Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Miliki Rambut Sihat Bermaya Dengan 10 Conditioner Untuk Lelaki

Rambut lebih sihat, lembut dan bersinar!

Gaya rambut memainkan peranan yang sangat penting bagi lelaki dan wanita kerana ianya memberi kesan kepada rupa paras untuk kelihatan lebih segak, kemas, menawan dan sebagainya. Rambut bukan sahaja “Mahkota Wanita”, malah lelaki juga perlu mementingkan penjagaan rambut agar kelihatan lebih menarik. Pengunaan shampoo sahaja tidak mencukupi, conditioner membantu rambut menjadi lebih sihat, lembut dan bersinar.

Bagaimanakah cara yang tepat untuk memakai conditioner bagi lelaki?

Caranya mudah sahaja. Setelah mencuci rambut anda dengan syampu, ambil conditioner dan letakkan dengan jumlah yang mencukupi di rambut anda. Perlahan-lahan rapikan conditioner di atas rambut. Pastikan anda mengurut secara perlahan-lahan sehingga ke hujung rambut jika anda mempunyai rambut panjang. Elakkan aplikasi conditioner di kulit kepala, ini bertujuan untuk mengelakkan kulit kepala berminyak atau tersumbat.

Terdapat beberapa produk conditioner terbaik yang sesuai untuk lelaki dan jenis rambut. Ayuh lihat produk bersesuaian dengan anda;

10 Conditioner/Perapi Rambut Untuk Lelaki di Malaysia

Conditioner untuk lelaki berambut kering – beri lembapan pada rambut
Watsons
mulai
RM8.72
Semak Watsons Argan Oil Treatment Conditioner (200ml) harga dibawah:

Produk ini diformulasi dengan minyak Argan yang membawa banyak kebaikan kepada rambut, berfungsi untuk memulihkan keadaan rambut rosak serta melembapkan jenis kering dan tidak terurus. Dengan mengandungi biotin, ianya mampu memberikan kesan efektif kepada rambut untuk menjadi lebih lembut, sihat dan lembap. Sesuai digunakan bagi lelaki dan perempuan yang mempunyai rambut jenis kering.

Untuk rambut rebonding agar kekal lurus dan lembut
Dove
mulai
RM9.23
Semak Dove Straight & Silky Conditioner (330ml) harga dibawah:

Perapi rambut ini mengandungi Serum Moisture Micro Patented yang menjadikan rambut anda lebih kuat dan mudah diurus. Ianya mampu untuk memberi kesan yang lurus dan bersinar sepanjang masa kepada rambut. Boleh digunakan untuk lelaki dan wanita yang menginginkan rambut lurus bersinar.

Serum Micro Moisture di dalam conditioner ini mampu menyuburkan rambut  untuk membaiki rambut rosak agar tidak lagi tampil tidak terurus. Buat yang lakukan penggayaan rebonding juga, perapi ini dapat mengekalkan rambut lurus anda untuk jangka masa panjang.

Perapi rambut murah untuk kurangkan masalah kelemumur
mulai
RM10.35
Semak Botaneco Garden TRIO Oil Anti Dandruff Conditioner (500ml) harga dibawah:

Produk ini dirumuskan dengan 3 jenis minyak 100% Eco-Certified iaitu Babassu Oil dari Amerika Latin, Baobab Oil dari Afrika dan Chufa Oil dari Perancis serta ditambah dengan minyak kelapa dan Jojoba. Ianya bertujuan untuk beri lembapan dan membantu melindungi kulit kepala dari kekeringan agar menjadi lembut dan berkilat.

Dengan mengandungi ekstrak menthol, minyak Tea Tree dan Peppermint Organik untuk membantu menenangkan serta menggalakkan kulit kepala yang sihat. Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, selamat digunakan untuk semua jenis rambut.

Conditoner untuk rambut berminyak dan kurangkan penghasilan sebum
AGEA
mulai
RM11.50
Semak AGEA Men's and women's multi-effect conditioner (430ml) harga dibawah:

Conditioner ini mampu untuk memulihkan masalah rambut yang kering dengan bertekstur ringan dan tidak berminyak. Sesuai digunakan bagi lelaki dan wanita yang mempunyai rambut berminyak kerana produk ini bebas minyak. Diperkaya dengan kandungan Glycerin, ianya mampu untuk mengurangkan masalah rambut bercabang.

Conditioner untuk rambut kembang - lebih kemas dan mudah diurus
L'oreal Paris
L'oreal Paris ELSEVE Keratin Smooth Conditioner (330ml)
mulai
RM13.20
Semak L'oreal Paris ELSEVE Keratin Smooth Conditioner (330ml) harga dibawah:

Conditioner ini mengandungi Keratin yang berfungsi untuk merapi dan melembutkan rambut, terutamanya yang jenis sukar diurus serta kusut. Produk ini mampu melembutkan rambut yang kasar dan rosak dengan hanya sekali aplikasi. Ianya mampu untuk meleraikan yang kusut sambil mengekalkan sinar rambut. Sesuai digunakan bagi mereka yang menginginkan rambut tampil rapi dan kemas.

Perapi untuk rambut berwarna – beri nutrisi ekstra
Clairol
mulai
RM13.95
Semak Herbal Essences Conditioner – Passion Flower & Rice Milk (400ml) harga dibawah:

Perapi ini bebas daripada paraben, pewarna dan Gluten, berfungsi untuk memberi nutrisi ekstra dan memulihkan rambut rosak sambil menjaga keadaan rambut. Produk ini mengandungi ekstrak Passion Flower dan Rice Milk yang bagus untuk melembutkan rambut dan menjaga serta memulihkan rambut. 

Sesuai untuk anda yang gemar mewarnai rambut, perapi ini mampu mengekalkan rona tanpa memudarkanya. Terbaik juga untuk anda yang gemar menggayakan rambut.

Tangani masalah rambut gugur dengan perapi rambut ini
TRESemmé
mulai
RM14.99
Semak TRESemmé Conditioner Hairfall Control (340ml) harga dibawah:

Diformulasi dengan ekstrak Chia Seed dan Amino Vitamin yang mampu menurunkan kadar keguguran rambut sebanyak 98%. Akar umbi akan menjadi lebih kuat dan rambut tidak mudah terputus. Untuk hasil rambut 10x lebih kuat, gunakannya secara konsisten agar rambut tidak lagi mudah gugur.

Conditioner dari drugstore dengan bahan semulajadi
Watsons
mulai
RM14.94
Semak Naturals By Watsons Quinoa Hair Conditioner harga dibawah:

Diformulasi daripada minyak dan ekstrak Quinoa dari Peru, conditioner ini mampu untuk memulihkan rambut yang rosak. Dengan menggunakan bahan-bahan organik yang telah disahkan, ianya mampu untuk membaikpulih rambut yang alami kerosakan dan kering. 

Untuk anda yang mempunyai rambut bermasalah, cubalah conditioner dari Watson ini!

Conditioner yang halal dengan kandungan bahan organik
Moist Diane
mulai
RM31.12
Semak Moist Diane Botanical Organic Lavender Treatment (Conditioner) harga dibawah:

Produk ini mampu untuk memberi kesegaran rambut dengan ekstrak bunga Lavender. Dirumus khas dengan minyak Argan Maghribi dan Shea Butter, conditioner ini mampu membersih kulit kepala dan rambut tanpa menanggalkan lembapan semulajadi. Kekuatan penyembuhan dan sifat anti-radang Shea Butter menjadikan syampu ini sesuai untuk kulit kepala sensitif. 

Ianya mengandungi bahan organik dan dijamin Halal. Selamat untuk semua jenis rambut, tidak akan menyebabkan rambut bermasalah.

Conditioner untuk rambut kerinting – tiada masalah rambut kusut
Redken
mulai
RM99.00
Semak Redken Fresh Curls Conditioner for All Types Curly Hair (1000ml) harga dibawah:

Conditioner ini mengandungi sebatian pelembap dan protein yang menguatkan rambut, manakala minyak kelapa dapat memberi kelancaran serta kawalan sempurna. Setiap individu memiliki rambut keriting yang tidak sama kerana mungkin sesetengah dari anda mempunyai keriting adalah kasar, kerinting sukar dikawal dan lain lagi. 

Produk ini mampu menangani keperluan khusus pelbagai jenis rambut kerinting dengan teknologi dan rumusan khas untuk rambut kerinting.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article