Penjagaan Rambut

8 Hair Mist Terbaik di Malaysia 2026 (Wangi Tahan Lama)

Bagi yang menjaga rambut pasti ada pewangi rambut tapi perlu tahu mana satu yang ada vitamin rambut. Jadi jom lihat senarai perfume rambut wanita terbaik.


Editor · 14 Feb 2023, 11:18am

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

8 Hair Mist Terbaik di Malaysia 2026 (Wangi Tahan Lama)

Secara umumnya, penggunaan pewangi rambut masih lagi baru dalam kalangan wanita rakyat Malaysia.

Tapi bagi yang menekankan penjagaan rambut, hair mist ini sudah tidak asing lagi bagi mereka.

Kandungan

Ini kerana hair mist fungsinya melembabkan, memperbaiki penampilan rambut serta memberi bauan yang menyegarkan.

Bahkan untuk wanita bertudung pun ada hijab mist bagi memastikan bahagian tudung tidak berbau.

Jika kita lihat hair mist yang ada di pasaran sekarang banyak yang sudah menggunakan formula vitamin rambut supaya rambut lebih lembut, wangi dan sihat.

Nak tahu perfume rambut wanita yang paling best dan sesuai untuk rambut anda. Jom lihat senarai di bawah.


8 Hair Mist Terbaik Untuk Rambut

Grace & Glow Daisy Hair Vitamin
Hair mist viral TikTok 1 daripada 8
Grace & Glow Daisy Hair Vitamin Mist Sweet scented
Grace & Glow
Dari RM22.23
Menjadikan rambut volume
Mengandungi vitamin
Melekit sedikit
2 lagi
Mengilaukan rambut
Mengurangkan keguguran rambut

Daisy Hair Vitamin Mist ini mempunyai bau minyak wangi berjenama iaitu Daisy by Marc Jacobs.

Malah, dengan bahan utama Keratin dan Vitamin B5 CE yang boleh memberi banyak manfaat pada rambut.

Antaranya menjadikan rambut mudah diurus, mempunyai lebih banyak volume, dan memberikan kilauan semula jadi.

Bahan penting yang ada dalam hair mist ini adalah Vitamin B5 7% + C 2% + E 2% dan Keratin 10%.

Hasilnya rambut anda akan sukar gugur, mudah diaturkan, rambut bersinar, dan memberikan rambut kelihatan sihat dan segar. 

Sunsilk Hijab Refresh Recharge Vitamin Hair Mist
Hair mist terbaik secara keseluruhan 2 daripada 8
Sunsilk Hijab Refresh Recharge Vitamin Hair Mist
Sunsilk
Dari RM9.90
Memberi alunan pada rambut
Bau wangi sehingga 48 jam
Hanya dijual atas talian
2 lagi
Menjadikan rambut lembut
Tidak berminyak

Sebab menjadi pilihan utama:

Menggunakan formula eksklusif yang mengandungi vitamin rambut dimana sesuai untuk rambut yang memakai hijab atau tidak.

Ciri-ciri:

Kami faham, wanita berhijab kebanyakannya akan menghadapi masalah bau pada rambut dan kulit kepala.

Tapi masalah ini boleh selesai dengan semburan dari Sunsilk yang memberikan bauan harum sehingga 48 jam!

Wangian strawberry, pudina bersama buah tin ekstrak limau dapat menghasilkan bauan yang wangi dan menyegarkan.

Bukan itu saja, rambut yang nipis akan kelihatan beralun membuatkan anda tampil dengan lebih yakin. 

Masalah bau berkurang, rambut juga makin sihat dan cantik.

Review:

“Kebiasaannya, bila berhijab rambut yang tebal cepat sangat berbau. Bila spray je hair mist Sunsilk, rambut dan kulit kepala kekal wangi sepanjang hari”

Safi Shayla Hijab Hair Care Expert Hair Mist
Hair mist untuk hijab 3 daripada 8
Safi Shayla Hijab Hair Care Expert Hair Mist
Dari RM14.89
Rambut kekal wangi 24 jam
Sesuai untuk wanita berhijab
Tidak sesuai untuk kulit kepala berkelemumur
1 lagi
Mengandungi Prov-Vit B5 dan organik habbatus sauda

Masalah utama bila berhijab atau pakai topi adalah kulit kepala mudah berbau apabila kulit kepala berpeluh.

Tapi anda tidak perlu risau kerana hair spray dari jenama Safi ini dapat melambatkan kulit kepala anda berbau.

Dengan hair perfume ini juga, anda tak perlu syampu hari-hari kerana bau wanginya dapat bertahan hingga 24 jam lamanya.

Bukan itu sahaja rambut juga kekal lembap hasil dari semburan hair mist Safi Shayla.

Terdapat juga bahan berkualiti seperti pro-vit B5 dan pelembap rambut semulajadi yang dapat menjadikan rambut sihat bersinar dan lembut.

Chanel Women Chance Eau Tundre Hair Mist
Hair mist for oily hair 4 daripada 8
Chanel Women Chance Eau Tundre Hair Mist
Chanel
Dari RM70
Bau tahan lama
Haruman floral-fruity
Harga mahal
2 lagi
Mempunyai castor oil
Mengandungi Phenyl trimethicone

Hair mist dari jenama Chanel menghasilkan bauan floral fruity dimana dapat menghasilkan wagian yang segar.

Bukan itu saja, terdapat juga kandungan castor oil yang dapat menyingkirkan kotoran pada rambut serta kulit kepala sekaligus menjadikan rambut bersinar dan cantik.

Malah, dengan kandungan Phenyl trimethicone, dapat membuatkan rambut bersinar dan cantik sepanjang hari.

Berbaloi sangat walaupun harganya yang mahal pakai hair mist tapi seluruh badan anda juga wangi seperti pakai perfume!

Dior Roses Hair Mist
Hair mist bebas paraben 5 daripada 8
Dior Roses Hair Mist
Dari RM215
Bauan segar
Bebas pareben
Harga mahal
3 lagi
Tidak berminyak
Mengandungi vitamin
Melembapkan rambut

Bila guna hair perfume dari jenama high-end seperti Dior, pasti jangkaan anda dapat memberi rambut anda sihat dan wangi dalam tempoh yang lama. 

Pewangi rambut ini mempunyai bauan segar iaitu rose dan campuran bauan manis seperti bauan hair mist Dior.

Selain mempunyai bauan yang sedap, hairmist Diot ini juga mengandungi vitamin supaya dapat memberi rambut anda segar dan sihat.

Rambut anda juga lembap sepanjang hari kerana mengandungu glycerin.

Jangan risau, pewangi rambut ini tidak berminyak dan tidak melekit pada rambut anda.

Jo Malone London English Pear and Freesia Hair Mist
Hair mist for fizzy hair 6 daripada 8
Jo Malone London English Pear and Freesia Hair Mist
Dari RM240
Bauan manisan dari buahan
Melembutkan rambut
Boleh menyebabkan rambut kering
2 lagi
Menyinarkan rambut
Bebas paraben

Siapa sahaja tidak kenal dengan wangian dari Jo Malone yang mempunyai berbagai jenis wangian untuk pelbagai kegunaan.

Salah satunya pewangi rambut segar dari english pear, manis dan segar sekaligus mampu untuk menghilangkan bau pada rambut yang terdedah pada asap.

Diperkaya bahan argan oil yang membantu menjadikan rambut lembap sihat dan besinar.

Paling penting, hair mist Jo Malone bebas dari sulfate yang menyebabkan kulit dan rambut anda menjadi terlalu kering.

LUCIDO L Designing Air Hair Spray
Hair mist yang menyegarkan 7 daripada 8
LUCIDO L Designing Air Hair Spray
Dari RM16.72
Melembapkan rambut
Melindungi kulit dari iritasi
Tidak mempunyai bauan haruman seperti perfume
1 lagi
Menyegarkan kulit kepala

Perfume rambut yang terbaik adalah harga yang murah dan mempunyai bahan yang berkualiti.

Perfume rambut Watsons ini diperkaya dengan habbatussauda melindungi kulit dari masalah iritasi. 

Bahan seperti glyecerin pula menjadikan rambut kekal lembap dan sihat sepanjang hari. 

Buan menthol memberikan kesan segar pada kulit kepala, malah ianya tidak menyebabkan rambut anda mengerbang. 

Menarikkan, harga yang murah kandungan bahan pula berkualit!

Faith Fleur Hair Mist
Spray rambut lelaki 8 daripada 8
Faith Fleur Hair Mist
Dari RM39.90
Membekalkan vitamin pada rambut
Mengurangkan kegatalan
Hanya boleh buat pembelian secara online, tiada di drugstore
3 lagi
Melembutkan rambut
Tidak beminyak
Anti fungus

Percaya atau tidak hair mist dari jenama Faith Fluer ini sesuai untuk kaum lelaki yang sangat menjaga penjagaan rambut mereka.

Lagipun, jika anda perasan kebanyakkan jenama pewangi rambut menyebabkan rambut kering.

Tapi disebabkan hair mist ini mengandungi castor oil yang berfungsi melembutkan rambut. 

Bagi anda yang memiliki rambut berwarna, tak perlu risau pewangi rambut selamat untuk digunakan pada rambut berwarna.

Pewangi rambut Faith Fluer, bebas fungus yang menyebabkan iritasi pada kulit kepala anda. 

Dengan harga yang mampu milik, pewangi rambut ini mempunyai vitamin dan mengurangkan masalah kulit kepala yang gatal.


Apa Beza Hair Mist & Hair Serum?

Untuk pengetahuan anda, hair mist dan hair serum merupakan dua produk yang rawatan rambut yang berbeza.

Hair mist adalah cairan yang dapat diaplikasikan pada rambut sebagai penyegar rambut.

Kandungannya biasanya mengandungi bahan-bahan ringan seperti air dan bahan-bahan pelembab seperti glycerin dan aloe vera yang boleh dijadikan penyegar rambut.

Hair mist juga dapat memberi kelembaban dan rambut yang lebih lembut dan berkilau.

Hair mist merupakan pewangi rambut yang menjadikan rambut kulit kepala tidak berbau hapak, berbau akibat bauan dari pencemaran bau dan rutin seharian terutama bila berpeluh. 

Malangnya, kebanyakkan hair mist boleh menyebabkan iritasi dan rambut kering.

Berbeza dengan hair serum, dimana berfungsi melindungi rambut dan menyihatkan rambut anda.

Dalam erti kata mudah, walaupun pakai hair mist, anda masih perlu menggunakan hair serum supaya dapat memastikan rambut anda lembut dan berkilau.

Lagipun hair serum dapat membekalkan vitamin dan melindungi rambut dari bahan yang merosakkan.

Natijahnya, hair mist digunakan untuk memberikan kelembaban dan penyegaran pada rambut.

Manakala hair serum digunakan untuk memberikan nutrisi dan melindungi rambut dari kerosakkan.


Apakah Kebaikkan Hair Mist?

Jawapan paling mudah dan menarik perhatian, menggunakan perfume rambut ini untuk anda yang menginginkan rambut kekal wangi tapi tidak sempat mencuci rambut. 

Yelahkan, nak basuh setiap hari menggunakan shampoo pun tak elok, jadi nak kurangkan bau yang tak senang pada rambut boleh guna hair mist. 

Rambut akan kekal wangi bebas daripada bauan hapak dan hair mist kebiasaannya tidak berminyak dan mudah menyerap pada rambut. 

Paling best, bila anda berpeluh selepas melakukan aktiviti sukan atau berkaitan. Hanya perlu spray untuk hilangkan bau hapak itu. 

Ingin diingatkan, pakai haist mist bukan bermaksud tak perlu shampoo rambut ye, sekadar untuk mengurangkan bauan hapak dan masa yang singkat.

Lifesaver untuk setiap wanita dan semua lelaki yang menjaga penampilan. 


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation