Kaca mata hitam kini menjadi trend dalam kalangan lelaki kerana boleh dikatakan ini saja aksesori tambahan yang boleh mereka pakai untuk kelihatan segak dan bergaya.
Tapi pemilihan trend spek mata lelaki haruslah dipilih betul supaya selesa dipakai, sesuai dengan gaya, penampilan kelihatan lebih berkeyakinan dan gentleman.
Jadi, memilih cermin mata lelaki terkini mestilah dilihat pada bahagian bingkai cermin mata terlebih dahulu sama ada fit atau tidak dengan bentuk wajah.
Kalau ikutkan terdapat banyak jenama cermin mata hitam lelaki sampai tak tahu nak pilih yang mana satu kaca mata hitam lelaki terkini.
Ha, tak perlu pening-pening jom kita lihat senarai di bawah. Tinggal nak pilih je!
Senarai 7 Cermin Mata Hitam Lelaki Terkini
Table of Contents

Sebab menjadi pilihan utama:
Bagi mereka yang sukakan barangan tahan lasak, cermin mata hitam ini adalah pilihan yang tepat.
Ciri-ciri:
Ini kerana rekaan cermin mata ini tahan lasak yang sukar dirosakkan kerana mempunyai ciri yang unik iaitu boleh dilipat kecil.
Ciri ini menjadikan mudah disimpan di mana saja tidak kira dalam bekas kecil atau di dalam poket.
Jangan risau terdapat perlindungan UV sebanyak 4000 dan terdapat 3 pilihan warna iaitu brown/tea, black/grey dan leopard/grey.
Bingkai cermin mata hitam ini menggunakan PC (Polycarbonate) dan bahan kanta menggunakan AC (Asetat).
Review:
“Beli sebab nak bercuti kat pantai. Bila pakai memang rasa selesa dan bila matahari panas terik memang best sebab tak silau,”

Bagi mereka yang ingin mencari cermin mata hitam bawah RM100, boleh beli jenis ini.
Harganya RM80 tapi boleh membantu penglihatan yang mengalami masalah silau.
Walaupun kami letak cermin mata hitam ini dalam golongan lelaki tapi rekaannya sesuai untuk lelaki dan permpuan pakai asalkan sesuai dengan bentuk muka wajah.
Spek mata ini mempunyai dua jenis bingkai iaitu polish dan matte dengan pilihan lens warna hitam atau G15.
Saiz kaca mata pula terdapat 3 saiz iaitu 50mm, 52mm dan 54mm.

Bagi mereka yang ingin bergaya seperti lelaki korea, boleh dapatkan cermin mata ini.
Tapi pastikan anda memiliki bentuk wajah yang lonjong dan bukan bulat atau kecil kerana cermin mata ini akan kelihatan agak besar jika bentuk wajah tidak lonjong.
Jenis kanta yang digunakan adalah kanta Polarisasi yang mana bantu anda melihat objek lebih baik apabila dalam keadaan panas terik sekaligus dapat mengurangkan keletihan mata.
Ini kerana pada bahagian cermin kanta ini sudah tersedia kemampuan menyekat sinaran UVA dan UVB dengan kadar 4000.
Bahan pembuatan cermin mata ini diperbuat daripada keluli tahan karat dan tembaga berkualiti tinggi.
Jangan risau, cermin mata ini tahan lasak dan calar kerana mengandungi bahan polikkarbonat.
Memang sesuai jika pakai sewaktu di pantai, pasar pagi atau memandu kereta.

Bagi mereka yang sering bersukan pada waktu malam atau siang, cermin mata hitam ini adalah pilihan yang tepat kerana direka khas untuk aktiviti sukan.
Rekaannya agak curve sedikit untuk melekap penuh pada wajah supaya tidak mudah terjatuh sewaktu melakukan apa-apa sukan.
Ketinggian lens 60mm dengan kelebaran 70mm dengan kemampuan menyekat sinaran UVA dan UVB pada kadar 4000.
Terdapat banyak pilihan dan jenis cermin mata hitam sukan jadi pastikan anda pilih jenis yang betul supaya anda selesa ketika memakainya.
Cermin mata ini sangat sesuai untuk semua jenis sukan termasuk berbasikal, mendaki, memancing dan lain-lain.

Bagi anda yang yang bakal pergi umrah atau ada ayah yang akan berangkat ke sana, belikan mereka cermin mata hitam ini untuk kegunaan di sana.
Lagipun kanta cermin mata ini mempunyai beberapa lapisan yang direka untuk menyekat dan menapis sinaran UV sebanyak 99.96%.
Sekaligus dapat memberi keselesaan mata dan mengurangkan keletihan mata apabila keadaan cuaca panas terik di sana.
Disebabkan kanta yang digunakan polarized, jadi kanta ini tahan lasak, ringan, tahan calar dan memberi kejelasan optik yang tinggi.
Selain itu, rangka yang dibuat dengan aloi logam menjadikan cermin mata ini ringan dan kuat.
Malah, direka dengan kaki berengsel sprin dan pad hidung silikon boleh laras yang membuatkan anda jadi lebih selesa.
Jangan risau, rekaan cermin mata ini sesuai untuk lelaki perempuan jad boleh kongsi kalau beli untuk cik suami.

Rekaan cermin mata hitam ini seakan-akan bentuk hexagon menjadikan anda kelihatan sangat smart.
Dengan lens bersaiz 52mm, cermin mata ini sesuai untuk semua orang tak kira bentuk wajah panjang atau bulat.
Material kanta diperbuat daripada Polycarbonate dimana tahan lasak dan tahan calar.
Jarak antara kanta kiri dan kanan sepanjang 21mm, memang sangat selesa dipakai dan terletak elok pada wajah.

Jika anda mencari cermin mata hitam bulat yang trendy, anda boleh pilih jenama KacaKacaEyeWear ini.
Ciri cermin mata ini menggunakan bahan binaan polikarbonat pada bahagian rangka dan kanta.
Sesuai untuk lelaki dan perempuan yang mempunyai saiz muka berbentuk Heart, Square, Oblong dan Oval.
Untuk saiz cermin mata adalah seperti berikut.
- Lebar rangka: 147mm
- Lebar kanta: 50mm
- Tinggi rangka: 54mm
Macam Mana Nak Dapatkan Kaca Mata Yang Sesuai Dengan Bentuk Muka?
Kami yakin, semua orang pernah pakai cermin mata tapi malangnya ramai juga tidak tahu cara memilih kaca mata yang sesuai dengan bentuk muka.
Bukan apa, salah pilih cermin mata habis rosak penampilan, bayangkan cermin mata besar tapi muka kecil. Memang a big no no!
Anda kena tahu, memilih cermin mata seperti memilih kasut, tidak boleh pilih sebarangan bentuk, corak dan warna.
Tapi sebelum tu ketahui dahulu jenis bentuk muka anda yang mana satu kerana manusia terdapat 5 jenis bentuk muka yang berbeza. Antaranya;
- Bentuk muka berbentuk bulat.
- Bentuk muka berbentuk segi empat.
- Bentuk muka berbentuk seperti hati.
- Bentuk muka berbentuk bujur sirih.
- Bentuk muka berbentuk tiga segi.
Jadi, setiap bentuk muka ini ada bentuk cermin mata yang tepat, sesuai dan selesa untuk anda pakai. Jom lihat video di bawah.