Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

11 Jenis Vitamin C Terbaik Untuk Kanak-Kanak 2023

Ibu bapa boleh berikan anak vitamin C sejak usia 1 tahun lagi.

Vitamin C atau nama saintifiknya asid askorbik berfungsi sebagai fisiologi dalam tubuh dan sangat diperlukan untuk setiap individu.

Ini kerana khasiat vitamin C  dapat berikan struktur pembentukan tulang, rawan, otot dan saluran darah.

Pengambilan vitamin C bukan saja untuk golongan dewasa tapi untuk kanak-kanak juga kerana kapsul vitamin C terdapat dalam bentuk chewable yang boleh dikunyah seperti gula-gula.

Jadi, ibu bapa sebaiknya berikan si comel brand vitamin C terbaik untuk kanak-kanak sejak usia 1 tahun dengan kadar dos yang ditetapkan.

Anda boleh tekan disini untuk melihat senarai dos mengikut peringkat umur menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jom lihat senarai vitamin C yang bagus untuk kanak-kanak.


Senarai 11 Vitamin C Terbaik Untuk Kanak-Kanak

Vitamin C terbaik untuk kanak-kanak secara keseluruhan
Appeton A-Z Pastilles Vitamin C 30mg (Chewable)
Semak Appeton A-Z Pastilles Vitamin C 30mg (Chewable) harga dibawah:
add_circle Boleh menghalang demam selsema
add_circle Demam hay juga boleh dielakkan
add_circle Tanpa saccharin (pemanis tiruan)
add_circle Tidak salutan gula
add_circle Tak rosakkan gigi
remove_circle Tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 2 tahun

Sebab Menjadi Pilihan Utama; 

‘Vitamin C dari Appeton ini mudah dikunyah kerana jenis pastille yang dibuat dalam bentuk segi empat sama. Tekstur ini menarik minat kanak-kanak untuk makan vitamin ini kerana alphabet A hingga Z menghiasi setiap vitamin,’

Ciri-ciri;

Selain boleh menjaga kesihatan gusi dan tulang anak, vitamin ini juga bomampu bantu menghubungkan sel otak anak untuk belajar lebih cepat. 

Setiap pastille mengandungi 30mg vitamin C di mana memang sudah mengikut saranan pakar. 

Budak-budak akan rasa makan vitamin ini sama macam makan gula-gula biasa kerana mempunyai perisa buah-buahan campur iaitu epal, oren, lemon, blackcurrant, mangga dan strawberi. 

Yang penting, sistem imuniti badan anak juga akan semakin kuat dan masalah alahan juga dapat dielakkan.

Terdapat 5 pastille vitamin dalam setiap paket, jadi amatlah mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Cuma ibu bapa perlu mengawal anak-anak daripada makan vitamin secara berlebihan. 

Review;

‘Anak-anak saya sangat suka makan vitamin ini, jadi pembelian memang berbaloi. Rasa sangat sedap dan sesuai untuk anak lelaki saya yang berumur 2 tahun,’

Bonlife Vta C Kids Effervescent 300 Plus Vitamin C
Semak Bonlife Vta C Kids Effervescent 300 Plus Vitamin C harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk vegetarian
add_circle Ada antioksidan
add_circle Tanpa pengawet & pewarna tiruan
add_circle Tiada gula tambahan
add_circle Meningkatkan antibodi anak
remove_circle Tidak boleh dimakan oleh budak bawah 7 tahun

Selain terdapat kandungan vitamin C, produk kesihatan keluaran jenama Bonlife ini juga telah diformulasikan khas dengan β-Carotene atau vitamin A yang bagus untuk penglihatan dan kulit kanak-kanak. 

Jangan risau, kandungan bahan-bahan yang ada dalam tablet vitamin berperisa oren ini juga berdaftar dengan KKM. 

Jadi, ibu bapa boleh beri anak-anak makan vitamin ini tanpa keraguan. Setiap tiub mengandungi 15 biji tablet

Cara pengambilannya juga sangat mudah, hanya perlu larutkan dalam segelas air sebelum diminum. 

Diingatkan juga untuk minumnya sekali sehari selepas makan. 

Memang sesuai diambil oleh kanak-kanak yang dijangkiti COVID-19 kerana turut mengandungi zinc yang boleh meningkatkan imunisasi kanak-kanak.

Vitamin C untuk kanak-kanak bawah 12 tahun
Scott's
Semak Scott's Vitamin C Pastilles (50’s) harga dibawah:
add_circle Boleh dikunyah dengan mudah
add_circle Tinggi kandungan vitamin C
add_circle Mempunyai jus buah semula jadi
remove_circle Tidak sesuai untuk budak bawah 3 tahun

Jenama vitamin nombor 1 di Malaysia ini tak perlu diperkenalkan lagi kerana telah menjadi pilihan utama ibu bapa untuk kesihatan anak. 

Paling best, terdapat beberapa pilihan perisa yang sedap, antaranya mixed berries, oren, mangga dan buah pic. 

Pilih sahaja buah kegemaran si kecil dan dijamin mereka tidak akan menolak untuk makan vitamin lagi lepas ni. 

Bukan itu sahaja,  vitamin C ini akan memudahkan proses penyerapan zat besi daripada makanan.

Sekali gus badan kanak-kanak akan mendapat nutrisi yang berkhasiat untuk kekal aktif ketika di sekolah. 

Namun, ibu bapa diingatkan untuk mengawasi anak agar tidak mengambilnya secara berlebihan kerana mereka hanya disarankan untuk makan 3-4 biji vitamin sehari.

Vitamin C untuk kanak-kanak 10 tahun
Citrex Vitamin C 100MG
Semak Citrex Vitamin C 100MG harga dibawah:
add_circle Membantu pertumbuhan anak
add_circle Membaiki tisu & tulang
add_circle Menguatkan gusi
add_circle Lulus KKM
remove_circle Hanya sesuai untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas

Vitamin C ini dirumus khas untuk kanak-kanak untuk membentuk dan membantu membaiki sel darah merah mereka. 

Ibu bapa memang patut dapatkan vitamin ini untuk anak kerana harganya juga sangat mampu milik. 

Malah, tarikh luput produk adalah pada tahun 2023. Kalau makan dengan konsisten, tak akan sempat rosak sebelum dihabiskan oleh kanak-kanak. 

Selain ada perisa oren, ia juga datang dalam perisa blackcurrant yang sedap. 

Menariknya lagi, budak-budak boleh kunyah vitamin ini kerana jenis chewable

Paling penting, halal kerana merupakan produk buatan Malaysia. Setiap botol pula mempunyai 30 biji tablet vitamin. 

Bagi kanak-kanak 4 tahun keatas, cara pengambilan adalah sebanyak 2 biji setiap hari selepas makan.

Vitamic C untuk kanak-kanak 6 tahun
Redoxon
Semak Redoxon Double Action Kids Vitamin C and Zinc harga dibawah:
add_circle Lulus KKM
add_circle Disahkan halal
add_circle Bebas pengawet tambahan
add_circle Boleh dikunyah atau dihisap
remove_circle Tidak sesuai untuk individu yang menghidap Phenylketonuria
remove_circle Tidak sesuai untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah

Menariknya tentang vitamin C Redoxon untuk kanak-kanak ini ialah berperisa Tutti Frutti.

Memang lain dari yang lain kerana kebanyakan vitamin C yang ada di pasaran mempunyai perisa anggur, strawberi dan oren. 

Bukan hanya mengandungi vitamin C, malah turut lengkap dengan kandungan zinc sebanyak 5mg yang akan membantu meningkatkan imunisasi si kecil. 

Setiap tablet vitamin mengandungi 250mg vitaminc C.

Tapi ibu bapa tak perlu risau kerana boleh berikan suplemen ini tanpa was-was kepada si kecil kerana tidak mengandungi gula tambahan dan bahan pengawet. 

Kanak-kanak yang berusia 6 tahun keatas dibenarkan untuk ambil vitamin ini sebanyak 1 hingga 2 biji sehari.

Vitamin C untuk kanak-kanak 1 tahun
Champs Vitamin C 30mg Blackcurrant
Semak Champs Vitamin C 30mg Blackcurrant harga dibawah:
add_circle Mengurangkan jangkitan penyakit bahaya
add_circle Membantu badan untuk menyerap zat besi dari makanan
add_circle Untuk gigi & tulang yang sihat
add_circle Halal
remove_circle Hanya sesuai untuk budak umur 1-6 tahun

Untuk ibu bapa yang buntu kerana anak enggan makan sayur dan buah, usah risau, berikan anak anda makan vitamin C Champs.

Ini kerana boleh membantu membekalkan zat yang diperlukan untuk tumbesaran mereka. 

Menariknya lagi, kandungan vitamin C dalam makanan kesihatan ini boleh membantu menyembuhkan luka ringan.

Maknanya, jika mereka terjatuh ketika bermain, kesan lebam mampu dikurangkan. 

Sistem imunisasi si kecil juga akan semakin kuat untuk melawan jangkitan memandangkan kita berada di musim pandemik COVID-19. 

Dengan 1 botol pembelian, anda akan mendapat 100 tablet vitamin yang boleh dikunyah. 

Jangan lupa untuk ikut arahan pengambilan yang tertera pada pembungkusan kerana kanak-kanak 1 hingga 3 tahun hanya boleh makan 1 atau 2 biji sehari.

Manakala budak 4 hingga 6 tahun pula dibenarkan untuk makan 1-3 biji sehari.

Vitamin C untuk kanak-kanak 5 tahun
Chewies Children Chewable Vitamin C 100mg
Semak Chewies Children Chewable Vitamin C 100mg harga dibawah:
add_circle Harga berpatutan
add_circle Perisa oren
add_circle Luka cepat sembuh
add_circle Tanpa saccharin (pemanis tiruan)
add_circle Sumber antioksidan yang bagus
remove_circle Tidak boleh dimakan oleh bayi

Vitamin C yang boleh dikunyah ini dapat memastikan anak anda membesar dengan sihat dan kuat kerana kandungan asid askorbiknya.

Kandungan ini dapat memberikan tubuh mereka khasiat yang diperlukan untuk aktif setiap hari. 

Terdapat 75 biji tablet dalam setiap botol, jadi ia cukup untuk 1 hingga 2 bulan. 

Kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke atas boleh makan vitamin ini sebanyak 1 hingga 3 biji sehari. 

Paling best, kalau tak nak kunyah, mereka juga boleh hisap vitamin C ini seperti gula-gula. 

Setiap biji vitamin mengandungi 100mg asid askorbik yang bagus untuk gigi dan gusi anak.

Boleh diambil sebanyak 1-3 biji sehari tanpa rasa was-was terutama kanak-kanak Muslim kerana sudah mendapat pengesahan halal.

Vitamin C untuk kanak-kanak 12 tahun
Cosway Nn Hi-C Fruit Chewies
Semak Cosway Nn Hi-C Fruit Chewies harga dibawah:
add_circle Baik untuk kanak-kanak
add_circle Ada 100 biji dalam sebotol
add_circle Disahkan halal
remove_circle Tidak boleh dimakan oleh bayi kecil

Anak kecil mungkin mengelak daripada makan vitamin jenis tablet kerana bentuknya yang seakan sama seperti ubat. 

Jadi, pilihlah vitamin C untuk kanak-kanak yang boleh dikunyah keluaran Cosway. Jangan risau rasanya sama seperti makan gula-gula biasa. 

Setiap biji vitamin dalam botolnya dirumus khas dengan buah-buahan seperti anggur, mangga, strawberi, oren, epal dan lemon.

Setiap kunyahan vitamin ini mempunyai 30mg vitamin C. 

Tekstur vitamin C ini mampu menarik minat anak-anak untuk makan vitamin kerana direka dengan bentuk sama seperti buah-buahan iaitu bentuk anggur, oren dan strawberi. 

Malah, orang dewasa pun boleh makan produk kesihatan ini kerana sesuai untuk seisi keluarga.

Ramai ibu bapa kata anak-anak mereka serasi makan vitamin Cosway ini, jadi tak hairanlah kalau ia dah terjual sehingga 6 ribu botol di Shopee.

Vitamin C untuk anak bagi memperkuatkan daya tahan badan
Nature’s Way Kids A+ Vita Gummies Vitamin C+Zinc
Semak Nature’s Way Kids A+ Vita Gummies Vitamin C+Zinc harga dibawah:
add_circle Tanpa gula tambahan & pengawet makanan
add_circle Tiada gelatin
add_circle Boleh dikunyah
add_circle Sesuai untuk vegetarian
add_circle Luka & lebam cepat sembuh
remove_circle Harga agak mahal
remove_circle Mengandungi gluten
remove_circle Tidak sesuai untuk budak 2 tahun kebawah

Selain dirumus dengan vitamin C, produk dari Australia ini juga mengandungi zinc yang membantu pertumbuhan sel dan metabolism badan yang baik. Jika zinc dalam tubuh kurang, tumbesaran si kecil boleh terbantut. 

Di samping itu, vitamin berperisa oren ini juga akan menyokong fungsi dan sistem imunisasi anak agar boleh melawan penyakit. 

Gusi mereka turut terjaga dan tidak akan mudah sakit. Setiap gummy vitamin ini mengandungi 30mg vitaminc C dan 5mg zinc. 

Ia diformulasikan khas untuk kanak-kanak yang berusia 4-12 tahun dan mereka boleh makan 2 biji vitamin setiap hari selepas makan.

GKB Kids Probiotic+Vitamin C For Your Child’s Immunity
Semak GKB Kids Probiotic+Vitamin C For Your Child’s Immunity harga dibawah:
add_circle Kurangkan simptom alergik
add_circle Bagus untuk yang antibodi lemah
add_circle Sesuai untuk kanak-kanak resdung (allergic rhinitis)
remove_circle Harga mahal

Terdapat 30 sachet dalam setiap kotak dan setiap sachet turut mengandungi 100mg vitamin C.

Produk vitamin C ini dirumus khas dengan probiotik iaitu Lactobacillus Paracasei yang bagus untuk anak yang ada masalah alahan. 

Kanak-kanak yang berusia 1 hingga 12 tahun disarankan untuk ambil vitamin ini sebanyak 1 sachet sahaja dalam sehari sebelum makan. 

Bagusnya, boleh dimakan terus namun kalau nak campur dalam air pun tiada masalah. 

Jangan lupa juga untuk makan mengikut sukatan atau kuantiti yang disarankan sahaja agar tidak menyebabkan kesan negatif pada anak.

Dengan pengambilan yang konsisten, akan menguatkan sistem imunisasi anak agar tak mudah dijangkiti penyakit. 

Mereka yang ada masalah kulit juga boleh makan vitamin C dengan probiotik ini.

Vitamin C untuk kanak-kanak selsema
Kordel's
Semak Kordel's Kid's Vitamin C 250mg + Bioflavonoids Tabs (30’s) harga dibawah:
add_circle Ada 30 biji tablet dalam 1 botol
add_circle Mudah dikunyah
add_circle Tiada pewarna tiruan
remove_circle Harga agak mahal

Jika anak kecil anda sering diserang demam dan selsema, disarankan untuk dapatkan vitamin C Kordel’s ini.

Produk ini khas untuk budak kerana mengandungi bioflavonoids yang akan memaksimakan khasiat vitamin C. 

Bukan sahaja boleh menghalang masalah gusi berdarah namun juga mampu meningkatkan antibodi untuk melawan demam dan selsema. 

Dalam setiap tablet, terdapat bioflavonoids lemon sebanyak 25 mg. 

Vitamin ini mempunyai perisa oren, jadi waktu makan vitamin akan menjadi lebih mudah sebab si kecil akan terasa seperti makan gula-gula. 

Kuantiti yang dibenarkan untuk ambil vitamin C untuk kanak-kanak ini ialah sebanyak 1 hingga 4 biji tablet sehari. 

Ingat, jangan ambil secara berlebihan dan hanya ikut dos yang disarankan sahaja.


Apa Kebaikan Vitamin C? 

Vitamin C atau dikenali juga sebagai asid askorbik adalah sangat penting untuk tumbesaran seseorang kerana dapat membantu membaiki tisu badan yang rosak.

Sangat bagus untuk menyembuhkan luka dan dalam masa yang sama, dapat memastikan sistem imunisasi tubuh anda berfungsi dengan betul. 

Barulah badan boleh melawan penyakit. 

Selain itu, mampu  mengurangkan komplikasi lebih teruk ketika anda diserang demam. 

Jika kandungan vitamin ini dalam badan berkurang, boleh menyebabkan stres. 

Anda boleh dengarkan kesan jika tubuh badan kurang vitamin C dari seorang doktor.


Berapa Dos Atau MG Vitamin C Diperlukan Sehari Untuk Kanak-Kanak? 

Keperluan harian vitamin C untuk kanak-kanak berbeza-beza mengikut umur mereka.

Menurut Portal Rasmi MyHealth KKM, bayi yang berumur 0-5 bulan memerlukan 25 mg dos vitamin C sehari.

Manakala bayi berusia 6-11 bulan pula perlu diberikan sebanyak 30 mg sehari. 

Namun, sumber vitamin C untuk bayi sepatutnya datang daripada makanan dan susu sahaja. 

Ini bermakna, ibu bapa tak perlu berikan bayi kecil sebarang produk suplemen tambahan lain. 

Jika anak anda dah memasuki umur 1-6 tahun, mereka juga perlu diberikan sebanyak 30mg vitamin C sehari. 

Untuk yang sudah masuk sekolah rendah iaitu 7-9 tahun pula, pengambilan vitamin C perlu dihadkan kepada 35mg sehari sahaja. 

Untuk remaja iaitu golongan yang berusia 10-18 tahun, ingatkan mereka untuk ambil vitamin C sebanyak 65mg sehari. 

Paling penting, pengambilan dos vitamin C tidak boleh melebihi 2000mg. 

Ini kerana ia boleh sebabkan penyakit lain seperti buah pinggang rosak dan cirit-birit. 


Apa Khasiat Vitamin C Untuk Kanak-Kanak

Sebelum kami jelaskan, jom dengarkan penjelasan dari seorang pengawai farmasi tentang khasiat vitamin C untuk kanak-kanak.

Apa yang boleh kami buat kesimpulan, jangan abaikan pengambilan vitamin C.

Jika kandungan vitamin ini dalam tubuh berkurangan, boleh menyebabkan penyakit gusi bengkak dan berdarah iaitu penyakit skurvi. 

Paling teruk, anak anda boleh kehilangan gigi. Di samping itu, vitamin ini bagus untuk membentuk kolagen. 

Malah, merupakan salah satu antioksida semula jadi dimana sel badan akan dilindungi daripada rosak. 

Cuma ingin kami ingatkan, sumber vitamin C yang terbaik ialah daripada buah-buahan dan sayur-sayuran seperti tomato, buah jambut batu atau oren.

Namun jika anda mahu berikan anak-anak suplemen vitamin C, sebaiknya dapatkan nasihat daripada pakar pemakanan atau doktor yang bertauliah terlebih dahulu. 


Artikel Berkaitan

End of Article