Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Cara Semulajadi dan Murah Untuk Hilangkan Kelemumur Di Rambut dan Kulit Kepala

Masalah kelemumur sebenarnya bukan hanyalah terletak kepada satu sebab sahaja. Sebenarnya kelemumur boleh terjadi kerana 6 faktor iaitu, Seborrheic Dermatitis yang disebabkan oleh jangkitan yis Malassezia daripada minyak kulit kepala yang berlebihan, kulit kering yang terlampau yang menyebabkan kulit kering mengelupas dan menjadi kelemumur, mempunyai masalah kulit seperti eczema, dan psoriasis yang disebabkan oleh masalah auto-immune, kadar kebersihan yang kurang, masalah pencemaran udara dan cuaca panas yang menyebabkan kulit kepala berminyak dan berpeluh lalu mengakibatkan pembentukan jangkitan fungus dan juga akhirnya faktor tekanan.

Secara semulajadinya, yis dan Malassezia sememangnya hadir pada permukaan kulit kepala kerana pembentukan minyak semula jadi, namun kerana tekanan yang berlebihan, pembiakan yis dan Malassezia akan membuak dan menyebabkan kulit kepala gatal dan berkelemumur. 

Selain menggunakan syampu untuk hilangkan kelemumur dan rambut gugur, cubalah merawat masalah kelemumur anda secara semula jadi:

Skrub Garam Himalaya Untuk Pembersihan Kulit Kepala Secara Mendalam

Walaupun kedengaraan aneh, namun garam sebenarnya bertindak sama seperti gula dalam teknik penjagaan wajah. Tekstur garam yang kasar akan menanggalkan lebihan sel kulit mati dan juga menanggalkan kepingan-kepingan kelemumur yang degil supaya kulit kepala akan lebih bersih dan bebas kulit kering. 

Namun, walaupun kegunaannya sama seperti skrub gula, anda tidak boleh menggantikan garam dengan gula untuk kulit kepala ya kerana ini akan menyebabkan pembiakan yis dan fungus dengan lebih teruk. 

Garam yang boleh anda gunakan sebagai skrub kulit kepala ialah garam Epsom, garam laut dan juga garam Himalaya. Jika anda mempunyai kulit kering, anda boleh mencampurkan garam dan minyak zaitun sebagai bahan pelembap. Jika anda mempunyai kulit berminyak, anda boleh menggunakan garam sahaja untuk menanggalkan kotoran, minyak dan juga lapisan sel kulit mati yang akan menyebabkan kelemumur. 

Gunakan sebanyak sekali seminggu, lumurkan pada kulit kepala dan seluruh rambut sebelum syampu untuk cucian lebih mendalam untuk menghilangkan residu produk rambut. Rambut anda akan bukan sahaja bebas kelemumur namun akan menjadi lebih lembut dan bersinar.

mulai
RM27.90
Semak Sebamed Anti-Dandruff Shampoo (200ml) harga dibawah:

Syampu kelemumur daripada Sebamed ini mengandungi sodium chloride atau dikenali sebagai garam sebagai bahan untuk menanggalkan kelemumur

mulai
RM2.80
Semak Clean Eating Himalayan Pink Rock Salt (500g) harga dibawah:

Sesuai untuk anda yang menjaga bajet, anda juga boleh menggunakan garam ini sebelum syampu rambut sebagai skrub kulit kepala yang akan mengembalikan kadar pH yang seimbang untuk kulit kepala yang sihat.


Masker Minyak Kelapa 

Minyak kelapa sangat sesuai buat jenis kelemumur yang disebabkan oleh kulit gatal terlampau ataupun masalah kulit seperti eczema dan psoriasis yang menyebabkan kulit kepala menjadi sensitif dan iritasi. 

Minyak kelapa mempunyai ciri-ciri anti-microbial yang akan membaikpulih keadaan kulit kepala yang berkelemumur. Selain daripada membekalkan lembapan kepada kulit kepala dan rambut kering, minyak kelapa juga akan mengunci hidrasi supaya kulit tidak akan mudah mengering lalu mengelupas dan akhirnya akan menyebabkan kelemumur. 

Anda boleh menggunakan syampu yang mengandungi formulasi minyak kelapa ataupun membuat sendiri masker minyak kelapa dengan memanaskan minyak kelapa lalu dilulurkan pada seluruh kepala. Haba daripada minyak kelapa akan meresap lebih mendalam dan akan menenangkan kulit kepala yang teriritasi. Lakukan ini seminggu sekali, 2 jam sebelum anda syampu rambut.

mulai
RM21.98
Semak Palmer's Coconut Oil Cond Shampoo 400ML harga dibawah:

Syampu minyak kelapa ini akan membantu mengembalikan lembapan kepada kulit kepala yang kering. Dengan lembapan yang cukup, kulit kepala akan kurang merasa gatal dan akan kurang berkelemumur.

mulai
RM28.50
Semak ItWorks! Extra Virgin Coconut Oil 232ml harga dibawah:

Minyak kelapa dara seperti ini sangat sesuai dibuat masker minyak panas untuk digunakan sebelum syampu.


Bilas Rambut Anda Menggunakan Apple Cider Vinegar

Apple cider vinegar atau cuka epal mempunyai kadar asid yang akan membantu mempercepatkan proses pengelupasan kulit kering supaya kelemumur cepat tertanggal. Dengan membilas rambut anda dengan air campuran cuka epal ini kulit kepala anda akan menjadi lebih bersih, dan bebas kelemumur. 

Asid didalam cuka epal ini juga dapat mengembalikan kadar pH kulit kepala iaitu bawah 5.5 kerana syampu mempunyai kadar pH yang tinggi yang akan menyebabkan kulit kepala kering dan juga kegatalan. 

Cuka epal juga sesuai buat rambut berkelemumur yang disebabkan oleh fungus kerana kadar asidnya akan membunuh fungus penyebab kelemumur. 

Anda hanya perlu mencampurkan 2 sudu besar cuka epal dengan air biasa dan bilas rambut selepas syampu dan pelembap menggunakan air cuka epal tersebut. Biarkan selama 5 minit sebelum membilas menggunakan air biasa untuk membuang bau cuka epal yang kuat. Anda boleh mengamalkan setiap kali cucian rambut bagi rambut yang berminyak, dan seminggu sekali bagi rambut kering.

mulai
RM28.50
Semak BRAGG Apple Cider Vinegar (946ml) harga dibawah:
add_circle Kuatkan kulit
add_circle Kurangkan iritasi kulit
add_circle Melegakan muscle badan
remove_circle Penutup botol mudah bocor

Cuka epal yang paling bagus ialah yang organic dan mempunyai “the mother” kerana tidak dipasteurisasi dan ditapis untuk mengekalkan nutrient dan kebaikan asal cuka tersebut.

mulai
RM32.20
Semak Yves Rocher Vinegar Brillance Shine 150ml harga dibawah:

Selain bilasan rambut cuka epal, Yves Rocher mengeluarkan produk bilasan rambut menggunakan cuka raspberry untuk megembalikan kilauan rambut yang tidak bermaya.


Aspirin Tablet Sebagai Skrub Kulit Kepala

Aspirin yang dipecahkan dapat digunakan sebagai skrub seperti skrub garam. ianya akan menanggalkan kulit kepala kering dan juga kepingan kelemumur yang besar dengan lembut dan tidak menyebabkan kulit kepala memedih. 

Aspirin juga mengandungi salicylic acid yang bertindak sebagai anti-inflamasi yang akan mengurangkan kadar iritasi pada kulit kepala jadi ianya sangat sesuai untuk digunakan kepada kulit kepala yang mengalami gejala eczema dan psoriasis. 

Cara untuk menggunakan aspirin tablet ini ialah dengan menghancurkan 2 biji aspirin menjadi serbuk dan mencampurkannya kedalam syampu diatas telapak tangan lalu digunakan seperti biasa.

mulai
RM4.00
Semak Bayer Aspirin 500mg Acetylsalicyclic Acid 30s harga dibawah:

Selain daripada senang untuk didapati di mana-mana farmasi, aspirin juga sangat murah jadi ini sangat sesuai buat anda yang inginkan penyelesaian kepada masalah kelemumur tanpa pelaburan yang tinggi.


Merawat Kelemumur Dari Dalam Dengan Omega-3s

Ungkapan “you are what you eat” sangat bersesuaian dengan topic kali ini kerana apa yang anda masukkan kedalam sistem anda akan tercermin daripada luaran badan. Jadi, jika anda ingin merawat masalah rambut kelemumur anda, pastikan badan anda mendapat vitamin dan nutrient yang cukup. 

Salah satunya ialah Omega-3 fatty acids. Oemega-3s akan membantu dalam fungsi hati, jantung dan sistem imunisasi. Disebabkan ianya membantu seluruh fungsi dalam badan, omega-3s juga membantu kesihatan rambut dan kulit anda. 

Omega-3s mampu mengurangkan kadar inflamasi dan iritasi yang disebabkan oleh kelemumur danj juga membantu masalah kulit termasuklah kulit kepala.

Anda boleh mengambil omega-3s dalam bentuk makanan harian seperti chia seed dan flaxseed ataupun dalam bentuk suplemen pemakanan minyak ikan kod.

mulai
RM7.88
Semak Zens Organic Golden Flaxseed / Flax Seed - 500g harga dibawah:

Anda boleh mengambil flaxseed dengan cara menaburkan flaxseed ke atas makanan anda seperti salad. Ataupun dibuat sebagai minuman dengan cara menumbuk flaxseed sehingga hancur dan membancuh satu sudu kecil dalam satu gelas cawan air.

mulai
RM14.90
Semak Watsons Omega 3 Fish Oil 1000mg 30s harga dibawah:

Salah satu cara lain yang lebih mudah untuk memastikan anda mendapat omega-3s dengan cukup ialah dengan mengambilnya dalam bentuk suplemen pemakanan seperti ini. Anda perlu mengambil 1 kapsul omega 3 1000mg selepas makan malam untuk meningkatkan lagi daya serapan ke dalam sistem badan.


Merawat Kelemumur Melalui Sistem Penghadaman Dengan Probiotik

Selain omega-3 yang membantu sistem imunisasi, kesihatan sistem penghadaman juga harus dititik beratkan, kerana sistem penghadaman yang kurang sihat, akan menimbulkan pelbagai masalah pada penampilan kulit wajah dan juga masalah rambut. 

Dengan sistem penghadaman yang terganggu seperti perut kembung dan berangin, rasa tidak selesa dan susah untuk membuang air, ianya juga akan memberi tekanan perasaan kepada anda yang akan menyebabkan kesihatan rambut anda boleh terganggu. 

Mengambil probiotik adalah salah satu cara untuk merawat masalah penghadaman anda yang secara menyeluruhnya akan membantu masalah kulit kepala anda. Probiotik akan membekalkan bakteria baik kepada perut dan usus yang akan membaiki sistem penghadaman anda yang akan meningkatkan kadar kesihatan kulit, dan juga rambut.

mulai
RM120.00
Semak Garden of Life, Grass Fed Collagen Beauty, Cranberry Pomegranate, (270 g) harga dibawah:

Supplemen ini sangat bagus untuk penampilan badan kerana dibekalkan dengan bukan sahaja probiotik namun mengandungi juga Biotin yang akan membantu dalam masalah rambut dan Vitamin C untuk kulit yang sihat.


Detox Kulit Kepala Menggunakan Soda Bikarbonat

Soda Bikarbonat mempunyai ciri penyerapan yang bagus, jadi ianya sangat sesuai digunakan keatas kulit kepala berminyak untuk merawat masalah kelemumur. Soda bikarbonat akan menyerap lebihan minyak, meneutralkan kadar pH pada kulit kepala dan juga boleh diajadikan skrub untuk menanggalkan kelemumur dari kulit kepala dan dari helaian rambut. 

Soda bikarbonat juga bersifat antifungal yang akan membunuh fungus Malassezia dan mengelakkannya dari merebak. Cara yang terbaik untuk menggunakan soda bikarbonat ialah dengan melumurkan ke seluruh kulit kepala basah dan mengurut kepala selama 2 minit. Setelah itu, teruskan syampu dan melembap seperti biasa. Rambut anda akan merasa ringan, bersih dan bebas kelemumur.

mulai
RM5.90
Semak Arm & Hammer Pure Baking Soda, 454g harga dibawah:

Soda bikarbonat sangat terkenal dengan kegunaannya yang meluas menjadikan ianya bahan yang sangat verstail termasuklah menggunakannya untuk mencuci rambut dengan mendalam.


Menghapuskan Yis Penyebab Kelemumur Dengan Masker Yogurt

Yogurt mengandungi asid laktik semulajadi yang akan membantu mengurangkan pembiakan yis daripada minyak lebihan pada kulit kepala yang boleh menyebabkan kelemumur. Bukan itu sahaja, asid laktik didalam yogurt juga dapat membantu menanggalkan kekotoran, residu produk rambut dan juga kepingan kelemumur daripada rambut. 

Protein yang terdapat didalam yogurt juga akan membantu menguatkan rambut dan mengembalikan kelembutan dan kesihatan rambut yang kusam. 

Cara penggunaannya ialah dengan menggunakan plain yogurt tanpa gula dan perisa ataupun yogurt greek asli dan lumurkan ke atas rambut untuk digunakan sebagai masker. Biarkan Selama 10 minit dan boleh teruskan dengan syampu dan melembap.

mulai
RM24.00
Semak EasiYo Yogurt Greek Style Unsweetened (1kg) harga dibawah:

Aloe Vera Tumbuhan Ajaib

Sesiapa yang gemar menggunakan aloe vera pasti tahu bahawa aloe vera ialah salah satu tumbuhan ajaib yang boleh merawat segala masalah kulit termasuklah masalah kelemumur. Selain sifatnya yang anti-radang yang akan menenangkan kulit kepala yang sensitif dan iritasi seperti eczema dan psoriasis, aloe vera juga dapat membantu melembapkan kulit kepala yang kering dan juga dapat menanggalkan kepingan kelemumur. Aloe vera juga bersifat antifungal dan sangat sesuai buat kelemumur yang disebabkan fungus Malassezia dan akan mengurangkan pembiakan kelemumur tersebut. Aloe vera juga akan membuatkan helaian rambut anda lembut dan berkilat. Jadi gunakannya dengan cara melulurkan gel aloe vera ke seluruh kepala dan biarkan selama 2 jam sebelum syampu dan melembap.

mulai
RM3.78
Semak Guardian 100% Aloe Vera Gel 250ml harga dibawah:

Aloe vera seperti ini sangat sesuai untuk pelbagai kegunaan kerana kandungannya 100% aloe vera asli tanpa pewarna, pewangi dan alcohol.


Minyak Tea Tree untuk mengurangkan keradangan

Minyak tea tree seringkali berkait rapat dengan rawatan jerawat pada wajah. Minyak tea tree menggunakan sifat anti-micorbial dan anti-radang untuk merawat jerawat supaya cepat sembuh dan tidak merebak. Cara ini juga sangat berkesan buat kelemumur yang disebabkan oleh kulit kepala berminyak. 

Minyak tea tree juga didapati dapat melawan fungus yang menyebabkan kelemumur daripada merebak dan menjadi lebih teruk. 

Namun hati-hati ya, minyak tea tree tidak sesuai buat kulit eczema dan psoriasis kerana dikhuatiri dalam menyebabkan sensitivity dan kepedihan pada permukaan kulit. 

Cara untuk menggunakan minyak tea tree ini ialah dengan mencampurkannya dengan carrier oil yang lain seperti minyak zaitun dan minyak kelapa. Setelah itu boleh lah digunakan sebagai masker minyak. Lulurkan ke seluruh kulit kepala dan urut seketika sebelum syampu dan melembap.

mulai
RM11.95
Semak Naturals by Watsons Tea Tree Shampoo harga dibawah:

Terdapat juga syampu yang mengandungi minyak tea tree yang akan memudahkan proses rawatan kelemumur.

mulai
RM18.11
Semak Aiken Tea Tree Oil 100% Pure (10ML) harga dibawah:
add_circle Menggunakan minyak daun teh
add_circle Pudarkan parut jerawat
add_circle Kurangkan bintik hitam
remove_circle Sedikit pedih

Mencampurkan minyak tea tree ke dalam minyak carrier seperti minyak zaitun dan kelapa dan menggunakannya sebagai masker akan meningkatkan kelembapan kulit kepala dan juga menghalang kelemumur dari berlaku.

End of Article