Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
ubat gigi pemutih gigi

16 Pemutih Gigi Terbaik di Malaysia 2024 (Paling Berkesan)

Gigi anda akan jadi putih dan lebih sihat!

Expert In This Title
Expert avatar
Doktor Gigi

Dr Hannan Roshdy

Dr Hannan , merupakan seorang doktor gigi yang mempunyai pengalaman dalam bidang pergigian, telah berkhidmat sebagai doktor gigi sejak tahun 2018. Sebelum memegang gelaran Dr, beliau merupakan seorang penuntut di Universiti Malaya dalam bidang Dentistry. Kini berkhidmat di Klinik Pergigian Nour, Putrajaya, beliau banyak memberikan khidmat kepada pesakit tidak kira yang tua ataupun muda dan dalam masa yang sama berkongsi nasihat mengenai penjagaan gigi.
"Pemutihan gigi boleh memberikan hasil estetik yang memuaskan kepada sesetengah orang, namun begitu, pengguna haruslah menggunakan produk yang selamat dan disyorkan oleh doktor gigi. Penggunaan berlebihan atau produk yang tidak sesuai boleh menyebabkan kerosakan pada gigi dan gusi. Adalah lebih baik untuk berunding dengan doktor gigi sebelum menggunakan produk pemutihan gigi untuk memastikan keselamatan dan hasil yang diinginkan."

Pernah tak rasa rasa malu buka mulut untuk bercakap atau ketawa depan orang ramai kerana memiliki masalah gigi kuning yang teruk? 

Itu belum kira lagi masalah nafas berbau yang boleh menyebabkan orang di sekeliling tidak selesa untuk meneruskan perbualan bersama. 

Kalau nak ke klinik gigi bagi tujuan rawatan, boleh tahan mahal juga harga whitening gigi berbanding anda beli sahaja produk putihkan gigi.

Tapi, jangan pening kepala lagi kerana kami bantu anda senarai produk pemutih gigi paling berkesan dan paling penting produk pemutih gigi yang selamat untuk digunakan.

Kami yakin dengan penggunaan produk ubat gigi untuk putihkan gigi, dijamin masalah itu dapat dikurangkan.

Ada banyak pemutih gigi viral dan anda boleh dapatkan produk pemutih gigi di Watsons atau secara online, dan ada juga pemutih gigi yang dijual di farmasi.

Malah, kos putihkan gigi dengan ubat putih gigi ini adalah jauh lebih rendah berbanding rawatan putihkan gigi di klinik swasta. 

Ini juga salah satu cara putihkan gigi yang paling efektif dan mudah dengan hanya beli produk pemutih gigi yang berkesan.

Jadi, jom kita semak senarai produk pemutih gigi dan jenama ubat gigi yang bagus, serta ubat gigi untuk putihkan gigi di pasaran.


Tips Untuk Elakkan Gigi Jadi Kuning

Ramai sebenarnya yang risau bila gigi tiba-tiba jadi kuning, sampai nak senyum pun jadi malu.

Tapi sebenarnya ada tips untuk elakkan gigi bertukar menjadi warna kekuningan yang begitu terang sehingga boleh nampak dari jauh.

Ini tips untuk elakkan gigi jadi kuning dari Expert kami.

Doktor Gigi

Dr Hannan Roshdy

Selain makanan dan minuman, usia yang meningkat juga salah satu faktor yang boleh menyebabkan perubahan warna gigi.

Gigi boleh menjadi kuning disebabkan sesuatu yang meninggalkan kesan kotoran pada permukaan mahupun dalaman, begitu juga punca lain yang bukan selalu dalam kawalan kita.

Untuk mengelakkan gigi kuning, beberapa langkah yang dapat anda lakukan termasuk:

  • Menjaga kebersihan mulut dengan memberus gigi dua kali sehari dan memflos gigi.
  • ⁠Elakkan dari merokok atau vape kerana kandungan nikotin and tar dalam rokok akan melekat pada gigi sehingga menyebabkan gigi menjadi kuning atau hitam (nicotine/smoking stain).
  • Kurangkan pengambilan dan biasakan penggunaan straw ketika minum kopi, teh atau minuman berkarbonat untuk mencegah gigi kuning.
  • Minum air kosong selepas makan atau minum untuk mengurangkan kesan penghakisan asid.
  • ⁠Elakkan makanan yang terlalu masam, seperti jeruk kerana ia boleh menyebabkan hakisan pada lapisan enamel gigi dan secara langsung menyebabkan gigi nampak kuning.
  • Lakukan pemeriksaan gigi dan membersihkan karang gigi secara profesional oleh doktor gigi setiap enam bulan sekali kerana ia dapat membantu mencegah gigi kuning dan masalah kesihatan gigi yang lain.
  • Sekiranya gigi anda masih kuning walaupun memberus dan memflos gigi dua kali sehari, tiba masanya untuk mencari penyelesaian lain dengan mendapatkan konsultasi secara profesional dengan Doktor gigi anda.

Apa Kelebihan Dan Kekurangan Ubat Gigi Pemutih Gigi?

Ubat gigi jenis ini adalah produk pengguna yang digemari ramai yang menjanjikan untuk menghilangkan cela dan kekuningan pada gigi anda, menghasilkan penampilan yang lebih putih.

Ini pendapat Expert kami mengenai kelebihan dan kekurangan pemutih gigi.

Doktor Gigi

Dr Hannan Roshdy

Kelebihan ubat gigi pemutih gigi:

  • Produk pemutihan gigi boleh membantu mengurangkan kotoran dan memulihkan warna yang lebih cerah pada gigi, jadi gigi nampak lebih cantik.
  • Banyak produk pemutihan gigi boleh didapati sebagai ubat gigi ataupun gel yang mudah digunakan di rumah.
  • KBerbanding dengan prosedur pemutihan gigi profesional, menggunakan produk pemutihan gigi di rumah lebih menjimatkan

Kekurangan ubat gigi pemutih gigi:

  • Penggunaan berlebihan produk pemutihan gigi boleh menyebabkan sensitiviti gigi meningkat terhadap haba, sejuk atau makanan tertentu.
  • Penggunaan berlebihan atau tidak mengikut arahan juga boleh menyebabkan kerosakan pada enamel gigi atau radang gusi.
  • Warna gigi yang diperoleh daripada pemutihan gigi tidak kekal lama terutamanya orang yang suka minum kopi atau teh, dan mungkin memerlukan rawatan tetap seperti veneer gigi.
  • Tidak semua orang sesuai untuk menggunakan produk pemutihan gigi, terutamanya mereka yang mempunyai masalah gigi yang tertentu atau sejarah gigi sensitif yang tinggi.

Jika anda bercadang untuk putihkan gigi, sebaiknya berunding dahulu atau dapatkan nasihat daripada doktor gigi agar tidak timbul sebarang masalah kelak.

Selain itu, secara amnya selamat untuk majoriti individu dan boleh membantu dalam menghilangkan kotoran permukaan dari gigi anda.

Tapi tidak semua individu mendapati ubat gigi pemutih berkesan kerana tidak mampu menghilangkan kotoran degil yang tertanam dalam pada gigi anda.

Penggunaan berlebihan ubat gigi pemutih boleh menyebabkan kebas pada gusi, gigi atau kerosakan enamel gigi dan paling teruk boleh menyebabkan gigi sensitif.


Senarai 16 Pemutih Gigi Terbaik 

*PERHATIAN: Jenama ubat pemutih gigi yang disenaraikan di bawah bukan dari cadangan Dr Hanan Roshdy, kecuali dinyatakan.*

Pemutih gigi terbaik secara keseluruhan
Colgate
COLGATE Optic White Plus Shine Whitening Toothpaste
mulai
RM12.94
Semak Colgate Optic White Plus Shine Whitening Toothpaste harga dibawah:
add_circle Harga berpatutan
add_circle Melawan kaviti
add_circle Selamat & melindungi enamel
add_circle Menyegarkan bau nafas mulut
add_circle Perisa mint
remove_circle Tidak boleh ditelan

Sebab Menjadi Pilihan Utama:

Jenama Colgate sememangnya sudah menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia dan ubat gigi Optic White 100g ini boleh memutihkan gigi dalam masa 1 minggu sahaja.

Ciri-ciri:

Dengan penggunaan yang kerap, ubat gigi pemutih gigi ini mampu menyingkirkan plak gigi ketika memberus. 

Selamat juga digunakan untuk kanak-kanak yang berusia bawah 6 tahun tapi ibu bapa kena pastikan mereka hanya guna ubat gigi dengan jumlah sebesar saiz kacang pis. 

Diformulasikan dengan pemecut pemutihan yang akan membantu menanggalkan kotoran pada gigi dengan selamat.

Manakala kandungan zarah kristal mikro (kalsium pirofosfat) dalam pemutih gigi ini akan menggilap permukaan gigi jadi lebih berkilau.

Review:

"Kualiti produk mantap. Kalau nak betul-betul putih tu tidaklah. Cuma, gigi lebih cerah daripada sebelum ni."

SPLAT Professional Series White Plus Toothpaste
mulai
RM17.00
Semak SPLAT Professional Series White Plus Toothpaste harga dibawah:
add_circle Halal
add_circle Diuji secara klinikal
add_circle Bebas daripada SLES & bahan berasaskan haiwan
add_circle Mengilatkan enamel gigi
remove_circle Untuk orang dewasa sahaja

Ubat gigi pemutih SPLAT ini mengandungi Sp. White System.

Kandungan ini diformulasi pemutih yang dapat mencerahkan kembali gigi anda yang kuning akibat pengambilan kopi dan teh. 

Selain itu, kandungan ion potassium pula mengurangkan masalah gigi sensitif dengan berkesan. 

Menariknya lagi, bahan aktif Polydon dan Sodium Triphospate akan pecahkan plak gigi yang degil. 

Barulah anda tak malu nak senyum selebar yang mungkin ketika bercakap. 

Kandungan ubat giginya pula sebanyak 100ml dan tarikh luputnya pula pada tahun 2025, jadi boleh bertahan agak lama. 

Darlie Whitening Toothpaste Charcoal Clean (Value Pack)
mulai
RM17.09
Semak Darlie Whitening Toothpaste Charcoal Clean (Value Pack) harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Melawan kaviti
add_circle Ada florida untuk melindungi gigi
add_circle Boleh menghilangkan kotoran degil
add_circle Nafas lebih segar
remove_circle Ada arang untuk yang tak sukakannya

Jika anda mempunyai bajet yang rendah untuk beli produk pemutih gigi yang bagus, kami sarankan agar beli sahaja ubat gigi keluaran Darlie. 

Dengan harga bawah RM20, anda dah boleh dapat 2 tiub ubat gigi dengan kandungan sebanyak 140g setiap satu. 

Mengandungi zarah arang buluh Korea dengan serapan semula jadi di dalam ubat gigi ini yang membantu untuk membersihkan mulut dengan lebih teliti.

Turut mengandungi zarah agen pemutih yang akan memutihkan gigi dengan lebih baik dan menghalang kotoran daripada terbentuk pada luaran gigi.  

Fresh & White Volcanic Whitening Toothpaste
mulai
RM8.00
Semak Fresh & White Volcanic Whitening Toothpaste harga dibawah:
add_circle Perisa pudina segar
add_circle Menyegarkan nafas secara berpanjangan
add_circle Pengumpulan kesan kotoran boleh dicegah
add_circle Selamat untuk orang Muslim
remove_circle Tidak sesuai untuk kanak-kanak

Tiada lagi masalah gigi kuning atau nafas berbau jika anda gunakan ubat gigi jenama Fresh & White dari Jepun ini. 

Diformulasikan khas untuk anda yang mahu putihkan gigi secepat mungkin kerana mampu memutihkan gigi lebih putih dalam masa 2 minggu. 

Ini kerana kesan kotoran dari permukaan gigi boleh ditanggalkan berbanding ubat gigi florida biasa.

Ubat gigi anti kaviti dengan kandungan mineral volkanik Jepun ini turut mempunyai perisai anti gula iaitu fuorida berganda supaya masalah kaviti pada gigi boleh dielakkan. 

Harga ubat gigi ini juga sangat murah, jadi anda tidak akan terbeban untuk membeli ubat gigi ini dan mengembalikan warna gigi anda yang putih itu.

LANBENA Teeth Whitening Powder
mulai
RM9.99
Semak LANBENA Teeth Whitening Powder harga dibawah:
add_circle Bahan halal
add_circle Menghalang pereputan gigi
add_circle Perisa lemon-lime & mint
add_circle Menyegarkan bau nafas
remove_circle Harga sedikit mahal

Produk pemutih gigi paling berkesan dalam bentuk serbuk jenama Lanbena ini sesuai digunakan oleh perokok yang ingin memutihkan kembali gigi mereka. 

Apa yang menarik, boleh menggantikan ubat gigi pes yang sering kita gunakan setiap hari.

Walaupun berbentuk serbuk tapi tetap berbuih apabila menggosok gigi menggunakan serbuk Lanbena ini. 

Serbuk ubat gigi ini mengandungi serbuk mutiara laut dalam yang boleh mencerahkan dan memutihkan senyuman. 

Malah, dikatakan lebih bagus berbanding serbuk gigi arang buluh. 

Selain itu, pemutih gigi yang selamat dengan kandungan serbuk nano ini juga akan segera cair dalam mulut sekaligus menyingkirkan kotoran gigi dan odontolith yang sukar hilang jika menggunakan ubat gigi biasa.

Produk pemutih gigi Paradontax
Paradontax Daily Whitening Toothpaste
mulai
RM13.21
Semak Paradontax Daily Whitening Toothpaste harga dibawah:
add_circle Melawan pembentukan plak
add_circle Meningkatkan kesihatan gusi
add_circle Nafas segar
add_circle Ada sodium florida
remove_circle Mengandungi alkohol
remove_circle Mungkin boleh sebabkan alahan

Ucapkan selamat tinggal kepada masalah gigi kuning dengan penggunaan ubat gigi Paradontax 2 kali sehari. 

Boleh digunakan oleh remaja atau anak-anak anda yang berusia 12 tahun ke atas. 

Ubat gigi ini mampu membersihkan permukaan gigi daripada kotoran dan sekaligus boleh mengembalikannya kepada warna putih semula jadi. 

Jangan lupa untuk ludah selepas memberus gigi dan berkumur seperti biasa kerana anda tidak digalakkan untuk menelan ubat gigi ini.

Sensodyne pemutih gigi
Sendodyne
Sendodyne Gentle Whitening Fluoride Toothpaste
mulai
RM14.60
Semak Sensodyne Gentle Whitening Fluoride Toothpaste harga dibawah:
add_circle Terdapat florida untuk kuatkan gigi
add_circle Menghalang gigi daripada reput
add_circle Terbukti secara klinikal
add_circle Boleh legakan gigi sensitif
remove_circle Tak sesuai untuk kanak-kanak

Gigi anda jenis sensitif tapi dalam masa yang sama nak putihkan gigi yang semakin kuning?

Usah risau, guna sahaja ubat gigi Sensodyne yang sesuai untuk bersihkan gigi sensitif ini. 

Jika anda berus gigi 2 kali sehari, ubat gigi ini mampu mengembalikan gigi anda kepada warna putih semula jadinya. 

Malah, pemutih gigi ini juga boleh bertindak menghilangkan kotoran dari dalam gigi sekaligus dapat melegakan gigi sensitif.

Turut mampu meningkatkan perlindungan terhadap sensitiviti kepada makanan manis dan panas serta minuman sejuk. 

ZenyumFresh Day & Night Toothpaste 100ml
mulai
RM17.93
Semak ZenyumFresh Day & Night Toothpaste 100ml harga dibawah:
add_circle Tanpa alkohol & paraben
add_circle Ada minyak kelapa sebagai agen buih semula jadi
add_circle Melegakan gigi yang sensitif
add_circle Ada 2 pilihan, siang & malam
add_circle Sesuai untuk individu vegan
remove_circle Harga mahal

Dengan rasa pudina dan ekstrak aloe vera, ubat gigi malam Zenyum untuk digunakan pada waktu malam.

Bukan apa, ketika tidur ubat gigi ini dapat menghalang pembentukan kaviti dan memineralkan semula gigi anda. 

Sangat selamat digunakan kerana tidak mengandungi SLS dan triclosan tapi mengandungi arang halus yang mampu menggilap kekotoran pada permukaan gigi. 

Bahan seperti Polyvinyl Pyrrolidone (PVP) pula bertindak ke atas kotoran yang degil dan sekaligus, gigi kembali putih semula. 

Manakala ubat gigi siang pula boleh kembalikan kesegaran nafas anda setiap pagi dan melindungi enamel.

Dalam masa yang sama dapat menghalang gigi reput kerana ada hydroxyapatite dan sodium floride.

Pemutih gigi untuk perokok
Zact Whitening Toothpaste
mulai
RM7.50
Semak Zact Whitening Toothpaste harga dibawah:
add_circle Menghalang plak daripada terbentuk
add_circle Kanak-kanak bawah 6 tahun boleh guna
add_circle Sesuai untuk perokok
remove_circle Hanya 150g

Ubat gigi pemutih daripada Zact ini merupakan formulasi pemutih gigi yang unik kerana mengandungi CAC (kalsium karbonat) dan formula AOX.

Kandungan ini untuk menghilangkan kesan kuning degil akibat tembakau dan teh. 

Tambahan pula, turut diperbuat dengan florida agar boleh membantu melawan masalah kaviti. 

Malah dikatakan memiliki 60 peratus lebih kuasa untuk menghilangkan kesan kotoran dan kuning pada permukaan gigi berbanding ubat gigi biasa jenama lain. 

Ingin diingatkan tidak boleh ditelan tapi perlu berkumur macam biasa terutamanya jika ada kanak-kanak yang turut guna produk ini.

Pemutih gigi untuk pemakai braces
Oral-B
ubat gigi whitening
mulai
RM14.30
Semak Oral-B 3D White Luxe Perfection 95g harga dibawah:
add_circle Teknologi pemutihan terkini
add_circle Melindungi gigi dari noda baru
add_circle Rasa sensasi segar
remove_circle Perlu digunakan secara konsisten

Produk ini ialah satu ubat gigi paling berkesan dalam memutihkan gigi dan kini anda tidak perlu lagi buat veneer!

Dengan teknologi pemutihan tercanggih, ubat gigi ini dapat menghilangkan noda dan membuat gigi anda lebih putih dalam 3 hari.

Formulanya yang unik mengandungi Dissolving Polishing Complex yang dapat menghilangkan noda dengan membuka noda yang terperangkap di permukaan gigi.

Menariknya juga mengandungi bahan-bahan yang melindungi gigi anda dari noda baru dan membuat nafas anda lebih segar.

Pemutih gigi lulus KKM
Dentis2u
ubat gigi 1
mulai
RM39.00
Semak Dentis2u Whitening Advance Toothpaste harga dibawah:
add_circle Mengurangkan plak gigi
add_circle Mencegah kaviti
add_circle Menyegarkan nafas

Ubat gigi ini mengandungi fluorida yang melawan karies gigi dan mencegah nafas tidak segar disebabkan oleh karies gigi.

produk ini dikeluarkan oleh doktor pergigian dan kesan dapat dilihat seawal 14 hari!

Jadi, ubat gigi ini berkesan untuk mencegah kerosakan gigi dan karang pada gigi.

Bukan itu sahaja, boleh membersihkan lebih mendalam di antara gigi, mengurangkan plak gigi, memperkuat gigi dan menjaga kebersihan di antara gigi.

Dengan menggunakan ubat gigi ini, anda dapat menjaga kesihatan gigi anda dan nafas segar sepanjang hari.

Pemutih gigi traditional
ubat_gigi_pemutih_niacinamide
mulai
RM12.90
Semak Ubat gigi niacinamide harga dibawah:
add_circle Membuang kotoran makanan pada gigi
add_circle Mencegah kerosakan gigi
add_circle Menguatkan gigi dan gusi
add_circle Menghilangkan plak dan karang gigi
add_circle Bebas bahan kimia
remove_circle Perisa peach sahaja

Berbeza dengan ubat gigi biasa yang mengandungi flourida dan bahan kimia, ubat gigi ini mengandungi niacinamide sebagai bahan utama.

Ia mampu menembusi celahan enamel dan menghilangkan sisa makanan, plak bakteria, serta noda dari makanan yang tersembunyi.

Selain itu, ubat gigi ini boleh menyingkirkan kotoran dan sisa makanan sambil meneutralkan asid plak.

Ini membantu mencegah kerosakan gigi, menguatkan gigi dan gusi, serta menghilangkan plak dan karang pada gigi.

Dengan ini, nafas anda akan menjadi lebih segar, risiko penyakit oral dapat dikurangkan dan gigi juga lebih putih bersinar!

ubat_gigi_v34_hismile
mulai
RM15.00
Semak V34 Colour Corrector Hismile harga dibawah:
add_circle Bebas fluorida
add_circle Menghilangkan plak dan kesan kuning
add_circle Mengurangkan bau mulut
add_circle Mengurangkan bakteria penyebab kerosakan gigi
remove_circle Kandungan hanya 30 ml
remove_circle Cair

Ubat gigi ini mempunyai warna ungu yang menarik dan boleh menghilangkan kesan kekuningan pada gigi, serta menjadikannya lebih putih.

Produk ini juga selamat digunakan oleh kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas dan tidak mengandungi fluorida.

Selain itu, ia boleh mengurangkan bau mulut, dan melawan bakteria yang merosakkan gigi.

Bagi mereka yang gemar minum kopi, teh, atau merokok, ini adalah penyelesaian yang selamat dan berkesan.

Cukup calitkan pada berus gigi dan gosok gigi seperti biasa.

Strip pemutih gigi
Crest 3D White Strips
mulai
RM40.50
Semak Crest 3D White Strips harga dibawah:
add_circle Dirumus dengan bahan selamat enamel
add_circle Kesan dalam masa 3 minggu
remove_circle Kurang sesuai untuk gigi sensitif

Bagi yang mahukan pemutihan gigi profesional di rumah, boleh beli strip pemutih gigi ni.

Kesan Profesional Crest 3D Whitestrips adalah sama berkesan seperti di klinik gigi.

Jalur putih ini dirumus dengan bahan pemutih yang sama seperti yang digunakan oleh doktor gigi.

Anda hanya perlu sapukan jalur putih tu pada gigi sekali sehari selama 30 minit sahaja.

Boleh buat aktiviti lain seperti bercakap atau minum air kerana jalurnya mempunyai Teknologi Advanced Seal™ yang kekal melekat di gigi.

Malah, ramai doktor gigi sendiri turut mengesyorkan jenama pemutihan gigi ini.

Colgate Optic White O2
mulai
RM29.99
Semak Colgate Optic White O2 Teeth Whitening Toothpaste harga dibawah:
add_circle Boleh hilangkan kesan kopi
add_circle Memutihkan dan mengekalkan putih gigi
add_circle Kurangkan nafas berbau
remove_circle Ada menthol
remove_circle Tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 6 tahun

Ubat gigi Colgate Optic White O2 menggunakan teknologi Active Oxygen Bubble untuk memutihkan gigi dalam masa 3 hari sahaja.

Gelembung oksigen ini akan meresap ke dalam enamel gigi dan memutihkannya secara lembut dari dalam ke luar.

Jadi, anda akan rasa hangat apabila gelembung halus terbentuk semasa menggosok gigi.

Sedikit tips, gosok gigi anda dengan teliti selama 2 minit sekurang-kurangnya dua kali sehari dan bilas dengan bersih.

Jangan risau, ubat gigi untuk memutihkan gigi ini juga sesuai untuk individu mempunyai gigi sensitif dan gusi berdarah.

Dengan penggunaan berterusan, gigi anda akan kelihatan lebih cerah dan tiada lagi kekuningan!

Ubat gigi pemutih nicotinamide
BodyAid Ubat Gigi Pemutih Nicotinamide
mulai
RM49.90
Semak BodyAid Ubat Gigi Pemutih Nicotinamide harga dibawah:
add_circle Tidak mengandungi fluorin
add_circle Mencerahkan gigi
add_circle Mengurangkan bau mulut
remove_circle Kurang sesuai untuk gigi sensitif

Ubat gigi ini pilihan yang bagus untuk mereka yang ingin menjaga kebersihan gigi.

Bukan sahaja memutihkan gigi dengan lembut, malah segala karang gigi dan plak juga dapat ditanggalkan.

Bahan utama yang terkandung di dalamnya termasuk niacinamide, calcium carbonate, bygrated silica granules dan chondrus crispus (carrageenan) extract.

Nafas juga berbau segar dan rasa sedikit berangin semasa menggosok gigi.

Menurut seorang peminum kopi, giginya nampak satu warna lebih putih dari sebelumnya selepas seminggu penggunaan.


Bolehkah Gigi Kuning Jadi Putih Semula? 

Memiliki gigi yang kuning sememangnya akan memudarkan keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai. 

Tapi, jangan risau, masalah gigi kuning boleh diselesaikan dengan rawatan pemutihan gigi professional di klinik gigi berdaftar dengan KKM. 

Boleh juga guna ubat gigi pemutih untuk dapatkan gigi yang kembali bersih dan cantik. 

Tapi, untuk gigi yang dah terlalu teruk, hanya dapat dipulihkan dengan rawatan oleh doktor gigi bertauliah sahaja. 

Yang penting, kena sentiasa berus dan floss gigi supaya kesihatan mulut anda terjaga dengan baik.  

Jom kita lihat video dibawah untuk mengetahui kenapa gigi kita bewarna kuning.


Cara Pilih Pemutih Gigi

Adakah anda mahukan senyuman yang indah dengan gigi yang lebih putih? Gunakan sahaja ubat gigi pemutih.

Ubat gigi dikatakan dapat menghilangkan noda dan perubahan warna dari gigi anda, menjadikannya kelihatan lebih putih.

Berikut beberapa tips untuk membantu anda memilih pemutih gigi.

  • Bahan dalam produk

Sebelum memilih produk pemutihan gigi, periksa dengan teliti bahan-bahan yang terkandung di dalamnya.

Produk yang mempunyai tahap hidrogen peroksida yang tinggi harus dielakkan kerana boleh membahayakan gigi.

Sebaliknya, pilih produk yang disyorkan oleh profesional pergigian. 

  • Berjumpa doktor gigi

Dapatkan nasihat daripada doktor gigi sebelum memilih produk pemutihan gigi kerana doktor gigi boleh memberikan cadangan yang bersesuaian dengan keadaan gigi dan kebersihan mulut anda.

Mereka akan menilai kesihatan gigi anda dan menawarkan arah yang tepat mengenai teknik pemutihan yang paling sesuai untuk anda.

Sekaligus, menjamin produk pemutih gigi tidak akan memberi kesan buruk pada gigi atau gusi anda.

  • Kesesuaian

Sesetengah orang memerlukan cara pemutihan gigi yang lembut pada gigi sensitif, sementara yang lain menginginkan hasil yang lebih cepat.

Oleh itu, ambil kira faktor-faktor seperti gigi yang sensitif, warna gigi semasa dan masa anda yang tersedia.

Bergantung pada keperluan anda, anda mungkin ingin memilih pemutih gigi yang memenuhi keperluan gigi yang sensitif atau yang memberikan pemutihan dengan lebih cepat.


Punca Gigi Kuning

Antara punca utama di sebalik masalah gigi kuning adalah pengumpulan plak gigi iaitu lapisan lembut yang terbentuk daripada sisa makanan dan bakteria dalam mulut kita sendiri.

Kalau kita tak gosok gigi dengan baik, plak ni akan mengeras dan menyebabkan gigi jadi kuning.

Selain itu, minuman berkafein seperti teh dan kopi turut mengandungi pewarna semula jadi yang boleh meresap masuk ke dalam enamel gigi kita dan lama-kelamaan gigi akan kelihatan lebih gelap.

Tambahan lagi, minuman berkabornat juga mengandungi bahan berasid yang boleh mengakis enamel gigi dan menyebabkan kekuningan.

Mereka yang merokok dan mempunyai masalah kesihatan seperti mulut kering juga boleh mendapat gigi kuning.

Ini kerana air liur penting untuk melindungi enamel gigi daripada menipis.


Petua Putihkan Gigi

Mahu gigi putih dan senyuman berseri? Ikut je tips mudah untuk putihkan gigi ni!

Pertama, gosok gigi dengan teliti dua kali sehari selama 2 minit.

Pastikan berus dan ubat gigi yang digunakan mengandungi bahan pemutih seperti hydrogen peroksida atau karbonat untuk membantu mengikis kekuningan pada gigi.

Kedua, amalkan rutin flos dan teknik mengosok gigi yang betul.

Bermula dari gusi, lalu gosok dengan lembut ke atas dan ke bawah gigi.

Jangan lupa bahagian dalam dan permukaan kunyahan gigi.

Elakkan pengambilan makanan dan minuman yang boleh menyebabkan gigi gelap seperti teh, kopi, atau jus buah berwarna gelap.

Selain itu, amalkan tabiat berhenti merokok kerana asap rokok juga antara punca utama gigi menjadi kuning.

Jika sukar, kurangkan pengambilannya dari semasa ke semasa.

Akhir sekali, lakukan pembersihan profesional di klinik gigi sekurang-kurangnya setahun sekali.

Ini membantu menyingkirkan plak dan kesan kekuningan pada gigi.

Kalau ada bajet lebih dan nak kesan gigi putih lebih cepat, dapatkan perkhidmatan "Veneer” atau “Whitening" dengan doktor gigi bertauliah.

Malah, anda boleh gunakan kaedah oil pulling menggunakan minyak kelapa dan kami sertakan video di bawah untuk panduan anda.

Bila gigi dah putih, barulah tak rasa malu nak senyum depan orang ramai. 


Artikel Berkaitan

End of Article