Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
hair tonik terbaik

10 Hair Tonic Terbaik di Malaysia 2023 (Pelebat Rambut)

Cuba atasi masalah rambut dengan ubat pelebat rambut yang sesuai!

Hair tonic untuk apa? Hair tonic merupakan salah satu suplemen tambahan untuk kulit kepala dan bertindak sebagai pelebat rambut. 

Kebanyakan tonik rambut terbaik dihasilkan bukan hanya untuk mencantik tapi bagi membantu mengatasi masalah rambut.

Antara masalah rambut yang sering terjadi adalah keguguran rambut, masalah kelemumur, rambut nipis, gatal kepala dan lain-lain.

Jadi tidak hairanlah di pasaran kini terdapat banyak jenis tonik rambut gugur atau hair tonic untuk rambut gugur. 

Macam mana nak tahu ubat pelebat rambut yang mana bagus dan sesuai dengan rambut kita?

Jom kita lihat senarai hair tonic terbaik atau ubat rambut gugur untuk melebatkan rambut.


Senarai 10 Hair Tonic Terbaik

Hair tonic terbaik secara keseluruhan
Watsons
Tonik rambut dari bahan asas yang natural di drugstore
Semak Naturals by WATSONS Aloe Vera Hair & Scalp Tonic harga dibawah:
add_circle Kaya dengan kebaikan Aloe Vera
add_circle Melembapkan kulit kepala
add_circle Halang dari terjadi kelemumur dan rambut gugur
add_circle Bebas Paraben
remove_circle Botol mudah rosak

Sebab menjadi pilihan utama:

Paling menarik bila pakai produk ini, tonik rambut ini berbau wangi dan terdapat beberapa jenis pilihan bau mengikut cita rasa anda.

Ciri-ciri:

Produk keluaran drugstore, Watsons ini mengandungi Aloe Vera dan diformulasikan dari Salicylic Acid.

Salicylic Acid adalah bahan terbaik untuk menghalang kelemumur serta mengawal penghasilan sebum untuk kulit kepala yang kering dan berminyak. 

Produk tonik rambut ini bebas Paraben dan pewarna tiruan serta mengandungi bahan yang tidak membahayakan kulit kepala anda sesuai untuk kulit sensitif.

Gunakan tonik rambut ini selepas membasuh rambut dengan syampu dan conditioner untuk membuatkan rambut anda lebih bermaya dan kelihatan bersinar!

Review:

‘Kulit kepala kurang berminyak dan tiada lagi bau hapak yang selalu ada selepas mencuci kepala.’’

Hair tonic untuk rambut cepat panjang
Regan Extra Hair Reactive Hair Fall Control Tonic
Semak Regan Extra Hair Reactive Hair Fall Control Tonic harga dibawah:
add_circle Mempunyai vitamin, minerals dan anti oksidan
add_circle Melebatkan rambut
add_circle Mengurangkan rambut gugur
remove_circle Perlu menggunakan setiap hari bagi kesan terbaik

Rambut gugur adalah perkara paling sering terjadi dan jenama hair tonic ini sangat baik untuk pertumbuhan rambut.

Ini kerana bahannya diformulasi dari negara German dan tonik ini mempunyai vitamins, nutrisi, minerals serta antioksidan.

Semua bahan ini membantu untuk memberi kelembapan pada kulit, mempercepatkan pertumbuhan rambut serta mengawal rambut gugur.

Hasilnya rambut lebih tebal, kurang rambut gugur dan kekal wangi.

Selain tekstur tonik rambut sedikit berair dan wangi, rekaan bentuk botol mudah untuk anda pakai pada kulit kepala. 

Nasihat kami, kalau takut tumpah anda boleh refill pakai spray bottle kecil dan tonik rambut ini sesuai disapukan pada rambut yang lembap.

Hair tonic untuk rambut gugur dan kelemumur
Audace Preven Anti-Dandruff Hair Tonic
Semak Audace Preven Anti-Dandruff Hair Tonic harga dibawah:
add_circle Bebas Paraben
add_circle Menghilangkan kepingan kelemumur
add_circle Mengurangkan kegatalan
remove_circle Cepat habis dalam pasaran

Tidak dinafikan, rasa gatal pada kepala ini membuatkan kita rasa tidak selesa dan kelihatan pelik sebab asyik tergaru-garu.

Jangan pening dan malu lagi, anda boleh gunakan hair tonic terbaik dari Audace ini. 

Dicipta khas bagi anda yang mempunyai masalah gatal kepala, kulit kepala berminyak dan kelemumur. 

Produk hair tonic dari Audace ini bebas Paraben bagi anda yang mempunyai kulit sensitif.

Selepas penggunaan anda akan rasa sejuk pada bahagian kulit kepala, tidak rasa gatal dan kepingan kelemumur pada kepala juga akan berkurangan.

Paling penting, tonik rambut ini juga akan membuatkan rambut anda lembut dan berbau wangi seperti syampu bayi.

Hair tonic terbaik Watsons
Hair System Anti Dandruff by Watsons
Semak Hair System Anti Dandruff by Watsons harga dibawah:
add_circle Dari Ginseng estrak
add_circle Baik untuk kesihatan akar rambut
add_circle Mempunyai Salicylic Acid
remove_circle Disarankan pakai bersama serum rambut

Salicylic Acid sangat bagus dan berkesan untuk kesihatan kulit kepala terutamanya bagi masalah rambut gugur dan kelemumur.

Fungsi hair tonic terbaik ini akan menyingkirkan kulit mati dan membersih kulit kepala. 

Bukan itu sahaja, penggunaan yang konsisten akan berkesan untuk mengurangkan masalah rambut gugur dan meningkatkan pertumbuhan rambut baru.

Diperbuat dari ekstrak Ginseng serta kafein membuatkan rambut kekal lembut, lembap!

Jika anda mahukan tonik rambut yang mudah digunakan, anda boleh guna Hair System Anti Dandruff by Watsons sebab boleh spray sahaja!

Hair tonic untuk lelaki
SEBORIN
SEBORIN Active Hair Tonic
Semak SEBORIN Active Hair Tonic harga dibawah:
add_circle Pro vitamin B5
add_circle Ginseng estrak
add_circle Mengurangkan rambut gugur
add_circle Botol besar
remove_circle Mempunyai pewangi
remove_circle Harga mahal

SEBORIN Active Hair Tonic mengandungi ginseng yang terkenal dengan pelbagai kegunaan terutama bagi kesihatan rambut dan kulit kepala. 

Tambah pula dengan kandungan vitamin B5, tonik rambut ini dapat bertindak bagi memperbanyakkan pertumbuhan anak rambut.

Kami sarankan anda sebaiknya sapu pada bahagian rambut yang nipis atau kurang rambut untuk melebatkan rambut.

Selepas beberapa kali penggunaan, pastinya kesihatan dari akar rambut hingga rambut akan lebih terjaga.

Produk ini mempunyai bau lebih sesuai untuk lelaki kerana bauannya kuat dan sedikit maskulin.

The Tonic Lab by ZAEM's Blackcurrant Extract Purple Hair Tonic
Semak The Tonic Lab by ZAEM's Blackcurrant Extract Purple Hair Tonic harga dibawah:
add_circle Senang meresap
add_circle Mengawal sebum dan minyak dikulit kepala
add_circle Sesuai untuk muslimah berhijab
add_circle Mengandungi vitamin B5 dan Biotin
remove_circle Tekstur sedikit cair

Anda mencari tonik rambut yang sesuai untuk rambut kelemumur dan mengawal rambut gugur teruk?

Jom cuba The Tonic Lab by ZAEM's Blackcurrant Extract Purple Hair Tonic ini yang bagus untuk melebatkan anak rambut dan mengurangkan masalah kulit kepala kering.

Sesuai untuk muslimah berhijab bagi memastikan kulit kepala kekal terhidrasi dan rambut sentiasa berbau wangi.

Kelebihan vitamin B5 dan Biotin yang terkandung dalam produk ini akan merangsang pertumbuhan di rambut dan bantu menguatkan struktur rambut. 

Jika anda pakai tonik rambut ini secara konsisten, pasti tiada lagi masalah keguguran rambut.

Walaupun teksturnya sedikit cair, tapi produk mudah meresap ke dalam kulit kepala dan kesan penggunaannya sangat cepat.

Hair tonic terbaik & murah
Shizen tonic Tonik rambut hair
Semak Shizen tonic Tonik rambut hair harga dibawah:
add_circle Merangsang pertumbuhan rambut baru
add_circle Menguatkan akar rambut
add_circle Rasa berangin pada kulit kepala
add_circle Tekstur tidak melekit
remove_circle Botol kaca mudah pecah

Hair Tonic Shizen ini sangat sesuai untuk mereka yang anda masalah rambut gugur, boleh merangsang pertumbuhan rambut baru sambil menguatkan akar rambut.

Produk ini akan berikan rasa sensasi yang dingin di kulit kepala, tekstur tidak melekit dan tidak berminyak. 

Rasa berangin pada kulit kepala akan mengurangkan rasa gatal dan akan merawat masalah kelemumur pada rambut anda. 

Cara penggunaannya sangat mudah, selepas anda keringkan rambut dengan tuala, semburkan produk pada kulit kepala dengan rata dan urut kulit kepala anda dengan perlahan.

Disebabkan produk ini menggunakan botol kaca, kami sarankan anda menyimpannya di tempat yang tertutup dan selamat. 

Hair tonic untuk rambut gugur
Tonik Rambut Minyak Zaitun
Semak Tonik Rambut Minyak Zaitun harga dibawah:
add_circle Menghitamkan rambut
add_circle Menguatkan akar rambut
add_circle Diperbuat dari bahan asli
remove_circle Botol kecil

Keberkesanan tonik rambut terbaik minyak Zaitun ini mampu mengurangkan masalah rambut gugur dan sesuai untuk kegunaan harian.

Tonik ini diperbuat dari sumber asli sekaligus baik untuk anda yang mempunyai kulit sensitif.

Berfungsi untuk menguatkan rambut dan membuatkan rambut kelihatan tebal, anda boleh mendapatkan hasil rambut yang lebih cantik.

Produk melebatkan rambut ini juga bagus untuk menjaga kesihatan akar rambut serta kulit kepala dan boleh menghitamkan rambut.

Cara penggunaannya mudah, lumurkan rata ke kulit kepala dan rambut ketika rambut masih lembap dan urutkan perlahan untuk melancar aliran darah di kepala.

Hair tonic untuk kulit kepala gatal
VASIA Tonik Subur Rambut
Semak VASIA Tonik Subur Rambut harga dibawah:
add_circle Mengandungi bahan asli
add_circle Menggalakkan pertumbuhan rambut
add_circle Menyihat dan menyegarkan kulit kepala
add_circle Bau wangi
remove_circle Tekstur sedikit cair

Tonik Subur Rambut V’Asia dirumus khas daripada ramuan semulajadi seperti Aloe Vera, zaitun, Ginkgo Biloba, bunga raya, susu kambing dan akar ginseng.

Bahan asli ini sangat berkesan untuk menyubur, mengukuh, melebat dan menggalakkan pertumbuhan rambut dengan baik.

Selain itu, tonik rambut ini akan bantu anda melembapkan rambut, membuatkan rambut nampak bersinar dan rambut anda akan mudah dirapi.

Tonik rambut ini juga akan mengurangkan masalah rambut gugur, bercabang dan kelemumur serta sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan. 

Menarik lagi, tonik rambut ini akan menghasilkan melanin bagi mengekalkan warna hitam rambut sambil membekalkan nutrisi, protein, vitamin dan mineral yang lengkap untuk rambut. 

Hair tonic untuk kelemumur
Pelebat rambut Hair Toner Hair Tonic
Semak Pelebat rambut Hair Toner/ Hair Tonic harga dibawah:
add_circle Boleh pakai ketika solat
add_circle Melebatkan rambut
add_circle Rawat masalah bau rambut
add_circle Kurangkan masalah ubat
remove_circle Saiz botol kecil

Antara kebaikan dan manfaat  Pelebat rambut Hair Toner/ Hair Tonic ini adalah bagus untuk melebatkan rambut sambil merawat masalah keguguran rambut.

Dengan penggunaan yang konsisten, produk ini mampu menguatkan rambut dari akar hingga ke hujung, menghilangkan masalah rambut berbau dan mengekalkan kesegaran rambut.

Selain mengurangkan masalah kelemumur, tonik rambut ini juga akan mengurangkan masalah uban rambut anda dan memastikan rambut kekal lembut. 

Sesuai untuk peringkat umur yang ada masalah kulit kepala gatal dan berkerak.

Paling penting, produk ini boleh dipakai ketika solat dan botol kecil ini mudah dibawa bersama ke mana-mana saja. 


Bila Masa Yang Sesuai Untuk Pakai Tonik Rambut?

Tonik rambut boleh digunakan apabila anda menghadapi masalah rambut seperti rambut gugur, rambut kering, atau kulit kepala yang berminyak.

Anda boleh menggunakan tonik rambut sebagai penambah nutrisi dan merangsang pertumbuhan rambut.

Jika rambut anda cenderung bercabang dan rosak, tonik rambut juga boleh membantu mengurangkan masalah ini.

Penggunaan tonik rambut bergantung pada jenis rambut dan masalah rambut yang ingin diselesaikan, tetapi biasanya digunakan secara berkala, seperti sekali atau dua kali sehari.

Sebelum menggunakan tonik rambut, elakkan daripada menggunakan terlalu banyak produk atau menggunakannya terlalu kerap.

Ini kerana boleh menyebabkan kulit kepala menjadi berminyak atau rambut menjadi lembap berlebihan.

Sebaiknya, ikuti arahan penggunaan yang diberikan pada kemasan produk tonik rambut yang anda beli.

Jika anda mempunyai masalah kulit kepala atau rambut yang serius, lebih baik rujuk kepada pakar rambut atau ahli dermatologi untuk mendapatkan nasihat yang lebih tepat dan sesuai.

Anda tidak tahu cara yang betul pakai tonik rambut? Jom tonton video di bawah.


Bagaimana Cara Pilih Hair Tonic?

Tonik rambut adalah antara produk penting untuk mengekalkan kesihatan rambut anda.

Tetapi, dengan ada banyaknya jenama dan jenis hair tonic di pasaran, bagaimana anda tahu yang mana satu hair tonic paling bagus?

Berikut beberapa tips memilih hair tonic terbaik untuk rambut anda.

  • Jenis rambut

Jika rambut anda kering, pilih tonik rambut yang mengandungi bahan pelembap seperti minyak argan, minyak kelapa, vitamin E atau jojoba oil.

Sebaliknya, jika anda mempunyai rambut berminyak, pilihlah tonik rambut dengan bahan-bahan seperti teh hijau atau pudina untuk mengawal kelenjar sebum di kulit kepala anda.

Jika anda mempunyai masalah kelemumur, cari tonik rambut yang mengandungi bahan-bahan semula jadi seperti rosemary atau lavender.

Bahan semula jadi ini akan membantu menenangkan kulit kepala dan mengurangkan ketidakselesaan yang disebabkan oleh kelemumur.

  • Bahan-bahan

Pastikan tonik rambut yang anda pilih mengandungi bahan semula jadi seperti ekstrak tumbuhan dan minyak semula jadi.

Ini kerana bahan semulajadi lebih lembut pada rambut dan boleh membantu melembapkan dan menyuburkan kulit kepala.

 Elakkan bahan-bahan yang mengandungi bahan kimia yang keras seperti sulfat dan paraben.

  • Mudah digunakan

Tonik rambut yang mudah digunakan boleh membantu anda menjimatkan masa apabila menguruskan rambut anda setiap hari.

Pastikan anda membaca arahan penggunaan dengan teliti sebelum menggunakannya.

Untuk hasil yang lebih baik, anda harus menjaga rambut anda dengan cara yang menyeluruh seperti memotong rambut anda dengan kerap, menghidratkan rambut dan menggunakan produk penjagaan rambut yang sesuai dengan jenis rambut anda.

  • Baca ulasan produk

Sebelum membeli tonik rambut, pastikan anda membaca ulasan pengguna lain.

Ini boleh membantu anda mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kesan tonik rambut pada rambut mereka.


Apa Kelebihan Dan Kekurangan Hair Tonic?

Tonik rambut membantu memperbaiki tekstur dan kualiti rambut serta menguatkan akar rambut dan mengurangkan keguguran rambut.

Ia juga boleh memberikan nutrisi tambahan kepada rambut dan menjadikannya lebih sihat serta bersinar.

Selain itu, tonik rambut juga boleh membantu meningkatkan pertumbuhan rambut anda.

Ia mengandungi nutrien penting yang boleh merangsang pertumbuhan rambut dan membantu ia tumbuh dengan sihat.

Sangat bagus bagi mereka yang ingin memiliki rambut yang lebih tebal dan subur.

Tonik rambut juga membantu mengurangkan kelemumur dan kegatalan pada kulit kepala.

Bahan-bahan semula jadi dalam tonik rambut membantu membersihkan kulit kepala dan menggalakkan peningkatan peredaran darah ke akar rambut.

Namun, kekurangan utama tonik rambut ialah ia memerlukan penggunaan yang konsisten. 

Jika anda tidak menggunakan tonik rambut secara berterusan, ia tak akan memberi kesan seperti yang anda inginkan.


Apakah Manfaat Tonik Rambut?

Untuk dapatkan rambut yang sihat dan kuat, syampu dan conditioner saja tak mencukupi.

Hair tonic atau tonik rambut adalah nutrien tambahan yang bagus untuk kesihatan rambut. 

Paling penting ia juga akan menyuburkan dan memanjangkan rambut serta membantu kita mengatasi masalah hujung rambut bercabang. 

Setiap hair tonic mempunyai kandungan vitamin E, vitamin B2, laktik asid dan bahan natural lain yang baik untuk rambut.

Malah, hair tonic juga berfungsi membersihkan kulit kepala daripada segala kekotoran.  

Sekaligus dapat memberikan rambut lebih sihat, akar rambut kuat dan pertumbuhan rambut baru lebih mudah.


Adakah Hair Tonic Bagus Untuk Pertumbuhan Rambut?

Ya, tonik rambut merupakan satu komponen atau bahan untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. 

Tapi tonik rambut mempunyai pelbagai jenis dan anda perlulah dapatkan tonik rambut mengikut masalah rambut anda.

Jika anda inginkan rambut yang lebat, pilihlah hair tonic yang khusus bagi masalah ini. 

Tonik rambut akan membantu lancarkan pengedaran darah dan membuang liang follicles bagi memberi ruang pada pertumbuhan rambut baru. 


Artikel Berkaitan

End of Article