Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
syampu kelemumur terbaik

16 Syampu Terbaik Untuk Kelemumur & Rambut Gugur 2024

Hilangkan kegatalan kelemumur dan rambut gugur serta-merta!

Pasti rimas dengan rambut gugur, rambut kering dan gatal akibat kelemumur dan tambah merimaskan lagi apabila kepingan kelemumur jatuh pada bahu.

Jalan penyelesaian adalah dengan menggunakan shampoo untuk rambut gugur dan kelemumur atau shampoo anti kelemumur.

Kebiasaannya, kesan kelemumur akan menyebabkan rambut mudah rosak dan mengalami keguguran jadi anda perlulah pakai shampoo yang sesuai untuk rambut gugur dan kelemumur.

Tidak susah pun nak cari syampu yang bagus untuk rambut kelemumur dan gugur di pasaran dan kalau nak lagi mudah, buat carian online di Shopee atau Lazada. 

Jom kita lihat senarai shampoo rambut kelemumur paling berkesan dan berbaloi untuk anda.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 16 Jenis Syampu Kelemumur & Rambut Gugur

Syampu terbaik secara keseluruhan
Head & Shoulders Anti-Hairfall Anti-Dandruff Shampoo (720ml)
Head & Shoulders
headshoulders
mulai
RM33.90
Semak Head & Shoulders Anti-Hairfall Anti-Dandruff Shampoo (720ml) harga dibawah:
add_circle Rambut lebih kuat pada akar umbi
add_circle Beri kelembapan pada kulit kepala
add_circle Mengurangkan masalah kulit rambut berminyak
remove_circle Mengandungi alkohol
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit kepala sensitif

Sebab menjadi pilihan utama:

Jenama yang sangat mudah untuk dapat dalam pasaran dan sangat berkesan menyelesaikan masalah kelemumur.

Ciri-ciri:

Syampu 2 dalam 1 ini mampu mengelakkan masalah gugur walaupun disikat berulang kali.

Malah, dapat memberi kekuatan pada akar hingga hujung rambut agar lebih kuat dan lebat.

Selain itu, 3 Action-Formula berfungsi memberi kesegaran dan kelembapan pada kulit kepala. 

Menarik lagi, masalah kulit kepala yang berminyak makin berkurang jika anda menggunakan syampu ini secara konsisten.

Ini supaya mengelakkan kulit kepala tidak kembali kering dari sebarang pertumbuhan kelemumur.  

Review:

"Bila ada masalah kelemumur, memang pakai syampu ni. Bila pakai kulit kepala kurang berminyak, kelemumur makin berkurang dan bau wangi. Masalah rambut gugur pun dah kurang."

Syampu kelemumur untuk tumbuh rambut cepat
L'oreal Paris Elseve Fall Resist 3X Anti-Dandruff Shampoo
L'oreal Paris
mulai
RM11.40
Semak L'oreal Paris Elseve Fall Resist 3X Anti-Dandruff Shampoo harga dibawah:
add_circle Menghalang masalah kelemumur & rambut putus
add_circle Menguatkan folikel & akar rambut
add_circle Melembapkan rambut
remove_circle Tidak sesuai untuk rambut berwarna

Syampu ini menawarkan rawatan triple-action iaitu rawatan yang menyuburkan akar dan folikel rambut, memperkuatkan serta menggalakkan pertumbuhan rambut secara semula jadi.

Arginine adalah Asid Amino semula jadi, yang dihasilkan oleh tubuh manusia dan berfungsi untuk meningkatkan bekalan darah ke kulit kepala dan folikel rambut.

Dengan fungsi ZnPT pula akan membantu membuang kelemumur dari kulit kepala anda dan mengekalkan keselesaan sepanjang hari. 

Baunya wangi dan tahan lama, kini anda lebih berkeyakinan untuk membelai rambut. 

Shampoo anti gugur
Rejoice Anti-Dandruff 3 in 1 Shampoo (600ml)
Rejoice
Rejoice Anti-Dandruff 3 in 1 Shampoo
mulai
RM15.38
Semak Rejoice Anti-Dandruff 3 in 1 Shampoo (600ml) harga dibawah:
add_circle Mengandungi mentol untuk kesegaran kulit kepala
add_circle ZPT - melawan masalah kelemumur
add_circle Rambut tidak mudah menjadi kusut
remove_circle Kurang sesuai kulit kepala sensitif

Produk ini merupakan rangkaian syampu yang termurah dan boleh didapati di mana-mana kedai berhampiran anda.

Syampu ini mampu untuk melembutkan rambut dengan mengandungi minyak zaitun yang menguatkan akar rambut agar lebih sihat dan menghalang berlakunya keguguran.

Selain itu, ia juga sangat berkesan untuk melawan kelemumur, meninggalkan kulit kepala anda bersih bagi setiap cucian.

Sangat sesuai digunakan untuk anda yang alami masalah rambut beruban, gugur, kelemumur dan menginginkan rambut kekal bersinar sepanjang masa.

Syampu kelemumur untuk berhijab
Sunsilk Hijab Anti Dandruff Shampoo (320ml)
Sunsilk
sunsilk kelemumur hijab recharge
mulai
RM10.50
Semak Sunsilk Hijab Anti Dandruff Shampoo (320ml) harga dibawah:
add_circle Haruman bertahan sehingga 48 jam
add_circle Buatkan rambut tidak mudah putus
add_circle Kurangkan keguguran
remove_circle Stok terhad

Syampu ini mampu melembutkan dan menghapus masalah ‘flakey’ pada kulit kepala terutamanya kepada mereka yang memakai tudung.

Syampu ini bukan sahaja menjaga luaran rambut malah sehingga ke akar umbi agar rambut tidak mudah putus atau gugur.

Mengandungi ekstrak Lime serta diperkaya dengan vitamin dan mineral yang menyegarkan kulit kepala anda sepanjang hari walaupun berhijab sepanjang hari. 

Diformula Zinc Pyrithine (ZPT) yang akan bantu kulit kepala anda melawan kemunculan kelemumur.

Paling penting, anda kena rajin dan gunakan syampu ini secara konsisten untuk menghilangkan masalah kelemumur.  

Syampu untuk kulit kepala gatal
Head & Shoulders Ultra Men Anti-Hairfall Shampoo
Head & Shoulders
mulai
RM19.67
Semak Head & Shoulders Ultra Men Anti-Hairfall Shampoo harga dibawah:
add_circle Membuatkan rambut dan kulit kepala segar
add_circle Mengandungi Deep Sea Mineral
add_circle Mempunyai Ginseng
remove_circle Mempunyai pewangi
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif

Syampu ini mengandungi Deep Sea Mineral yang berkesan untuk menghalang rambut mudah gugur dan kulit kepala yang berkelemumur.

Kulit kepala lelaki mudah menghasilkan sebum berlebihan akibat peluh, jadi memerlukan penyelesaian yang lebih terperinci untuk merawat kulit kepala mudah berpeluh serta berminyak. 

Formulasi Ginseng dalam syampu ini membantu membersih, mengawal sebum serta mengurangkan kegatalan kulit kepala. 

Jika anda seorang lelaki yang aktif dan kulit kepala mudah berpeluh, syampu ini terbaik untuk anda.

Shampoo hilangkan kelemumur
Clear Anti Hair Fall Anti-Dandruff Shampoo (650ml)
Clear
Clear Anti Hair Fall Anti-Dandruff Shampoo (650ml)
mulai
RM30.99
Semak Clear Anti Hair Fall Anti-Dandruff Shampoo (650ml) harga dibawah:
add_circle Haruman berpanjangan
add_circle Mengurangkan kelemumur
add_circle Galakkan pertumbuhan rambut baru
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif
remove_circle Stok terhad

Ini antara syampu terbaik untuk keguguran rambut kerana mengandungi Ginger Root untuk menggalakkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan rambut gugur.

Diperkaya dengan 10 nutrien dan aktif botani untuk mengaktifkan lapisan perlindungan semulajadi kulit kepala, menjadikan anda bebas dari kelemumur. 

Dengan formulasi tindakan berganda untuk menghalang  dari kewujudan kelemumur dengan kesan jangka panjang. 

Masalah ini membuatkan anda kurang yakin, tapi kini bauan yang wangi dan kulit kepala anda bebas dari kelemumur.

Bau wangi dari bunga berseri Freeshia, mawar dan melati dengan aprikot pada rambut anda.

Shampoo untuk kelemumur dan berminyak
Dove Nutritive Solutions Dandruff Care Shampoo
Dove
Dove Nutritive Solutions Dandruff Care Shampoo
mulai
RM13.10
Semak Dove Nutritive Solutions Dandruff Care Shampoo harga dibawah:
add_circle Lembut rambut bagi penggunaan harian
add_circle Mewangikan rambut
remove_circle Perlu konsisten untuk nampak kesan

Formula yang dibuat dengan Zinc pyrithione terbukti berjaya menghilangkan kelemumur, melegakan kegatalan kulit kepala dan mengurangkan kepingan putih.

Jangan risau, bahan anti kelemumur lain yang ada dalam syampu ini sudah dibuktikan secara klinikal untuk rawatan kelemumur.

Dengan adanya formula unik ini, dapat menyuburkan rambut dari akar hingga ke hujung serta membuatkan rambut lebih sihat.

Selain itu, dirumus dengan Micro Moisture Serum bagi memastikan rambut tampil lebih lembut dan licin. 

Bebas kelemumur, rambut juga makin sihat!

Shampoo untuk kelemumur teruk
Nunature Anti-Dandruff Shampoo (450ml)
Nunature
Nunature Anti-Dandruff Shampoo (450ml)
mulai
RM37.70
Semak Nunature Anti-Dandruff Shampoo (450ml) harga dibawah:
add_circle Bebas SLES/SLS, paraben & pewarna tiruan
add_circle Berkesan selepas 2 minggu
add_circle Tiada masalah kulit kepala gatal
add_circle Dari bahan semula jadi
remove_circle Syampu banyak buih

Syampu anti kelemumur dari Nunature ini mampu menghilangkan rasa gatal pada kulit kepala, melegakan iritasi.

Bukan itu sahaja, syampu ini juga mampu mengawal penghasilan minyak berlebihan, mengurangkan kemerahan dan menghapus flakey dengan berkesan.

Ianya juga menyeimbangkan kembali penghasilan sebum yang tidak tidak berlebihan supaya mengelakkan terjadinya kelemumur dan rambut mudah gugur.

Menarik lagi, rambut anda akan menjadi lebih kuat selepas menggunakan syampu ini. 

Tiada lagi masalah kegatalan kulit kepala, anda boleh melangkah keluar dari rumah dengan penuh keyakinan! 

Syampu untuk rambut kering dan kelemumur
EcoHerbs Herbal Shampoo (150ml)
EcoHerbs
mulai
RM59.95
Semak EcoHerbs Herbal Shampoo (150ml) harga dibawah:
add_circle Mengandungi bahan semulajadi
add_circle Sesuai kulit kepala kering & sensitif
add_circle Sensasi penyejukkan buat kulit kepala
remove_circle Harga mahal

Syampu yang dirumuskan daripada kombinasi enzim buah, tumbuhan tropika semulajadi dan tumbuh-tumbuhan.

Anda boleh merasakan perbezaan kerana ianya memberi rasa sensasi dingin semasa menggunakannya. 

Hasil dari gabungan mikro organisma untuk menguatkan akar rambut anda.

Bukan hanya baik untuk masalah kelemumur, rambut gugur tapi juga bagus untuk anda yang ada masalah kulit kepala gatal, berminyak dan ada kutu.

Syampu ini memberi kesuburan pada rambut anda supaya nampak sihat, segar dan menyihatkan kulit kepala.

Shampoo untuk kulit kepala gatal dan kelemumur
Pantene Pro-V Anti Dandruff Shampoo (750ml)
Pantene
pantene kelemumur
mulai
RM24.59
Semak Pantene Pro-V Anti Dandruff Shampoo (750ml) harga dibawah:
add_circle Mengandungi pelembab khas
add_circle Rambut tampak bersinar
remove_circle Mengandungi SLS

Syampu ini mampu membersih kotoran yang melekat pada rambut dengan hanya sekali basuhan sambil merawat kulit kepala akibat kelemumur.

Malah turut mengandungi pelembap untuk memberi sinaran pada rambut agar tidak kelihatan kering selepas mencuci. 

Hasilnya rambut anda akan tampil segar dan bermaya sepanjang hari. 

Dengan kandungannya mengandungi ZPT, kulit kepala anda tidak akan alami masalah kelemumur untuk jangka masa yang panjang. 

Kini kulit kepala kembali sihat dan kekal wangi bebas kelemumur! 

Syampu untuk kulit kepala berkuping
Olivia Sebocorrector Scalp Wash (250ml)
Olivia
olivia shampoo kelemumur
mulai
RM33.90
Semak Olivia Sebocorrector Scalp Wash (250ml) harga dibawah:
add_circle Mengurangkan kegatalan kulit kepala
add_circle Melembapkan kulit kepala
add_circle Selamat untuk ibu mengandung
remove_circle Harga mahal

Masalah kulit kepala gatal dan berkerak akibat kelemumur memang merungsingkan. 

Shampoo dari Olivia ini dapat menyelesaiakan dua masalah tersebut dengan baik. 

Turut diperkaya dengan Algae yang akan membasmi sebarang pembentukan kelemumur atau fungal akibat kulit kepala terasa gatal-gatal.

Nutrisi dari kacang soya dan Climbazole Aset utama menyihatkan rambut serta menguatkan protein rambut supaya rambut tidak mudah gugur. 

Syampu ini antara syampu menjadi viral dikalangan rakyat Malaysia tentang keberkesanannya.  

Shampoo organik untuk rambut gugur dan kelemumur
Bodyaid Herbal Gentle Ginger Shampoo Anti-Hair Loss
Bodyaid
Bodyaid Herbal Gentle Ginger Shampoo Anti-Hair Loss Growth Shampoo Refreshing Oil-Removing Anti-Break Shampoo Hair Care
mulai
RM23.75
Semak Bodyaid Herbal Gentle Ginger Shampoo Anti-Hair Loss harga dibawah:
add_circle Tekstur pekat
add_circle Tidak berminyak
add_circle Sesuai untuk rambut kelemumur
add_circle Sesuai untuk wanita mengandung
remove_circle Bau halia kuat
remove_circle Rambut mudah kering

Anda dah cuba syampu viral di TikTok jenama BodyAid Herbal Gentle Ginger Shampoo Anti-Hair Loss?

Syampu ini telah mendapat banyak ulasan yang baik daripada penggunanya dan ada yang menyatakan tekstur syampu pekat dan tidak berminyak.

Walaupun bau halia sedikit kuat, tapi ini akan bantu rambut anda kekal segar dan syampu ini juga sesuai untuk kurangkan rambut gugur, bantu anda rawat masalah kelemumur serta menguatkan akar rambut anda tau!

Selepas penggunaan, anda akan rasa sensasi cooling pada kulit kepala kerana mengandungi bahan Gingerol iaitu halia tua tanah tinggi. 

Bahan ini akan membuka pori-pori kulit kepala anda untuk memberikan kesan yang lebih baik supaya kulit kepala lebih bersih dan keluarkan anak rambut yang lebih sihat. 

Bagaimanapun, kami sarankan anda untuk pakai conditioner tambahan untuk elakkan rambut kering selepas menggunakan syampu ini.

Shampoo kelemumur segarkan kulit kepala
Kundal Cool & Clear Scalp Refreshing Shampoo
Kundal Cool & Clear Scalp Refreshing Shampoo
mulai
RM31.11
Semak Kundal Cool & Clear Scalp Refreshing Shampoo harga dibawah:
add_circle Memberi kesan rambut lebat
add_circle Merangsang pertumbuhan akar
add_circle Tiada silikon, paraben, alcohol, sulfat
add_circle Mengurangkan minyak berlebihan di kepala
remove_circle Sukar didapati di pasaran

Syampu yang berasaskan tumbuhan ini memberikan kesegaran sepanjang hari.

Syampu Kundal Cool & Clear Scalp Refreshing ini mengandungi jumlah sebanyak 5,000 ppm untuk setiap estrak daun kayu putih dan pokok daun teh serta menthol.

Kandungan ini untuk memberikan kulit kepala anda rasa nyaman dan sejuk selepas menggunakannya.

Tambah pula, kandungan Panthenol yang diekstrak daripada vitamin B5 membantu melegakan kulit kepala yang mengalami iritasi dan melembapkan. 

Bagusnya lagi, mengandungi 40 jenis tumbuhan, 7 minyak asli yang diestrak dari tumbuhan dan bebas dari 13 kandungan berbahaya. 

Produk ini bukan sahaja membuatkan rambut anda kelihatan lebih bermaya malah kulit kepala anda terjamin sihat!

Shampoo untuk rambut gugur dan melebatkan rambut
BAWANG (6 herbs) Hair Strengthening & Root Firming Ancient Herbs Shampoo
BAWANG
BAWANG (6 herbs) Hair Strengthening & Root Firming Ancient Herbs Shampoo
mulai
RM34.90
Semak BAWANG (6 herbs) Hair Strengthening & Root Firming Ancient Herbs Shampoo harga dibawah:
add_circle Bau herba yang wangi
add_circle Mengurangkan rambut gugur
add_circle Menguatkan rambut dari akar
add_circle Merangsang pertumbuhan rambut
remove_circle Bau herba mungkin kuat bagi sesetengah orang

Produk ini diperbuat daripada formula herba Cina seperti bunga Eclipta dan akar Salvia Miltiorrhiza yang bagus untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. 

Yang penting, bahan yang digunakan halal dan boleh digunakan oleh golongan Muslim.

Selain itu, turut mengandungi Ligustrum Lucidum dan Cynomorium Songaricum yang boleh menyeimbangkan kulit kepala dan menyihatkan rambut. 

Rambut juga akan jadi kurang gugur. Ramai pengguna kata syampu Bawang ini boleh lebatkan semula rambut mereka.

Walaupun bau herbanya berbau harum, namun mungkin ianya agak sedikit kuat bagi sesetengah individu.

Penting untuk gunakan secara konsisten untuk dapatkan hasil yang terbaik, barulah rambut anda kembali lebat seperti sediakala.

Shampoo kelemumur semula jadi
Herbal Essences bio:renew Tea Tree Oil Hair & Scalp Shampoo
Herbal Essences
Herbal Essences bio:renew Tea Tree Oil Hair & Scalp Shampoo
mulai
RM30.90
Semak Herbal Essences bio:renew Tea Tree Oil Hair & Scalp Shampoo harga dibawah:
add_circle Bebas paraben
add_circle 90% kandungan semula jadi
add_circle Membersih kulit kepala dengan berkesan
remove_circle Tiada bau haruman

Syampu yang menyegarkan ini diperkaya dengan minyak Tea Tree untuk menanggalkan kotoran dan penumpukan dengan lembut.

Selain itu, ia juga mengurangkan kekeringan dan kegatalan dengan ketara untuk kulit kepala yang lebih sihat. 

Paling penting, syampu ini berasal dari 90% bahan semula jadi, mengandungi bahan yang diproses secara minimum bersama air bersih.

Bebas daripada paraben, pewarna, silikon, BHA, minyak mineral, ftalat, DEA, dan parafin, ia memastikan cucian yang lembut dan berkesan.

Shampoo kelemumur wangi
Palmolive Naturals Anti Dandruff Shampoo & Conditioner
palmolive
Palmolive Naturals Anti Dandruff Shampoo & Conditioner
mulai
RM10.49
Semak Palmolive Naturals Anti Dandruff Shampoo & Conditioner harga dibawah:
add_circle Membersih dengan lembut
add_circle Terbukti secara klinikal
add_circle Haruman tahan lama

Shampoo bersama dengan conditioner ini direka khas untuk rambut yang berkelemumur. 

Ia diperkaya dengan ekstrak Tea Tree dan Eucalyptus, formula unik ini membersihkan kulit kepala dengan lembut tetapi berkesan, memberikan sensasi menyegarkan kepada rambut anda. 

Sementara itu, kandungan Vitazole™ yang terbukti secara klinikal dapat menghapuskan 100% kelemumur, memastikan kulit kepala anda kekal bersih dan sihat. 

Nikmati rambut yang bukan sahaja bebas kelemumur tetapi juga lembut secara semula jadi. 

Selain itu, ia turut mempunyai haruman yang menyegarkan dan tahan lama yang menjadikan rambut anda kekal wangi sepanjang hari.


Apakah Punca Rambut Kelemumur & Gugur?

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan rambut berkelemumur dan gugur antaranya seperti

  • Memakai produk rambut yang berlebihan dan produk yang tidak serasi dengan kulit kepala
  • Menutup kepala dalam tempoh yang lama (bagi yang berhijab)
  • Tidak mengeringkan rambut dengan betul selepas membasuh
  • Kerap mewarna atau menggayakan rambut dengan bahan kimia
  • Kekurangan vitamin menyebabkan folikel rambut lemah

Bagaimana Cara Hilangkan Kelemumur?

Ada pelbagai petua tradisional yang boleh anda ikuti untuk menghilangkan kelemumur dengan menggunakan bahan semulajadi;

1. Garam Himalaya - Tekstur garam yang kasar akan menanggalkan lebihan sel kulit mati dan juga menanggalkan kepingan-kepingan kelemumur yang degil supaya kulit kepala akan lebih bersih dan bebas kulit kering. 

2. Minyak Kelapa - Membekalkan lembapan kepada kulit kepala dan rambut kering, minyak kelapa juga akan mengunci hidrasi supaya kulit tidak akan mudah mengering lalu mengelupas dan akhirnya akan menyebabkan kelemumur. 

3. Aloe Vera - Sifatnya yang anti-radang yang akan menenangkan kulit kepala yang sensitif dan iritasi seperti eczema dan psoriasis, aloe vera juga dapat membantu melembabkan kulit kepala yang kering dan serta dapat menanggalkan kepingan kelemumur dengan baik.

4. Tea Tree Oil - Ia bersifat anti-micorbial dan anti-radang, dua kelebihan ini berkesan untuk mengurangkan sifat kulit kepala yang berminyak punca kelemumur. Malah ia mampu melawan fungus untuk mengelakkan kelemumur daripada merebak dan menjadi lebih teruk. 


Maksud Anti Dandruff

"Anti dandruff" bermaksud anti kelemumur. 

Ia merujuk kepada produk atau bahan yang direka khusus untuk mencegah atau merawat kelemumur. 

Kelemumur pula adalah keadaan kulit kepala yang biasa di mana kulit kepala menjadi kering atau berminyak dan menghasilkan cebisan kulit mati yang kelihatan. 

Produk anti kelemumur biasanya mengandungi bahan-bahan yang membantu mengurangkan cebisan kulit mati, mengurangkan kegatalan, dan mengawal pertumbuhan kulat atau bakteria pada kulit kepala.

Produk anti kelemumur seperti syampu, perapi, atau tonik kulit kepala mungkin mengandungi bahan-bahan aktif seperti Zinc Pyrithione, Ketoconazole, Selenium Sulfide, Salicylic Acid, dan Coal Tar.

Menggunakan produk anti kelemumur secara berkala boleh membantu mengurangkan atau menghilangkan kelemumur dan memperbaiki kesihatan kulit kepala secara keseluruhan.


Punca Kelemumur Berkuping

Kelemumur berkuping, juga dikenali sebagai seborrheic dermatitis adalah bentuk kelemumur yang lebih teruk dan boleh disebabkan oleh beberapa faktor. 

Antara faktor utama kelemumur berkuping adalah kulit kepala berminyak, di mana pengeluaran minyak (sebum) yang berlebihan oleh kelenjar sebaceous di kulit kepala boleh menyebabkan kulit kepala menjadi berminyak dan memerangkap serpihan kulit mati, yang kemudian membentuk kepingan kelemumur.

Selain itu, jangkitan kulat juga boleh menjadi punca, dan kulat seperti Malassezia yang terdapat pada kulit kepala boleh menyebabkan kelemumur. 

Kulat ini memakan minyak di kulit kepala, menghasilkan asid oleik yang boleh merengsakan kulit dan menyebabkan kelemumur berkuping.

Tidak lupa juga faktor keturunan atau faktor genetik yang boleh memainkan peranan dalam kecenderungan seseorang untuk mengalami kelemumur berkuping.

Perubahan cuaca juga boleh menjadi punca, dari cuaca sejuk dan kering atau cuaca panas dan lembap boleh mempengaruhi keadaan kulit kepala dan memperburuk kelemumur berkuping.

Itu antara punca utama kulit kepala anda berkuping dan berpunca daripada kelemumur.

Pastikan anda menggunakan produk rambut yang sesuai dan tidak menyebabkan iritasi kulit kepala kerana ia juga menyumbang kepada pembentukan kelemumur.

Jaga kebersihan kulit kepala anda dan amalkan diet yang seimbang.


Artikel Berkaitan

End of Article