Masalah rambut gugur menjadi satu igauan ngeri buat semua orang tidak kira lelaki atau wanita.
Mana tidaknya, rambut gugur hari-hari, silap hujung bulan boleh botak kepala!
Jadi untuk merawat rambut gugur adalah dengan menggunakan barangan yang boleh mengurangkan rambut gugur.
Untuk mengetahui produk apa untuk rawatan rambut gugur, jom kita lihat senarai cara kurangkan rambut gugur.
Senarai 11 Produk Untuk Rawatan Rambut Gugur
Table of Contents

Penat bersihkan rambut yang gugur setiap hari? Gunakan krim anti rambut gugur ini.
Masalah dapat diselesaikan kerana boleh menguatkan folikel dan akar rambut.
Ini kerana kandungannya kaya dengan bahan Bhringaraja yang membantu menggalakkan pertumbuhan rambut.
Turut mengandungi Amla iaitu bahan efektif untuk merawat rambut dan kulit kepala kerana kaya dengan vitamin C dan polyphenols.
Cara kurangkan rambut gugur dengan produk Himalaya ini sangat mudah, hanya perlu urut kulit kepala dengan krim ini menggunakan gerakan membundar.
Boleh guna sebelum atau selepas syampu dan selamat digunakan pada rambut yang diwarnakan dan dikerintingkan.

Kaum Adam yang malu berdepan dengan wanita kerana rambut yang semakin menipis akibat keguguran rambut, kami sarankan untuk guna tonik Alpecin ini.
Ini kerana kaya dengan kafein yang merupakan bahan aktif yang boleh membantu pertumbuhan rambut yang sihat.
Bukan itu sahaja, produk yang diperbuat di Jerman ini boleh digunakan pada pelbagai jenis kulit kepala sama ada kulit kepala berminyak, kering dan sebagainya.

Produk jenama Moist Diane ini diformulasikan khas untuk wanita yang mula mengalami masalah rambut semakin gugur dan nipis.
Mengandungi ekstrak daun Wasabi yang boleh mengaktifkan tisu folikel rambut dan mengurangkan bau busuk dan kerengsaan kulit kepala.
Malah bahan minyak Argan semula jadi yang terkandung dalam minyak ini adalah khas untuk mengurangkan kehilangan rambut.
Produk ini dipakai seperti perapi kerana perlu digunakan pada rambut selepas syampu.
Cuma, ingat pastikan ia tidak terkena kulit kepala.

Para ibu yang baru lepas bersalin tak perlu susah-susah ke salon untuk dapatkan rawatan rambut gugur sebab boleh buat sendiri di rumah dengan serum rambut ini.
Dengan penggunaan yang konsisten, kami yakin mampu mengurangkan kehilangan rambut sehingga 71%.
Ini kerana pertumbuhan rambut baru juga bakal digalakkan dengan bahan yang terkandung dalam produk ini.
Diformulasikan daripada buah kiwi dan buah keras yang masing-masing kaya dengan vitamin untuk menguatkan akar rambut.
Malah bahan yang terkandung juga boleh sihatkan kulit kepala hingga hujung rambut.
Sesuai digunakan oleh semua jenis rambut dan paling penting, tak perlu bilas lepas pakai.

Minyak rambut Safi Shayla ini pula diformulasikan khas untuk kaum Hawa yang buntu gara-gara rambut yang makin lama makin gugur.
Dengan produk yang mengandungi minyak Argan untuk kurangkan kerosakan rambut, mahkota wanita anda bakal kembali lebat dan sihat.
Habbatus Sauda dalam produk ini pula membekalkan rambut wanita dengan nutrien dan perlindungan matahari.
Bukan itu sahaja, turut diperbuat daripada minyak zaitun asli yang akan menyerap ke dalam rambut untuk mencantikan rambut yang kering dan kerinting.
Sesuai juga digunakan oleh wanita yang tidak bertudung.

untuk pegetahuan anda, kafein membantu mengurangkan keguguran rambut dan menggalakkan pertubuhan rambut.
Malah mampu mengurangkan keguguran rambut, jika menggunakan syampu ini setiap hari kerana terdapat bahan aktif.
Bahan aktif tersebut adalah Alpecin Kafein yang berfungsi meresap ke dalam folikel supaya dapat mengukuhkan dan menguatkan akar rambut.
Silikon didalam produk ini juga dapat menghasilkan rambut yang lebih lembut dan boleh digayakan dengan pelbagai cara.

Untuk wanita yang buntu rambut semakin nipis terutamanya lepas bersalin, boleh cuba essence anti rambut gugur jenama 50 Megumi dari Jepun ini.
Ia mengandungi ekstrak akar halia yang boleh memberikan anda kulit kepala yang sihat dan akar rambut yang kuat.
Produk ini diperbuat juga dari ekstrak bunga Swertia Japnica yang berkesan melindungi mahkota anda dari keguguran rambut.
Paling penting, ada kolagen yang telah terhidrolisis, ekstrak lemon dan oren untuk memanjangkan hayat setiap helai rambut.

Rambut kering dan gugur? Gunalah set syampu dan perapi 50 Megumi yang akan membaiki rambut rosak yang kerap gugur.
Sesuai juga dipakai oleh anda yang mewarnakan rambut sebab tidak akan melunturkan warna mahkota wanita.
Mengandungi 50 bahan herba seperti ekstrak akar halia yang dapat menyerap jauh ke dalam folikel rambut agar lebih lebat.
Tambah pula terdapat bahan campuran bahan minyak Jojoba dan Shea Butter dimana menguatkan akar rambut lagi agar tak mudah gugur.

Dapatkan rawatan rambut gugur seperti di salon dengan syampu jenama Tresemme ini kerana bagus untuk membaiki rambut rosak.
Diformulasikan dengan menggunakan teknologi Tresplex baru dimana dapat menggalakkan guna syampu ini setiap hari jika anda inginkan mahkota wanita yang cantik bak model.
Produk ini mengandungi bahan khas untuk kesihatan rambut iaitu minyak Chia Seed dan Amino-Vitamin yang berkesan untuk mengurangkan rambut gugur hingga 98%.
Yang penting, baunya juga wangi dan tiada lagi masalah bau rambut kepam selepas ini.

Walaupun produk Indonesia ini murah tapi kualitinya tetap terbaik kerana mengandungi air sari bayam (Spinacia Oleracea) dan Trichogen Liposomes.
Bahan ini berfungsi bagi memastikan rambut tak mudah gugur walaupun ketika dicuci.
Malah, mengandungi vitamin B, C, E dan asam lemak Omega-3 yang baik untuk memberikan rambut lebih sihat.
Cara merawat rambut gugur dengan syampu Mustika Ratu ini juga sangat mudah, hanya perlu sapukannya pada rambut basah dan urut kulit kepala dan rambut dengan lembut.
Jangan lupa untuk bilasnya. Memang ramai pengguna yang kata ia berkesan mengatasi masalah tersebut.

Ucapkan selamat tinggal kepada masalah rambut gugur dengan serum rambut khas dari Good Virtues Co. kerana boleh menguatkan semula rambut.
Diformulasikan daripada minyak Habbatus Sauda yang kaya dengan antioksidan dan minyak vitamin E.
Selain itu, mengandungi minyak zaitun, Trichomega dan minyak Jojoba Emas organik yang memang terkenal dengan manfaatnya untuk melembabkan kulit kepala dan melebatkan rambut.
Yang penting, bebas daripada pewarna sintetik dan paraben dan boleh dipakai pada rambut selepas mandi.
Tips Penjagaan Rambut Gugur
Mesti ramai yang risau jika banyak rambut anda gugur hampir setiap hari hingga ada yang mungkin takut kepala mereka mungkin jadi botak.
Tapi tak mengapa, ikuti sahaja tips yang kami kongsikan ini untuk menjaga rambut dan mengurangkan masalah tersebut.
- Lakukan urutan kepala
- Sikat rambut dengan berus lembut
- Elakkan daripada sikat rambut ketika basah
- Elakkan daripada warnakan atau bleach rambut dengan pewarna kimia
- Cuci rambut dengan kerap agar kulit kepala sentiasa bersih
- Guna syampu yang lembut pada kulit kepala & rambut
- Guna produk rambut yang ada aloe vera/minyak kelapa
- Elakkan dari menggayakan rambut dengan stail yang boleh menarik rambut
Anda boleh tonton penjelasan lebih terperinci menerusi video di bawah
Rambut Gugur Disebabkan Kurang Vitamin Apa?
Menurut kajian yang telah dijalankan, masalah rambut gugur berlaku disebabkan kekurangan vitamin D dalam badan anda.
Ini kerana vitamin berkenaan memainkan peranan penting untuk menggalakkan pertumbuhan folikel rambut baru.
Selain itu, vitamin B7 atau Biotin juga penting untuk penting untuk kesihatan. Jika vitamin ini kurang, ia boleh sebabkan kegatalan kulit dan kehilangan rambut.
Kekurangan zat besi (iron) dan zink juga boleh sebabkan masalah yang sama.
Oleh itu, jangan lupa untuk dapatkan sinaran matahari yang cukup dan makanan makanan berkhasiat untuk kembalikan pertumbuhan rambut yang lebat.