Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

17 Vitamin C Terbaik di Malaysia 2024 - Untuk Imuniti Badan

Vitamin C bantu lindungi tubuh anda daripada jangkitan penyakit.

Pengambilan suplemen kesihatan adalah untuk menambah diet dengan faedah di luar nutrien normal dan untuk menyokong atau mengekalkan fungsi tubuh manusia yang sihat. 

Suplemen berasaskan terutamanya Vitamin C akan membantu melindungi tubuh anda daripada jangkitan penyakit. 

Selain itu, ia juga boleh membantu memberikan anda wajah yang lebih berseri dan cerah kerana ada sesetengah produk Vitamin C yang bagus boleh mencerahkan kulit. 

Itulah antara kebaikan Vitamin C atau kelebihan Vitamin C yang bagus untuk tubuh badan kita dan boleh buatkan kita kekal aktif sepanjang tahun.

Jom lihat senarai jenama Vitamin C terbaik di Malaysia yang menerimakan kelulusan daripada KKM dan mudah untuk anda beli.


Senarai 17 Suplemen Vitamin C Terbaik

Vitamin C terbaik secara keseluruhan
Life Extension
Vitamin C and Bio-Quercetin
mulai
RM32.30
Semak Life Extension Vitamin C and Bio-Quercetin harga dibawah:
add_circle Menguatkan lagi imun badan
add_circle Mengurangkan stress
remove_circle Tiada pengesahan KKM

Sebab menjadi pilihan utama:

Ramai yang faham Vitamin C ini adalah untuk meningkatkan sistem imun badan untuk melawan sakit selesam atau demam biasa, namun Life Extension Vitamin C and Bio-Quercetin boleh buat lebih daripada itu seperti mengurangkan lenguh-lenguh badan, meningkatkan kualiti tidur, serta mengurangkan oxidative stress.

Ciri-ciri:

Life Extension Vitamin C and Bio-Quercetin mempunyai Ultra-absorbable quercetin untuk mengekalkan sistem imun badan dalam keadaan terbaik.

Selain itu, quercetin juga turut bertindak menggalakkan tindak balas keradangan yang sihat dan baik, jadi anda akan sentiasa rasa bertenaga dan tidak mudah jatuh sakit.

Ia juga jimat kerana anda hanya perlu mengambil 1 tablet sahaja sehari selepas makan, dan satu botol mengandungi 60 tablet, jadi satu botol boleh tahan selama 2 bulan.

Paling penting adalah Life Extension Vitamin C and Bio-Quercetin ini merupakan multivitamin, jadi anda bukan sekadar dapat khasiat Vitamin C, tetapi turut mendapat mineral tambahan untuk tubuh badan yang lebih bertenaga dan sihat.

Review:

"Produk sangat bagus, dah 2 tahun saya gunakan Vitamin ini. Selain dapat Vitamin C, paras Vitamin D daya juga telah meningkat."

Vitamin C terbaik untuk antibodi
Blackmores
mulai
RM22.80
Semak Blackmores Vitamin C harga dibawah:
add_circle Tiada perisa atau pemanis tiruan
add_circle Bertindak sebagai antioksidan
add_circle Bebas pengawet
add_circle Halal
remove_circle Rasa sedikit pahit

Suplemen Blackmores ini memberikan anda kebaikan Vitamin C dalam bentuk tablet asid askorbik yang sangat mudah ditelan. 

Selamat dimakan sebiji sehari oleh golongan dewasa yang kurang gemar makan sayur atau buah-buahan. 

Vitamin C ini boleh membantu menghasilkan kolagen dalam badan dan meningkatkan imuniti tubuh anda terhadap demam atau batuk. 

Tidak mengandungi yis, gluten, gandum atau bahan berasaskan susu yang boleh menyebabkan alahan. 

Setiap tablet mengandungi 500mg Vitamin C.

Vitamin C untuk ibu mengandung
Cebion
CEBION Vitamin C 500mg Chewable
mulai
RM40.00
Semak Cebion Vitamin C 500mg Chewable Tablets harga dibawah:
add_circle Tingkatkan sistem imunisasi badan
add_circle Boleh dilarutkan dalam air
add_circle Mudah dimakan
remove_circle Tidak sesuai untuk bayi

Produk jenama Cebion ini memperkenalkan gabungan Vitamin C dan kalsium untuk keperluan ibu mengandung yang akan memberikan khasiat yang terbaik kepada tubuh anda. 

Ini kerana gabungan mineral dan vitamin ini boleh menyihatkan tulang, gigi dan gusi. 

Golongan dewasa boleh ambil 1 biji tablet setiap hari manakala kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun pula hanya boleh makan ½ biji tablet sehari mengikut arahan doktor. 

Yang penting, ia selamat dimakan harian kerana telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Vitamin C untuk remaja 12 tahun
Redoxon
mulai
RM15.36
Semak Redoxon Double Action Kids Vitamin C and Zinc harga dibawah:
add_circle Lulus KKM
add_circle Disahkan halal
add_circle Bebas pengawet tambahan
add_circle Boleh dikunyah atau dihisap
remove_circle Tidak sesuai untuk penghidap Phenylketonuria
remove_circle Hanya untuk 12 tahun ke atas

Keluaran Redoxon ini ideal diamalkan oleh golongan dewasa dan remaja yang berusia 12 tahun ke atas. 

Suplemen ini sesuai juga dimakan oleh individu yang menghidap Diabetes kerana tidak mengandungi gula tambahan. 

Vitamin berperisa oren ini boleh meningkatkan imuniti anda terhadap cuaca buruk seperti hujan, kuman dan pencemaran.

Produk berasaskan 500mg Vitamin C dengan campuran 5mg zink dan boleh dimakan 1-2 tablet sehari.

Jangan risau, Vitamin C ini mempunyai rasa yang sedap.

Vitamin C chewable terbaik
21st Century Vitamin C-1000 Chewable (60 biji)
mulai
RM20.50
Semak 21st Century Vitamin C harga dibawah:
add_circle Membantu menyembuhkan luka
add_circle Bertindak sebagai antioksidan
add_circle Lulus KKM
remove_circle Lidah rasa kurang selesa selepas makan

Bagi yang mempunyai masalah sukar untuk telan kapsul atau tablet, jalan paling mudah adalah mencari suplemen kunyah dan tidak pahit. 

Vitamin C dari jenama 21st Century merupakan pilihan tepat bagi mereka kerana berperisa oren dan boleh dikunyah tanpa menelan menggunakan air.

Jangan risau, khasiat kapsul ini sama seperti Vitamin C yang lain dapat mencegah gejala demam atau selesema walaupun makan dalam bentuk kunyah.

Cara pengambilan hanya sebiji setiap hari selepas makan dan haruslah mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil suplemen Vitamin C. 

Vitamin C terbaik di Watson
Watsons Vitamin C 1000mg + Zinc 10mg (3botol x 60 biji)
mulai
RM29.90
Semak Watsons Vitamin C 1000mg + Zinc 10mg harga dibawah:
add_circle Mempunyai antioksidan
add_circle Membantu menyokong daya tahan badan
remove_circle Tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 12 tahun

Suplemen multivitamin seperti Citamin C dengan zink keluaran Watsons ini memberi kesan yang lebih cepat berbanding jenama lain. 

Ideal dimakan sebiji sehari selepas makan oleh orang dewasa dan remaja yang berusia 12 tahun ke atas untuk meningkatkan kesihatan harian. 

Namun, pastikan anda dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu jika anda ada sebarang kemusykilan. 

Produk ini terdapat dalam bentuk effervescent yang boleh dilarutkan dalam air agar lebih mudah diserap oleh badan anda.

Vitamin C untuk ibu bersalin czer
Blackmores
Blackmores Buffered C Sustained Release
mulai
RM28.81
Semak Blackmores Buffered C Sustained Release harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk individu yang kurang makan sayur & buah
add_circle Formulasi rendah asid
add_circle Mengandungi Bioflavonoids
add_circle Tanpa pemanis tambahan
remove_circle Kapsul besar

Individu yang mengalami gastrik atau pedih ulu hati boleh cuba amalkan suplemen Buffered C dari Blackmores kerana ia tidak mengganggu perut. 

Selain mengandungi Vitamin C dalam bentuk asid askorbik, ia turut kaya dengan Rosehips dan Rutin yang kaya dengan antioksidan dan boleh meningkatkan khasiat Vitamin C untuk badan.

Vitamin ini juga boleh membantu menghasilkan kolagen iaitu protein penting dalam badan untuk mempercepat penyembuhan luka, sesuai untuk ibu bersalin Czer.

Boleh dimakan tanpa risau kerana tidak mengandungi pengawet, perisa tiruan, tepung atau gluten. 

Nutrien dari vitamin ini akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan dalam masa 8 jam sekali gus memastikan badan anda akan mendapat Vitamin C apabila diperlukan.

Appeton A-Z Pastilles Vitamin C 30mg (Chewable)
mulai
RM21.50
Semak Appeton A-Z Pastilles Vitamin C 30mg (Chewable) harga dibawah:
add_circle Boleh menghalang demam & selesema
add_circle Boleh hindari demam hay
add_circle Tanpa saccharin (pemanis tiruan)
add_circle Tiada salutan gula
add_circle Tidak rosakkan gigi
remove_circle Tidak sesuai untuk bawah 2 tahun

Selain boleh membantu mengelakkan anak-anak daripada mudah demam, ia turut bagus untuk menjaga kesihatan gusi dan tulang anak. 

Vitamin ini seperti gula-gula biasa untuk kanak-kanak kerana mempunyai pelbagai perisa sedap seperti lemon, oren, epal, strawberi dan mangga. 

Sistem imunisasi tubuh anak juga akan makin kuat kerana setiap pastille mengandungi 30mg Vitamin C di mana ia mengikut saranan pakar. 

Namun, ibu bapa diingatkan untuk mengawal anak-anak daripada makan vitamin ini secara berlebihan.

Vitamin C untuk kanak-kanak 1 tahun
Champs Vitamin C 30mg Blackcurrant
mulai
RM37.80
Semak Champs Vitamin C 30mg Blackcurrant harga dibawah:
add_circle Mengurangkan jangkitan penyakit bahaya
add_circle Membantu badan untuk menyerap zat besi dari makanan
add_circle Untuk gigi & tulang yang sihat
add_circle Halal
remove_circle Hanya sesuai untuk budak umur 1-6 tahun

Untuk ibu bapa yang buntu kerana anak enggan makan sayur dan buah, usah risau, berikan anak anda makan Vitamin C Champs.

Ini kerana boleh membantu membekalkan zat yang diperlukan untuk tumbesaran mereka. 

Menariknya lagi, kandungan Vitamin C dalam makanan kesihatan ini boleh membantu menyembuhkan luka ringan.

Maknanya, jika mereka terjatuh ketika bermain, kesan lebam mampu dikurangkan. 

Sistem imunisasi si kecil juga akan semakin kuat untuk melawan jangkitan memandangkan kita berada di musim pandemik COVID-19. 

Dengan 1 botol pembelian, anda akan mendapat 100 tablet vitamin yang boleh dikunyah. 

Jangan lupa untuk ikut arahan pengambilan yang tertera pada pembungkusan kerana kanak-kanak 1 hingga 3 tahun hanya boleh makan 1 atau 2 biji sehari.

Manakala budak 4 hingga 6 tahun pula dibenarkan untuk makan 1-3 biji sehari. 

Vitamin C untuk kulit muka
FLAVETTES Effervescent Vitamin C Glow
mulai
RM45.43
Semak FLAVETTES Effervescent Vitamin C Glow harga dibawah:
add_circle Membantu mencegah pigmentasi kulit gelap
add_circle Boleh dilarutkan dalam air
add_circle Mengandungi vitamin E
remove_circle Harga mahal

Kulit wajah kusam dan tak berseri? Anda boleh cuba amalkan suplemen Vitamin C yang turut mengandungi L-Glutathione ini. 

Pengambilan Vitamin C keluaran Flavettes ini turut membantu pertahankan kulit wajah dan bantu menegangkan kulit muka berbanding sebelumnya. 

Selain bertindak sebagai antioksidan untuk kulit yang sihat, produk ini juga bagus untuk membantu detoksifikasi, menghasilkan kolagen untuk kuku serta rambut yang lebih sihat. 

Anda diingatkan untuk ambil vitamin berperisa oren ini selepas makan dan dos tidak melebihi 2000mg sehari.

Vitamin C untuk dewasa & remaja
SHINE Vitamin C 500mg
mulai
RM23.60
Semak Shine Vitamin C 500mg harga dibawah:
add_circle Boleh dikunyah
add_circle Boleh dimakan oleh kanak-kanak
add_circle Meningkatkan sistem daya tahan badan
remove_circle Tidak boleh dimakan oleh budak bawah 7 tahun

Vitamin C jenama SHINE mengandungi asid askorbik dan Sodium Ascorbate serta vitamin B5 untuk kebaikan kesihatan anda. 

Selamat untuk diambil sebiji dua kali sehari oleh golongan dewasa dan sebiji tablet sehari untuk kanak-kanak 7 tahun hingga 14 tahun. 

Mudah untuk dimakan kerana ia juga boleh dihisap dalam mulut.

Citrex Vitamin C 1000MG Sugar Free
mulai
RM20.89
Semak Citrex Vitamin C 1000MG Sugar Free harga dibawah:
add_circle Tanpa gula
add_circle Boleh dikunyah
add_circle Merawat kulit berjerawat
add_circle Mempercepat pemulihan luka
add_circle Membentuk kolagen supaya kulit lebih licin
remove_circle Tidak sesuai untuk individu yang menghidap Phenylketonurics

Suplemen Vitamin C 1000mg ini pula bukan sahaja boleh meningkatkan sistem pertahanan badan, malah boleh juga mengurangkan gejala demam dan selesema. 

Gusi juga jadi lebih sihat dan anda juga boleh kurangkan masalah tumit kaki merekah. 

Vitamin Citrex berperisa oren ini turut bertindak sebagai anti-oksidan untuk anti-penuaan.

Ia boleh dimakan oleh orang dewasa sebanyak 1 biji tablet sehari atau seperti yang disarankan oleh doktor.

VitaHealth Vitamin C with Zinc+ Time Release 1000mg
mulai
RM40.10
Semak VitaHealth Vitamin C with Zinc+ Time Release 1000mg harga dibawah:
add_circle Mempercepatkan penyembuhan luka
add_circle Menguatkan imunisasi badan
add_circle Bertindak sebagai antioksida
remove_circle Harga agak mahal

Vitamin C 1000mg dalam bentuk tablet ini mudah diserap dengan baik dalam badan kerana turut mengandungi Bioflavonoids

Selain itu, kandungan zink dalam suplemen VitaHealth juga akan menyokong pertumbuhan dan kesihatan badan anda. 

Vitamin C juga mampu meneutralkan semula radikal bebas dalam badan serta menjaga kesihatan gusi, gigi dan tulang. 

Boleh makan sebiji tablet sekali sehari selepas makan namun ingat, tetapi ia tidak sesuai diambil oleh kanak-kanak.

Vitamin C untuk dewasa
Redonox
Redoxon Double Action Chewable Tablets
mulai
RM30.90
Semak Redoxon Double Action Chewable Tablets harga dibawah:
add_circle Boleh dimakan setiap hari
add_circle Boleh dilarutkan dalam air
add_circle Halal & tanpa gula tambahan
add_circle Tiada pengawet
remove_circle Tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 12 tahun

Untuk yang sentiasa sibuk, kami sarankan anda untuk amalkan pengambilan Vitamin C jenis chewable ini kerana ia mengandungi 3 manfaat dalam 1 tablet. 

Bukan sahaja mengandungi 500mg Vitamin C untuk menyokong sistem imun badan, ia kaya dengan 5mg zink untuk menyihatkan tubuh anda. 

Ia juga tidak mengandungi gula tambahan, tiada bahan pengawet serta mempunyai sijil halal.

Orang dewasa dan kanak-kanak 12 tahun ke atas boleh ambil 1-2 biji tablet sehari selepas makan setiap pagi.

Vitamin C terbaik untuk warga emas
Cenovis
CENOVIS Sugarless Vitamin C 500mg
mulai
RM55.90
Semak CENOVIS Sugarless Vitamin C 500mg harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak
add_circle Tiada gula tambahan
remove_circle Tidak disahkan KKM

Vitaminc C Cenovis ini memang sangat sesuai untuk warga emas atau mereka yang mempunyai sakit kencing manis kerana ia tidak mengandungi gula.

Selain itu, sangat berkesan dalam membantu mengurangkan gejala selesema dengan pantas, menyokong fungsi imun badan dengan baik, dan membantu penyerapan iron ke dalam badan.

Untuk warga emas yang semakin berkurangan kolagennya, Vitamin C ini juga turut menyokong pembentukan kolagen baharu agar badan sentiasa mempunyai perlindungan luaran.

Anda boleh mengambil Vitamin C ini 2 tablet sehari seperti yang dicadangkan pakar kesihatan, atau jika kanak-kanak 7-11 tahun ingin mengambilnya boleh makan 1 tablet sehari.

Vitamin C terbaik untuk remaja
Kordel's
Kordel's Vitamin C 1000mg + Zinc
mulai
RM19.40
Semak Kordel's Vitamin C 1000mg + Zinc harga dibawah:
add_circle Turut mengandungi zink
add_circle Sesuai semua jenis kulit
add_circle Ada pengesahan KKM
remove_circle Bukan untuk dikunyah

Kordel's Vitamin C ini turut mengandungi zink yang bukan sekadar membantu mengekalkan tahap imun badan pada tahap terbaik, tetapi turut membantu mengurangkan gejala selesema atau demam biasa yang berpanjangan.

Memang sesuai untuk remaja kerana ia jenis larut dalam air dan mudah diminum, jadi anak-anak remaja akan dapat minum 1 gelas tambahan air dalam sehari.

 

Selain disahkan oleh KKM, Vitamin C ini diformulasikan di Jerman dengan teknologi terkini sehingga menjadikannya sebuah Vitamin C yang berkesan untuk tubuh badan.

Tiada perwarna tambahan, bebas gula serta halal, Vitamin C jenama Kordel's ini menjadi pilihan tepat untuk anak-anak remaja agar mereka boleh kekal aktif sepanjang tahun. 

Vitamin C untuk orang dewasa
Berocca
Berocca Vitamin B+C Orange Effervescent Tablet
mulai
RM33.90
Semak Berocca Vitamin B+C Orange Effervescent Tablet harga dibawah:
add_circle Mengandungi Vitamin B, kalsium, magnesium & zink
add_circle Tiada pengawet dan gula tambahan
remove_circle Bukan untuk kanak-kanak bawah 12 tahun

Ramai yang dah tahu Vitamin C jenama Berocca ini selepas melihat Tun Dr. Mahathir mengambilnya dan secara tidak sengaja menjadikan ia Vitamin C yang popular, dan orang ramai pun yakin untuk menggunakan Vitamin C Berocca ini.

Selain Vitamin C, ia turut mengandungi Vitamin B kumpulan, kalsium tambahan, magnesium dan zink untuk memastikan anda kekal bertenaga sepanjang hari.

Apa yang bagus dan kenapa ia sesuai untuk orang dewasa adalah ia tidak mengandungi gula tambahan dan bahan pengawet, jadi ia sangat selamat untuk tubuh badan.

Cara pengambilan juga amat mudah, hanya larut dalam air dan boleh minum bersama air sewaktu breakfast atau makan tengah hari.

Bagaimanapun, ia tidak digalakkan sekiranga and penghidap penyakit phenylketonuria kerana vitamin ini mengandungi aspartame.

Untuk ibu-ibu mengandung atau ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, dan untuk anda yang mempunyai masalah gangguan buah pinggang, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil vitamin ini.

Jauhkan vitamin ini daripada kanak-kanak bawah 12 tahun.


Jenis Suplemen Vitamin C 

Suplemen Vitamin C lazimnya hadir dalam bentuk tablet, kapsul atau chewable (boleh dikunyah) untuk kanak-kanak. 

Orang dewasa juga boleh makan vitamin tersebut dalam bentuk effervescent yang boleh dilarutkan dalam air menjadi minuman Vitamin C atau yang boleh dihisap. 

Jenis suplemen Vitamin C yang akan selalu anda temui ialah dalam bentuk asid askorbik yang difahamkan merupakan Vitamin C yang paling mudah diserap oleh badan. 

Antara jenis suplemen Vitamin C lain yang boleh anda temui di pasaran ialah asid askorbik dengan bioflavonoids


Kebaikan Dan Khasiat Suplemen Vitamin C

Masih ramai lagi yang belum faham kebaikan sebenar pengambilan Vitamin C atau asid askorbik kepada tubuh kita. Menurut portal kesihatan, antara khasiat suplemen Vitamin C ialah: 

  • Bertindak sebagai antioksidan.
  • Membantu merawat masalah skurvi.
  • Boleh mengelakkan masalah kekurangan zat besi.
  • Meningkatkan antibodi badan terhadap jangkitan. 
  • Boleh mengurangkan kadar asid urik dalam darah. 
  • Boleh mengurangkan tempoh & keterukan selesema.
  • Mungkin boleh membantu menurunkan tekanan darah.
  • Mungkin boleh membantu mengelakkan serangan gout.
  • Mengurangkan risiko terkena serangan jantung & penyakit kronik.

Selain itu, menurut laman web KKM, satu kajian yang melibatkan golongan berumur mendapati bahawa kumpulan yang mengambil Vitamin C, E, beta karotena, zink dan copper yang mencukupi lambat kehilangan penglihatan berbanding mereka yang tidak mengambil suplemen kesihatan tersebut. 

Apa-apa pun, anda perlu dapatkan nasihat doktor bertauliah terlebih dahulu sebelum mengambil Vitamin C sebagai suplemen harian. 


Mengapa Vitamin C Penting Untuk Sistem Imun?

Mesti ramai yang menerima nasihat untuk mengambil Vitamin C kerana ia dikatakan mampu mencegah badan daripada mudah jatuh sakit, tetapi apa kepentingan Vitamin C terhadap sistem imun kita?

Pertama, Vitamin C berfungsi sebagai antioksidan yang membantu melawan radikal bebas atau virus yang masuk ke dalam tubuh.

Radikal bebas dan virus ini boleh merosakkan sel-sel sihat dan memberi kesan terhadap sistem imun kita, jadi Vitamin C boleh membantu menjaga kesihatan sel-sel dalam badan kita.

Selain itu, Vitamin C juga merupakan komponen penting dalam pembentukan kolagen, protein yang diperlukan untuk memperbaiki dan memelihara kulit, pembuluh darah, tulang, dan gusi.

Dengan adanya kolagen yang sihat, maka tubuh kita dapat merawat luka-luka dengan lebih cepat, sekaligus membuatkan proses penyembuhan luka atau peyembuhan daripada jangkitan luaran lebih efektif.

Itulah antara sebab kenapa pentingnya Vitamin C terhadap tubuh badan kita, jadi anda boleh mula jadikan pengambilan Vitamin C sebagai rutin harian. 


Bolehkah Mengambil Suplemen Vitamin C Semasa Hamil Atau Menyusukan Bayi?

Terdapat jenis Vitamin C yang dibenarkan untuk diambil oleh wanita hamil atau yang sedang menyusukan anak, tetapi sebaiknya dapatkan dahulu kosultasi daripada doktor agar anda ambil Vitamin C yang disarankan sahaja.

Jika anda tidak mahu mengambil suplemen, jumlah Vitamin C dalam makanan sedia ada seperti buah-buahan dan sayur-sayuran sudah memadai.

Bagaimanapun, anda boleh mengambil multivitamin yang bukan sekadar mengandungi Vitamin C, malah turut mengandungi vitamin lain seperti zink, kalsium dan magnesium untuk dapatkan nutrien tambahan yang diperlukan badan.

Secara dasarnya, wanita mengandung dan ibu yang menyusukan anak disarankan mengambil 85mg hingga 120mg sahaja kandungan Vitamin C.

Jadi penting untuk anda consume dos Vitamin C yang dibenarkan dan tidak berlebihan dalam pengambilan Vitamin C atau mana-mana vitamin sepanjang tempoh kehamilan atau susuan.


Artikel berkaitan

End of Article