Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

9 Shampoo Terbaik untuk Hilangkan Kelemumur Malaysia 2023

Kalau masalah kelemumur, teruk macam musim salji, boleh cuba syampu ini untuk menanganinya

Asyik nak mengaru kepala je lebih-lebih lagi bila tengah berpeluh. 

Bukan sebab kutu tapi kelemumur. Lagi merimaskan apabila kelemumur berkuping dan terjatuh di bahagian bahu baju. 

Masalah kelemumur terjadi disebabkan banyak faktor tapi apa yang pasti kelemumur muncul daripada kulit kepala yang tidak sihat.

Jadi cara menghilangkan kelemumur adalah merawat kulit kepala dengan menggunakan shampoo kelemumur terbaik.

Jom lihat senarai shampoo kelemumur paling berkesan untuk anda.


Senarai 9 Syampu Terbaik Untuk Kulit Kepala Berkelemumur

Shampoo kelemumur terbaik keseluruhan
Selsun Blue
Semak Selsun Blue 2 in 1 Dandruff Treatment Shampoo harga dibawah:
add_circle Selenium sulfide mengurangkan kelemumur berkeping
add_circle Ekstrak natural french honey
add_circle Kegunaan 2 dalam 1, mengandungi B5
remove_circle Teksture agak melekit

Sebab menjadi pilihan utama:

Sesuai dengan kulit kepala yang berminyak dan sensitif, masalah kulit kepala yang mempunyai kelemumur berkeping juga makin berkurang. Pemakaian secara berterusan membuatkan kulit kepala bebas kelemumur.’

Ciri-ciri:

Selsun Blue Pro 2-in-1 Anti-Dandruff Shampoo diformulasi dari B5 dan juga hyluronic acid yang menguatkan akar rambut.

Menariknya tentang syampoo ini bukan saja untuk mencuci rambut tapi boleh bertindak sebagai pelembab. 

Kandungan selenium sulfide yang ada pada syampoo ini dapat merawat masalah kelemumur yang berkeping dan membantu mengurangkan daripada berulang. 

Selain itu ekstrak natural French honey juga memberi kelembaban berpanjangan kepada kulit kepala.

Dengan satu basuhan anda akan dapat lihat rambut keadaan bersih,segar dan lembapan sempurna.

Ini adalah pilihan yang bijak buat anda yang tercari carinya shampoo kelemumur terbaik. 

Review:

‘Kulit kepala lebih lembab dan tiada lagi kelemumur berkeping, rambut juga makin lembut dan wangi tanpa menyebabkan hadirnya kelemumur’.

Shampoo untuk kelemumur dan rambut kering
Nunature
Nunature Anti-Dandruff Shampoo (450ml)
Semak Nunature Anti-Dandruff Shampoo (450ml) harga dibawah:
add_circle Bahan semulajadi, bebas SLES/SLS, paraben & pewarna tiruan
add_circle Berkesan selepas 2 minggu
add_circle Tiada masalah kulit kepala gatal
remove_circle Hanya boleh didapati di Watson sahaja

Syampu anti kelemumur dari Nunature ini mampu menyelesaikan beberapa masalah antaranya;

  • Menghilangkan rasa gatal kulit kepala.
  • Melegakan iritasi.
  • Mengawal penghasilan minyak berlebihan.
  • Mengurangkan kemerahan.
  • Menghapus flakey dengan berkesan.

Malah dapat menyeimbangkan kembali penghasilan sebum yang tidak tidak berlebihan supaya mengelakkan terjadinya kelemumur dan rambut tidak mudah gugur.

Rambut anda akan menjadi lebih kuat selepas menggunakan syampu ini.

Shampoo kelemumur untuk kanak-kanak
Himalaya
Himalaya Gentle Baby Shampoo
Semak Himalaya Gentle Baby Shampoo harga dibawah:
add_circle Anti-kelemumur
add_circle Tidak memedihkan mata bayi
add_circle Bebas paraben & pewarna sintetik
add_circle Melembutkan & melembabkan rambut

Bahan utama yang terdapat pada syampu Himalaya adalah Hibiscus yang bertindak sebagai perapi rambut dalam melembabkan rambut bayi dan kanak-kanak.

Manakala bahan Rumput Khus Tanaman terkenal kerana kualiti antimikroba, antijamur, dan penyejukannya. 

Komponen semula jadi ini dapat menyuburkan dan meningkatkan tekstur rambut, sekaligus menjadikan rambut anda halus dan berkilau.

Shampoo kelemumur dan rambut rosak
Himalaya
Semak HIMALAYA Anti Dandruff Shampoo Soothing & Moisturizing harga dibawah:
add_circle Menguatkan rambut
add_circle Memberikan kelembapan berpanjangan
remove_circle Menjadikan rambut keras
remove_circle Tidak berkesan untuk menghilangkan kelemumur bergantung pada kulit seseorang.

Jenama Himalaya terkenal dengan penggunaaan bahan asli seperti aloe vera dan pokok teh dalam rangkaian produk mereka. 

Himalaya anti dandruff shampoo diformulasi untuk melawan kelemumur dan menenangkan kulit kepala.

Selain itu, dapat memberi hasil rambut yang bersih dan sihat.

Selain aloe vera dan pokok teh, produk ini juga menggunakan Protein Asli Soya dan Gandum  bagi memastikan rambut kekal sihat dan kuat.

Shampoo kelemumur murah
Sunsilk
Syampu untuk kelemumur
Semak Sunsilk Anti Dandruff Shampoo 320 ml harga dibawah:
add_circle Mudah diperoleh
add_circle Melembutkan rambut
add_circle Mewangikan rambut
remove_circle Boleh menyebabkan alergik akibat dari pewangi.

Sunsilk merupakan jenama yang tidak asing dalam masyarakat Malaysia. 

Tambah pula harga yang berpatutan dan mampu milik memeang sering menjadi pilihan.  

Sunsilk Anti Dandruff dengan formula Zinc Pyrithione bertindak dengan ‘tegas’ dalam menghilangkan kelemumur tetapi masih mengekalkan kelembutan pada kulit kepala. 

Dengan formula ekslusif ini, menjadikan rambut lebih lembut apabila disentuh.

Bukan sahaja berfungsi untuk menghilangkan kelemumur tapi rambut kekal wangi sepanjang hari tau!

Shampoo kelemumur dan berminyak
Dove
Semak Dove Nutritive Solutions Dandruff Care Shampoo harga dibawah:
add_circle Lembut rambut bagi penggunaan harian
add_circle Mewangikan rambut
remove_circle Harus membuat penggunaan berterusan untuk mendapatkan kesan yang pantas

Formula yang dibuat dengan Zinc pyrithione terbukti berjaya menghilangkan kelemumur, melegakan kegatalan kulit kepala dan mengurangkan kepingan putih.

Jangan risau, bahan anti kelemumur lain yang ada dalam syampu ini sudah dibuktikan secara klinikal untuk rawatan kelemumur.

Dengan adanya formula unik ini, dapat menyuburkan rambut dari akar hingga ke hujung serta membuatkan rambut lebih sihat.

Selain itu, dirumus dengan Micro Moisture Serum bagi memastikan rambut tampil lebih lembut dan licin. 

Bebas kelemumur, rambut juga makin sihat!

Shampoo kelemumur dan hijab
Safi
Semak SAFI Shayla Anti Dandruff Shampoo (320ml) harga dibawah:
add_circle Wangian tahan sehingga 48 jam
add_circle Mempunyai Micro bamboo charcoal
add_circle Bahan seperti Habbatus sauda
remove_circle Pewangi boleh menyebabkan alergik
remove_circle Tinggi ph tidak sesuai untuk kulit sensitif

Shampoo keluaran Safi ini sangat sesaui untuk wanita berhijab.

Produk ini sesuai bagi memastikan kesihatan rambut dah kulit kepala dalam keadaan baik walaupun bertudung sepanjang hari. 

SAFI Shayla Anti-Dandruff Shampoo diformulasi dengan dengan Micro bamboo charcoal dan juga haabtussauda.

Bahan ini sangat berkesan menghilangkan kulat yang mengakibatkan kelemumur.

Rambut kekal wangi dan bebas kelemumur walaupun bertudung sepanjang hari.

Shampoo kelemumur dan rambut gugur
Moist Diane Scalp Essence
Semak Moist Diane Scalp Essence harga dibawah:
add_circle Herba tea tree dan peppermint dalam bahan utama
add_circle Bahan semulajadi
remove_circle Harga yang mahal, dan kuantiti yang sedikit

Shampoo dari Jepun berjenama Diane ini mengandungi bahan semulajadi seperti herba.

Herba ini dapat melegakan kegatalan pada kulit kepala seperti ‘tea tree dan peppermint’.

Memberi rasa kelegaan yang menyegarkan dari herba seperti pudina.

Formulasi bahan semulajadi ini juga melawan ‘scalp order’, pembiakan kelumumur dan membantu pertumbuhan rambut yang sihat. 

Bukan saja untuk kelemumur tapi juga sesuai untuk kulit kepala berminyak.

Shampoo kelemumur untuk lelaki
Head & Shoulders
Semak Head & Shoulders Ultra Men Anti-Hairfall Shampoo harga dibawah:
add_circle Membuatkan rambut dan kulit kepala segar.
add_circle Mengandungi deep sea mineral.
add_circle Mempunyai ginseng.
remove_circle Mempunyai pewangi yang tidak sesuai untuk kulit sensitif.

Diformulasikan secara istimewa dengan bahan ginseng bagi memastikan akar rambut lebih kuat. 

Kandungan dari Deep sea minerals, membantu anda membersih kulit kepala dan helaian rambut dengan lebih sempurna.

Di buat menggunakan bahan seperti ZPT formula, dimana mempunyai ujian klinikal yang boleh menghilangkan kelemumur dan kegatalan kulit kepala.

Dengan syampoo ini anda tampil lebih yakin dengan rambut sihat dan tiada lagi masalah kelemumur pada baju!


Apa itu kelemumur?

Kelemumur adalah sejenis penyakit kulit (seborrheic dermatitis) yang menjadikan kulit kepala menjadi berkeping dan berminyak.

Kepingan putih terhasil apabila menggaru kepala atau ketika anda berpeluh sehingga mengakibatkan kegatalan.

Rasa gatal tersebut bukan datang dari rambut tetapi masalah dari sel kulit kepala yang tumbuh cepat dan juga kulit kepala yang mati menjadi kelemumur. 

Jom tonton penerangan ringkas dari Kementerian Kesihatan Malaysia tentang kelemumur.


Apa Punca Rambut Kelemumur?

Punca terjadinya kelemumur adalah masalah kulit individu atau cara penjagaan rambut.

Tapi jika anda mempunyai kulit kepala yang sensitif. Makin senang kelemumur akan timbul. 

Selain itu, faktor seperti iklim waktu sejuk, kering dan panas sangatlah mengundang kehadiran kelemumur. 

Malah, menjadikannya lebih teruk, sehingga boleh menyebabkan luka kulit kepala jika tidak dirawat dan kerap digaru.

Punca lain lagi, corak pemakanan kita yang terjadinya kelemumur.

Ini kerana makanan yang tidak sihat akan menyebabkan kulit kepala berminyak dan berkelemumur. 


Ada Berapa Jenis Kelemumur?

Kulit kepala kering berkelemumur: Ini adalah masalah kelemumur yang paling sering terjadi dalam kebanyakkan kita. 

Masalah ini terjadi akibat dari iklim yang panas sejuk dan kering yang mana membuatkan kulit kepala menjadi kering dan tegang seterusnya menyebabkan kepingan kelemumur seperti habuk. 

Kulit kepala berminyak berkelemumur: Sebum adalah minyak yang dihasilkan secara semula jadi untuk melindungi kulit. 

Tetapi penghasilan yang banyak boleh membuatkan kelemumur halus terjadi.

Jika anda lihat kelemumur anda bewarna kuning, ini disebabkan lebihan minyak pada kulit kepala yang membuatkan anda rasa gatal dan kulit kepala berbau. 

Pastikan anda pilih syampu yang sesuai untuk kulit kepala anda.

Kulit kepala yang mempunyai fungus: Malassezia adalah nama kulat yang terjadi pada bahagian kulit kepala akibat penyakit itu. 

Kulit kepala yang sensitif dan menjadi gatal akibat dari bahan yang terdapat pada shampoo yang dipakai. 

Sebaiknya dapatkan rawatan pakar kulit rambut untuk memperbaiki masalah ini.

Seborrheic dermatitis: Terjadi pada kulit kepala yang mempunyai lebihan minyak.

Ini akan membuatkan anda rasa gatal dan kepingan kelemumur menjadi lebih banyak. 

Kulit kepala juga kelihatan merah akibat dari iritasi tersebut. 


Bagaimana Cara hilangkan kelemumur

Sebelum kami jelaskan dengan lebih terperinci tentang bahan untuk hilangkan kelemumur, apa kata tonton video ini terlebih dahulu.

Masalah rambut kelemumur perlukan rawatan dan bahan yang betul mengikut dari masalah kulit kepala.

Ingat, tak semua orang sesuai dengan produk kita guna kerana setiap daripada kita mempunyai lifestyle yang berbeza terutama dari segi pemakanan.

Bagaimanapun, sebelum memilih syampu pastikan anda tahu fungsi bahan yang ada pada syampu tersebut.

Bahan seperti corticosteroids boleh mengurangkan rasa gatal, salicylic acid atau zinc pyrithione dapat mengurangkan kepingan kelemumur.

Manakala, bahan seperti tea tree oil untuk mengurangkan kelemumur.

Bahan lain seperti coal tar, melambatkan proses sel kulit mati pada kulit kepala. 

Selenium dan ketoconazole sulfide pula berfungsi untuk melawan fungus yang terjadi. 

Jadi sebelum buat pembelian untuk shampoo kelemumur, pastikan anda tahu jenis dan masalah kulit kepala yang dihadapi. 

Serta padankan dengan bahan-bahan di atas dalam shampoo anda ye! 

Jika gagal juga, segeralah dapatkan rawatan pakar kulit kepala.


Artikel Berkaitan

End of Article