Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Kenapa Nak Beratur Panjang Kat Market Sedangkan Ada Website Mudahkan Korang

Malangnya, tak ramai yang tahu website yang boleh membuat pembelian barang keperluan atas talian.

Letih kerana terpaksa beratur panjang demi akur dengan SOP yang ditetapkan. Belum lagi pemakaian double mask yang membuat badan dua kali mudah penat walaupun hanya berdiri beratur menunggu giliran.

Tapi, kami dari team productnation ada jalan penyelesaian buat anda. Bukan saja jimat tenaga tapi masa dan minyak juga kerana kami akan senarai 13 laman sesawang pasar raya yang memberikan servis penghantaran barang keperluan rumah terus ke depan pintu rumah anda.

Paling penting, semua pasar raya kami senaraikan ini ada kelebihan dan kekurangannya sendiri, cuma anda sebagai pengguna, pilihlah dengan pilihan yang tepat. Jadilah, pengguna yang bijak!

Harga barang bawah RM5
lazadadelivery
mulai
RM0.00
Semak Lazada harga dibawah:
add_circle Murah
add_circle Penghantaran selama 48 jam
add_circle Pelbagai pilihan keperluan rumah
add_circle Pembelian atas talian yang mudah
remove_circle Barang basah terhad

Lazada merupakan salah satu aplikasi yang terkenal dengan harga runtuh yang akan diberikan setiap bulan dan apa yang lebih istimewa, Lazada berikan potongan harga lebih dari 70% untuk barang yang tertentu tapi barang yang lain tetap diberikan potongan harga untuk musim pandemik ini.

Malah, penghantaran pula dalam masa 48 jam saja, jadi duduk di rumah untuk kurangkan kebolehjangkitan virus berbahaya di luar dan jimatkan tenaga serta masa anda untuk perkara lain daripada beratur panjang di pasar raya luar.

Harga runtuh kaw kaw
shopeesale
mulai
RM0.00
Semak Shopee harga dibawah:
add_circle Murah
add_circle Pembelian mudah
add_circle Potongan harga yang banyak
remove_circle Pilihan barang basah terhad

Kita semua tahu setiap bulan pihak Shopee pasti akan beri harga runtuh buat pembeli dan setiap bulan, promosi hanya akan berlangsung selama dua minggu.

Mungkin itu sudah menjadi perkara biasa tapi untuk musim pandemik ini, pihak Shopee beri tawaran lebih banyak untuk mengalakkan orang ramai duduk di rumah walaupun ingin membeli barang keperluan rumah dan barangan basah seperti lauk, buah, sayur-sayuran, sabun, pewangi rumah dan banyak lagi.

Menariknya lagi, terdapat banyak baucar yang boleh ditebus dan sekiranya anda mempunyai coins dalam akaun shopee, gunakan saja untuk penolakan harga pembayaran. Jadi, jumlah keseluruhan barang akan menjadi lebih murah dari apa yang anda jangkakan.

Pelbagai pilihan barang keperluan tempatan & luar negara
Jaya Grocer
Jaya Grocer
mulai
RM0.00
Semak Jaya Grocer harga dibawah:
add_circle Pelbagai pilihan barang tempatan
add_circle Pelbagai pilihan barang luar negara
add_circle Sayur & buah segar
add_circle Sayur & buah berkualiti
remove_circle Mahal

Jaya Grocer terkenal dengan kepelbagaian pilihan barang keperluan luar negara dan juga tempatan. Apa yang pasti, semua jenama yang dijual pasti berkualiti tinggi dan sukar didapati di pasar raya biasa. Jaya Grocer berikan pembeli dua pilihan sama ada untuk mebeli di pasar raya atau menerusi aplikasi mereka.

Bagi proses penghantaran, pesanan anda akan dihantar setelah diproses dan diselesaikan pada bila-bila masa dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam pada hari yang sama atau hari berikutnya.

Malah, servis yang disediakan pun agak berbeza sedikit kerana anda boleh membuat pesanan dan membayar kemudian ambil sendiri di Jaya Grocer atau membuat penghantaran sehingga ke depan rumah tapi RM8 akan dikenakan untuk caj penghantaran.

Barangan dari peniaga tempatan
PG Mall
pgmall
mulai
RM0.00
Semak PG Mall (Big Box Asia) harga dibawah:
add_circle Harga berpatutan
add_circle Harga promosi diberikan
add_circle Barang dari peniaga tempatan
remove_circle Pilihan barang terhad

PG Mall adalah platform membeli-belah dalam talian yang disokong oleh Public Gold Marketing Sdn. Bhd bagi menggalakkan para peniaga mempelbagaikan portfolio perniagaan mereka dari perspektif global.

Jadi, walaupun barangan keperluan mereka agak terhad tapi anda akan melihat banyak barangan dari peniaga tempatan yang jauh lebih berkualiti yang sering kita lihat di pasar raya biasa.

Harga juga berpatutan malah, diberikan potongan harga pada barang tertentu bagi membantu pembeli jimat dari segi perbelanjaan dalam jangka masa panjang. Proses pembelian boleh dibuat atas talian sama ada melalui telefon pintar atau komputer riba.

Terdapat harga promosi setiap minggu
redtick
mulai
RM0.00
Semak Redtick harga dibawah:
add_circle Mempunyai promosi berbeza setiap minggu
add_circle Barangan segar
add_circle Pelbagai pilihan barangan keperluan
add_circle Penghantaran beroperasi 24 jam
remove_circle Mahal
remove_circle Hanya mempunyai 4 cawangan

Apa yang berbeza servis Redtick dengan pasar raya lain adalah waktu penghantaran mereka yang beroperasi selama 24 jam. Jadi anda boleh membeli barang keperluan bila-bila masa tapi penghantaran hanya untuk barangan kering, kesihatan dan kecantikan saja.

Pihak Redtick juga membuat promosi berbeza melalui atas talian pada setiap minggu jadi anda tidak perlu risau kerana setiap minggu anda akan merasai harga promosi.

Berita baik buat penduduk lembah Kalng kerana pasar raya Redtick berada di empat kawasan ini saja iaitu Puchong, Cyberjaya, Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Set box menarik telah disediakan
TM Farms
mulai
RM0.00
Semak TM Farms harga dibawah:
add_circle Harga berpatutan
add_circle Sayur berkualiti dan segar
add_circle Buah berkualiti dan segar
add_circle Pembelian atas talian yang mudah
remove_circle Pilihan barang keperluan terhad
remove_circle Penghantaran hanya di Lembah Klang

TM Farms tidak seperti pasar raya yang lain kerana di sini hanya menawarkan sayur-sayuran yang dihasilkan dari Bukit Tinggi, Pahang dan barangan mereka boleh didapati di pasar raya seperti Giant.

Tapi, jika anda ingin membuat pembelian terus dengan pihak mereka untuk dapatkan kualiti kesegaran sayur-sayuran, boleh terus klik disini, dengan syarat anda mestilah berada di sekitar Lembah Klang dan penghantaran akan dibuat seminggu sekali.

Selain itu, jika anda membuat pesana terus dengan pihak TM Farms, anda boleh membuat pilihan set box yang telah disediakan mengikut jenis pembelian. Antara set box mereka sediakan adalah Asian Box, Kampung Eggs, Fruit Box, Western Box dan Free Range Kampung Chicken. 

Penghantaran secara percuma
Potboy Groceries
mulai
RM0.00
Semak Potboy Groceries harga dibawah:
add_circle Tiada caj penghantaran
add_circle Lebih 100 barang harga promosi
add_circle Mempunyai hadiah menarik
remove_circle Hanya berada di Lembah Klang

Sangat jarang dengar pembelian barang keperluan di Potboy Mart tapi jika anda menggunakan perkhidmatan mereka sebenarnya sangat untung kerana setiap penghantaran tiada caj dikenakan. Malangnya, mereka hanya berada di sekitar Lembah Klang tapi akan buka lebih banyak cawangan lain lagi.

Pada mereka sukakan barangan percuma, pasti sukakan cara Potboy Mart ni kerana mereka menyediakan hadiah misteri jika pelanggan memberi mereka recycle bags kerana pihak mereka tidak menyediakan plastik memandangkan penggunaan plastik memberi kesan buruk pada alam semulajadi.

Harga barang yang diberikan pihak Portboy Mart juga berpatutan seperti pasar raya yang lain cuma pilihan barang agak terhad kerana bergantung pada stok.

Membeli-belah di 20 jenis pasar raya
Happyfresh
mulai
RM0.00
Semak HappyFresh Malaysia harga dibawah:
add_circle Mempunyai pilihan 20 pasar raya
add_circle Pilihan barang yang banyak
add_circle Boleh bayar melalui e-wallet
remove_circle Harga berubah mengikut musim

Hasil kerjasama dengan 20 jenis pasar raya, HappyFresh Malaysia kini mempunyai dua cara untuk membuat pembelian atas talian. Cara pertama menggunakan website, HappyFresh dan cara kedua, menggunakan aplikasi yang boleh dimuat naik menerusi telefon pintar. Jadi, pilih saja yang mana mudah bagi anda.

Jadi, dengan hujung jari HappyFresh membolehkan anda boleh membeli-belah atas talian dengen meneroka pelbagai barang di 20 jenis pasar raya berlainan dengan hanya duduk di rumah. Jimat minyak dan tenaga!

Menariknya lagi, pembayaran setiap pembelian atas talian boleh dibuat melalui kredit, debit, cash-on-delivery (COD) atau menggunakan aplikasi e-wallet.

Bagi proses penghantaran pula, mereka akan memberi peringatan melalui Whatsapp atau SMS kepada penerima sebelum sampai ke depan rumah dan caj penghantaran bertukar-tukar mengikut perminataan harian.

Barang keperluan murah
mydin express
mulai
RM0.00
Semak Mydin Express harga dibawah:
add_circle Pelbagai pilihan
add_circle Murah
add_circle Pembelian atas talian yang mudah
remove_circle Kuantiti barang mengikut kawasan

Mungkin tak ramai tahu kewujudan Mydin Express tapi siapa yang pembeli tegar Mydin pasti tidak melepaskan peluang menggunakan website pembelian barang atas talian mereka yang sangat mudah ini. Klik saja link di sini, pilih barang dan bayar melalui atas talian. Sangat mudah! 

Pilihan barang yang disediakan untuk pembelian atas talian memang rambang mata kerana mempunyai lebih dari 600 pilihan barang tapi setiap kawasan mempunyai jumlah kuantiti barang yang berbeza. Jumlah tersebut mungkin bergantung pada stok barang yang ada di gudang.

Proses penghantaran pula akan dilakukan dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam dan pelanggan akan menerima barang tempahan sekurang-kurangnya dalam masa 2 jam. Cepat bukan?

Pelbagai produk dari India berkualiti
my indian grocery
mulai
RM0.00
Semak Modern Store Indian Grocery harga dibawah:
add_circle Rempah ratus dan herba berkauliti
add_circle Pelbagai pilihan rempah ratus dan herba
add_circle Harga berpatutan
add_circle Pembelian atas talian mudah
remove_circle Barangan runcit terhad

Kami yakin, setiap rumah pasti ada rempah-ratus yang digunakan dalam masakan tidak kira rempah ratus dari negara India atau tempatan tapi pasti ada satu jenis, misalnya jenama Baba's.

Jadi, berita baik buat mereka yang gemarkan bahan herba dan rempah ratus dari India kerana di My Indian Grocery terdapat 1001 jenis rempah dan herba yang berkualiti dari India. Jangan risau, harga semua berpatutan. Malah, bukan itu saja barangan runcit biasa di kedai atau pasar raya pun ada cuma agak terhad.

Bukan itu saja, pihak mereka juga menjual pelbagai jenis manisan seperti biskut kelapa dan kacang bulat. Tempahan boleh dibuat melalui website mereka dan pastikan anda membuat pesanan awal kerana penghantaran barangan mengambil masa 3 sehingga 5 hari waktu bekerja. 

Makanan organik segar
organic for you
mulai
RM0.00
Semak Organic For You Trading harga dibawah:
add_circle Barang segar
add_circle Barang berkualiti
remove_circle Hanya makanan organik

Ini adalah 'syurga' buat mereka yang gemarkan dan mementingkan kualiti makanan organik kerana segala sayur dan buah mereka akan petik dari ladang jika terdapat tempahan dibuat. Jadi, anda akan menerima bahan yang segar-bugar dari ladang!

Harganya pula serendah RM2.90 dan selain daripada makanan organik, Organic For You Trading juga menjual minyak, susu, kacang, sos, biskut, makanan kanak-kanak, minuman kesihatan dan lain-lain lagi.

Proses penghantaran pula beroperasi setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat dari pukul 10.00 pagi – 6.00 petang dan setiap penghantaran akan dicaj RM20 ke seluruh kawasan Lembah Klang kecuali Klang, Selangor.

Pesana diterima dalam masa 3 jam
jom dapur
mulai
RM0.00
Semak Jom Dapur harga dibawah:
add_circle Penghantaran selama 3 jam
add_circle Cepat
add_circle Mudah
remove_circle Pilihan barang terhad

Jom Dapur adalah satu aplikasi baru yang dikhaskan pembelian barang keperluan dapur tidak kira barangan basah, kering atau makanan yang sudah siap terhidang.

Menariknya lagi, penjual boleh menjadi pembeli dan pembeli juga boleh menjadi penjual. Terdapat komunikasi dua hala jadi, tidak ada masalah jika anda ingin bertanya apa-apa info tentang barang yang ingin dibeli. Seperti di pasar raya bukan?

Malah, segala barang yang dipesan akan diterima dalam masa tiga jam. Tak perlu beratur panjang atau bersesak-sesak dengan orang ramai ditambah pula kewujudan virus berjangkit. Lebih baik, gunakan aplikasi jom dapur di rumah untuk membeli barang.

End of Article