Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
mouth spray terbaik

8 Mouth Spray (Penyegar Mulut) Terbaik di Malaysia 2024

Sangat mudah untuk digunakan dan bau mulut lebih segar!

Penjagaan mulut sangat penting dan bukan hanya sekadar memberus gigi 2 kali sehari.

Selain penjagaan gigi seperti scaling, anda juga boleh memakai penyegar mulut atau mouth spray untuk pastikan mulut kekal bersih.

Pengharum mulut ini juga sesuai digunakan untuk mereka yang ada masalah mulut kering, mulut berbau atau sakit gigi yang ringan.

Anda keliru mouth spray yang mana bagus? Jom kami bantu dengan melihat senarai mouth spray terbaik yang dapat beri kesegaran kepada mulut anda.


Senarai 8 Mouth Spray Terbaik

Penyegar mulut terbaik keseluruhan
Listerine PocketMist Cool Mint 7.7ml
Listerine
Listerine PocketMist Cool Mint 7.7ml
mulai
RM21.52
Semak Listerine PocketMist Cool Mint 7.7ml harga dibawah:
add_circle Bersaiz poket
add_circle Bunuh 99.99% bakteria
add_circle Rasa mint tak tajam
remove_circle Mengandungi alkohol

Sebab jadi pilihan utama:

Jenama mouth wash ini kini boleh didapati dalam bentuk spray bersaiz poket membuatkan mudah dibawa dan anda boleh gunakan di mana saja.

Ciri-ciri:

Listerine PocketMist Cool Mint bersaiz poket ini menggunakan bahan Menthol untuk memberikan kesegaran mulut yang berpanjangan.

Bagi anda yang kurang gemar menggunakan mouth wash kerana rasanya kuat dan tajam, anda boleh cuba mouth spray ini.

Campuran bahan yang digunakan dalam mouth spray membuatkan rasa mint kurang kuat berbanding mouth wash yang mungkin membuatkan sesetengah pengguna tak selesa. 

Cara penggunaannya, anda hanya perlu tekan pemicu sehingga muncung semburan putih terlihat.

Cuma pastikan dihalakan ke bahagian mulut dan terus tekan pemicu dengan kuat sehingga semburannya dikeluarkan.

Anda boleh gunakan ia sebanyak 2 hingga 3 kali sehari untuk kesegaran yang berterusan. Mudah kan?

Sebab jadi pilihan utama:

Jenama mouth wash ini kini boleh didapati dalam bentuk spray bersaiz poket membuatkan mudah dibawa dan anda boleh gunakan di mana saja.

Ciri-ciri:

Listerine PocketMist Cool Mint bersaiz poket ini menggunakan bahan Menthol untuk memberikan kesegaran mulut yang berpanjangan.

Bagi anda yang kurang gemar menggunakan mouth wash kerana rasanya kuat dan tajam, anda boleh cuba mouth spray ini.

Campuran bahan yang digunakan dalam mouth spray membuatkan rasa mint kurang kuat berbanding mouth wash yang mungkin membuatkan sesetengah pengguna tak selesa. 

Cara penggunaannya, anda hanya perlu tekan pemicu sehingga muncung semburan putih terlihat.

Cuma pastikan dihalakan ke bahagian mulut dan terus tekan pemicu dengan kuat sehingga semburannya dikeluarkan.

Anda boleh gunakan ia sebanyak 2 hingga 3 kali sehari untuk kesegaran yang berterusan. Mudah kan?

Review:

Rasa dia memang sebiji yang kita guna untuk kumur punya tu tapi ini mcm kurang berangin but still rasa fresh,”

Rasa dia memang sebiji yang kita guna untuk kumur punya tu tapi ini mcm kurang berangin but still rasa fresh,”

Penyegar mulut Watsons
Watsons Icy Cool Mint Mouth Spray
Watsons
WATSONS Icy Cool Mint Mouth Spray
mulai
RM6.54
Semak Watsons Icy Cool Mint Mouth Spray harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk perokok
add_circle Mengandungi Xylitol
add_circle Sugar free
remove_circle Kesegaran tak tahan lama

Watsons Icy Cool Mint Mouth Spray membantu anda mengatasi masalah bau mulut akibat merokok atau selepas makan makanan pedas.

Mouth spray ini mengandungi Xylitol iaitu bahan aktif antibakteria yang akan bantu kurangkan masalah pereputan gigi anda akibat asid bakteria dalam mulut.

Selain itu, dengan rasa icy cool daripada bahan Menthol akan membuatkan mulut anda lebih segar di setiap semburan. 

Jangan risau, ianya juga bebas gula dan alkohol buatkan ia sesuai digunakan oleh ibu mengandung.

Cara penggunaannya, anda hanya perlu buka penutup, halakan ke dalam mulut dan terus tekan pemicu spray ini. Sangat mudah! 

Penyegar mulut spray
Difflis Herbal Propolis Echinacea Throat & Mouth Spray
Difflis Herbal Propolis Echinacea Throat & Mouth Spray
mulai
RM18.60
Semak Difflis Herbal Propolis Echinacea Throat & Mouth Spray harga dibawah:
add_circle Bersaiz poket
add_circle Mengandungi 7 ekstrak semula jadi
add_circle Kurangkan kesakitan gigi
remove_circle Harga mahal

Difflis Herbal Propolis echinacea Throat & Mouth spray bersaiz poket membuatkan mudah digunakan dan senang dibawa ke mana saja. 

Walaupun bersaiz compact, mengandungi 7 ekstrak semula jadi seperti ekstrak Propolis & Echinacea yang akan memberikan kesegaran dan cooling sensation berpanjangan. 

Tahukah anda, Propolis & Echinacea ekstrak juga kaya dengan bahan aktif antibakteria dan antiviral?

Kedua bahan ini akan menyokong dan menguatkan pertahanan gigi anda secara semula jadi, jadi mulut anda kekal sihat dan tak mudah berbau.  

Jika anda mengalami masalah sakit gigi yang ringan, anda boleh menggunakan mouth spray ini untuk berikan kelegaan sementara.

Untuk penggunaan, anda hanya perlu buka penutup, terus semburkan ke dalam mulut anda dan boleh digunakan sebanyak 2 hingga 3 kali sehari. 

Penyegar mulut tanpa alkohol
Protectist Zensil Mouth Spray 10ml
Protectist Zensil Mouth Spray 10ml
mulai
RM14.50
Semak Protectist Zensil Mouth Spray 10ml harga dibawah:
add_circle Bebas alkohol
add_circle Mengandungi aloe vera
add_circle Merawat sakit tekak
remove_circle Tak sesuai untuk pesakit asthma
remove_circle Tak sesuai untuk ibu mengandung/menyusui

Zensil mouth spray adalah salah satu mouth spray semula jadi yang sesuai digunakan sebagai alternatif merawat anti radang, kurangkan bau mulut dan sakit tekak. 

Kelebihannya yang bebas alkohol dan bahan pengawet membuatkan ia tidak akan menyebabkan irrations pada tekak dan mulut anda. 

Dengan bahan premium semula jadi seperti aloe vera, madu, peppermint dan propolis,  mouth spray ini akan melegakan tekak dan menyegarkan mulut anda anytime, anywhere!

Cara penggunaan, anda hanya perlu buka penutup botol, halakan picu pada mulut dan semburkan sebanyak 2 hingga 3 kali ke dalam mulut. Senang saja.

Peringatan, tak sesuai untuk kanak-kanak bawah 6 tahun, ibu mengandung, ibu menyusui, penghidap G6PD dan pesakit asma.

Penyegar mulut untuk mulut kering
Biotene Dry Mouth Fresh Mint Mouth Spray
Biotene Dry Mouth Fresh Mint Mouth Spray
mulai
RM51.00
Semak Biotene Dry Mouth Fresh Mint Mouth Spray harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk mulut kering
add_circle Bebas gula
add_circle Sesuai untuk kanak-kanak 12 tahun ke atas
remove_circle Harga mahal

Biotene Dry Mouth Fresh Mint Mouth Spray disyorkan oleh kebanyakan doktor gigi untuk membantu kekalkan kelembapan pada mulut sekurangnya selama 4 jam selepas penggunaan.

Jika anda ada masalah mulut kering, anda boleh cuba mouth spray ini untuk kurangkan rasa tak selesa dan elakkan mulut mudah berbau.

Mouth spray ini mudah merawat kesakitan mulut tanpa apa-apa iritasi kerana bebas gula dan alkohol. Jadi, anda boleh gunakan dengan selamat.

Jangan risau, sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak 12 tahun dan ke atas kerana menggunakan bahan-bahan semula jadi.

Cara penggunaannya pula sangat mudah, anda hanya perlu semburkan terus ke dalam mulut atau di seluruh mulut dan boleh disembur sebanyak mana yang diperlukan. 

Penyegar mulut sakit tekak
Betadine Sore Throat Spray
Betadine
Betadine Sore Throat Spray
mulai
RM25.90
Semak Betadine Sore Throat Spray harga dibawah:
add_circle Mengandungi povidone-iodine
add_circle Sesuai untuk kanak-kanak 6 tahun ke atas
remove_circle Harga mahal

Betadine Sore Throat Spray sangat sesuai untuk anda yang mengalami masalah sakit tekak dan ulser mulut kerana ia mengandungi providoen-iodine.

Bahan aktif antibakteria seperti providone-iodine akan bantu untuk membunuh kuman serta-merta untuk mengatasi infection pada bahagian tekak anda.  

Ibu bapa jangan risau, juga mengandungi bahan semula jadi yang selamat untuk penghadaman kanak-kanak 6 tahun ke atas. 

Cara penggunaannya, hanya perlu semburkan sekali ke dalam mulut di bahagian tekak setiap 3 hingga 4 jam sehari. 

Kami sarankan untuk pesakit thyroid, ibu mengandung dan ibu menyusui perlu mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum penggunaan.

Penyegar mulut kecil
Glister Mint Refresher Spray (14ml)
Glister Mint Refresher Spray (14ml)
mulai
RM19.90
Semak Glister Mint Refresher Spray (14ml) harga dibawah:
add_circle Bersaiz poket
add_circle 250 anggaran semburan
add_circle Bebas gula
remove_circle Mengandungi alkohol

Mouth spray daripada jenama Amway, Glister Mint Refresher Spray ini bersaiz poket tetapi boleh digunakan sebanyak 250 kali semburan. Kata orang, kecil-kecil cili padi!

Selain mampu memberikan kesegaran berpanjangan, tak mengandungi gula dan bebas bahan pengawet membuatkan ia cepat melegakan kesakitan.

Glister Mint Refresher Spray ini direka khas untuk membunuh 99.99% bakteria di bahagian mulut dan tekak serta bantu mengurangkan bau mulut anda. 

Jangan risau, cara penggunaannya sangat mudah dengan hanya membuka penutup dan terus semburkan ke dalam mulut anda. Cepat dan mudah!

Penyegar mulut ulser
Propoliz Mouth Spray Propolis 15ml
Propoliz Mouth Spray Propolis 15ml
mulai
RM18.50
Semak Propoliz Mouth Spray Propolis 15ml harga dibawah:
add_circle Sugar free
add_circle Bahan semula jadi
add_circle Bersaiz poket
remove_circle Penutup botol mudah longgar

Propoliz Mouth Spray Propolis menggunakan bahan semula jadi seperti concentrated Brazilian Green Propolis ekstrak , madu, minyak pudina, Spearmint Oil dan Menthol.

Bahan-bahan tersebut membantu anda kurangkan rasa sakit tekak, ulser, tonsillitis, rasa tak selesa selepas merokok, sakit gigi dan radang gusi.

Anda ada ulser di lidah? Terus semburkan mouth spray ini di tempat ulser anda untuk kelegaan semula jadi.

Cara penggunaannya sangat mudah, hanya perlu semburkan ke dalam mulut sebanyak 2 hingga 3 kali sehari. Pastikan kena pada tekak!

Perlu diingatkan, elakkan mengambil produk ini jika anda alergik kepada madu.


Berapa Lama Mouth Spray Akan Bertahan? 

Setiap jenis mouth spray memiliki formula dan mungkin juga memiliki ketahanan yang berbeza. 

Jom kami huraikan adakah mouth spray mampu berikan kesegaran yang berpanjangan?

Jawapannya ya, tapi secara umumnya, kebanyakan mouth spray akan bertahan selama 2-4 jam selepas semburan pertama. 

Ada beberapa jenis mouth spray mungkin memiliki ketahanan yang lebih lama apabila menganudungi bahan seperti polisorbat 80, propilenglikol atau mentol. 

Bahan-bahan ini dapat membantu meningkatkan keseimbangan produk dan kelarutan bahan aktif dalam mouth spray yang membuatkan efektif dalam jangka masa yang lebih lama.

Namun, perlu diingat bahawa ketahanan mouth spray juga akan dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti kekerapan mulut anda ‘bekerja’ dan cara anda menggunakan mouth spray

Kami menyarankan anda untuk membaca label produk dan mengikuti arahan penggunaan yang disediakan oleh pengilang untuk keberkesanan yang optimal.

Perlu diingatkan bahawa setiap jenama mouth spray mungkin akan memberikan kesan yang berlainan kepada setiap individu. 

Jadi anda boleh try and error, mouth spray yang mana sesuai untuk mulut anda supaya ia dapat menyegarkan mulut dengan baik. 


Artikel Berkaitan

End of Article