Jawapan ringkas: pilihan terbaik keseluruhan untuk kebanyakan orang di Malaysia ialah IZZI Hijab Body Mist, dari RM6.99 di Shopee Malaysia (harga disemak 23 September 2026), popular kerana harga murah dan sesuai untuk wanita bertudung. Jika bajet anda lebih tinggi dan mahukan bau yang lebih tahan lama, Bare Vanilla Shimmer Victoria Secret Body Mist (RM12.00) dan Champagne Toast Bath & Body Works (RM58.50) turut menjadi pilihan popular pelanggan kami.
Body mist merupakan sejenis semburan bauan badan untuk memberikan aroma segar dan lembut pada kulit.
Kandungan
- Senarai 8 Body Mist Terbaik Untuk Badan
- Terbaik keseluruhan: Bare Vanilla Shimmer Victoria Secret Body Mist
- Terbaik untuk remaja: Body Mist DeXandar
- Terbaik pilihan drugstore: ALIA Floral Scented Body Mist Harmony 100ml
- Terbaik bajet: IZZI HIJAB BODY MIST
- Terbaik tidak mengeringkan kulit: Elianto Perfume Body Mist
- Terbaik untuk kanak-kanak: SilkyGirl Fragrance Mist for Hair Body
- Terbaik untuk badan berpeluh: Pucelle Mist Cologne
- Terbaik tahan lama, mewah: Champagne Toast Body Mist Bath Body Works
- Bagaimana Kami Pilih
- Panduan Memilih Body Mist
- Perfume vs Body Mist
- Cara Pakai Body Mist
- Artikel Berkaitan
Pewangi badan wanita ini bertindak seperti minyak wangi atau essential oil dan sangat membantu mereka yang sering berpeluh untuk kekal segar.
Body mist biasanya memiliki konsentrasi pewangi yang lebih rendah, sehingga memberikan aroma yang lebih ringan, tahan lama dan mudah melekat pada kulit.
Bagi anda yang menjaga bau badan dan kerap berpeluh sangat disarankan untuk menggunakan body mist setiap hari agar badan kekal wangi.
Jangan pening, jangan risau! Jom kita lihat senarai body mist terbaik yang sesuai untuk anda.
Bare Vanilla Shimmer Victoria Secret Body MistRM12Shopee
Body Mist DeXandarRM20Shopee
ALIA Floral Scented Body Mist Harmony 100mlRM16.92Shopee
IZZI HIJAB BODY MISTRM5.50Shopee
Elianto Perfume Body MistRM46.90Shopee
SilkyGirl Fragrance Mist for Hair BodyRM7.59Shopee
Pucelle Mist CologneRM4.55Shopee
Champagne Toast Body Mist Bath Body WorksRM58.50Shopee
Senarai 8 Body Mist Terbaik Untuk Badan
Terbaik keseluruhan: Bare Vanilla Shimmer Victoria Secret Body Mist
Ini pilihan paling popular dalam kalangan pelanggan kami secara keseluruhan, dengan bau vanila lembut dan kilauan ringan pada kulit. Sesuai untuk kegunaan harian mahupun keluar malam.
1 lagi
Sebab menjadi pilihan utama:
Bauan manis yang menyegarkan dan tidak membuatkan anda pening, serta bauan tahan sehingga 8 jam selepas penggunaan.
Ciri-ciri:
Bau wangi pada badan bukan untuk menarik perhatian orang ramai, tapi untuk memberi keyakinan buat diri sendiri.
Dengan cuaca di Malaysia agak panas dan lembap boleh membuatkan badan kita sangat mudah untuk berpeluh dan berbau.
Penggunaan body mist ini membantu memberikan bauan yang harum pada badan anda sepanjang hari.
Jangan risau, badan tetap berbau wangi jika bercampur dengan peluh. Badan anda akan kekal wangi dan berbau manis sahaja!
Badan juga ada kesan kilauan pada kulit selepas semburan membuatkan anda nampak lebih menarik..
Review:
“Bau badan akibat peluh makin berkurang bila pakai body mist. Kekal wangi sehingga petang ”
Terbaik untuk remaja: Body Mist DeXandar
Harga berpatutan dan pelbagai varian bau menjadikan ini pilihan popular di kalangan remaja yang baru mula menggunakan body mist.
2 lagi
Body mist bukan sahaja untuk orang dewasa, remaja juga sesuai menggunakannya dan tambahan pula harga body mist DeXandar murah.
Pewangi badan ini mempunyai pilihan bauan dari floral, buah-buahan sehingga ke bauan yang manis. Anda pilih sahaja!
Paling menarik dan menjimatkan, body mist ini boleh diguna pada rambut dan fabrik seperti kusyen, sofa atau langsir bagi menghilangkan bau kurang menyenangkan.
Tahap ketahanan juga lama dan tidak memerlukan banyak semburan untuk pastikan ia kekal wangi.
Bukan itu sahaja, body mist jenama ini juga boleh dijadikan penyegar ruang udara sekali. Sudahlah murah, banyak kegunaannya!
Terbaik pilihan drugstore: ALIA Floral Scented Body Mist Harmony 100ml
Mudah didapati di kedai drugstore tempatan dengan bau bunga-bungaan yang lembut, sesuai untuk kegunaan pejabat.
2 lagi
ALIA Floral Scented Body Mist Harmony mempunyai bauan yang kaya dengan bunga yang manis dan akan buatkan anda terasa kekal segar.
Body mist ini diformulasi dengan Habbatus Sauda dan juga Jeju Tea ekstrak yang bagus untuk melembapkan kulit.
Bukan itu sahaja, pewangi badan ini kaya dengan antioksidan, bau badan wangi serta kulit anda juga terjaga dan sihat.
Haruman bunga manis ini pastinya membuatkan anda jatuh cinta dan boleh didapati di seluruh drugstore di Malaysia.
Terbaik bajet: IZZI HIJAB BODY MIST
Pilihan paling murah dalam senarai ini dan jenama tempatan yang popular di kalangan wanita bertudung. Sesuai jika anda mahu cuba body mist tanpa belanja besar.
2 lagi
2 in 1! Siapa sahaja yang tidak mahukan body mist yang juga boleh dijadikan pewangi untuk hijab atau pakaian.
Izzi Hijab Body Mist dijual dengan harga yang murah tetapi tetap berkualiti kerana boleh memberikan ketahanan wangian sehingga 8 jam.
Bukan hanya mampu membuatkan bauan badan kekal wangi, kulit anda juga terjaga dengan bantuan PPG-20 Methyl Glucose Ether yang menjadikannya lembut pada kulit.
Jika anda sudah seharian berpeluh memakai hijab, anda hanya semburkan Izzi Hijab Body Mist pada tudung untuk kembalikan kesegaran.
Anda jangan risau, tudung anda tidak akan rosak kerana pewangi ini tidak meninggalkan kesan semburan pada fabrik tudung.
Terbaik tidak mengeringkan kulit: Elianto Perfume Body Mist
Formula ini lebih lembut pada kulit berbanding kebanyakan body mist lain dalam senarai ini, sesuai untuk kulit sensitif atau kering.
Body mist Elianto ini boleh dicari di butik ataupun atas talian sangat mudah untuk anda buat pembelian.
Untuk anda peminat bauan yang manis, body mist ini ada 11 piliahn bauan yang haruman dari bau buah-buahan manis hingga bauan floral.
Anda hanya perlukan beberapa semburan sahaja dah cukup membuatkan seluruh badan anda harum dan segar.
Jangan risau, kulit anda juga akan terjaga dengan kandungan glycerin dalam body mist ini akan memastikan kulit kekal lembut dan lembap.
Terbaik untuk kanak-kanak: SilkyGirl Fragrance Mist for Hair Body
Bau yang lebih ringan dan lembut menjadikan ia sesuai dikongsi untuk kanak-kanak atau remaja yang baru mengenali pewangi badan.
2 lagi
Bila badan anda kekal wangi seharian, diri pun turut ceria dan bersemangat sepanjang masa betul tak?
Body mist Silkygirl ini bukan hanya untuk badan, tapi anda boleh gunakannya untuk rambut juga tau.
Dengan harga yang murah, produk berkualiti ini sangat menjimatkan kerana ada fungsi 2 dalam 1. Sangat menjimatkan!
Mempunyai bauan floral, manis dan citrus segar akan membuatkan anda kekal wangi sepanjang hari.
Body mist ini juga sangat sesuai dijadikan hadiah kepada kawan, adik atau saudara anda. Pasti mereka akan sukakannya.
Terbaik untuk badan berpeluh: Pucelle Mist Cologne
Sesuai untuk mereka yang kerap berpeluh dan perlukan penyegar badan sepanjang hari, pada harga yang sangat berpatutan.
2 lagi
Siapa sahaja yang tidak tertarik dengan bau body mist Pucelle, harga yang murah dan baunya sangat wangi.
Paling penting, harga yang murah tak bermakna body mist ini tak berkualiti kerana bauannya memberikan kesan haruman dalam tempoh yang lama tau.
Bila cari body mist, pastikan ada castor oil untuk memastikan kulit anda juga kekal lembap tidak kering akibat alkohol yang terkandung di dalamnya.
Kegunaan 2 dalam 1, untuk body mist dan perfume! Sudahlah murah, tahan lama..rugi kalau anda tak cuba sendiri.
Perlu diingatkan, body mist ini mungkin boleh menyebabkan iritasi jika anda ada kulit sensitif.
Terbaik tahan lama, mewah: Champagne Toast Body Mist Bath Body Works
Pilihan paling premium dalam senarai ini, dengan bau yang lebih pekat dan tahan lebih lama berbanding body mist harga bajet.
2 lagi
Champagne Toast Body Mist Bath Body Works yang memberikan kelembapan pada kulit sekaligus membuatkan anda harum sepanjang hari.
Body mist ini mengandungi Cocamidopropyl Betaine yang akan melindungi kulit anda dari kering dan kekal lembap sepanjang hari.
Selain itu, body mist ini turut mengandungi bahan Oleth-10 yang akan membantu menyingkirkan kotoran pada kulit anda.
Bauan mewah seperti sparkling berries dan sweet tangerine pastinya memberikan keharuman yang segar untuk anda.
Paling menariknya, Peg-120 Methyl Glucose Dioleate antara bahan yang membantu mengurangkan masalah iritasi kulit dari berlaku akibat kandungan alkohol.
Bagaimana Kami Pilih
Kami menyemak harga dan maklumat produk terus daripada penjual di Shopee Malaysia pada 23 September 2026, berdasarkan penilaian pengguna, jumlah jualan dan kandungan yang diiklankan oleh jenama masing-masing. Kami tidak menguji produk ini secara fizikal pada bau setiap kulit; pemilihan dibuat berdasarkan formula yang dinyatakan jenama, harga semasa dan rekod jualan/penilaian di platform tersebut. Harga boleh berubah mengikut promosi peniaga.
Panduan Memilih Body Mist
Beberapa perkara untuk dipertimbangkan semasa memilih body mist yang sesuai:
Semak jenis kulit anda
Kulit sensitif atau kering lebih sesuai dengan formula yang tidak mengandungi alkohol tinggi, supaya kulit tidak menjadi kering selepas digunakan.
Pilih mengikut ketahanan bau
Jika anda memerlukan bau yang kekal sepanjang hari kerja, pilih body mist dengan konsentrasi pewangi lebih pekat berbanding jenis ringan untuk kegunaan santai sahaja.
Perfume vs Body Mist
Perbezaan terutama pada body mist dan perfume adalah pada kandungan kepekatan minyak serta alkohol.
Body mist mempunyai kandungan yang lebih rendah pada kepekatan minyak dan tinggi kandungan alkohol.
Tapi perfume mempunyai kandungan yang tinggi untuk semua bahannya terutama pada kepekatan minyak dan rendah alkohol atau air.
Bila kandungan kepekatan minyak tinggi, harganya akan menjadi lebih mahal tetapi ketahanan bau juga lebih lama.
Body mist pula mempunyai ketahanan bauan wangi hanya beberapa jam sahaja paling lama sehingga 8 jam.
Bagaimanapun, perfume pula ada masanya kita dah basuh baju pun masih melekat baunya.
Cara Pakai Body Mist
Sama seperti anda menggunakan perfume begitu juga cara menggunakan body mist, jom kami kongsikan langkah mudah pakai body mist.
Berikut ini adalah cara menggunakan body mist:
- Pastikan tubuh anda bersih dan kering sebelum menggunakan body mist.
- Goncang botol body mist anda terlebih dahulu sebelum digunakan supaya bahan-bahan yang ada di dalamnya dicampur dengan baik.
- Halakan body mist sekitar 20 cm dari tubuh anda dan kami nasihatkan jangan spray terlalu dekat supaya cecair body mist ini dapat terkena pada seluruh badan.
- Semburkan body mist ini ke arah tubuh dan jangan ke arah wajah atau mata dan pastikan untuk menutup mulut dan hidung.
- Biarkan body mist kering di kulit anda.
- Anda boleh gunakan body mist mengikut kesesuaian anda sepanjang hari.
Apa pun, pilihlah body mist yang terbaik yang mengikut citarasa masing-masing. Selamat mencuba!



