Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
rambut gugur

20 Shampoo Untuk Rambut Gugur Terbaik 2024 (Paling Berkesan)

Pemakaian shampoo tidak sesuai, mungkin rambut akan gugur lebih dari jumlah itu.

Rambut tumbuh sebanyak 1cm pada setiap bulan dan akan tumbuh mengikut kitaran 3 fasa yang dibahagikan kepada; Anagen, Catagen dan Telogen.

Dalam masa yang sama, dalam satu hari lebih kurang 100 helai rambut boleh gugur jika tidak dijaga, dan dengan penggunaan pemakaian shampoo tidak sesuai, mungkin akan menjadi punca rambut gugur teruk dengan banyak.

Jadi, dengan pemilihan syampu untuk rambut gugur atau produk rambut gugur merupakan langkah tepat untuk merawat masalah rambut gugur serta melebatkan rambut kembali.

Jom kita lihat senarai jenama shampoo anti gugur dan shampoo kuatkan akar rambut untuk bantu anda pilih syampu yang tepat!


Penyunting

Tentang Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Pakar
Doktor Pakar Pemindahan Rambut

Dr. Aly Nah chevron_right

Dr Aly bin Alias Stephen Nah, atau lebih dikenali sebagai Dr Aly, menemui minatnya dalam bidang sains perubatan dan seni pemulihan ...

Apakah Punca Rambut Gugur?

Rambut gugur berpunca daripada banyak faktor dan antara punca adalah keturunan, masalah kesihatan, penuaan atau hormon. 

Lain faktor pula bagi kaum wanita kerana mungkin disebabkan mengandung, amnesia, hormon atau Thyroid Disorder.

Cuma bagi anda yang suka mewarnakan rambut dan menggayakan rambut dengan gel, ini adalah salah satu punca lain yang menyebabkan rambut gugur. 

Tapi lebih baik kita tanya sendiri doktor pakar rambut apakah punca sebenar rambut gugur.

Doktor Pakar Pemindahan Rambut

Dr. Aly Nah

Punca rambut gugur perlu dibahagikan dahulu kepada kaum lelaki dan kaum wanita:

Punca rambut gugur pada lelaki

  1. Androgenetic Alopecia (Keguguran Rambut Lelaki):

Punca utama rambut gugur pada lelaki ialah androgenetic alopecia, yang juga dikenali sebagai kebotakan lelaki. Ini adalah keadaan genetik di mana folikel rambut menjadi sensitif terhadap hormon androgen, khususnya dihydrotestosterone (DHT). DHT menyusutkan folikel rambut, menyebabkan rambut menjadi nipis dan pendek, dan akhirnya berhenti tumbuh. Proses ini biasanya bermula di garis rambut dan mahkota kepala, mengakibatkan bentuk kebotakan yang biasa dilihat pada lelaki.

  1. Faktor Hormon:

Selain DHT, ketidakseimbangan hormon lain juga boleh menyebabkan rambut gugur. Contohnya, gangguan hormon akibat masalah kesihatan tertentu seperti tiroid atau mengambil steroid anabolik yang boleh mempercepatkan proses keguguran rambut.

  1. Tekanan Fizikal dan Emosi:

Tekanan berlebihan, sama ada fizikal atau emosi boleh mencetuskan telogen effluvium, di mana lebih banyak rambut memasuki fasa rehat (telogen) secara serentak dan gugur beberapa bulan kemudian. Contohnya, selepas pembedahan besar, kemalangan, atau tekanan mental yang serius, lelaki mungkin mengalami keguguran rambut secara mendadak.

Disamping itu, tekanan fizikal dan emosi juga boleh menyebabkan masalah genetik androgenetik alopecia berlaku pada usia yang lebih awal. Contohnya, seseorang itu mempunyai genetik rambut gugur yang sepatutnya berlaku pada usia 40-an tetapi disebabkan tekanan yang dialami, rambutnya mula gugur pada usia 20-an.

  1. Faktor Gaya Hidup:

Merokok, pemakanan yang tidak seimbang, atau kekurangan nutrisi boleh mempengaruhi kesihatan rambut. Lelaki yang kurang zat besi, vitamin D, dan protein lebih cenderung mengalami keguguran rambut. Penggunaan produk rambut yang mengandungi bahan kimia keras juga boleh merosakkan folikel rambut.

 

Punca rambut gugur pada wanita

  1. Androgenetic Alopecia (Keguguran Rambut Wanita):

Wanita juga boleh mengalami androgenetic alopecia, tetapi corak keguguran rambut berbeza daripada lelaki. Pada wanita, keguguran rambut biasanya berlaku secara merata di seluruh kulit kepala, menyebabkan rambut menjadi nipis tanpa kehilangan lengkap di bahagian tertentu. Ini biasanya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, termasuk peningkatan DHT, yang menyusutkan folikel rambut dari masa ke masa. Fenomena ini lazimnya berlangsung ketitka usia melanjut ke arah zaman menopaus.

  1. Perubahan Hormon (Kehamilan dan Menopaus):

Wanita sering mengalami keguguran rambut akibat perubahan hormon yang ketara, terutamanya semasa kehamilan, selepas melahirkan, dan semasa menopaus. Selepas melahirkan, ramai wanita mengalami keguguran rambut sementara yang dikenali sebagai postpartum alopecia. Semasa menopaus, penurunan tahap estrogen boleh menyebabkan rambut gugur yang lebih ketara kerana hormon estrogen membantu mengekalkan kitaran pertumbuhan rambut.

  1. Masalah Tiroid:

Wanita yang mengalami hipotiroidisme atau hipertiroidisme mungkin mengalami keguguran rambut kerana hormon tiroid memainkan peranan penting dalam mengawal pertumbuhan rambut. Jika tiroid tidak berfungsi dengan baik, ia boleh menyebabkan rambut menjadi rapuh dan gugur.

  1. Tekanan dan Gaya Hidup:

Tekanan emosi atau fizikal yang teruk juga boleh menyebabkan keguguran rambut sementara pada wanita melalui telogen effluvium. Di samping itu, amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti diet yang ketat, kekurangan nutrisi penting (seperti zat besi dan vitamin D), atau penggunaan alat haba yang kerap untuk gaya rambut boleh merosakkan folikel rambut dan mempercepatkan keguguran.

  1. Penggunaan Produk Rambut yang Keras:

Wanita sering menggunakan produk penggayaan rambut seperti pewarna, pelurus, atau bahan kimia keras yang boleh merosakkan folikel rambut dan menyebabkan keguguran rambut yang ketara.

Jadi itulah antara punca rambut gugur yang sesetengahnya tidak dapat dielakkan dan yang penting anda kena sentiasa amalkan gaya hidup sihat.


Adakah Syampu Rambut Gugur Berkesan Mengurangkan/Menghentikan Rambut Gugur?

Shampoo rambut gugur hanya berkesan pada anda yang mempunyai masalah penyakit kulit. 

Terutama golongan memiliki kulit kepala sensitif yang menyebabkan kelemumur seterusnya mengalami keguguran rambut. 

Ini kerana fungus yang ada pada kulit kepala membuatkan akar rambut rosak. 

Jika rambut gugur berpunca dari masalah diatas, shampoo rambut gugur akan membantu masalah ini. 

Tapi apa-apa pun, kita lihat juga apa kata doktor pakar rambut ini:

Doktor Pakar Pemindahan Rambut

Dr. Aly Nah

Syampu rambut gugur mungkin boleh membantu mengurangkan keguguran rambut, tetapi ia tidak semestinya menghentikan keguguran rambut sepenuhnya. Keberkesanannya bergantung pada punca keguguran rambut. 

Jika keguguran disebabkan oleh masalah kulit kepala atau produk yang mempunyai bahan kimia yang keras, ataupun kulit sensitif terhadap bahan kimia dalam kandungan syampu, maka penggunaan syampu yang lebih lembut atau berkandungan bahan semula jadi mungkin lebih sesuai dan boleh mengurangkan keguguran rambut. 

Antara tanda-tanda yang boleh dialami jika anda tidak sesuai dengan syampu tersebut adalah:

1. Kemerahan / Radang kulit

2. Kulit yang gatal

3. Kulit mengelupas

Namun, untuk keguguran yang disebabkan oleh faktor genetik atau hormon, rawatan lain seperti PRP atau ubat mungkin diperlukan.


Apakah Bahan-Bahan Utama Dalam Shampoo Rambut Gugur?

Sebenarnya sukar untuk mencari bahan yang baik pada shampoo untuk mengawal masalah rambut gugur.

Tapi ini adalah antara bahan yang terbaik bagi masalah rambut gugur:

Doktor Pakar Pemindahan Rambut

Dr. Aly Nah

Syampu rambut gugur biasanya mengandungi bahan-bahan aktif yang direka untuk mengurangkan keguguran rambut dan memperbaiki kesihatan kulit kepala serta folikel rambut.

Berikut adalah beberapa bahan utama yang sering terdapat dalam syampu untuk rambut gugur dan bagaimana ia membantu:

  1. Biotin (Vitamin B7)
  • Fungsi: Biotin merupakan vitamin penting untuk kesihatan rambut kerana ia membantu menguatkan folikel rambut dan mempercepatkan pertumbuhan rambut. Biotin juga membantu mencegah rambut menjadi rapuh dan patah.
  • Kelebihan: Biotin meningkatkan pengeluaran keratin, protein utama dalam rambut, yang membantu rambut tumbuh lebih kuat dan tebal.
  1. Kafein
  • Fungsi: Kafein membantu merangsang folikel rambut dan memperbaiki peredaran darah di kulit kepala. Ia meningkatkan aktiviti di akar rambut dan boleh membantu melambatkan keguguran rambut.
  • Kelebihan: Kajian menunjukkan bahawa kafein boleh memanjangkan fasa pertumbuhan rambut (anagen), sekali gus membantu mengurangkan keguguran rambut yang berkaitan dengan androgenetic alopecia.
  1. Panthenol (Pro-Vitamin B5)
  • Fungsi: Panthenol adalah bahan pelembap yang penting untuk mengekalkan kelembapan rambut dan kulit kepala. Ia membantu menguatkan kutikel rambut dan memperbaiki tekstur rambut.
  • Kelebihan: Panthenol melicinkan permukaan rambut, menjadikannya lebih mudah diurus, serta mencegah kekeringan dan kerosakan, yang penting untuk mengurangkan keguguran rambut akibat kerosakan.
  1. Copper Tripeptide-1
  • Fungsi: Copper Tripeptide-1 merupakan bahan yang membantu memperbaiki folikel rambut dan merangsang pengeluaran protein yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut. Ia juga mengurangkan keradangan di kulit kepala, yang boleh menyumbang kepada keguguran rambut.
  • Kelebihan: Copper tripeptide membantu memperbaiki dan meremajakan folikel rambut yang rosak, meningkatkan ketumpatan rambut, dan memanjangkan fasa pertumbuhan.
  1. Niacin (Vitamin B3)
  • Fungsi: Niacin berfungsi untuk meningkatkan peredaran darah di kulit kepala, yang memastikan folikel rambut menerima nutrien yang mencukupi untuk menyokong pertumbuhan rambut yang sihat.
  • Kelebihan: Niacin juga membantu dalam pembaikan DNA dan penyembuhan folikel rambut, menjadikan rambut lebih kuat dan sihat.
  1. Keratin
  • Fungsi: Keratin adalah protein struktur yang membentuk majoriti rambut manusia. Syampu yang mengandungi keratin membantu menguatkan rambut dengan menambah semula protein yang hilang akibat kerosakan atau proses penggayaan.
  • Kelebihan: Penggunaan keratin dalam syampu membantu menguatkan dan melindungi rambut daripada kerosakan lebih lanjut, serta meningkatkan keanjalan rambut.
  1. Zinc Pyrithione
  • Fungsi: Zinc Pyrithione adalah bahan antikulat yang membantu mengurangkan kelemumur dan merawat kulit kepala yang berminyak. Kulit kepala yang sihat adalah penting untuk mencegah keguguran rambut.
  • Kelebihan: Ia juga membantu mengurangkan keradangan pada kulit kepala, yang boleh menjadi punca keguguran rambut.

Dengan gabungan bahan-bahan ini, syampu untuk rambut gugur dapat membantu meningkatkan kesihatan kulit kepala, menguatkan folikel rambut, dan melambatkan proses keguguran rambut. Walau bagaimanapun, keberkesanan setiap syampu bergantung pada individu dan punca keguguran rambut.


    Senarai 20 Shampoo Untuk Rambut Gugur Terbaik

    *PERHATIAN: Jenama shampoo yang disenaraikan di bawah bukan dari cadangan Dr. Aly Nah.*

    Shampoo untuk rambut gugur secara keseluruhan
    Kundal Caffeine Scalp Shampoo - Cherry Blossom
    Kundal Caffeine Scalp Shampoo - Cherry Blossom
    mulai
    RM35.36
    Semak Kundal Caffeine Scalp Shampoo - Cherry Blossom harga dibawah:
    add_circle Diuji secara klinikal
    add_circle Nutrisi daripada bahan semula jadi
    add_circle Tidak mengandungi bahan berbahaya
    remove_circle Perlu guna bersama serum rambut untuk kesan terbaik

    Sebab menjadi pilihan utama:

    Shampoo Kundal untuk rambut gugur ini mengandungi bahan penting untuk melawan keguguran rambut, iaitu dengan gabungan tiga elemen penting - panthenol, niacinamide (Vitamin B3), dan asid salisilik yang telah terbukti secara klinikal untuk merawat keguguran rambut dengan berkesan.

    Ciri-ciri:

    Terbukti secara klinikal dalam merawat rambut gugur, meningkatkan keanjalan kulit kepala dan rambut sambil memberikan kilauan pada rambut. 

    Kafein yang diekstrak dari biji kopi hijau mentah memperkaya kulit kepala dan rambut, memberikan nutrisi yang diperlukan. 

    Selain itu, kandungan 24 ekstrak tumbuhan dan surfactants daripada kelapa memastikan kulit kepala dibersihkan dengan lembut dan menyeluruh.

    Bebas daripada 13 bahan berbahaya seperti IPBC, phenoxyethanol, asid benzoik, chlorphenesin, dan methylisothiazolinone, syampu ini memberi keutamaan kepada keselamatan dan keaslian dalam formulasi.

    Dengan aroma Cherry Blossom, Kundal Caffeine Scalp Shampoo akan menjadikan rambut sihat, tahan lama, dan bersinar, disokong oleh bahan-bahan yang terbukti secara klinikal.

    Review:

    “Ini botol ketiga. Satu botol tahan dalam 6-7 bulan, jadi memang sangat-sangat berbaloi. Pakai ni rambut kurang gugur, tak kering, dan rasa rambut cantik sangat! Saya pakai ni dengan scalp treatment, then pakai hair serum. Bau cherry blossom serious sedap.”

    Shampoo untuk rambut gugur Amway
    AMWAY SATINIQUE Anti-Hairfall Shampoo
    AMWAY SATINIQUE Anti-Hairfall Shampoo
    mulai
    RM51.50
    Semak AMWAY SATINIQUE Anti-Hairfall Shampoo harga dibawah:
    add_circle Bahan utama ginseng & mulberry leaf extracts
    add_circle Arginine melembapkan rambut & kulit
    remove_circle Mempunyai SLS

    Ginseng sememangnya terkenal untuk memperkuatkan akar rambut dan gabungan Mulberry Leaf Extract pula untuk melebatkan rambut anda dan membantu kulit kepala untuk menyerap bahan ini dengan baik.

    Bahan ini juga akan membantu menggantikan rambut gugur dengan rambut baru yang lebih sihat dengan cepat.

    Syampu AMWAY SATINIQUE Anti-Hairfall Shampoo sangat bagus untuk melebatkan rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. 

    Menarik lagi, bahan seperti Arginine membantu melembapkan kulit kepala serta rambut supaya kelemumur tidak mudah terjadi.

    Shampoo loreal untuk rambut gugur
    L'Oreal Paris Elseve 6 Oil Nourish Shampoo
    L'Oreal Paris
    L'Oreal Paris Elseve 6 Oil Nourish Shampoo
    mulai
    RM16.90
    Semak L'Oreal Paris Elseve 6 Oil Nourish Shampoo harga dibawah:
    add_circle Melembapkan kulit kepala dan rambut
    add_circle Tidak membuatkan rambut berminyak
    add_circle Diperkaya dengan 6 jenis minyak terbaik
    remove_circle Hasil terbaik jika dipakai bersama pelembap

    Apa 6 jenis minyak yang terkandung dalam syampu ini? 6 jenis minyak ini terdiri dari Argan, Olive, Almond, Jojoba, Camelina dan juga Coconut. 

    Kesemua 6 jenis minyak terbaik ini bagus untuk memperkuatkan akar rambut, melembutkan rambut, rambut jadi lebih tebal, bersinar dan mudah diurus tanpa kusut!

    Hasil ini semua boleh dilihat dengan sekali penggunaan sahaja tau, rambut jadi lembut, kekal wangi dan paling seronok tiada lagi masalah rambut kusut dan kering. Guna jari pun boleh tau!

    Nak tahu berkesan ke tidak? Jom dapatkan shampoo ini dan cuba sendiri.

    Shampoo untuk rambut gugur yang organik
    Himalaya Anti Hair Fall Shampoo
    Himalaya Anti Hair Fall Shampoo
    mulai
    RM31.38
    Semak Himalaya Anti Hair Fall Shampoo harga dibawah:
    add_circle Rambut kelihatan lebih tebal dan sihat
    add_circle Bahan utama Bhringraj
    remove_circle Tidak sesuai untuk rambut kering
    remove_circle Tidak terlalu berkesan untuk masalah rambut gugur

    Sesuai dengan kulit kepala yang berminyak dan sensitif, kulit kepala lebih bersih tanpa minyak lebihan yang juga menyebabkan bau pada kulit kepala, jadi wangian floral ini mengharumkan rambut sepanjang hari .

    Bhringraj ialah nama yang agak jarang didengar tetapi baik untuk kesihatan kulit kepala anda dan berfungsi untuk melancarkan pengaliran darah.

    Apa kaitan pengaliran darah dengan rambut gugur? Bila pengaliran darah lancar, secara tidak langsung membantu mengaktifkan Follicles rambut mati dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru. 

    Rambut kelihatan sihat, kuat dan kulit kepala bersih tanpa kotoran serta wangian yang lembut membuatkan anda rasa lebih yakin. 

    Shampoo diane untuk rambut gugur
    Moist Diane Perfect Beauty Extra Hair Fall Control Treatment
    Moist Diane Perfet Beauty Extra Hair Fall Control Treatment
    mulai
    RM19.95
    Semak Moist Diane Perfect Beauty Extra Hair Fall Control Treatment harga dibawah:
    add_circle Membaiki rambut rosak
    add_circle Kurangkan kemerahan kulit kepala
    add_circle Masalah kulit kepala berminyak berkurang
    remove_circle Harga sedikit mahal

    Produk jenama Moist Diane ini diformulasikan khas untuk wanita yang mula mengalami masalah rambut semakin gugur dan nipis. 

    Mengandungi ekstrak daun Wasabi yang boleh mengaktifkan tisu folikel rambut dan mengurangkan bau busuk dan kerengsaan kulit kepala. 

    Malah bahan minyak Argan semula jadi yang terkandung dalam minyak ini adalah khas untuk mengurangkan kehilangan rambut.  

    Produk ini dipakai seperti perapi kerana perlu digunakan pada rambut selepas syampu.

    Cuma, ingat pastikan ia tidak terkena kulit kepala, dan digalakkan untuk gunanya bersama syampu jenama sama.

    Shampoo untuk rambut gugur yang rosak
    Tresemme Hair Fall Control Shampoo
    Tresemme
    TRESemme Hair Fall Control Shampoo
    mulai
    RM13.90
    Semak Tresemme Hair Fall Control Shampoo harga dibawah:
    add_circle Rambut 10X lebih kuat
    add_circle Melembutkan rambut
    add_circle Sesuai untuk rambut kering
    add_circle Syampu pilihan golongan profesional
    remove_circle Perlu guna bersama perapi jenama sama

    Dapatkan rawatan rambut gugur seperti di salon dengan syampu jenama Tresemme ini kerana bagus untuk membaiki rambut rosak.

    Diformulasikan dengan menggunakan teknologi Tresplex baru dimana dapat menggalakkan guna syampu ini setiap hari jika anda inginkan mahkota wanita yang cantik bak model. 

    Produk ini mengandungi bahan khas untuk kesihatan rambut iaitu minyak Chia Seed dan Amino-Vitamin yang berkesan untuk mengurangkan rambut gugur hingga 98%.

    Yang penting, baunya juga wangi dan tiada lagi masalah bau rambut kepam selepas ini.

    Shampoo untuk rambut gugur lelaki
    Alpecin Caffeine Shampoo C1
    Alpecin Caffeine Shampoo
    mulai
    RM33.95
    Semak Alpecin Caffeine Shampoo C1 harga dibawah:
    add_circle Harga yang berpatutan
    add_circle Membantu melebatkan rambut
    add_circle Rambut kelihatan bermaya
    remove_circle Berbau kuat

    Masalah berpunca rambut gugur adalah atas faktor stres, tekanan hormon testosteron yang rendah atau corak pemakanan yang salah. 

    Jadi produk ini mempunyai formula utama khas iaitu active caffeine-complex untuk mengurangkan keguguran rambut.

    Malah dengan kandungan bahan Zinc dan Niacin menjadikan rambut anda sihat dan kuat sekaligus membuatkan rambut anda kelihatan segar dan bermaya.

    Cara penggunaan hanya sekali setiap hari dan lumurkan selama 2 minit bagi mendapatkan kesan yang lebih baik untuk perlindungan akar rambut dan meningkatkan pertumbuhan rambut.

    Shampoo untuk rambut gugur di farmasi
    Naturals by Watson Hair Shampoo Coffee
    Naturals by Watson
    Naturals by Watson Hair Shampoo Coffee  productnation
    mulai
    RM21.99
    Semak Naturals by Watson Hair Shampoo Coffee harga dibawah:
    add_circle Sesuai untuk rambut nipis dan sensitif
    add_circle Mengurangkan rambut gugur
    add_circle Wangi
    add_circle Ada ekstrak Organic Coffee Seed & Coffee Seed Oil
    remove_circle Tidak sesuai untuk rambut berkelemumur

    Syampu dari Watsons ini mengandungi kafein iaitu bahan semula jadi yang telah dikaitkan dengan merangsang pertumbuhan rambut, meningkatkan aliran darah ke akar rambut dan menyokong kesihatan folikel rambut supaya rambut tumbuh lebih lebat.

    Kandungan Kafein dalam syampu ini juga dapat membantu mengurangkan rambut gugur dengan meningkatkan kekuatan dan ketahanan rambut sambil membersihkan rambut dan kulit kepala dengan lembut

    Selain itu, syampu ini juga akan menghilangkan kotoran dan minyak berlebihan, sambil menjaga kelembapan semulajadi rambut.

    Turut mengandungi ekstrak Organic Coffee Seed dari Africa, Coffee Seed Oil dari Brazil dan aroma kopi ini boleh memberikan pengalaman mandi yang menyegarkan dan menenangkan.

    Paling penting, syampu ini sesuai untuk pelbagai jenis rambut, dari yang kering hingga berminyak sambil menjaga keseimbangan kulit kepala dan rambut anda.

    Shampoo untuk rambut gugur teruk
    HELLSE Ginger Hair Shampoo - Anti Hair Lost
    HELLSE Ginger Hair Shampoo
    mulai
    RM19.90
    Semak HELLSE Ginger Hair Shampoo - Anti Hair Lost harga dibawah:
    add_circle Kurangkan rambut gugur
    add_circle Menguatkan akar rambut
    add_circle Mengawal minyak berlebihan
    add_circle Bantu rambut tumbuh
    remove_circle Bau halia kuat

    Herba halia, atau Ginger sudah lama dikenal sebagai bahan semulajadi yang membantu dalam menguatkan akar rambut.

    Kandungan 100% herba halia dalam syampu ini dipercayai dapat menyokong kekuatan dan ketahanan rambut anda dari akar ke hujung.

    Selain itu, kandungan herba halia dalam syampu ini juga mampu untuk merangsang pertumbuhan rambut baru dan menggalakkan peredaran darah di kulit kepala dengan meningkatkan bekalan darah ke folikel rambut supaya rambut tidak gugur.

    Syampu ini sesuai digunakan oleh mereka yang mengalami masalah kulit kepala yang meradang atau gatal kerana mampu mengawal kelembapan dan nutrisi rambut.

    Paling penting, Ginger Shampoo 100% Herbal Essence 200ML sesuai untuk pelbagai jenis rambut, termasuk rambut kering, berminyak dan normal.

    Shampoo untuk rambut gugur yang wangi
    Grafen Bloom Sense Perfume Shampoo
    Grafen Bloom Sense Perfume Shampoo
    mulai
    RM63.00
    Semak Grafen Bloom Sense Perfume Shampoo harga dibawah:
    add_circle Bebas paraben dan sulfat
    add_circle Bau harum berpanjangan
    add_circle Bahan semula jadi
    remove_circle Harga sedikit mahal

    Syampu yang berbau harum dari Grafen ini direka untuk menangani masalah keguguran rambut sambil memberikan aroma yang menenangkan.

    Ia bebas sulfat, bebas silikon, dan bebas kimia berbahaya dengan menggunakan 90% bahan semula jadi, 

    Formulasinya pula menghasilkan buih yang lembut dan banyak, menyentuh rambut anda sambil membersihkan kulit kepala.

    Wangian pada syampu ini diilhamkan daripada wangian English Pear dan Freesia oleh Jo Malone, memastikan setiap cucian ditemani aroma menarik.

    Grafen Bloom Sense berfungsi sebagai penyelesaian untuk penjagaan kulit kepala dengan berkesan membersih, melembapkan, dan menyuburkan kulit kepala sambil mengurangkan masalah keguguran rambut.

    Shampoo untuk rambut gugur dan gatal
    & HONEY Melty Moist Repair Shampoo
    & HONEY Melty Moist Repair Shampoo
    mulai
    RM58.32
    Semak & HONEY Melty Moist Repair Shampoo harga dibawah:
    add_circle Tahap kelembapan tinggi
    add_circle Menggunakan bahan premium
    add_circle Bau wangi
    remove_circle Sukar didapatkan dipasaran

    Syampu untuk rambut gugur & HONEY Melty Moist Repair Shampoo ini mengutamakan fungsi kelembapan dan boleh mengekalkan hidrasi ke tahap optimum untuk rambut anda.

    Berbeza dengan syampu konvensional yang mempunyai tahap kelembapan 10-12%, syampu ini menambah tahap kelembapan sebanyak 14%, memastikan tahap hidrasi yang terbaik dan tahan lama.

    Dengan lebih daripada 90% bahan terdiri daripada penghidratan secara mendalam, & HONEY Melty Moist Repair Shampoo mengandungi bahan premium seperti minyak Moroccan organik, madu, minyak Argan, asid hyaluronik, dan banyak lagi. 

    Selain itu, ia mengandungi komposisi unik tiga jenis madu yang berbeza: 60% madu Manuka dari New Zealand, 20% madu Rose dari Bulgaria, dan 20% madu mentah dari Jepun.

    Kesemua bahan ini akan meningkatkan lagi keupayaannya hidrasi dan membuatkan kulit kepala lebih segar.

    Shampoo untuk rambut gugur berkesan
    OGX Thick & Full + Biotin & Collagen Shampoo
    OGX Thick & Full + Biotin & Collagen Shampoo
    mulai
    RM53.30
    Semak OGX Thick & Full + Biotin & Collagen Shampoo harga dibawah:
    add_circle Menguatkan rambut
    add_circle Formula rambut gugur terbaik
    remove_circle Sukar didapatkan di pasaran

    OGX Thick & Full + Biotin & Collagen Shampoo diformulasikan untuk meningkatkan kesihatan rambut dengan formula khas.

    Diperkaya dengan ProVitamin B7 yang kuat, ia menembusi setiap helai rambut, dan kolagen yang dikenali kerana sifat penggelembungannya pula akan menambahkan volume rambut.

    Selain itu, kandungan wheat proteins yang dihidrolisis akan memberi kesan terbaik pada rambut dengan menguatkan rambut, membuatkan rambut kelihatan lebat dan memberi kesihatan pada rambut secara keseluruhan.

    Jenama syampu ini kurang dikenali, jadi ia mungkin sukar didapatkan di pasaran seperti di kedai Watsons atau Guardian.

    Kalau ingin mencuba syampu ini boleh beli je secara online.

    Shampoo untuk rambut gugur dan melebatkan rambut
    MARO 3D Volume Up Shampoo
    MARO 3D Volume Up Shampoo
    mulai
    RM49.90
    Semak MARO 3D Volume Up Shampoo harga dibawah:
    add_circle Melebatkan rambut
    add_circle Sesuai untuk lelaki
    add_circle Boleh mengurangkan kelemumur juga
    remove_circle Perlu guna bersama serum rambut untuk kesan terbaik

    MARO 3D Volume Up Shampoo menggunakan formulasi Defenscalp pertama di dunia, formula yang membantu menambahkan volume rambut dan menguatkan rambut.

    Teknologi Defenscalp tidak hanya membantu dalam meningkatkan volume tetapi juga menguatkan rambut, mengekalkan keanjalan semula jadi dan kilauan rambut.

    Dengan syampu ini, anda dapat mengekalkan kesihatan rambut, sekaligus mengekalkan tekstur semula jadi rambut dan menjadikan rambut lebih bersinar.

    Untuk penggunaan yang optimum, bilas kulit kepala dan rambut dengan air suam, pam pada jumlah yang sesuai ke tapak tangan untuk hasilkan buih, urut perlahan-lahan pada kulit kepala dan ratakan pada seluruh kulit kepala.

    Shampoo untuk rambut gugur dan berminyak
    Ryo Deep Cleansing & Cooling Shampoo
    Ryo Deep Cleansing & Cooling Shampoo
    mulai
    RM42.50
    Semak Ryo Deep Cleansing & Cooling Shampoo harga dibawah:
    add_circle Sesuai kulit kepala berminyak
    add_circle Ada cooling effect selepas cuci
    add_circle Harga berpatutan
    remove_circle Boleh menyebabkan kulit kepala sedikit kering

    Syampu jenama Ryo ini diperkaya dengan mint, pine needles, teh hijau, pokok kameleon, dan bamboo sap, membersihkan dengan mendalam bagi rambut berminyak.

    Syampu ini diformulasikan secara teliti dengan gabungan 5 bahan yang dijamin selamat dan 15 elemen daripada tumbuhan untuk mengurangkan masalah rambut gugur dan berminyak.

    Dirumus khas untuk menangani pelbagai masalah kulit kepala, syampu ini akan membersihkan secara mendalam sehingga ke liang pori dan memberi penjagaan kulit kepala yang rapi.

    Paling best, selepas cucian kepala anda akan terasa sejuk, segar dan ringan, serta menyahkan bau kurang enak pada kulit kepala.

    Shampoo dove untuk rambut gugur
    Dove Hair Fall Rescue Shampoo
    DOVE Hair Fall Rescue Shampoo
    mulai
    RM11.90
    Semak Dove Hair Fall Rescue Shampoo harga dibawah:
    add_circle Harga murah
    add_circle Sesuai untuk rambut rapuh
    remove_circle Kurang bau wangi

    Syampu Dove Hair Fall Rescue terbaru diperkaya dengan Nutrilock Serum, satu formula baru yang direka untuk menguatkan rambut dari akar hingga hujung dan mengurangkan masalah keguguran rambut.

    Dengan penggunaan yang konsisten, syampu ini boleh memperkuatkan kembali rambut anda, mengurangkan keguguran rambut yang disebabkan oleh kerosakan.

    Untuk kesan yang lebih baik, boleh gunakan bersama dengan conditioner Dove Hair Fall Rescue.

    Kembalikan kenyakinan anda pada setiap penggunaan dengan syampu ini, menjadikan rambut lebih kuat, lebih tahan lama, dan kelihatan bersinar.

    Shampoo untuk rambut gugur salon
    SHISEIDO Professional Sublimic Adenovital Shampoo
    SHISEIDO Professional Sublimic Adenovital Shampoo
    mulai
    RM87.00
    Semak SHISEIDO Professional Sublimic Adenovital Shampoo harga dibawah:
    add_circle Menguatkan kembali akar rambut
    add_circle Membersih kulit kepala
    add_circle Memberi kelembapan
    remove_circle Harga mahal

    Syampu jenama Shiseido ini banyak digunakan di salon bagi memberikan kesan lebih mendalam pada rambut, serta harganya juga agak mahal.

    Ia akan memberikan penjagaan pada rambut, kulit kepala dan akar rambut anda untuk rambut yang cantik dan kuat.

    Selain itu, syampu ini menambah kilau dengan membaiki setiap helaian rambut, termasuk rambut mereka yang kerinting dan sudah berusia.

    Syampu ini turut membantu menghidrat kulit kepala sepenuhnya, memberi kelembapan yang mencukupi bagi melindungi rambut daripada kering dan menjadi rapuh.

    Walaupun harganya mahal, syampu ini berkesan untuk mengurangkan rambut gugur dan menguatkan kembali akar rambut.

    Shampoo organik untuk rambut gugur
    L'Occitane Volume & Strength Shampoo
    L'Occitane
    L'Occitane Volume & Strength Shampoo
    mulai
    RM158.00
    Semak L'Occitane Volume & Strength Shampoo harga dibawah:
    add_circle Tiada silikon
    add_circle Membantu melebatkan rambut
    add_circle Bau aroma harum
    remove_circle Harga mahal

    Shampoo L'Occitane Volume & Strength direka untuk menjadikan rambut halus dan rapuh lebih kuat dan semakin lebat. 

    Diperkaya dengan gabungan lima minyak pati penguat—Rosemary, Lemon, Juniper, Ylang-Ylang, dan Cedar—formula bebas silikon ini bertindak terus pada gentian rambut untuk meningkatkan ketebalan dan kekuatan. 

    Mengandungi keratin tumbuhan, protein semula jadi yang berasal daripada tumbuhan kaya dengan asid amino, ia membantu menguatkan dan menambah isipadu pada rambut, menjadikannya lebih tahan terhadap kerosakan. 

    Dengan setiap cucian, rambut terasa lebih tebal dan 3x lebih kuat. 

    Syampu yang menyegarkan ini bukan sahaja menyegarkan rambut anda, malah memberikan pengalaman aromatik yang menyegarkan.

    Shampoo herbal essences untuk rambut gugur dan kelemumur
    Herbal Essences Sulfate Free Shampoo Strength & Repair Bamboo Hair Care
    Herbal Essences
    Herbal Essences Sulfate Free Shampoo Strength & Repair Bamboo Hair Care
    mulai
    RM39.90
    Semak Herbal Essences Sulfate Free Shampoo Strength & Repair Bamboo Hair Care harga dibawah:
    add_circle Bebas sulphates, parabens & silicons
    add_circle Seimbang pH
    add_circle Colour safe
    remove_circle Stok terhad

    Herbal Essences Sulfate Free Shampoo Strength & Repair Bamboo Hair Care menawarkan pengalaman penjagaan rambut yang menyegarkan, direka untuk menyuburkan dan menguatkan rambut dari akar. 

    Diperkaya dengan 6x lebih aloe vera yang diperoleh secara mampan, syampu ini membaiki rambut yang rosak sambil memberikan kesegaran daripada bunga air, sitrus berkilau, cedarwood, dan tonka bean. 

    Disahkan oleh Royal Botanic Gardens, Kew, dan diiktiraf oleh PETA sebagai cruelty-free, syampu ini berasal daripada 90% bahan semula jadi dan bebas daripada sulfat, paraben, pewarna, serta silikon, menjadikannya sesuai untuk anda yang mencari penyelesaian penjagaan rambut yang lembut dan selamat. 

    Dipek dalam botol yang boleh dikitar semula, syampu dengan formula yang seimbang pH ini juga selamat untuk rambut berwarna, sesuai digunakan setiap hari untuk rambut yang lebih kuat dan kelihatan lebih sihat.

    Shampoo selsun blue untuk rambut gugur
    Selsun Blue Anti-Dandruff Treatment Shampoo
    Selsun Blue
    Selsun Blue Anti-Dandruff Treatment Shampoo
    mulai
    RM27.40
    Semak Selsun Blue Anti-Dandruff Treatment Shampoo harga dibawah:
    add_circle Juga anti kelemumur
    add_circle Mengurang gatal kepala
    remove_circle Boleh mengeringkan rambut

    Selsun Blue Pro-X Extra Strength adalah penyelesaian berkesan untuk melegakan kelemumur dan kulit kepala yang gatal. 

    Diformulasikan dengan selenium sulfida, salah satu bahan yang terbukti dan berkesan untuk melawan kelemumur, syampu ini menyasarkan punca kelemumur untuk menghilangkan serpihan dan mencegahnya daripada berulang. 

    Mengandungi madu asli dari Perancis, ia bukan sahaja merawat kelemumur tetapi juga menyuburkan dan melembapkan rambut, menjadikannya lembut dan mudah diurus. 

    Selain itu, mentol tambahan memberikan sensasi sejuk dan menyegarkan, melegakan kegatalan dan ketidakselesaan. 

    Sesuai untuk semua jenis rambut, syampu ini menawarkan perlindungan tahan lama dan keselesaan untuk kulit kepala yang sihat tanpa kelemumur.

    Shampoo kurangkan rambut gugur
    Dr Gin Ginger Root Booster Haircare Shampoo
    Dr Gin
    Dr Gin Ginger Root Booster Haircare Shampoo
    mulai
    RM128.00
    Semak Dr Gin Ginger Root Booster Haircare Shampoo harga dibawah:
    add_circle Ekstrak halia
    add_circle Menyeimbangkan minyak kulit kepala
    add_circle Bau menyenangkan
    remove_circle Harga mahal

    Shampoo Dr Gin Ginger Root Booster diformulasikan khas untuk meningkatkan kesihatan kulit kepala dan rambut anda. 

    Diperkaya dengan ekstrak akar halia, syampu ini berkesan menghilangkan kotoran dan pembentukan sisa dari kulit kepala, membantu mengembalikan keseimbangan minyak semula jadi. 

    Selain itu, gabungan unik protein, asid amino, dan ekstrak semula jadi ini berfungsi untuk menyuburkan dan meremajakan kulit kepala, sambil menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih kuat dan sihat. 

    Penggunaan harian boleh membawa kepada peningkatan ketara keadaan kulit kepala dan kesihatan rambut secara keseluruhan. 

    Untuk hasil terbaik, gunakan bersama Dr Gin Root Booster Tonic bagi menggalakkan pertumbuhan rambut bayi.


    Bagaimana Untuk Memilih Shampoo Rambut Gugur Yang Terbaik?

    Nak cari shampoo berkesan semuanya terletak pada bahan yang ada. 

    Anda perlu banyak membuat carian dan melakukan perbandingan antara jenama untuk mengetahui bahan yang terbaik. 

    Lagipun, bagi merawat masalah rambut gugur sebenarnya boleh dirawat jika anda mempunyai masalah kulit.

    Malangnya, jika disebabkan masalah botak, shampoo tidak akan membantu tau!

    Pilihan bahan yang boleh merawat masalah kulit tersebut, pilih shampoo yang ada bahan seperti Tea Tree Oil, Ginseng dan bahan organik lain. 

    Paling penting, tahu penyebab utama masalah rambut gugur terjadi dan padankan dengan pilihan shampoo yang ada di pasaran atau drugstore!

    Selamat mencuba tips kami ini. 


    Petua Dan Langkah Pencegahan Penting Untuk Rambut Gugur

    Terdapat beberapa petua dan langkah pencegahan yang penting untuk mengurangkan masalah rambut gugur, antaranya:

    • Penjagaan Rambut yang Betul

    Amalkan rutin penjagaan rambut yang baik dengan menggunakan produk yang sesuai dengan jenis rambut anda. Gunakan syampu dan conditioner yang mengandungi bahan-bahan sesuai untuk menguatkan rambut dan kulit kepala.

    • Pemakanan yang Sihat

    Pastikan pemakanan harian anda mengandungi nutrien penting seperti protein, zat besi, vitamin, dan mineral yang membantu dalam kesihatan rambut.

    Makanan seperti sayuran hijau, bijirin, protein tanpa lemak, dan buah-buahan boleh membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat.

    • Elakkan Stress

    Stress atau tekanan boleh menyebabkan masalah rambut gugur, jadi usaha untuk mengurangkan tekanan dengan cara seperti melakukan aktiviti senaman, yoga, atau meditasi.

    • Kurangkan Penggunaan Alatan Rambut

    Kurangkan penggunaan alat pemanas seperti pengering rambut, pelurus, atau pengilat rambut yang boleh merosakkan rambut. Gunakan perlindungan haba sebelum menggunakan alat-alat ini.

    • Potong Rambut Secara Berkala

    Potongan rambut berkala boleh membantu mengurangkan rambut bercabang dan meningkatkan kesihatan rambut secara keseluruhan.

    • Elak Ikatan Rambut dengan Ketat

    Pengikatan rambut yang terlalu ketat boleh menyebabkan ketegangan pada akar rambut dan boleh menyebabkan rambut gugur.

    • Amalkan Gaya Hidup yang Sihat

    Amalkan gaya hidup yang sihat dengan tidur yang cukup, minum air yang mencukupi, dan mengelakkan penggunaan bahan kimia yang kuat atau toksik pada rambut anda.

    Keguguran rambut yang teruk boleh menjadi isu kesihatan yang memerlukan perhatian perubatan.

    Jika keguguran rambut berlarutan atau disertai dengan tanda-tanda lain yang boleh merisaukan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor atau pakar.


    Artikel Berkaitan

    End of Article