Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Nose Hair Trimmer Terbaik di Malaysia 2024 - Jenama Bagus

Jangan biarkan keterampilan wajah anda rosak disebabkan bulu hidung!

Bulu hidung sebenarnya bertugas untuk menghalang debu, habuk atau serangga kecil daripada masuk ke dalam hidung dan badan kita. 

Walaupun ia mempunyai kebaikan dari segi kesihatan, namun tak dinafikan bulu hidung panjang boleh menyebabkan kita kelihatan kurang kemas di mata orang lain.

Jadi cara termudah untuk anda jaga kekemasan diri pada bahagian hidung adalah dengan mendapatkan trimmer bulu hidung.

Kalau tiada pemotong bulu hidung, anda mungkin terpaksa menggunakan gunting dan ini boleh mendatangkan bahaya pada diri. 

Tapi sebelum beli nose hair trimmer, jangan lupa lihat juga nose hair trimmer review untuk tahu yang mana terbaik. 

Oleh itu, kami senaraikan nose hair trimmer terbaik atau cukur bulu hidung elektrik di pasaran untuk membantu anda merapikan bulu hidung yang berlebihan.


Senarai 10 Nose Hair Trimmer Terbaik

Nose hair trimmer terbaik secara keseluruhan
Xiaomi
Xiaomi ShowSee Nose Hair Electric Trimmer C1
mulai
RM7.99
Semak Xiaomi ShowSee Nose Hair Electric Trimmer C1 harga dibawah:
add_circle Boleh dibasuh
add_circle Cukuran tidak menyakitkan
add_circle Bahagian hujung bulat
add_circle Tidak berbunyi bising apabila digunakan
remove_circle Tempoh jaminan hanya 1 tahun

Sebab menjadi pilihan utama:

Pencukur bulu hidung Showsee dari Xiaomi ini tidak perlu dicas kerana ia hanya memerlukan bateri AAA untuk berfungsi, dan ia tahan lama.

Ciri-ciri:

Bateri tahan sehingga 3 jam penggunaan yang bersamaan dengan 3 bulan jika ia digunakan secara putara selama 2 minit setiap hari untuk potong bulu hidung. 

Rekaannya yang seperti pen memang sangat mudah untuk dipegang. 

Senang dibawa ke mana-mana termasuklah ketika bercuti atau ke pejabat kerana saiznya yang kecil dan kompak dengan penutup. 

Jadi, anda akan sentiasa tampil kemas tanpa bulu hidung yang jelas kelihatan ketika berdepan dengan orang ramai. 

Review:

“Tak rasa apa-apa ketika digunakan, jadi kulit memang tak sakit. Bunyi pun tak bising dan ringan je.”

Pemotong bulu hidung murah
Stainless Steel Nose Hair Trimmer
mulai
RM4.80
Semak Stainless Steel Nose Hair Trimmer harga dibawah:
add_circle Kalis air
add_circle Tidak menyakitkan
add_circle Tak perlu guna bateri
add_circle Mudah dibawa ke mana sahaja
remove_circle Perlu berhati-hati semasa guna

Diperbuat daripada stainless steel, pemotong bulu hidung ini memang nampak kecil namun ia berkesan untuk memotong bulu hidung anda tanpa menyebabkan rasa sakit. 

Mempunyai 12 bilah di bahagian dalam agar kerja-kerja pemotongan bulu hidung dapat dibuat dengan mudah. 

Pemotong bulu hidung ini tidak mudah berkarat, jadi selepas siap potong bulu boleh bersihkannya dengan air. 

Selain mudah dipegang dan tidak mudah terlepas dari genggaman ketika sedang digunakan, alat ini memang selamat digunakan kerana tidak mempunyai hujung yang tajam seperti gunting kecil biasa.

Pemotong bulu hidung & telinga
OGAWA Unique Style Ear And Nose Hair Trimmer
mulai
RM42.90
Semak OGAWA Unique Style Ear And Nose Hair Trimmer harga dibawah:
add_circle Rekaan kompak
add_circle Motor berkuasa tinggi
add_circle Mempunyai penutup
add_circle Bilah berpusing 360°
remove_circle Harga mahal

Apa yang menarik tentang trimmer bulu hidung Ogawa ini ialah ia juga boleh digunakan untuk memotong bulu telinga, janggut dan bulu kening yang berlebihan. 

Sekali gus menjadikan alat ini wajib dimiliki oleh kaum Adam yang mahu tampil kacak dan berkeyakinan di tempat kerja.

Tidak perlu buang masa untuk cas trimmer multifungsi ini kerana ia menggunakan bateri AA sahaja, dan ia juga tahan lama.

Boleh menyingkirkan bulu yang panjang tanpa menyebabkan kesakitan pada rongga hidung kerana ia berfungsi dengan cara memotong dan bukannya menarik bulu. 

Selain tidak berbunyi bising, bahagian kepala pencukur pula boleh ditanggalkan dan dibasuh.

Pencukur bulu hidung Panasonic
Panasonic
Panasonic ER-GN30 Nose Hair Trimmer
mulai
RM71.20
Semak Panasonic ER-GN30 Nose Hair Trimmer harga dibawah:
add_circle Bilah stainless steel boleh dibasuh
add_circle Boleh juga cukur kening
add_circle Bateri tahan 90 minit
add_circle Ringan
remove_circle Ringan

Pencukur bulu hidung dan telinga dari Panasonic ini pula mempunyai pemegang ergonomik yang tidak licin dari cengkaman. 

Jadi ia akan membuatkan anda selesa untuk menggunakannya dengan kerap. 

Alat ini juga mempunyai bilah yang direka melengkung untuk merapikan bulu hidung dan telinga dari atas dan sisi tanpa masalah. 

Memandangkan ia boleh digunakan ketika basah atau kering, jadi tiada masalah jika ia digunakan ketika mandi sekali pun. 

Tak perlu risau tentang sebarang kerosakan kerana pengguna turut mendapat tempoh jaminan selama 1 tahun.

Enchen Electric Nose Hair Trimmer EN001
mulai
RM19.90
Semak Enchen Electric Nose Hair Trimmer EN001 harga dibawah:
add_circle Tidak menyakitkan
add_circle Motor berkelajuan tinggi
add_circle Bateri tahan 90 minit lepas dicas penuh
remove_circle Perlu dicas
remove_circle Mengambil masa selama 6 jam untuk dicas penuh

Walaupun perlu dicas, namun alat cukur bulu hidung elektrik ini menggunakan kabel universal Type-C fast charging untuk mengecas. 

Jadi, anda boleh guna wayar pengecas telefon je untuk cas alat ini sehingga penuh. 

Lagi menarik, ia tidak mengeluarkan bunyi bising ketika sedang merapikan bulu hidung anda kerana direka dengan teknologi Maxpeed noise reduction

Mudah dibersihkan selepas digunakan sebab kepalanya boleh ditanggalkan dan dibasuh. 

Bahagian bilah pula tersembunyi kerana direka membulat di hujung agar ia tidak terkena secara direct pada kulit dalam hidung. 

Paling penting, dijamin selamat digunakan!

Pencukur bulu hidung Philips
Philips
Philips Nose Hair Trimmer NT1700
mulai
RM99.95
Semak Philips Nose Hair Trimmer NT1700 harga dibawah:
add_circle Mudah untuk kekalkan ketajaman bilah
add_circle Boleh dibasuh dengan air
add_circle Menggunakan bateri AA
add_circle Tak perlu dicas
remove_circle Harga mahal

Nose hair trimmer Philips direka dengan bilah yang bersudut agar bulu-bulu berlebihan  yang hendak dipotong boleh dicapai dengan mudah tanpa perlu menarik bulu. 

Selain untuk memotong bulu hidung, alat ini juga boleh digunakan untuk bulu telinga dan merapikan kening. 

Direka juga dengan teknologi ProtecTube di mana bilah trimmer tidak akan menyebabkan iritasi pada kulit. 

Mempunyai pemegang bergetah yang lembut agar tidak licin dan boleh potong bulu dengan selesa walaupun ketika tangan basah. 

Turut disertakan dengan 2 tahun tempoh jaminan, jadi jangan risau tentang kerosakan.

KEMEI KM-1407 3 in 1 Hair Trimmer
mulai
RM19.28
Semak KEMEI KM-1407 3 in 1 Hair Trimmer harga dibawah:
add_circle Tidak berkarat
add_circle Tidak menyakitkan kulit
add_circle Selesa dipegang
add_circle Harga murah
remove_circle Perlu dicas

Hair trimmer KEMEI ini pula hadir dengan 3 kepala bilah yang boleh ditanggalkan dan dipasang mengikut keperluan. 

Sekali gus menjadikan alat ini boleh digunakan untuk memotong rambut, mencukur janggut atau bulu kaki dan trim bulu hidung.  

Selepas dicas penuh selama 8 jam, ia boleh digunakan sehingga 60 minit. Mudah dikendalikan juga kerana anda hanya perlu tekan suis yang ada di tengah alat ini. 

Turut mempunyai 4 jenis sikat yang berbeza saiz untuk rambut anda. 

Sebarang kekotoran boleh dibersihkan kerana ia boleh dicuci dengan air, barulah tidak berlaku jangkitan kulit. 

Nose hair trimmer tanpa wayar
Kemei KM-6512 Nose Hair Trimmer
mulai
RM10.56
Semak Kemei KM-6512 Nose Hair Trimmer harga dibawah:
add_circle Boleh merapikan kening & janggut
add_circle Sesuai untuk trim bulu telinga
add_circle Bilah berpusing 360°
add_circle Portable
remove_circle Bateri perlu ditukar jika habis
remove_circle Bateri tidak disertakan

Alat cukur bulu hidung ini pula dijamin tidak akan menyakitkan kulit kerana mempunyai rekaan bilah berbentuk silinder 3 dimensi. 

Selain itu, bilahnya juga tahan karat dan boleh ditanggalkan, jadi pengguna boleh cuci dengan air selepas guna agar tiada pembiakan bakteria

Jadi pencukur bulu hidung anda ini akan sentiasa bersih dan tidak menyebabkan jangkitan pada kulit dan dalaman hidung.

Selain untuk lelaki, alat cukur bulu hidung ini juga boleh digunakan oleh wanita.

HAN RIVER 3 In1 Electric Shaver Nose Hair Trimmer
mulai
RM27.00
Semak HAN RIVER 3 In1 Electric Shaver Nose Hair Trimmer harga dibawah:
add_circle Tempoh jaminan 2 tahun
add_circle Bilah diasah secara automatik
add_circle Kalis air & boleh dibasuh tanpa berkarat
add_circle Boleh digunakan ketika basah & kering
remove_circle Perlu dicas

Bulu hidung panjang sehingga terkeluar dari hidung? Jangan risau, guna sahaja pencukur 3 dalam 1 HAN RIVER yang mampu milik ini untuk potong bulu hidung berlebihan. 

Sesuai dan selamat juga untuk mencukur janggut dan misai di kawasan yang sukar dicukur seperti bawah pipi, kawasan sudut bibir dan leher. 

Kalau nak guna untuk potong rambut orang lelaki seperti sideburns pun tiada masalah kerana ia dilengkapi dengan 3 jenis kepala bilah yang boleh ditukar ikut kegunaan. 

Bateri alat ini tahan sehingga 60 minit selepas dicas penuh dengan kabel USB. 

Jika nak kelihatan kemas dan tambat hati gadis idaman, kaum Adam memang wajib ada alat ini.

Philips Series 3000 Nose, Ear & Eyebrow Trimmer NT365016
mulai
RM100.00
Semak Philips Series 3000 Nose, Ear & Eyebrow Trimmer NT3650/16 harga dibawah:
add_circle Selesa & mudah dikendalikan
add_circle Suis on/off senang ditekan
add_circle Pemegang ergonomik
add_circle Tempoh jaminan 2 tahun
remove_circle Harga mahal

Nose trimmer kompak dan menggunakan bateri AA keluaran Philips ini boleh dibasuh menggunakan air tanpa perlu risau tentang masalah bilah berkarat. 

Anda juga boleh gunakannya untuk potong bulu kening dan telinga yang berlebihan. 

Ia direka untuk keselesaan pengguna kerana bulu-bulu boleh dipotong tanpa perlu ditarik sehingga menyakitkan kulit.

Turut hadir dengan 5mm precision comb dan beg kecil untuk memudahkan alat ini dibawa ke mana sahaja.


Cara Mencukur Bulu Hidung 

Memang memalukan untuk berhadapan dengan orang ramai jika bulu hidung anda panjang sehingga terkeluar dari hidung. 

Namun, jangan risau, terdapat beberapa cara untuk mencukur bulu hidung dengan selamat. Antaranya ialah menggunakan gunting kecil untuk memotong sedikit (trim) pada bahagian hujung bulu tersebut. 

Untuk lebih selamat, pastikan gunting kecil yang digunakan tidak mempunyai muncung yang terlalu tajam agar tidak cedera. 

Ikut cara-cara berikut untuk membuang bulu hidung dengan selamat: 

  • Berdiri di depan cermin di kawasan yang mempunyai pencahayaan baik supaya anda nampak dengan jelas keadaan bulu hidung 
  • Dongakkan kepala dan kembangkan hidung supaya pencukur boleh masuk kedalam hidung dengan mudah 
  • Gunting hujung bulu hidung yang panjang dan jauh dari kulit. 
  • Untuk mengeluarkan sisa bulu yang telah digunting yang tertinggal di dalam hidung, jangan lupa untuk hembus hidung
  • Ingat, anda hanya perlu gunting bulu hidung yang kelihatan jelas panjang 

Nak lebih selamat dan mudah, anda boleh guna pencukur khas untuk hidung atau nose hair trimmer yang banyak dijual di pasaran, atau boleh sahaja ikut cadangan dalam senarai kami di atas.


Artikel Berkaitan

End of Article