Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Conditioner WAJIB Pakai Selepas Syampu untuk Rambut Sihat Menawan

Hindari rambut kusut, hiasi hari anda dengan senyuman.

Tidak ramai di antara kita yang “rajin” untuk menjaga rambut seperti menggunakan conditioner. Proses untuk syampu rambut dan mandi saja sudah memakan masa terutama bagi wanita yang memakai tudung. 

Apakah fungsi conditioner?

Conditioner adalah produk yang dapat melembapkan folikel rambut dengan segera. Rambut anda akan terasa lebih halus dan tidak kusut. Perapi rambut ini baik untuk wanita yang berambut panjang dan sesuai untuk wanita bertudung. 

Tak tahu conditioner yang sesuai untuk rambut anda? Pertama sekali, kenali dulu jenis-jenis rambut anda. List dibawah ini pasti dapat membantu anda. 

Conditioner murah dan wangi untuk wanita bertudung
Safi Shayla
Semak Safi Shayla Soft & Smooth Hair Conditioner 160g harga dibawah:

Direka khas bagi mereka yang bertudung, conditioner ini mengandungi mikro arang buluh, minyak habbatus sauda organik dan mutivitamin kompleks yang membantu menyihatkan rambut dan melindungi rambut daripada bahan kimia dan pencemaran. Baunya yang harum terbukti secara klinikal dapat bertahan selama 48 jam.

Conditioner rambut murah, terbaik untuk rambut gugur
Pantene Pro-V
Conditioner rambut yang murah, terbaik untuk rambut gugur
Semak PANTENE Pro-V 3 Minute Miracle Conditioner Hair Fall Control 180ml harga dibawah:

Direka khusus untuk menjaga kesihatan rambut anda sehingga ke akar umbi. Diformulasikan dengan Nutrilock, perapi ini melindungi rambut dari gugur dengan memperkuatkan setiap helai rambut anda daripada rosak dan kekal kuat dan sihat walaupun dicuci setiap hari.

Ia juga dapat menyuburkan rambut dan mengurangkan peratus rambut keguguran. Jalani rutin harian anda dengan penuh yakin!

Conditioner sesuai untuk rambut kering dan bercabang seperti singa
L'oreal Paris
Semak L’Oreal Total Repair Conditioner 325ml harga dibawah:

L’Oreal Total Repair 5 Conditioner ini melawan 5 tanda kerosakan yang nyata pada rambut seperti rambut rapuh, kering, kusam, cepat patah dan bercabang. Dilengkapi dengan dwi-tindakan untuk memperbaiki serta melindungi helaian rambut dari dalam dan luar. 

Bahan aktif yang terkandung dalam perapi ini memiliki tekstur yang ringan dan conditioner ini akan menyerap pada rambut anda dengan lebih mudah. Kandungan Micro-Ceramide dapat memperbaiki kerosakan rambut sehingga rambut kembali kuat, lembap dan bersinar.

Conditioner terbaik untuk rambut frizzy
Himalaya Herbals
Semak Himalaya Protein Conditioner Repair & Regeneration harga dibawah:

Perapi ini dapat membaikpulih dan melindungi rambut anda dari rosak yang lebih teruk dengan memastikan ianya sentiasa sihat dan lembut. Bahan utama yang terkandung di dalam perapi ini ialah Aloe vera, Yarrow, Chickpea dan Bean Sprout mampu bertindak sebagai pelembap rambut semula jadi yang berkesan. 

Conditioner yang sesuai untuk rambut lurus dan halus tetapi mengembang
Sunsilk
Conditioner yang sesuai untuk rambut lurus dan halus tetapi mengembang
Semak SUNSILK Conditioner Perfect Straight 320ml harga dibawah:

Anda mempunyai jenis rambut yang lurus dan halus tetapi sukar diuruskan? Hal itu terjadi akibat rambut anda terlalu kering dan cepat mengembang. Gunalah rangkaian conditioner dari Sunsilk ini, sesuai untuk anda yang berambut lurus dan halus. 

Sunsilk mencipta satu formula baru bersama Yuko Yamashita, pakar perawatan rambut dari Tokyo. Diformulasikan dengan Straight Lock Technology, untuk mempertahankan rambut lurus agar tetap rapi dan halus bak sutera.

Conditioner terbaik untuk rambut berwarna
L'oreal Paris
Semak Botanicals by L’Oreal Paris Geranium Radiance Remedy Conditioning Balm 200ml harga dibawah:

Dengan intipati utama kelopak geranium, bunga melati, lavender dan mawar, ianya boleh menghidrat dan menghidupkan semula warna rambut dan menaikkan seri rambut yang kusam.  

Botanicals Geranium Radiance Remedy Conditioner membantu melegakan kulit kepala anda supaya terhidrasi dan bersinar secara sihat. Dengan aroma yang menyegarkan, perapi ini adalah pilihan yang terbaik untuk rambut anda yang berwarna dan kusam.

Leave in conditioner terbaik untuk rambut kerinting
OUAI
Semak OUAI Leave In Conditioner harga dibawah:

Bahan yang terkandung di dalam semburan ini seperti ekstrak bunga mawar, bergamot dan cendana dapat meluruskan rambut yang cepat kusut (frizzy). Ianya juga dapat melindungi rambut daripada kesan haba dan melicinkan rambut yang kerinting sehingga rambut anda terasa lembut, berkilau. Jom cuba!

Conditioner haruman yang wangi, terbaik untuk rambut rebonding
Dove
Semak DOVE Nutritive Solutions Conditioner 330ml harga dibawah:

Bagi wanita yang melakukan teknik rebonding, rambut akan cepat rosak dan kering akibat penggunaan bahan kimia tertentu semasa melakukannya. 

Perapi yang dirumuskan dengan Nutri-Keratin Repair Actives ini mampu membaiki tanda-tanda kerosakan awal pada permukaan rambut. Menyuburkan rambut secara progresif, ia mampu untuk menjadikan rambut lebih kuat dan sihat selepas mencuci dengan syampu. Tidak dinafikan baunya juga sangat menyenangkan.

Conditioner yang sesuai untuk rambut berminyak
Dove
Semak DOVE Nutritive Solutions Volume Nourishment Conditioner 330ml harga dibawah:

Conditioner ini mengandungi bahan semulajadi yang dilengkapi dengan Oxyfusion Technology. Ia mampu mengatasi rambut berminyak dan menjadikan rambut tampak lebih lembut, halus dan mudah diatur. Conditioner ini juga boleh menambah volume rambut anda sehingga 95%.  

Jadi anda yang mempunyai rambut berminyak, usah lagi risau. Gunakan saja conditioner ini!

Conditioner rambut sesuai untuk lelaki
VERB
Conditioner rambut sesuai untuk lelaki
Semak VERB Hydrating Conditioner harga dibawah:

Perapi dari VERB ini dapat memberikan penghidratan yang baik serta membaiki kerosakan yang ada pada rambut anda serta mengembalikan kelembutannya. Protein Quinoa secara semulajadi yang ada dalam perapi ini akan membuatkan rambut anda bersinar dan melembap sepanjang hari. 

Manakala protein keratin sayurannya memelihara setiap helai rambut anda sehingga menjadi kuat dan tahan lentur. Pelembap pro-vitamin B5 dan asid amino yang terkandung akan mengurangkan rambut kering serta menghidrasi rambut anda.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article