Kecantikan

14 Syampu Terbaik untuk Rambut Kering di Malaysia 2026

Dapatkan shampoo untuk rambut kering kalau nak selesaikan masalah rambut kasar. Ini senarai produk untuk rambut kering yang boleh lembutkan rambut.


Editor · Updated 12 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

14 Syampu Terbaik untuk Rambut Kering di Malaysia 2026

Jawapan ringkas: syampu terbaik untuk rambut kering di Malaysia ialah TRESemme Keratin Smooth Shampoo 340ml (RM14.30 di Watsons Malaysia, Shopee), diperkaya dengan keratin untuk melembutkan rambut kasar dan kering. Kalau bajet lebih terhad, Sunsilk Soft & Smooth Shampoo 300ml (RM10.90 di Watsons Malaysia, Shopee) tetap berkesan untuk kegunaan harian. Harga disemak pada 12 Ogos 2026.

Faktor yang menyebabkan masalah rambut kering adalah disebabkan gaya hidup seseorang.

Kandungan

Antaranya terdedah dengan sinaran matahari, tinggal di kawasan beriklim kering dan panas, kerap berenang dalam kolam yang mengandungi klorin dan faktor lain-lain. 

Jalan penyelesaian adalah gunakan shampoo untuk rambut kering terbaik dalam rutin harian anda supaya rambut kelihatan sihat.

Selain gunakan syampu, anda juga sebenarnya boleh dapatkan treatment rambut kering, tapi ia memerlukan kos yang banyak.

Bagi memudahkan anda mencari shampoo lembutkan rambut bagi menangani masalah rambut kering, kami senaraikan beberapa jenama shampoo yang bagus untuk rambut kering.

Jom lihat senarai syampu untuk rambut kasar atau kering di bawah.


14 Jenis Syampu Terbaik untuk Rambut Kering

Sebamed Anti Dandruff Shampoo
Syampu rambut kering terbaik secara keseluruhan 1 daripada 14
Sebamed Anti Dandruff Shampoo
Dari RM33.53
Melembapkan kulit kepala
Seimbangkan pH kulit kepala
Tidak sesuai untuk usia bawah 6 tahun
3 lagi
Masalah kelemumur juga berkurangi
Rambut menjadi lembut
Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Bukan dapat selesaikan masalah kulit kering tapi dapat sesuai bagi mereka yang alami masalah kulit seperti eczema.

Ciri-ciri:

Syampu rambut ini dirumus khas untuk kegunaan bagi anda yang menghadapi masalah kulit kepala tapi inginkan rambut yang lembut.

Selain itu, shampoo ini dapat memberi perlindungan untuk kulit kepala dan menyokong untuk melindungi lapisan asid kulit kepala bagi rambut yang lebih sihat. 

Mempunyai nilai pH 5.5, ia mengimbangkan tahap pH rambut dan kulit kepala anda sekaligus memberi kesan lembap pada kulit kepala dan rambut.

Review:

“Selepas guna syampu ini, masalah kelemumur berkurang, rambut pun lembut je.”

Pantene Silky Smooth Care Shampoo 340ml (Green)
Shampoo melembutkan rambut 2 daripada 14
Pantene Silky Smooth Care Shampoo 340ml (Green)
Pantene
Dari RM10.50
Menjadikan rambut licin dan berkilat
10 kali perlindungan pada rambut
Boleh menyebabkan masalah iritasi pada kulit kepala
1 lagi
Formulasi dengan Pro-Vitamin

Syampu dari jenama Pantene ini bukan saja bagus untuk merawat rambut kering dapat melembapkan tapi dapat beri wangian juga.

Malah dengan kandungan pro vitamin B5 dan lipid serta pati minyak dari nasi jepun yang dapat merawat helaian rambut yang kering.

Dengan sepuluh kali ganda fungsi perlindungan, rambut anda tidak akan kering dan sentiasa terurus, lembut dan kembali bersinar.

Safi Shayla Shampoo Smooth & Manageable
Shampoo untuk kulit kepala kering dan gatal 3 daripada 14
Safi Shayla Shampoo Smooth & Manageable
Safi
Dari RM10
Dapat melembapkan rambut
Sesuai untuk wanita bertudung
Tidak sesuai untuk kulit kepala sensitif
2 lagi
Menjadikan rambut bersinar dan lembut
Mengurangkan kegatalan pada kulit kepala

Syampu dari jenama Safi Shayla dirumus khas untuk wanita berhijab yang mengalami masalah kegatalan kulit kepala dan rambut kering.

Dengan formulasi Micro Bamboo Charcoal, Habbatus Sauda dan Miracle Smooth Technology, syampu ini dapat melembapkan dan melembutkan rambut.

Dalam pada masa yang sama, dapat melindungi helaian rambut sepanjang 48 jam lamanya.

Apabila hari-hari rambut anda dilindungi, rambut akan menjadi sihat dan kuat.

Bukan itu sahaja, dapat mengembalikan sinar dan kelembutan pada rambut anda. 

Shampoo untuk rambut kering dan gugur 4 daripada 14
Good Virtues Co Healthy Hair & Scalp Shampoo
Good Virtues Co
Dari RM11
Bebas SLES, ALES, parabens
Menguatkan folikel rambut
Tidak berkesan untuk masalah rambut gugur
3 lagi
Mengurangkan rambut gugur
Sesuai untuk rambut rosak
Bebas pewarna tambahan

Syampu dengan formula ekstrak akar maca ini dapat membantu menguatkan folikel dan mengurangkan keguguran rambut. 

Ditambah dengan kebaikan minyak habbatus sauda, syampu ini dapat membaik pulih akar rambut yang rosak dan membantu memulihkan rambut yang kering. 

Jangan risau, syampu ini bebas daripada minyak mineral, SLES, ALES, parabens, pewarna tambahan dan tidak diuji pada haiwan. 

HIMALAYA Protein Shampoo - Repair & Regeneration
Shampoo untuk kulit kepala berminyak dan rambut kering 5 daripada 14
HIMALAYA Protein Shampoo Repair & Regeneration
Himalaya Herbals
Dari RM29.70
Mempunyai minyak argan
Terdapat kacang kuda
Keberkesanan bergantung pada jenis rambut
3 lagi
Kaya dengan protein
Melindungi rambut daripada rosak
Sesuai untuk masalah rambut kering

Syampu protein Himalaya bagus untuk memperbaiki rambut yang kering, keriting, rosak akibat pewarna. 

Dengan campuran khas herba yang kaya dengan sumber protein semulajadi dapat melindungi rambut hingga ke akar.

Malah dengan kandungan amla dan beach-almond dapat menjadi tonik semulajadi pada rambut dan licorice dapat menyuburkan pertumbuhan rambut.

Rambut anda akan sihat dari akar sehingga hujung rambut. Rambut yang kerinting pun terurus.

Shampoo keratin untuk rambut kering 6 daripada 14
TRESemmé Keratin Smooth Shampoo (340ml)
TRESemmé
Dari RM21.50

TRESemmé Keratin Smooth ini dirumus khas dengan minyak Argan dan Keratin untuk mengubah rambut anda, menjadikannya cantik, anggun dan kurang keriting.

Syampu ini berfungsi untuk membersih dan menyuburkan rambut serta memberi anda 5 manfaat lain hanya dengan mencuci.

Antara 5 kebaikannya adalah anti-keriting, mengelakkan rambut berpintal, kekal bersinar, melicin dan rambut senang diurus.

Sesuai buat anda yang mewarna rambut kerana syampu ini akan menjaga ronanya agar tidak pudar.

Syampu rambut kering dan kelemumur 7 daripada 14
Kundal Ylang Ylang Nature Shampoo
Kundal
Dari RM31.10
Mengandungi madu dan macadamia
Sesuai untuk semua jenis kulit
Tidak mempunyai logo halal
2 lagi
Mempunyai pH yang seimbang
Bebas paraben dan silikon

Memilih produk yang bebas kandungan paraben dan silikon ini bagus untuk kesihatan kulit kepala dan rambut anda. 

Lagipun dengan kandungan madu dan macadamia yang baik dapat membekalkan nutrisi pada rambut agar lebih lembut dan sihat.

Manakala kandungan ekstrak kacang soya akan membuatkan rambut bersinar seperti kilauan berlian.

Terdapat juga bahan Pathenol dimana dapat memperbaiki dan melembutkan helaian rambut yang rosak dan kasar.

Kandungan pH yang seimbang akan menjaga kesihatan kulit serta rambut agar tidak rosak.

L'Oreal Paris Elseve 6 Oil Nourish Shampoo
Shampoo untuk rambut kering dan kasar 8 daripada 14
L'Oreal Paris Elseve 6 Oil Nourish Shampoo
L'Oreal Paris
Dari RM24.35
Melembapkan kulit kepala dan rambut
Tidak membuatkan rambut berminyak
Hasil terbaik jika dipakai bersama pelembap
1 lagi
Diperkaya dengan 6 jenis minyak terbaik

Syampu ini menggabungkan 6 jenis minyak ini dapat menjadikan rambut lembut, berkilat, tebal, kuat, licin dan mudah diurus. 

Antara 6 jenis minyak yang digabungkan adalah Argan, Chamomilla, Rose, Lotus, Soja dan Sunflower.

Rumusan ini dapat menyerap jauh ke dalam kulit bagi menguatkan akar dan memastikan rambut menerima nutrisi yang secukupnya supaya rambut tidak kering dan lembut. 

Malah syampu ini dapat melindungi rambut anda daripada terus dari terkena sinaran matahari.

Summary Hair Shampoo for Dry Hair
Shampoo untuk rambut kering lelaki 9 daripada 14
Summerie Hair Shampoo for Dry Hair
Dari RM18.90
Mengandungi organic minyak matahari
Terdapat minyak golden jojoba
Keberkesanan bergantung pada jenis rambut
2 lagi
97% bahan adalah bahan asli
Bebas silikon

Keadaan rambut yang kering akan menjadikan rambut anda kelihatan rosak dan tidak bermaya.

Jadi dengan syampu Summary yang bebas silikon ini dapat beri hasil rambut menjadi lebih sihat dan bermaya.

Ini kerana terdapat bahan seperti minyak matahari dan golden jojoba yang dapat beri lembapan pada kulit kepala dan rambut.

Malah, 97% bahan yang di guna pakai adalah dari sumber asli jadi rambut akan kelihatan lebih sihat.

Jadi tak perlu risau lah rambut jadi kering, bila guna je bahan asli. Rambut anda akan terjaga rapi.

Sunsilk Soft Smooth Shampoo
Shampoo untuk rambut kering dan mengembang 10 daripada 14
Sunsilk Soft Smooth Shampoo
Dari RM16.90
Terdapat Vitamin E
Melembapkan rambut
Perlu guna set lengkap untuk hasil terbaik
2 lagi
Menjadikan rambut lebih lembut
Mengandungi minyak untuk rambut kering

Bila ada masalah rambut kering, bahan yang wajib ada dalam syampu itu adalah minyak.

Sama seperti syampu Sunsilk untuk rambut kering ini, bahan yang digunakan pakai adalah 5 jenis minyak membuatkan rambut anda kekal cantik dan tidak kering.

Dengan campuran minyak yang pelbagai ini dan Vitamin E, rambut jadi lebih lembut nak sikat guna jari pun boleh.

Bila rambut dah lembap, pastinya rambut anda juga makin sihat. Selamat tinggal rambut kusam dan kering!

CLAIROL HE Argan Oil of Morocco Shampoo
Shampoo rambut herba 11 daripada 14
CLAIROL HE Argan Oil of Morocco Shampoo
Dari RM15.10
Merawat rambut
Melembutkan rambut
Tidak mempunyai logo halal

Syampu ini diperkaya dengan ekstrak dan ramuan herba semulajadi untuk membantu membersihkan.

Syampu ini dapat melembapkan rambut anda dengan bersih agar lembut dan licin. 

Malah dengan bahan kandungan daripada esen kelapa yang membantu untuk mengawal rambut yang kusut dan kejung.

Syampu ini sangat harum dan dapat membersihkan rambut anda dengan bersih dan sempurna. 

Batiste Benefit Dry Shampoo De Frizz
Dry shampoo untuk rambut kering 12 daripada 14
Batiste Benefit Dry Shampoo De Frizz
Batiste
Dari RM33.90
Tidak perlu menggunakan air
Melembut dan melicinkan rambut
Isipadu 200ml sahaja
1 lagi
Beri kesan secara langsung selepas pakai

Anda mahukan shampoo yang boleh digunakan di mana sahaja tanpa memerlukan air, guna saja dry shampoo atau syampu kering ini.

Dengan Batiste Benefit Dry Shampoo De Frizz ini, anda boleh mengembalikan kekemasan rambut anda yang kering atau kusut itu.

Syampu ini diperkaya dengan ekstrak kelapa yang bukan sahaja menghilangkan lebihan minyak dengan berkesan, malah ia meninggalkan rambut anda kelihatan bersih.

Selain dapat mengawal keriting, ia juga menjadikan rambut anda lebih lembut dan licin. 

Tanpa perlu menggunakan air, anda sudah boleh mencuci rambut anda dan mendapatkan kelembapan serta kelembutan yang diperlukan rambut anda.

Nikmati kemudahan untuk dapatkan rambut cantik dan bebas keriting serta kering pada bila-bila masa yang anda perlukan dengan Batiste Benefit Dry Shampoo De Frizz.

MOIST DIANE Perfect Beauty Miracle You Shine Shine Shampoo
Shampoo untuk rambut berwarna agar tidak kering 13 daripada 14
MOIST DIANE Perfect Beauty Miracle You Shine Shine Shampoo
Most Diane
Dari RM36.90
Kaya vitamin A, E dan mineral
Bau floral & fruity yang sedap
Stok terhad
1 lagi
Merawat secara mendalam

Moist Diane Perfect Beauty Miracle You Shine Shine Shampoo merupakan syampu premium yang diformulasikan dengan teknologi PRISM repair untuk memberikan antioksidan yang tinggi, memastikan rambut anda bersinar dengan kecantikan yang berseri.

Diperkaya dengan Minyak Ghee yang penuh dengan vitamin A dan E serta mineral penting, ia menghidupkan semula rambut anda, mengembalikan penampilan yang sihat dan berkilat.

Selain itu, dengan nano repair erucalactone yang menembusi kawasan yang rosak dengan mendalam, ia memberikan perlindungan dan pemulihan yang menyeluruh dari dalam.

Syampu ini juga mempunyai formula perlindungan warna Miracle, mencegah warna rambut daripada pudar dan mengekalkan warna yang kelihatan terang.

Selepas menggunakan syampu ini, anda pasti akan suka aroma bunga dan buah yang lembut yang meninggalkan rambut anda berbau harum sepanjang hari. 

Lavojoy Lazy Sunday Hold Me Tight Amino Acid Shampoo
Shampoo untuk rambut kering bau wangi 14 daripada 14
Lavojoy Lazy Sunday Hold Me Tight Amino Acid Shampoo
Lavajoy
Dari RM38.90
Dapat mengurangkan rambut gugur
Bau wangi tahan lama
Stok terhad

Nak bersihkan rambut yang kering dengan berkesan boleh gunakan syampu Lavojoy Lazy Sunday Hold Me Tight Amino Acid ini.

Syampu bebas silikon dan sulfat 0% ini menampilkan formula berasaskan asid amino yang menghasilkan buih yang banyak untuk membersihkan kulit kepala anda.

Pembersihan di kepala anda akan dilakukan dengan teliti tanpa menghilangkan kelembapan kulit kepala.

Selain itu, ia diperkuat dengan Lactobacillus bagi mengimbangkan pH kulit kepala anda dan mempromosikan persekitaran yang sihat untuk pertumbuhan rambut. 

Gabungan ceramides dan Centella Asiatica yang berkhasiat pula membantu mengurangkan keguguran rambut, sambil memastikan kulit kepala anda kekal berkhasiat dan terhidrat. 

Tambahan lagi, rambut anda akan bau wangi untuk masa yang lama dan juga terasa segar sepanjang hari.


Berapa Kali Anda Perlu Syampu Rambut?

Penggunaan syampu adalah tidak digalakkan setiap hari, ini kerana penghasilan sebum (minyak asli dari kulit kepala) juga sangat diperlukan oleh rambut agar tidak kering.

Tetapi ini semua bergantung kepada jenis kulit kepala anda, jika anda seorang yang aktif bersukan. Digalakkan untuk membasuh dan syampu rambut selepas aktiviti tersebut.

Jika anda mempunyai kulit kepala yang mudah berminyak kelemumur, disarankan untuk lebih kerap membasuhnya. 

Apa pun, berapa kali untuk syampu itu semua bergantung pada jenis kulit, jika kulti kepala normal 2-3 hari sekali.

Tetapi jika jenis bermasalah boleh syampu 1-2 hari sekali, dan jika rasa terlalu kotor dah boleh nak cuci extra okay!


Penyebab Rambut Kering

Mungkin anda tertanya-tanya apa punca rambut kering sebab kalau kita dah tahu punca tentu kita akan cuba untuk jaga rambut kita dengan lebih teliti.

Kalau anda nak tahu, rambut kering boleh disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk penggunaan produk rambut yang mengandungi bahan kimia keras seperti sulfat, alkohol, atau silikon yang boleh menghilangkan minyak semula jadi rambut.

Selain itu, pencucian rambut yang kerap juga boleh menghilangkan minyak semula jadi pada rambut yang penting untuk menjaga kelembapan rambut.

Jika anda suka menggayakan rambut, penggunaan alat pemanas seperti pengering rambut, pengeriting, atau pelurus secara kerap boleh merosakkan kutikel rambut dan menyebabkan rambut kering serta rapuh.

Tidak lupa juga, pendedahan berlebihan kepada sinar matahari atau angin, serta faktor persekitaran seperti udara yang kering atau iklim yang panas dan lembap juga boleh menyerap kelembapan dari rambut dan menjadikannya kering.

Sementara itu, anda juga boleh lihat pada diet yang tidak seimbang, terutama kekurangan nutrien penting seperti vitamin A, C, dan E, serta protein dan asid lemak yang boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan rambut dan menyebabkan kekeringan.

Tidak lupa usia juga memainkan peranan, kerana seiring bertambahnya usia, pengeluaran minyak semula jadi kulit kepala berkurang yang mana ia boleh menyebabkan rambut menjadi lebih kering.

Dengan memahami punca rambut kering, anda boleh mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan kesannya dan menjaga kesihatan rambut anda.


Cara Memilih Shampoo Untuk Rambut Kering

Bagi anda yang mengalami masalah rambut kering, anda perlu perhatikan beberapa bahan penting yang perlu ada dalam produk untuk rambut kering.

Ini bagi memastikan rambut dan juga kulit kepala anda mendapat nutrisi penting dan yang diperlukan bagi mengelakkan rambut terus mengering.

Berikut adalah beberapa panduan yang boleh membantu anda membuat pilihan syampu yang tepat:

  • Cari Syampu yang Melembapkan

Pilih syampu yang dirumus khas untuk rambut kering dan mengandungi bahan-bahan yang melembapkan seperti minyak argan, minyak kelapa, shea butter, dan glycerin. Bahan-bahan ini membantu mengekalkan kelembapan rambut dan mencegah kekeringan.

  • Elakkan Syampu yang Mengandungi Sulfat

Sulfat adalah bahan pembersih yang kuat dan boleh menghilangkan minyak semula jadi dari rambut. Pilih syampu bebas sulfat untuk memastikan rambut anda kekal lembap dan tidak terlalu kering.

  • Pilih Syampu dengan pH Seimbang

Syampu dengan pH yang seimbang membantu menjaga keseimbangan semula jadi kulit kepala dan mencegah kerosakan pada kutikel rambut.

  • Perhatikan Bahan Semula Jadi

Syampu yang mengandungi bahan-bahan semula jadi seperti aloe vera, madu, dan teh hijau boleh membantu menenangkan dan melembapkan kulit kepala serta rambut.

  • Hindari Bahan Kimia Keras

Elakkan syampu yang mengandungi alkohol, pewarna tiruan, dan wangian sintetik yang boleh menyebabkan kekeringan dan kerosakan pada rambut.

  • Gunakan Syampu dengan Protein

Syampu yang mengandungi protein seperti keratin atau protein sutera boleh membantu memperbaiki dan menguatkan rambut yang rosak dan kering.

  • Baca Ulasan dan Label Produk

Membaca ulasan pengguna lain dan memeriksa label produk untuk memastikan syampu yang dipilih benar-benar sesuai untuk rambut kering.

Dengan memilih syampu yang sesuai dan mengikuti panduan ini, anda boleh membantu memperbaiki keadaan rambut kering anda dan mengembalikan kelembapan serta kesihatan rambut secara keseluruhan.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation