Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Syampu/Shampoo Terbaik untuk Lelaki di Malaysia 2024

Penjagaan rambut amat penting untuk penampilan diri.

Seperti yang kita semua tahu, syampu berfungsi untuk membersihkan kotoran pada rambut.

Jadi tak hairanlah terdapat banyak pilihan shampoo di pasaran. Penjagaan rambut amat penting untuk penampilan diri.

Cuma ingin diingatkan hendaklah memilih shampoo yang sesuai untuk rambut sebelum membeli.

Bukan apa, anda tidak boleh menggunakan sembarangan produk supaya rambut anda kekal sihat, tebal dan bersih.

Tapi apa yang menjadi masalah bagi kaum lelaki dimana mungkin ada diantara mereka tidak tahu mana satu shampoo untuk lelaki yang terbaik.

Di kesempatan ini, kerana kami akan menyenaraikan 7 shampoo bagus untuk lelaki. Jom lihat!


Senarai 7 Syampu Lelaki Terbaik

Syampu lelaki terbaik secara keseluruhan
Kundal Cool & Clear Scalp Refreshing Shampoo
mulai
RM31.11
Semak Kundal Cool & Clear Scalp Refreshing Shampoo harga dibawah:
add_circle Memberi kesan rambut lebat
add_circle Merangsang pertumbuhan akar
add_circle Tiada silikon, paraben, alcohol, sulfat
add_circle Mengurangkan minyak berlebihan di kulit kepala
remove_circle Sukar didapati di pasaran

Sebab menjadi pilihan utama:

Syampu yang berasaskan tumbuhan ini memberikan kesegaran sepanjang hari.

Ciri-ciri:

Syampu Kundal Cool & Clear Scalp Refreshing ini mengandungi jumlah sebanyak 5,000 ppm untuk setiap estrak daun kayu putih dan pokok daun teh serta menthol.

Kandungan ini untuk memberikan kulit kepala anda rasa nyaman dan sejuk selepas menggunakannya.

Tambah pula, kandungan Panthenol yang diekstrak daripada vitamin B5 membantu melegakan kulit kepala yang mengalami iritasi dan melembapkan. 

Bagusnya lagi, mengandungi 40 jenis tumbuhan, 7 minyak asli yang diestrak dari tumbuhan dan bebas dari 13 kandugan berbahaya. 

Produk ini bukan sahaja membuatkan rambut anda kelihatan lebih bermaya malah kulit kepala anda terjamin sihat!

Review:

“Syampu ni ada cooling effect, jadi dapat kurangkan gatal kat kepala. Memang sesuai dengan orang yang ada masalah kulit kepala yang gatal,”

Syampu untuk kelemumur lelaki
Head & Shoulders
mulai
RM19.50
Semak Head & Shoulders Ultra Men Cool Menthol Shampoo (480ml) harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Mampu merawat masalah kelemumur
add_circle Mengurangkan minyak kulit kepala
remove_circle Sukar didapati di pasaran

Kulit kepala lelaki lebih cenderung untuk menghasilkan banyak sebum berbanding perempuan. 

Jadi shampoo ini mempunyai rumusan khas seperti Deep-sea minerals untuk pembersihan secara menyeluruh, mengurangkan minyak dan kegatalan di kulit kepala.

Dalam masa yang sama, syampu ini dapat menghidratkan rambut anda agar lebih terurus, tidak kering serta bebas kelemumur sepanjang hari.

Bukan tu je, masalah keguguran rambut pun dapat diatasi kerana mempunyai kandungan Ginseng bagi menguatkan akar rambut.

Apa yang best lagi, Head & Shoulders Ultra Men Cool mempunyai kesan menthol dan Cooling Mint yang mana dapat memberi kesegaran pada kulit kepala.

Shampoo untuk rambut gugur lelaki
Alpecin Caffeine Shampoo
mulai
RM33.95
Semak Alpecin Caffeine Shampoo C1 harga dibawah:
add_circle Harga yang berpatutan
add_circle Membantu melebatkan rambut
add_circle Rambut kelihatan bermaya
remove_circle Berbau kuat

Masalah berpunca rambut gugur adalah atas faktor stres, tekanan hormon testosteron yang rendah atau corak pemakanan yang salah. 

Jadi produk ini mempunyai formula utama khas iaitu active caffeine-complex untuk mengurangkan keguguran rambut.

Malah dengan kandungan bahan Zinc dan Niacin menjadikan rambut anda sihat dan kuat sekaligus membuatkan rambut anda kelihatan segar dan bermaya.

Cara penggunaan hanya sekali setiap hari dan lumurkan selama 2 minit bagi mendapatkan kesan yang lebih baik untuk perlindungan akar rambut dan meningkatkan pertumbuhan rambut.

Syampu untuk melebatkan rambut lelaki
FOLIGAIN Hair Regrowth Shampoo
mulai
RM116.00
Semak FOLIGAIN Hair Regrowth Shampoo harga dibawah:
add_circle Bebas dari paraben dan sulfat
add_circle Menguatkan akar rambut
add_circle Melebatkan rambut
add_circle Bau wangi
remove_circle Harga yang mahal

Syampu anti-keguguran rambut ini mengandungi 2% Trioxidil.

Bahan ini memberikan kesan tiga kali ganda untuk pertumbuhan rambut yang kuat dan lebat berbanding jenama syampu yang lain. 

Salah satu komponen utama Trioxidil ialah penyekat Dihydrotestosterone (DHT), yang membantu mencegah keguguran rambut yang berpunca dari DHT.

Ia juga mempunyai rumusan seperti Biotin dan Arginine HClia yang boleh meningkatkan peredaran darah di kulit kepala secara keseluruhan.

Bukan apa, peredaran darah kulit kepala yang baik dapat berikan pertumbuhan rambut yang lebih efektik sekaligus melebatkan rambut.

Shea Moisture Manuka Honey & Mafura Oil Intensive Hydration Shampoo
mulai
RM61.03
Semak Shea Moisture Manuka Honey & Mafura Oil Intensive Hydration Shampoo harga dibawah:
add_circle Memberikan kelembapan
add_circle Melebatkan rambut
add_circle Tiada paraben, phthalates dan petrolatum
remove_circle Harga mahal

Syampu bebas sulfat ini boleh membersihkan dan memberikan kelembapan dan nutrisi yang mencukupi.

Syampu penghidratan intensif ini juga bebas dengan rumusan berbahaya seperti paraben, phthalates dan petrolatum.

Jadi kulit dan helaian rambut lebih kelihatan bersinar dan tidak mudah rosak sehingga menyebabkan iritasi atau keguguran.

Malah dengan campuran kandungan mentega Shea Organik, madu Manuka, minyak Mafura dan Baobab dapat memulihkan, menguatkan dan melembutkan rambut. 

Kesan ini juga dapat menjadikan rambut anda lebih kuat, lembut dan tidak bercabang pada hujung rambut.

CLEAR Men Cooling Itch Control Ant-dandruff Shampoo
mulai
RM15.90
Semak CLEAR Men Cooling Itch Control Ant-dandruff Shampoo harga dibawah:
add_circle Harga yang berpatutan
add_circle Memberikan kesegaran sepanjang hari
add_circle Berkesan untuk menghilangkan kegatalan dan kelumumur
remove_circle Rumusan Eucalyptus tidak sesuai untuk kulit sensitif

Cuaca yang panas atau kering boleh menyebabkan kulit kepala berpeluh sehingga timbul masalah kelumumur dan kulit kepala mengelupas.

Jadi shampoo Clearm Men ini dirumus khas untuk mereka yang mempunyai masalah ini kerana mempunyai kandungan Eucalyptus dan daun teh hijau untuk melegakan kegatalan.

Malah dengan teknologi Taurine dan Triple Anti-Dandruff yang dirumus dengan Niacimide (Vitamin B3) dan Amino Acid, kelumumur dapat dihilangkan.

Jadi, shampoo ini mampu mengatasi masalah kulit kepala anda dengan efektif dan hasilnya kulit kepala anda kekal segar sepanjang hari.

Selsun Blue Extra Moisturizing Anti-Dandruff Shampoo
mulai
RM36.68
Semak Selsun Blue Extra Moisturizing Anti-Dandruff Shampoo harga dibawah:
add_circle Melembapkan kulit kepala
add_circle Menghilangkan kelemumur
add_circle Menyegarkan kulit kepala
add_circle Mengurangkan kegatalan
add_circle Harga murah
remove_circle Bau kurang menyenangkan

Syampu Selsun Blue Extra Moisturizing Anti-Dandruff ini di rumus dengan bahan Selenium Sulfid untuk menghilangkan kelemumur secara efektif. 

Ia juga diperkaya dengan kandungan aloe vera untuk melembapkan rambut secara optimum.

Hasilnya, rambut anda menjadi sihat, tidak gatal sekaligus dapat menghasilkan helaian rambut yang berkilau dan terurus.

Terdapat juga rumusan Panthenol yang terdapat dalam produk ini yang bantu melembutkan rambut anda. Maksudnya, guna jari pun boleh, tak perlu sikat!

Anda juga boleh menggunakan syampu ini untuk rambut yang rosak akibat kerap mewarnakan rambut dengan bahan kimia.


Apa Tips Memilih Syampu?

Syampu berfungsi untuk membersihkan rambut kerana terdapat rumusan khas.

Rumusan pula berbeza untuk setiap masalah dan jenis kulit dan rambut. 

Jadi kami kongsikan beberapa tips untuk memilih syampu yang tepat untuk anda.

  • Kenali jenis rambut anda

Adakah anda mempunyai masalah rambut kering, berminyak, bercabang atau kusut? 

Sebaik saja sudah mengetahui masalah rambut, pilih syampu yang dapat membaiki masalah rambut anda.

  • Syampu yang bebas dari bahan yang memudaratkan

Pastikan anda periksa dahulu label pada badan produk tersebut dan elakkan dari menggunakan bahan yang boleh merosakkan rambut.

Antara bahan tersebut sulfat kerana boleh menyebabkan kulit kepala kering dan mengelupas.

  • Periksa keadaan kulit kepala anda

Jika anda mengalami masalah kulit kepala yang berkelemumur dan gatal, pilih syampu yang mempunyai bahan zinc pyrithione.

Ini kerana boleh merawat iritasi kulit dan mengurangkan kelumumur.

  • Semak kandungan nutrisi

Syampu yang bagus perlu mengandungi nutrisi yang penting seperti protein, vitamin dan mineral. 

Hal ini kerana, dapat membantu untuk menguatkan rambut dan mengekalkan kulit kepala yang sihat.

  • Berjumpa dengan pakar rambut

Jika anda masih tidak tahu syampu yang sesuai untuk digunakan untuk masalah rambut anda, boleh saja berjumpa dengan pakar rambut untuk mendapatkan nasihat yang lebih terperinci.

Kesimpulannya, anda mungkin perlu mencuba beberapa jenis produk syampu sebelum jumpa yang serasi dengan rambut dan kulit kepala anda!


Artikel berkaitan

End of Article