol (68%), Deionized Water, Propylene Glycol, Carbomer, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Fragrance, Tocopheryl, Acetate (Vitamin E), Triethanolamine


Adakah Penggunaan Hand Sanitizer Berkesan Dan Selamat?

Hand sanitizer dianggap berkesan untuk membunuh 99.99% kuman seperti membasuh tangan dengan sabun anti bakteria dan air. 

Dengan cara penggunaan yang betul, hand sanitizer boleh memberi anda pelindungan ekstra daripada kuman dan bakteria. 

Apakah Bahan Yang Digunakan Di Dalam Hand Sanitizer?

Terdapat dua bahan yang selalu digunakan dalam sanitizer iaitu Isopropyl Alcohol dan Ethanol. Ini kerana kedua bahan ini mempunyai sifat pembasmi kuman. 

Kebiasaannya Ethanol hanya digunakan pada 70%. Jika lebih dari peratusan tersebut, ia akan menjalani proses pengewapan dan tidak sempat untuk membunuh kuman-kuman yang ada.

Bahan Isopropyl pula, mempunyai sifat yang mengurangkan pengeringan kulit dan boleh digunakan dalam kuantiti yang banyak.

Kedua-dua bahan ni sama sahaja prestasi mereka dalam membasmi kuman. Jadi tak perlu risau nak pilih antara satu sama lain.


Artikel Berkaitan

End of Article