Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Bulu Tumbuh Bahagian Puting Lelaki, Normal Ke?

Bulu tumbuh disebabkan folikel rambut dan kelenjar minyak di seluruh tubuh.

Helaian bulu bukan saja tumbuh pada bahagian ketiak, alat sulit, kaki tapi di bahagian puting lelaki juga. Tak lebat pun cuma tumbuh helaian rambut yang sedikit. Mana yang ada abang, adik lelaki atau pasangan, mesti pernah nampak.

Tapi, pernah tak terfikir kenapa bulu sedikit tu tumbuh pada bahagian tersebut? Adakah itu perkara normal bagi lelaki? Dan macam mana pula bagi lelaki yang tak ada bulu pada bahagian puting mereka?

Banyak persoalan! Jom kami bongkar untuk anda.

Remote file

Kenapa bulu tumbuh di bahagian puting lelaki?

Menurut Lance Brown, dermatologi dari New York, menjelaskan bahawa rambut halus tumbuh disebabkan badan individu tersebut mempunyai folikel rambut dan kelenjar minyak di seluruh bahagian tubuh. Jadi, peluang rambut untuk tumbuh boleh berlaku dan sangat tinggi.

Satu petikannya dipetik dalam Women's Health, dari 50 juta folikel rambut yang tersebar di seluruh badan, hanya satu per lima saja yang berada di kulit kepala. Ini kerana helaian rambut juga boleh tumbuh di bahagian lain, salah satunya bahagian puting.

Selain itu, pengambilan beberapa jenis ubat-ubatan juga boleh menjadi faktor lain pertumbuhan bulu secara berlebihan misalnya individu tersebut mengambil testosteron, danazol, steroid anabolik, glukokortikoid, siklosporin, minoxidil, dan fenitoin.

Remote file

Normal ke puting ada bulu?

Tumbuh atau tidak helaian rambut pada bahagian puting, kedua-duanya adalah normal. Malah, pada golongan wanita juga boleh terjadi kerana kumpulan ini mengalami sindrom ovari polisistik atau polycystic ovarian syndrome (PCOS).

Bagaimanapun, ada juga yang merasakan badan mereka kelihatan lebih seksi jika tumbuh bulu sekitar puting, kononnya, simbol kejantanan dan maskulin.

Remote file

Macam mana nak hilangkan bulu puting?

Mungkin terdapat segelintir golongan lelaki berasa rimas atau malu dengan kehadiran bulu pada bahagian tersebut, jadi Brown telah membuat perkongsian dua jalan penyelesaian mengurangkan helaian bulu dengan menggunakan kaedah mencabut atau mencukur.

Siapa nak mencukur tu, boleh lah beli jenama encukur yang kami sarankan dibawah ini.

Pencukur bulu ikut bentuk wajah
Shaves2u
shaves2u
mulai
RM18.00
Semak Shaves2u - Swivel Handle with 5 Blade Razor harga dibawah:

Pencukur bulu dari jenama shaves2u ini mempunyai double axis swivel mechanism dimana dapat mencukur bulu mengikut bentuk wajah serta memberi hasil yang sempurna.

Selain itu, pencukur bulu ini juga menggunakan Microsilver BG lubricating strip untuk memberi kepuasan ketika proses mencukur serta mengelakan iritasi pada permukaan kulit.

Pencukur bulu
Gillette
Gillette Blue 3 Disposable Razor
mulai
RM14.62
Semak Gillette Blue 3 Disposable Razor harga dibawah:

Pencukur bulu Gillete jenis ini memberikan hasil pencukuran si pemakai lebih halus sekaligus pembilasan lebih baik berbanding jenis pencukur yang lain. Selain itu, Gillette Blue 3 Disposable Razor ini mempunyai Lubrastrip yang dapat memberi keselesaan ketika mencukur.

Kepala Pivoting pula dapat mengikut bentuk permukaan kawasan cukur terutama kawasan yang mempunyai lekuk.

Tapi, jika selepas proses mencukur atau mencabut bahagian puting terasa sakit lebih dari dua hari, terus pergi membuat rawatan di klinik atau hospital. 

Apa pun, perlu diingatkan puting lelaki sama seperti wanita, perlu dijaga dengan baik. Jika kurang beri prihatin kepada penjagaan, keadaan puting boleh menyebabkan ketidakselesaan, kegatalan dan kesakitan di sekitar dada sekaligus boleh menyebabkan kanser payu dara pada golongan lelaki.

Hati-hati okay!

Related articles

End of Article