Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Tiada Lagi Masalah Rambut Liar Dengan 7 Serum Untuk Rambut Kering Ini

Katakan selamat tinggal kepada rambut singa!

Dengan kadar cuaca di Malaysia yang tidak menentu ini, pasti anda mengalami masalah rambut yang pelbagai bukan? Rambut anda boleh menjadi kering, berminyak, kelemumur dan gugur kerana sering terdedah dengan radikal bebas dan pencemaran udara. Bukan wanita ‘free hair’ sahaja yang mengalami masalah ini. Wanita berhijab juga sering mengalami keadaan rambut kering ditambah pula dengan masalah kelemumur akibat kulit kepala tidak mendapat udara yang secukupnya. Kulit kepala akan mudah menjadi gatal dan sering mengalami masalah keguguran rambut kerana geseran pada tudung membuatkan kulit kepala cepat iritasi, gatal serta rambut putus. 

Bukan itu sahaja, rambut anda mungkin mengalami kekeringan kerana kerap menggunakan alat penggaya yang panas, mewarna atau meluntur rambut, juga terlampau kerap mencuci rambut dapat menyumbang kepada kekeringan dan kerosakan rambut. Bagaimana ingin menyelesaikannya? Gunakan serum rambut sebagai rawatan ekstra adalah perlu untuk mengekalkan rambut yang sihat, lembap dan tidak kering walaupun terdedah dengan pencemaran udara setiap hari.

Serum untuk rambut kering dan rosak – halang dari radikal bebas
Semak PEDISON Char Char Argan Oil Hair Serum (200ml) harga dibawah:

Jika anda mengalami rambut rosak kerana sering menggunakan alatan penggaya rambut dan mewarna, anda harus mencuba elixir ajaib ini. Minyak argan telah lama terbukti dalam menyelesaikan masalah kecantikan sejak beribu tahun lagi. Masalah rambut rosak juga tidak terkecuali. Diekstrak menggunakan kacang Argania asli diimport khas dari padang pasir Sahara, Morrocco, produk ini mengandungi 2 kali ganda kandungan Vitamin E yang terdapat di dalam minyak zaitun.

Kuasa pelembap yang ada di dalam serum ini akan memberi sinar dan kekuatan, membaiki kerosakan rambut helai demi helaian dan menjadikan rambut anda terasa lembut berpanjangan.

Serum rambut kering dari brand lokal yang murah dan berkualiti
Safi
Semak Safi Shayla Smooth And Manageable Hair Serum (50ml) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk wanita berhijab
add_circle Mengekalkan hidrasi
add_circle Menghalang radikal bebas pada rambut
add_circle Mampu membaik pulih kerosakan
remove_circle Tekstur seperti minyak

Serum rambut ini amat sesuai untuk sesiapa yang tidak mahu melaburkan duit kepada produk yang jauh lebih mahal. Walaupun harganya berpatutan, serum rambut ini mempunyai kuasa minyak Habbatus Sauda sangat bermanfaat pada rambut yang kekurangan hidrasi.

Gunakannya secara konsisten jika anda inginkan rambut lembut, terurus dan ringan tanpa berminyak serta melekit. Bukan itu sahaja, serum ini akan membekalkan sinaran dan kilauan, sesuai untuk wanita bertudung kerana Habbatus Sauda terkenal dengan aromanya yang kuat dan tahan lama.

Terbaik untuk rambut kering yang alami masalah kelemumur
Semak SAILAJAH Hair Serum (135ml) harga dibawah:

Masalah kelemumur tidaklah asing untuk yang mempunyai rutin harian yang aktif, tambahan pula bagi yang wajib memakai penutup kepala ketika berasa di tempat kerja seperti topi ataupun tudung. Serum rambut Sailajah ini akan membantu anda menyelesaikan masalah dengan mudah. Ianya digunakan untuk merawat masalah kelemumur, membaiki rambut rosak, menggalakkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan rambut gugur.

Diperkaya dengan ekstrak 4 minyak berkualiti tinggi yang akan menambah kilauan pada rambut dan melembutkan rambut sepanjang hari. Anda tidak perlu risau lagi rambut menjadi kering atau rosak akibat rambut tidak mendapat udara secukupnya.

Sesuai untuk rambut kering dan berminyak – halang penghasilan minyak
Mise En Scene
Semak Mise En Scene Perfect Serum in Light (70ml) harga dibawah:
add_circle Terbaik untuk rambut kering & kulit kepala berminyak
add_circle Kekalkan lembapan pada rambut
add_circle Beri perlindungan maksimum
remove_circle Kesan hasil yang sementara

Jika anda mengalami rambut kering pada hujungnya dan kulit kepala berminyak, serum ini adalah terbaik untuk anda. Dengan bertekstur ringan dan nipis, sememangnya serum ini diformulasi untuk mengawal rambut berminyak supaya tidak menghasilkan minyak berlebihan sehingga merosakkan rambut. 

Serum ringan ini mengandungi Royal Jelly, minyak Argan dan air mawar yang senang diserap oleh rambut serta masih mampu melembapkan bahagian rambut kering. Ianya juga berfungsi untuk menghalang penghasilan minyak berlebihan pada kulit kepala yang akan membuatkan rambut kelihatan tidak bermaya.

Serum untuk rambut kering dan meredakan kulit kepala gatal
Semak OLIPASS HR 101 Scalp Vital Serum (120ml) harga dibawah:

Serum Vital Scalp daripada Olipass ini memberikan nutrisi dan vitaliti kepada kulit kepala yang lemah serta mengalami kegatalan ekstrim yang mungkin terjadi kerana kuat berpeluh. Serum aktif ini membantu mengimbangi pH pada kulit kepala anda dan mewujudkan keadaan ideal untuk kulit sihat. 

Ianya mengandungi 12 bahan utama untuk rambut agar sentiasa kekal sihat dan bertenaga seperti estrak ginseng, propolis, ganoderma dan lain-lain yang akan memberikan anda rambut sihat, helaian rambut menjadi bersinar dan kulit kepala terasa segar.

Artikel Berkaitan 

End of Article