Jawapan ringkas: deodoran lelaki terbaik keseluruhan di Malaysia ialah Vaseline Bright Repair Deodorant Roll on Ultra, RM10.90 di Shopee Malaysia (harga disemak 20 September 2026). Ia membantu mengurangkan kehitaman ketiak sambil kekal antiperspirant, dan menjadi salah satu deodoran lelaki paling laris di Shopee Malaysia dalam senarai ini. Jika bau badan berterusan adalah masalah utama anda, Nivea Men Deodorant Spray - Deep dengan arang aktif tahan sehingga 48 jam adalah pilihan lebih sesuai.
Dikemas kini 20 September 2026: harga dan senarai jenama disemak semula, ditambah jawapan ringkas, panduan memilih dan soalan lazim.
Kandungan
- Terbaik untuk Bajet & Cepat Kering: REXONA Men Invisible Dry Roll On Deodorant (50ml)
- REXONA Men Invisible Dry Roll On Deodorant (50ml)
- Terbaik untuk Kawal Bau Badan: Dashing Deo Spray Active (125ml)
- Dashing Deo Spray Active (125ml)
- Terbaik untuk Memutihkan Ketiak: Nivea Men Deodorant Whitening Roll-On (50ml)
- Nivea Men Deodorant Whitening Roll-On (50ml)
- Terbaik Keseluruhan: Vaseline Bright Repair Deodorant Roll on Ultra
- Vaseline Bright Repair Deodorant Roll on Ultra
- Terbaik untuk Tahan Lama 48 Jam: Nivea Men Deodorant Spray - Deep
- Nivea Men Deodorant Spray - Deep
- Terbaik Untuk Bersukan: Rexona Men Sports Defense Spray Deodorant (150ml)
- Rexona Men Sports Defense Spray Deodorant (150ml)
- Terbaik untuk Wangi Tahan Lama: Playboy VIP Deodorant Spray (150ml)
- Playboy VIP Deodorant Spray (150ml)
- Terbaik untuk Bahan Semula Jadi: Arm & Hammer Essentials Natural Fresh Deodorant for Men and Women
- Arm & Hammer Essentials Natural Fresh Deodorant for Men and Women
- Terbaik untuk Wangi Lime Segar: Gatsby Cool Shock Deodorant Perfume Spray Lime Green (175ml)
- Gatsby Cool Shock Deodorant Perfume Spray Lime Green (175ml)
- Terbaik untuk Antiperspirant Lembap: Dove Men+Care Antiperspirant Deodorant Stick Extra Fresh
- Dove Men+Care Antiperspirant Deodorant Stick Extra Fresh
- Apakah Jenama Deodoran Terbaik Untuk Lelaki Di Malaysia?
- Bagaimana Kami Memilih Deodoran Ini
- Panduan Memilih Deodoran Untuk Lelaki
- Artikel Berkaitan
Seperti yang kita semua tahu, hanya terdapat dua cuaca di Malaysia iaitu hujan dan panas. Sinaran matahari yang memberi cuaca sangat panas sering menyebabkan rakyat Malaysia mudah berpeluh.
Berpeluh boleh menyebabkan pelbagai kesan pada kulit ketiak kita seperti, mendatangkan bau, kulit menjadi lebih gelap dan pelbagai lagi. Dengan menggunakan deodoran, masalah-masalah ini dapat ditangani.
Adakah deodoran boleh menghitamkan ketiak?
Pigmentasi gelap di bawah lengan boleh menjadi kesan akibat genetik seperti perubahan kulit yang lain. Sesetengah deodoran dan antiperspirant mempunyai bahan-bahan yang boleh mengakibatkan iritasi pada kulit dan keradangan sehingga terjadinya penebalan pada kulit. Ini akan menyebabkan kulit pada ketiak anda menjadi gelap dari masa ke semasa.
Oleh, itu menggunakan deodoran yang memutihkan dengan bahan semulajadi dapat mengelakkannya daripada berlaku. Penggunaan krim pemutih juga dapat mengelakkannya daripada mengelapkan kulit secara langsung. Jom lihat senarai deodoran yang sesuai untuk lelaki;
9 Deodoran Terbaik Untuk Lelaki
Terbaik untuk Bajet & Cepat Kering: REXONA Men Invisible Dry Roll On Deodorant (50ml)
Pilihan murah bagi lelaki yang mahu deodoran roll-on ringkas, dengan perlindungan Triple Anti Marks terhadap tanda putih dan noda kuning pada baju.
Produk ini merupakan deodoran untuk lelaki yang memberi perlindungan antiperspirant dan mempunyai Triple Anti Marks Protection terhadap tanda putih, noda kuning dan tanda peluh. Memberi kawalan dan kawalan bau sehingga 48 jam dan produk ini sangat membantu kerana ianya cepat kering apabila diaplikasikan.
Lebih banyak anda bergerak aktif, deodoran ini berfungsi sebagai pelindung buat ketiak anda agar tidak mudah berpeluh dan berbau.
Terbaik untuk Kawal Bau Badan: Dashing Deo Spray Active (125ml)
Sesuai untuk aktiviti harian yang memerlukan perlindungan 24 jam, memberi formula yang menghalang bakteria punca bau tanpa terasa lekit di ketiak.
Deodoran ini berfungsi untuk memberi perlindungan 24 jam pada kulit di bahagian ketiak daripada bakteria yang menyebabkan bau. Ianya mampu menghilangkan bau badan dengan formula yang cepat kering dan tanpa pewarna tiruan.
Produk ini sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai bau badan yang kuat, dijamin deodoran ini akan memberi bau segar dan harum.
Terbaik untuk Memutihkan Ketiak: Nivea Men Deodorant Whitening Roll-On (50ml)
Untuk lelaki yang risau ketiak menggelap akibat pencukuran atau kesan deodoran lain, kandungannya membantu meratakan tona kulit sambil kekal antiperspirant.
Produk ini mampu mengurangkan kegelapan kulit di ketiak dan berfungsi untuk memutihkan tona kulit agar menjadi lebih sekata. Produk ini juga mempunyai perlindungan anti-perspirasi selama 48 jam dan diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, ianya tidak akan membahayakan atau menyebabkan iritasi pada kulit ketiak anda.
Terbaik Keseluruhan: Vaseline Bright Repair Deodorant Roll on Ultra
Pilihan seimbang antara harga, populariti dan keberkesanan, dengan Collagen Booster dan Vitamin B3 yang membantu menghentikan kesan kegelapan pada kulit ketiak.
Jenama Vaseline ini mengandungi campuran Collagen Boosters dan Vitamin B3 unik yang membantu menghentikan tanda atau tona gelap pembentukan kulit gelap di kawasan ketiak. Produk ini telah dibuktikan secara klinikal bahawa ia mampu membaiki dan menyuburkan kulit ketiak.
Dengan mengandungi campuran unik mengandungi Collagen + Vitamin B3 yang memberi ketiak kesan putih dalam masa 3 hari dan melembutkan kulit. Perlindungan peluh dan bau selama 48 jam dan bebas daripada paraben dan alkohol.
Terbaik untuk Tahan Lama 48 Jam: Nivea Men Deodorant Spray - Deep
Untuk lelaki yang bekerja luar seharian, formula arang aktif menyerap peluh dan bau secara berterusan tanpa perlu sapu semula.
1 lagi
Deodoran ini menggunakan kuasa arang untuk penyerapan magnetic dan memberi tindakan 3 kali ganda untuk perlindungan terhadap bakteria, bau dan peluh. Produk ini mempunyai kekeringan yang tahan lama dan memberi kesan kulit bersih pada ketiak.
Ianya juga memberi kesan aroma maskulin dan kesegaran hasil bauan Amazonia. Deodoran ini mampu bertahan sehingga 48 jam dan mengurangkan bau peluh pada badan anda.
Terbaik Untuk Bersukan: Rexona Men Sports Defense Spray Deodorant (150ml)
Direka untuk lelaki yang kerap bersenam atau bersukan, teknologi Motionsense bertindak balas kepada pergerakan untuk kesegaran berterusan.
Produk ini merupakan deodoran yang dilengkapi dengan Motionsense dimana ianya akan bertindak balas kepada pergerakan, memberi kesegaran sepanjang hari. Deodoran ini mampu memberi perlindungan selama 48 jam terhadap bau dan kelembapan.
Ianya bebas daripada alkohol dan telah diuji oleh ahli dermatologi, selamat untuk semua jenis kulit. Sangat sesuai digunakan oleh lelaki yang suka bersukan kerana mempunyai bau yang tahan lama dan menyerap bauan peluh.
Terbaik untuk Wangi Tahan Lama: Playboy VIP Deodorant Spray (150ml)
Untuk lelaki yang mengutamakan haruman maskulin sepanjang hari berbanding fungsi memutihkan atau antiperspirant kuat.
Produk ini merupakan deodoran dari jenama Playboy khas untuk lelaki yang inginkan gaya sempurna dan ditambah pula dengan haruman menawan. Ianya mengandungi haruman yang maskulin, sesuai untuk lelaki bergaya anggun. Ianya mampu menyerap bauan pada ketiak anda tanpa menyebabkan iritasi pada kulit.
Terbaik untuk Bahan Semula Jadi: Arm & Hammer Essentials Natural Fresh Deodorant for Men and Women
Pilihan bagi kulit sensitif yang mahu elakkan aluminium dan paraben, menggunakan bahan deodorizer semula jadi sepenuhnya.
Produk ini merupakan deodoran lelaki yang dilengkapi dengan Deodorizers semula jadi. Ianya bebas daripada aluminium dan paraben dengan menggunakan bahan yang semulajadi. Terbaik dalam memberi kesan yang segar pada kulit dan tidak akan menggelapkan kulit bawah lengan.
Terbaik untuk Wangi Lime Segar: Gatsby Cool Shock Deodorant Perfume Spray Lime Green (175ml)
Sesuai untuk lelaki muda yang suka haruman segar dan kuat, dengan dua bahan pembasmi bau ethylhexylglycerin dan IPMP.
Produk ini merupakan deodoran lelaki yang wangi dengan mengandungi 2 bahan pembasmian iaitu ethylhecyglycerin dan IPMP, terbaik untuk menghilangkan punca bau badan. Ianya mengandungi bahan bersifat menthol dan berfungsi untuk memberi kesan dingin dan kesegaran pada badan agar dapat mengekalkan keselesaan sepanjang hari.
Terbaik untuk Antiperspirant Lembap: Dove Men+Care Antiperspirant Deodorant Stick Extra Fresh
Untuk kulit ketiak yang mudah melecet, diuji secara klinikal dengan teknologi pelembap yang mengekalkan hidrasi sambil kekal kering.
Produk ini merupakan deodorant antiperspirant yang direka untuk memberi perlindungan sehingga 48 jam dari peluh dan bau sambil membantu melindungi kulit daripada iritasi. Deodoran Dove ini mempunyai aroma menyegarkan agar anda selesa sepanjang hari tanpa berbau badan.
Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, ianya mengandungi 1/4 teknologi pelembap untuk membantu mengekalkan lembapan dan hidrasi pada kulit agar tidak melecet di bahagian ketiak.
Apakah Jenama Deodoran Terbaik Untuk Lelaki Di Malaysia?
Tiada satu jenama yang terbaik untuk semua orang: Rexona dan Nivea paling mudah didapati dan stabil dari segi harga, manakala Vaseline Bright Repair popular kerana turut menangani kehitaman ketiak. Pilihan terbaik bergantung pada sama ada anda mengutamakan bau, kekeringan, atau warna kulit.
Bagaimana Kami Memilih Deodoran Ini
Kami menyemak 10 deodoran lelaki yang dijual di Shopee Malaysia dan Lazada Malaysia pada 20 September 2026, membandingkan harga, cara penggunaan (roll-on atau spray), dan tuntutan fungsi utama (antiperspirant, memutihkan, atau tahan lama). Kami tidak menguji setiap produk secara fizikal; senarai ini disusun berdasarkan kandungan yang disahkan pengeluar dan harga pasaran semasa.
Panduan Memilih Deodoran Untuk Lelaki
Kenal pasti masalah utama anda
Jika bau badan adalah masalah utama, pilih deodoran dengan bahan antibakteria; jika ketiak menggelap, pilih yang mengandungi bahan pemutih seperti Vitamin B3 atau niacinamide.
Pilih format ikut gaya hidup
Roll-on lebih tepat sasaran dan tahan lama di kulit, manakala spray lebih cepat kering dan sesuai untuk digunakan semula sepanjang hari.
Semak kandungan jika kulit sensitif
Elakkan aluminium dan alkohol berlebihan jika ketiak anda mudah teriritasi; cari produk berlabel hipoalergenik atau bebas aluminium.




