Kecantikan

12 Iron Rambut (Hair Straightener)Terbaik di Malaysia 2026

Nak rambut terurus pastikan guna iron rambut. Jadi kami bantu anda senaraikan jenama iron rambut yang bagus supaya anda beli hair straightener terbaik.

A
Editor · Updated 13 Feb 2023

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

12 Iron Rambut (Hair Straightener)Terbaik di Malaysia 2026

Semua wanita inginkan kecantikan dari hujung rambut sehingga hujung kaki.

Tapi yang menjadi keutamaan adalah bahagian rambut kerana itu adalah makhota mereka.

Kandungan

Kami yakin, wanita berhijab juga menitik berat kecantikkan rambut untuk kepuasan diri sendiri atau pasangan.

Jadi terdapat pelbagai peralatan kecantikan rambut antaranya alat pelurus rambut.

Tapi mana satu jenama iron rambut yang bagus? Itu menjadi persoalan.

Jadi kami senaraikan beberapa jenama hair straightener terbaik untuk anda pilih.


Senarai 12 Jenama Iron Rambut Yang Bagus

Ubeator Korean Ceramic Hair Straightener
Iron rambut terbaik secara keseluruhan 1 daripada 12
Ubeator Korean Ceramic Hair Straightener
Partnership with
Dari RM98
Tidak merosakkan rambut
Paparan suhu digital
Harga sedikit mahal
3 lagi
2 saiz, besar & kecil
Cepat panas
Tiada waranti

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Hair straightener terbaik jenis seramik ini patut menjadi pilihan utama bagi yang gemar bergaya kerana bukan sahaja mampu meluruskan rambut kusut, malah boleh keritingkan rambut yang lurus.  

Ciri-ciri;

Suhunya boleh dilaraskan mengikut jenis rambut pengguna, contohnya suhu 130°C-160°C sesuai untuk rambut yang dah rosak dan rapuh

Manakala 160°C-190°C pula sesuai untuk rambut sederhana. Rambut yang tebal, kasar dan terlalu keriting pula perlu guna suhu 190°C -230°C. 

Bahagian plat pemanasnya jenis kalis air dan tahan suhu tinggi. Tiada masalah jika nak guna alat ini untuk kegunaan peribadi atau di salon milik anda. 

Dijamin selamat digunakan sebab ia lengkap dengan ciri automatic shut-off jika anda terlupa untuk mematikan alat elektrik ini selepas selesai menggunakannya.

Review;

‘Memang cepat panas alat pelurus rambut ni, jadi tak perlu tunggu lama untuk dapatkan gaya rambut yang cantik. Proses nak iron rambut pun smooth je’

Iron rambut 2 in 1 2 daripada 12
Kemei Professional Ceramic Hair Straightener (KM-531)
Kemei
Dari RM17.99
Suhu boleh dilaraskan ikut jenis rambut
Mudah disimpan dan bawa travel
Waranti hanya 1 bulan
1 lagi
Salutan seramik

Untuk yang suka bertukar-tukar gaya rambut setiap hari, memang wajib dapatkan alat pelurus rambut 2 dalam 1 ini kerana boleh keritingkan rambut.

Iron rambut Kemei ini lengkap dengan paparan suhu LED digital, jadi perubahan suhu dapat dilihat dengan mudah.  

Selain itu, direka dengan plat pemanas 3D terapung yang boleh mengurangkan geseran antara rambut sekali gus mengelakkan kerosakan rambut. 

Turut dilengkapi dengan fungsi infrared yang boleh mengunci kelembapan dan minyak semula jadi rambut, jadi gaya rambut anda akan tahan lebih lama.

Mini Hair Straightener For Travel
Iron rambut mini 3 daripada 12
Mini Hair Straightener For Travel
Partnership with
Dari RM6.90
Harga murah
Saiz kecil & ringan
Tiada waranti
1 lagi
Mudah dibawa kemana-mana

Hair strengthener mini ini direka khas untuk wanita yang suka berdandan walaupun ketika sedang melancong. 

Tak payah susah-susah lagi cari salon ketika di luar negara sebab boleh luruskan rambut sendiri. 

Bahagian pemegang alat ini disalut dengan plastik dan getah agar lebih selesa untuk dipegang. 

Sekali gus lebih selamat ketika digunakan kerana tidak akan terlepas dari genggaman tangan anda. 

Remington Ceramic Hair Straightener S3700
Iron rambut ceramic 4 daripada 12
Remington Ceramic Hair Straightener S3700
Partnership with
Dari RM216
4x perlindungan rambut
2 tahun waranti
Harga agak mahal
3 lagi
Mudah disimpan
Ada pengesahan SIRIM
Sesuai dengan semua jenis rambut

Hair iron seramik Remington dengan suhu maksimum 230°C dan jenis anti statik menjadikan rambut anda akan lebih mudah digayakan dan mengurangkan masalah keriting. 

Apa yang menariknya ialah hanya memerlukan masa selama 15 saat untuk panas sepenuhnya sekaligus menjimatkan masa anda untuk berdandan setiap pagi. 

Memang selamat digunakan di rumah sebab akan tertutup dengan automatik selepas 60 minit jika anda lupa nak tutup suis pelurus rambut ini. 

Rambut anda akan kelihatan lebih lurus dan licin dengan bantuan alat ini.

K-Skin Hair Straightener Comb
Iron rambut jenis sikat 5 daripada 12
K-Skin Hair Straightener Comb
Partnership with
Dari RM49
Banyak pilihan warna
Cepat panas, 30 saat sahaja
2 lagi
Tidak melecurkan rambut & tangan
Mengurangkan masalah keriting

Amatlah mudah untuk anda guna iron rambut dengan pemanasan seramik ini kerana ia boleh digunakan seperti sikat rambut biasa sahaja. 

Paling penting, hair straightener ini akan mati secara automatik jika tidak digunakan dalam tempoh 20 minit. 

Terdapat 5 pilihan suhu yang boleh dilaras, jadi sesuai digunakan pada semua jenis rambut termasuk rambut tebal, keras, keriting dan rambut nipis. 

Boleh juga digunakan untuk kerintingkan rambut yang lurus.

Xiaomi ShowSee E2 Professional Hair Straightener
Iron rambut untuk travel 6 daripada 12
Xiaomi ShowSee E2 Professional Hair Straightener
Partnership with
Dari RM90
Wayar kabel boleh dipusing 360°
Boleh keritingkan rambut lurus
Harga agak mahal
2 lagi
Auto shut off selepas 30 minit
Cepat panas (30 saat)

Dengan berat yang 382g, iron rambut Xiaomi yang boleh berfungsi 2  dalam 1 ini menggunakan teknologi seramik yang disalut dengan kolagen. 

Teknologi ini boleh melicinkan rambut tanpa menyebabkannya melekit dan rambut juga lebih berkilat, lurus dan tampak sihat. 

Boleh digunakan pada rambut jenis normal, rambut yang diwarnakan, rambut rosak mahupun yang keras. 

Sesuai dibawa bersama ketika melancong kerana ia hadir dengan beg berzip yang tahan haba agar alat ini mudah disimpan. 

CkeyiN 4 in 1 Hair Straightener Interchangeable Plates
Iron rambut 4 in 1 7 daripada 12
CkeyiN 4 in 1 Hair Straightener Interchangeable Plates
Partnership with
Dari RM68
Paparan suhu LED
Haba diagihkan sekata
Harga mahal
3 lagi
Panjang kabel 2.5m
Sesuai untuk rambut rosak & lebat
Hanya boleh digunakan pada rambut yang dah kering

Walaupun harga sedikit mahal tapi pembelian alat pelurus rambut ini tetap berbaloi.

Ini kerana menggunakan plat Tourmaline seramik yang selamat digunakan pada rambut kasar. 

Malah mempunyai 4 jenis plat yang boleh ditukar mengikut gaya rambut yang anda mahukan iaitu jenis flat (untuk luruskan rambut) serta L wave, M wave dan S wave untuk gaya rambut keriting. 

Hanya 60 saat diperlukan untuk memanaskan alat ini sebelum ia boleh digunakan. Jimat masa kan? 

Manakala ciri automatic shutdown selepas 1 jam suisnya tidak ditutup menjadikan iron rambut ini selamat digunakan di rumah mahupun di salon. 

Dyson Corrale ™ Hair Straightener
Hair straightener cordless 8 daripada 12
Dyson Corrale ™ Hair Straightener
Dari RM2,399
Paparan skrin OLED
Panjang kabel 4.34m
Harga terlalu mahal
2 lagi
Auto shut off selepas 10 minit
3 pilihan suhu haba (165°C, 185°C & 210°C)

Rasa rimas gara-gara rambut menggerbang dan kasar? Jangan risau, dengan jenama iron rambut yang bagus ini boleh meluruskan rambut termasuk rambut tebal. 

Apa yang membezakan jenama Dyson dengan yang lain ialah boleh digunakan walaupun tanpa wayar selama 30 minit selepas dicas penuh. 

Kalau nak guna ketika kabel wayarnya disambung pada suis juga tiada masalah. 

Yang penting, bukan sahaja boleh meluruskan mahkota wanita tapi boleh juga menggayakan rambut dengan stail soft waves dan C-curls. 

Hasilnya anda kelihatan persis selepas mendapatkan rawatan di salon.

M'Styler Men's Hair Controller Hair Iron Straightener
Iron rambut lelaki 9 daripada 12
M'Styler Men's Hair Controller Hair Iron Straightener
Partnership with
Dari RM36.50
Cepat panas (15 saat)
Pemanasan haba sekata
Suhu maksimum hanya 120°C
3 lagi
Tak merosakkan rambut
Gaya rambut tahan sepanjang hari
Kurangkan masalah rambut kusut

Siapa kata kaum Adam tak perlu jaga penampilan? Dengan iron rambut khas untuk lelaki yang berambut pendek ini, boleh membantu anda untuk tampil lebih kacak dan yakin. 

Bukan sahaja boleh meluruskan rambut keriting tapi boleh mengerintingkan rambut lurus. 

Malah, rambut anda tampak lebih lebat berbanding sebelum guna alat ini. 

Paling penting, boleh digunakan ketika rambut basah dan kering dan sangat mudah digunakan kerana hanya guna seperti sikat rambut biasa. 

Selain itu,  turut direka dengan pemegang ergonomik, jadi tak lenguh ketika dipegang.

HAN RIVER Hair Straightener HRJFB01BK
Iron rambut murah 10 daripada 12
HAN RIVER Hair Straightener HRJFB01BK
Dari RM19
Harga murah
Rekaan anti lecur
2 lagi
Cepat panas (sepantas 30 saat)
Boleh digunakan ketika rambut kering & basah

Tak perlu lagi bazirkan duit untuk dapatkan rawatan rambut di salon kerana kini anda boleh luruskan rambut sendiri di rumah dengan hair straightener Han River. 

Suhu maksimum alat ini ialah 220°C, jadi boleh pilih suhu yang paling sesuai dengan ketebalan dan tekstur rambut anda. 

Malah boleh mencipta kesan rambut keriting seperti semula jadi.

Iron rambut ini menggunakan teknologi pemanasan PTC dengan seramik Turmalin yang akan mengagihkan haba pada rambut dengan sekata. 

Bukan itu sahaja, turut direka dengan teknologi inframerah yang akan mengunci kelembapan dan minyak semula jadi rambut agar mahkota wanita anda tidak rosak. 

Fun Kor Korea Professional Salon Hair Straightener
Iron rambut salon 11 daripada 12
Fun Kor Korea Professional Salon Hair Straightener
Partnership with
Dari RM154.90
Gaya rambut tahan lama
Suhu antara 100°C - 230°C
Harga mahal
3 lagi
2 pilihan saiz (27mm & 43mm)
1 tahun waranti
Paparan suhu LCD

Bercita-cita nak buka salon sendiri? Jika ya, anda wajib dapatkan hair straightener dari Korea ini.

Ini kerana direka untuk kegunaan berat seperti di salon. Hanya 20 saat diperlukan untuk alat ini panas sepenuhnya.

Iron rambut ini menggunakan teknologi seramik turmalin yang dijamin mampu meluruskan rambut dengan mudah tanpa menarik atau merosakkan rambut. 

Jadi selepas ini, tiada lagi masalah rambut menggerbang atau keriting yang menyebabkan rambut sukar disikat.

Lagi bagus, kabel wayarnya boleh dipusing 360 darjah, jadi lebih mudah untuk digunakan.

3 in 1 Comb Hair Straightener
Iron rambut 3 in 1 12 daripada 12
3 in 1 Comb Hair Straightener
Dari RM63
Kurangkan statik pada rambut
Sesuai dengan semua jenis rambut
Harga mahal
3 lagi
3 pilihan suhu mengikut tekstur rambut
Boleh keritingkan rambut juga
Perlu keringkan rambut dengan tuala terlebih dahulu

Jika anda sentiasa terburu-buru pada waktu pagi dan tak cukup masa untuk keringkan rambut dan gayakannya sebelum ke pejabat, kami syorkan hair straightener jenis ini.

Selain boleh meluruskan rambut, alat pelurus rambut ini boleh mengeringkan dan menyikat rambut anda dalam masa yang sama. 

Erti kata lain,  dapat berfungsi 3 dalam 1 dan dengan alat ini, dijamin rambut tampak lebih tebal, licin serta berkilat. 

Malah, masalah rambut kusut juga dapat diselesaikan. 

Bahagian pemegangnya direka dengan bentuk ergonomik agar lebih selesa ketika digunakan.


Bagaimana Cara Iron Rambut Dengan Betul?

Nak iron rambut dengan alat pelurus rambut bukan main buat je. 

Terdapat cara dan langkah yang betul supaya rambut tidak berketak, bercabang atau rosak.

Jadi jom lihat cara iron rambut dengan betul mengikut langkah di bawah.

  1. Cuci rambut menggunakan syampu terlebih dahulu sebelum menggunakan hair straightener. Boleh cuba guna syampu yang dilabel smoothing dan yang boleh melembabkan rambut (khas untuk melicinkan mahkota anda).
  2. Elakkan daripada keringkan rambut terlalu kuat menggunakan tuala. Keringkannya dengan lembut supaya tak menggerbang. 
  3. Ketika rambut masih basah, sapu produk seperti serum rambut untuk perlindungan terma.
  4. Keringkan rambut kerana rambut harus kering ketika diluruskan agar tidak cepat rosak.
  5. Pilih kekuatan haba pada alat pelurus rambut yang sesuai dengan ketebalan rambut anda.
  6. Bahagikan rambut kepada beberapa bahagian menggunakan pin atau sepit. Pastikan setiap bahagian ada 1-2 inci tebal agar muat dalam hair straightener. 
  7. Letakkan alat tersebut sedekat yang mungkin dengan akar rambut. 
  8. Pastikan kedua-dua besi alat itu saling bersentuhan. 
  9. Elakkan dari iron bahagian rambut lebih dari 3 kali kerana boleh rosakkan mahkota anda. 

Tonton video ini untuk lebih mudah faham tentang cara iron rambut. 


Berapa Lama Iron Rambut Dapat Mengekalkan Gaya Rambut Lurus? 

Gaya rambut lurus menggunakan alat pelurus rambut selalunya tidak bertahan lama.

Lebih-lebih lagi jika anda mencuci rambut dan menggunakan syampu kerana selalunya hanya mampu bertahan sehingga 3 hari maksimum.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation