Jawapan ringkas: hair dryer terbaik secara keseluruhan di Malaysia ialah Philips 3000 Series BHD308/13 pada RM130 di Shopee Malaysia (harga disemak 4 November 2026), sesuai untuk kegunaan harian kerana boleh dilipat dan ada perlindungan haba, tetapi kuasanya hanya 1600W. Jika bajet terhad, Khind HD1400 pada RM63 dan Canel&Co Big Wind pada RM16.60 ialah pilihan paling murah, manakala Elba EHD-G2037 pada RM73 ada cop SIRIM. Kami tidak membeli atau menguji hair dryer ini.
Pemanas rambut atau pengering rambut boleh dikatakan penting bagi sebahagian besar golongan wanita kerana dapat membantu mempercepatkan pengeringan rambut.
Kandungan
- Terbaik Secara Keseluruhan: Philips 3000 Series Hair Dryer BHD308/13
- Terbaik untuk Jaminan Panjang: Russell Taylors Quick & Shine Hair Dryer (1800W) HD2
- Terbaik untuk Bajet Rendah: Khind Hair Dryer - HD1400
- Terbaik untuk Travel: CANEL&CO Big Wind Blue Ray Ionic Tech 2200
- Terbaik untuk Kegunaan Harian: Elba 3-heat Setting Hair Dryer With Cool Shot Function EHD-G2037(BK)
- Terbaik untuk Lipat dan Ion: Xiaomi Mijia Hair Dryer Negative Ion Anion H101 2nd Generation
- Terbaik untuk Pengering Laju: Simplus ULTRA HIGH SPEED Hair Dryer
- Terbaik untuk Pengering Laju Premium: GAABOR Ultra High Speed Hair Dryer
- Terbaik untuk Gaya Salon: DESSINI ITALY Professional Ionic Ceramic Hair Dryer (3000W)
- Bagaimana Kami Memilih
- Fungsi Hair Dryer
- Tips Pilih Hair Dryer Terbaik
- Perbezaan Ceramic Dan Ionic Hair Dryer
- Soalan Lazim
Malah, bukan saja golongan wanita, lelaki yang mempunyai rambut yang tebal atau panjang juga memerlukan hair dryer yang bagus untuk merapi rambut mereka.
Lagipun hair dryer berfungsi meluruskan rambut, bantu curly, mengelakkan rambut dari kembang dan bagi yang berhijab dapat mengelakkan rambut berbau kepam.
Jadi bagi yang ingin upgrade hair dryer terbaru atau baru nak beli hair dryer, jom lihat senarai jenama pengering rambut dan juga harga hair dryer berbaloi di bawah.
CANEL&CO Big Wind Blue Ray Ionic Tech 2200RM16.60Lazada
Khind Hair Dryer - HD1400RM63Lazada
DESSINI ITALY Professional Ionic Ceramic Hair Dryer (3000W)RM499Lazada
Philips 3000 Series Hair Dryer BHD308/13RM130Lazada
Elba 3-heat Setting Hair Dryer With Cool Shot Function EHD-G2037(BK)RM73Shopee
GAABOR Ultra High Speed Hair DryerRM459Lazada
Simplus ULTRA HIGH SPEED Hair DryerRM208.80Lazada
Xiaomi Mijia Hair Dryer Negative Ion Anion H101 2nd GenerationRM85Lazada
Russell Taylors Quick & Shine Hair Dryer (1800W) HD2RM87.99Lazada
Terbaik Secara Keseluruhan: Philips 3000 Series Hair Dryer BHD308/13
1 lagi
Bagi mereka yang sertiap hari mengeringkan rambut menggunakan hair dryer, pilihlah hair dryer Philips 3000 Series Hair Dryer BHD308/13 ini.
Ini kerana hair dryer ini direka mempunyai sistem ThermoProtect yang mencampurkan udara panas dan sejuk untuk penjagaan rambut harian.
Terdapat 3 suhu dan kelajuan boleh laras serta terdapat sistem cool air untuk finishing bagi mengelakkan rambut anda dari rosak atau retak.
Jangan risau, hair dryer ini mudah dibawa kemana saja kerana bahagian pemegang boleh dilipat supaya tidak makan banyak ruang.
Terbaik untuk Jaminan Panjang: Russell Taylors Quick & Shine Hair Dryer (1800W) HD2
1 lagi
Pengering rambut ini mempunyai saiz yang kecil dan ia ringan, menjadikannya mudah digunakan dan dibawa sekiranya anda perlu pergi travel.
Reka bentuk ergonomiknya mengelakkan kekejangan lengan, memastikan anda boleh pegang dengan selesa dan tak cepat rasa penat.
Dengan tiga tetapan suhu dan dua tetapan kelajuan, anda boleh adjust pengering rambut ini mengikut keperluan anda.
Pengering rambut ini juga dilengkapi dengan penapis yang boleh ditanggalkan, membolehkan pembersihan habuk dan rambut dengan mudah, memastikan prestasi yang optimum.
Sementara itu, turut ada fungsi cool shot bagi melicinkan cuticle rambut, mencipta kilauan dan kelembutan maksimum rambut anda.
Inilah hair dryer yang sesuai untuk semua jenis rambut.
Terbaik untuk Bajet Rendah: Khind Hair Dryer - HD1400
1 lagi
Mungkin ada yang berambut keriting dan memerlukan hair dryer yang betul untuk mengeringkan rambut jenis ini.
Jadi, hair dryer Khind jenis HD1400 adalah pilihan tepat kerana dengan kuasa 1400W dapat mempercepatkan proses pengeringan rambut.
Malah, dengan berat 0.6kg tangan anda tidak lenguh untuk mengeringkan rambut anda yang keriting dalam jangka masa panjang.
Tambah pula dengan ciri premium metal honeycomb Air-Intel grille rambut anda tidak akan mudah rosak atau retak akibat haba yang terlalu panas.
Bahagian suhu terdapat 3 jenis kelajuan dan kepanasan yang anda boleh laras serta mempunyai Cool Shot Button.
Terbaik untuk Travel: CANEL&CO Big Wind Blue Ray Ionic Tech 2200
1 lagi
Bagi yang sukakan travel dan memerlukan hari dryer sepanjang percutian, kami sarankan hair dryer jenama CANEL&CO ini.
Bersaiz kompak 19cm (tinggi) x 6.5cm (lebar), menjadikan mudah disimpan di dalam bagasi tanpa memerlukan ruang yang banyak.
Terdapat dua mode iaitu udara biasa dan udara panas dengan kuasa 1000W dan ciri lain, anti jatuh.
Paling best, terdapat banyak pilihan warna iaitu pink, hitam, putih, biru, kelabu dan hijau. Warna pun sesuai untuk lelaki dan wanita.
Terbaik untuk Kegunaan Harian: Elba 3-heat Setting Hair Dryer With Cool Shot Function EHD-G2037(BK)
1 lagi
Pengering rambut ini menggunakan power sebanyak 1,800-2,000W untuk mengeringkan rambut selama 5 hingga 8 minit bergantung pada panjang dan ketebalan rambut.
Mempunyai 3 jenis panas boleh laras dengan 2 kelajuan yang boleh dikawal jadi jika hair dryer anda terlalu panas, anda boleh laraskan kepada kurang panas.
Penggunaan mod ini bergantung pada keadaan rambut anda. Jika nipis gunakan paling perlahan, jika tidak, sebaliknya.
Lagi satu, anda tidak perlu risau mesin hair dryer panas jika keringkan terlalu panas sebab terdapat Overheating Protection.
Jika anda berambut kerinting, anda boleh tukar kepala hair dryer kepada aksesori Big Diffuser untuk keringkan rambut.
Terbaik untuk Lipat dan Ion: Xiaomi Mijia Hair Dryer Negative Ion Anion H101 2nd Generation
1 lagi
Pengering rambut Xiaomi Mijia Ion Negatif Anion H101 Generasi ke-2 ini merupakan hair dryer boleh dilipat, padat dan mudah alih
Ia direka untuk penggunaan yang mudah di rumah atau mudah dibawa jika anda pergi travel.
Selain itu, ia mempunyai magnetik anti-melecur 360° yang menghantar aliran udara berkelajuan tinggi untuk pengeringan cepat sambil memastikan keselamatan dengan reka bentuk struktur dua lapisan.
Dikuasakan dengan motor berkelajuan tinggi 20,000 RPM dan dilengkapi dengan angin kuat 15m/s dan 6 bilah airfoil, pengering rambut ini menawarkan jumlah udara yang kuat untuk pengeringan cepat dan cekap.
Tambahan lagi, hair dryer ini juga tidak menghasilkan bunyi bising yang kuat.
Terbaik untuk Pengering Laju: Simplus ULTRA HIGH SPEED Hair Dryer
1 lagi
Hair dryer jenama Simplus ini mempunyai aliran udara kuat 63.3M/S, mengeringkan rambut anda dengan cekap tanpa bergantung sepenuhnya pada haba.
Disebabkan ia tidak menghembuskan udara panas untuk mengeringkan rambut, jadi ia dapat memastikan tiada kerosakan pada rambut.
Selain itu, ia diperkaya dengan 400 juta ion negatif, memberikan penjagaan ion negatif yang terbaik dan menjadikan rambut anda lebih licin dan sihat.
Dengan 2 kelajuan dan 4 tetapan suhu (Panas, Suam, Sejuk, Edaran Panas & Sejuk), anda boleh menyesuaikan mod pengeringan mengikut keperluan anda.
Pengering rambut ini dilengkapi dengan pemegang magnet yang mudah dan muncung magnet yang boleh tanggal untuk penggayaan yang tepat dan penyimpanan yang mudah.
Terbaik untuk Pengering Laju Premium: GAABOR Ultra High Speed Hair Dryer
1 lagi
Pengering Rambut jenama GAABOR ini direka dengan ciri-ciri canggih, dilengkapi dengan aliran udara ultra-kuat 13,000 RPM.
Ia boleh mengeringkan rambut anda dalam masa 1 hingga 3 minit sahaja, sangat cepat!
680 juta ion negatif juga dilepaskan bagi mengunci nutrisi rambut, memastikan rambut lebih licin dan sihat.
Selain itu, ia mempunyai nozel sedutan magnetik yang membolehkan penggayaan yang tepat, manakala reka bentuk yang ringan memudahkan anda membawanya jika perlu travel.
Dengan 8 mod pengeringan dan tetapan kelajuan dan suhu yang boleh disesuaikan (2 kelajuan + 4 suhu), anda boleh menyesuaikan hair dryer ini mengikut keperluan semasa anda.
Tambahan lagi, hair dryer ini dilengkapi teknologi kawalan suhu NTC yang akan memantau suhu 100 kali sesaat untuk mengelakkan kerosakan rambut.
Antara ciri menarik lain, mesin pengering rambut ini tidak menghasilkan bunyi bising yang terlalu kuat dengan teknologi pengurangan bunyi 57dB.
Terbaik untuk Gaya Salon: DESSINI ITALY Professional Ionic Ceramic Hair Dryer (3000W)
2 lagi
Pengering rambut dari jenama Dessini Italy model DS-5581 ini sesuai untuk semua jenis rambut tidak kira keriting atau lurus.
Ini kerana kuasanya 3000W dan mempunyai 6 tahap kelajuan dan suhu boleh laras mengikut kesesuaian jenis rambut anda.
Terdapat juga turbo boost untuk pengeringan rambut yang lebih cepat jika anda mempunyai rambut tebal atau panjang.
Dengan penggunaan teknologi suhu berterusan dapat menjadikan rambut anda lebih bersinar dan licin.
Jangan risau rambut retak akibat hair dryer kerana hair dryer ini menggunakan anti-radiasi dimana dapat mengelakkan rambut dari rosak.
Tidak hairanlah jika ada sering lihat hair dryer ini digunakan di saloon rambut wanita.
Bagaimana Kami Memilih
Pada 4 November 2026, kami menyemak semula penyenaraian Shopee Malaysia bagi setiap model dalam senarai ini dan mengesahkan harga pada penyenaraian yang dipautkan. Penyenaraian yang tidak lagi boleh disahkan atau sudah bertukar kepada produk lain dikeluarkan, dan pautan diganti dengan penyenaraian aktif. Kami melihat harga, jumlah jualan dan penilaian penjual; kami tidak membeli atau menguji hair dryer ini sendiri, jadi ulasan kami berdasarkan spesifikasi dan rekod jualan, bukan ujian kegunaan.
- Harga yang dinyatakan ialah harga terendah pada penyenaraian yang dipautkan, dalam ringgit, pada tarikh disemak.
- Model tanpa jualan (GAABOR dan Dessini) kami kekalkan kerana penyenaraian wujud, tetapi kami nyatakan ia belum mempunyai rekod jualan.
- Pautan beli melalui Shopee dan Lazada; sahkan jaminan dan penjual sebelum membayar.
Fungsi Hair Dryer
Pengering rambut adalah alat yang sangat berguna dalam rutin penjagaan rambut harian anda.
Ia berfungsi untuk mengeringkan rambut dengan cepat selepas mencuci atau mandi, menjimatkan masa berbanding pengeringan secara semula jadi.
Pengering rambut juga membantu dalam penggayaan rambut dengan memberikan bentuk dan kelantangan.
Dengan tetapan suhu dan kelajuan yang boleh disesuaikan, pengering rambut dapat disesuaikan mengikut jenis dan keperluan rambut anda.
Fungsi cool shot, yang terdapat pada banyak model juga dapat membantu melicinkan cuticle rambut untuk memberikan kilauan dan kelembutan maksimum.
Selain itu, pengering rambut dengan teknologi ion negatif membantu mengurangkan keriting dan statik, menjadikan rambut lebih licin dan mudah diurus.
Hair dryer juga sangat berguna untuk membuat pelbagai gaya rambut, dari lurus hingga beralun, sesuai untuk setiap mempersiapkan anda ke majlis atau keluar bersiar bersama tersayang.
Tips Pilih Hair Dryer Terbaik
Memilih hair dryer yang sesuai boleh memberikan perbezaan besar dalam rutin penjagaan rambut anda.
Berikut adalah beberapa tips yang anda boleh ikut untuk membantu memilih pengering rambut terbaik:
- Daya dan Kelajuan
Pilih pengering rambut dengan kuasa tinggi (sekitar 1800W atau lebih) untuk pengeringan yang cepat dan efisien.
Pengering rambut dengan pelbagai tetapan kelajuan dan suhu dapat memberikan anda kawalan yang lebih baik dan melindungi rambut daripada kerosakan haba.
- Teknologi Ionik
Pengering rambut dengan teknologi ion negatif membantu mengurangkan keriting dan statik, menjadikan rambut lebih licin dan bersinar.
Ion negatif juga membantu mengeringkan rambut lebih cepat dengan memecahkan molekul air.
- Fungsi Cool Shot
Fungsi cool shot membantu mengunci gaya rambut anda dengan melepaskan udara sejuk untuk menutup cuticle rambut, memberikan kilauan dan kelembutan maksimum.
- Berat dan Reka Bentuk Ergonomik
Pilih pengering rambut yang ringan dan mempunyai reka bentuk ergonomik untuk mengelakkan kekejangan lengan dan memberikan keselesaan semasa penggunaan.
Pengering rambut yang boleh dilipat sangat sesuai untuk dibawa semasa travel.
- Aksesori Tambahan
Nozel dan diffuser adalah aksesori berguna yang membantu dalam penggayaan rambut yang lebih khusus.
Nozel membantu mengarahkan aliran udara untuk pengeringan tepat, manakala diffuser membantu dalam mengeringkan rambut keriting tanpa mengganggu bentuk ikal semula jadi.
- Penapis yang Boleh Ditanggalkan
Penapis yang boleh ditanggalkan memudahkan pembersihan pengering rambut dan memastikan prestasi yang optimum.
- Kawalan Suhu
Pengering rambut dengan pelbagai tetapan suhu membolehkan anda menyesuaikan panas mengikut jenis rambut anda.
Rambut halus memerlukan suhu yang lebih rendah, manakala rambut tebal boleh bertoleransi dengan suhu yang lebih tinggi.
- Jangka Hayat dan Jaminan
Pastikan pengering rambut yang anda pilih mempunyai jangka hayat yang panjang dan dilengkapi dengan jaminan untuk perlindungan tambahan.
Dengan mempertimbangkan faktor-faktor ini, anda dapat memilih pengering rambut yang terbaik untuk memenuhi keperluan dan jenis rambut anda, serta memastikan rambut anda sentiasa sihat dan bergaya.
Perbezaan Ceramic Dan Ionic Hair Dryer
Memilih hair dryer yang sesuai adalah penting untuk memastikan hasil penggayaan yang terbaik dan dalam masa yang sama menjaga kesihatan rambut anda.
Dua jenis pengering rambut yang popular adalah pengering rambut seramik dan ionic.
Pengering rambut seramik menggunakan elemen pemanasan yang diperbuat daripada seramik atau mempunyai lapisan seramik, menghasilkan haba yang sekata dan konsisten yang kurang merosakkan rambut.
Ia sesuai untuk semua jenis rambut, terutama rambut halus atau mudah rosak kerana haba yang lembut dan sekata mengurangkan risiko kerosakan.
Namun, ia mungkin kurang efektif untuk mengeringkan rambut yang sangat tebal atau kasar dengan cepat.
Sebaliknya, pengering rambut ionic menghasilkan ion negatif yang memecahkan molekul air menjadi lebih kecil, mempercepat proses pengeringan dan mengurangkan masa pengeringan sehingga 50%.
Pengering rambut ionic juga mengurangkan keriting dan statik dengan membantu menutup cuticle rambut, menjadikan rambut lebih licin dan bersinar.
Ia sangat efektif untuk rambut tebal dan keriting tetapi mungkin tidak sesuai untuk rambut halus kerana boleh menyebabkan rambut kelihatan rata atau tidak lebat.
Selain itu, pengering rambut ionic biasanya lebih mahal daripada pengering rambut seramik.
Memilih antara pengering rambut seramik dan ionic bergantung pada jenis rambut dan keperluan penggayaan anda.
Pengering rambut seramik lebih sesuai untuk rambut halus atau mudah rosak, manakala pengering rambut ionic lebih sesuai untuk rambut tebal atau keriting yang memerlukan pengeringan cepat dan pengurangan keriting.
Soalan Lazim
Hair dryer mana yang terbaik di Malaysia?
Philips 3000 Series BHD308/13 pada RM130 ialah pilihan keseluruhan kami kerana boleh dilipat, ada perlindungan haba dan dijual oleh kedai rasmi Philips. Kuasanya 1600W, jadi ia kurang laju berbanding model 2000W untuk rambut yang sangat tebal.
Berapa harga hair dryer paling murah?
Canel&Co Big Wind pada RM16.60 ialah yang paling murah dalam senarai ini, dengan lebih 1,000 unit terjual di Shopee. Ia hair dryer kecil untuk travel dan kurang sesuai untuk rambut lebat. Khind HD1400 pada RM63 ialah pilihan murah yang lebih berkuasa.
Hair dryer mana yang bagus untuk travel?
Canel&Co (19cm tinggi) ialah yang paling kompak, manakala Khind HD1400, Xiaomi Mijia H101 dan Philips 3000 Series boleh dilipat. Semak jenis plag dan voltan negara tujuan sebelum membawanya.
Apakah beza hair dryer ion dan biasa?
Hair dryer ion menghasilkan ion negatif untuk mengurangkan statik dan keriting. Penerangan penuh ada di bahagian perbezaan ceramic dan ionic di bawah. Dalam senarai ini, Xiaomi Mijia H101, Simplus, GAABOR dan Dessini menyatakan teknologi ion.
Berbaloikah hair dryer laju seperti Simplus dan GAABOR?
Simplus pada RM208.80 (varian Pink) mencatat 48 jualan di Shopee, manakala GAABOR pada RM459 belum mempunyai rekod jualan pada penyenaraian yang kami pautkan setakat 4 November 2026. Jika anda mahu model laju, Simplus lebih munasabah dari segi harga dan rekod jualan.
Artikel Berkaitan




