Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Kelaparan Semasa Kuarantin? Ini 8 Servis Penghantaran Makanan Untuk Anda

Masa untuk jimatkan penggunaan petrol dan masa

Zaman kini terlalu ramai orang yang bekerjaya sehingga tiada masa untuk memasak di rumah terutamanya pada hari bekerja. Kini anda tidak perlu lagi memasak atau keluar membeli makanan sendiri, buat sahaja pesanan untuk hidangan yang diingini, ia akan terus dihantar ke pintu rumah anda.

Nota penting: Pada musim PKP 2021 (MCO) ini, masa penghantaran dihentikan pada pukul 8 malam setiap hari. Jadi pastikan anda membuat pesanan beberapa jam lebih awal. Sedikit tips dari kami, kami syorkan anda beli lebih daripada satu makanan untuk setiap satu pesanan, kemudian simpan makanan lebihan untuk kegunaan esok hari. Anda hanya perlu panaskan apabila hendak dimakan. Senang bukan? Tidak perlu lagi berjuang setiap hari untuk membuat pesanan. Berdasarkan pemerhatian kami, terlalu banyak pesanan yang masuk pada satu-satu masa akibat masa penghantaran yang dihentikan jauh lebih awal daripada biasa sempena PKP, sehingga mengakibatkan app/website crash. Elakkan kecewa dengan mengamalkan tips ini! Jom tengok servis makanan yang ada.

8 Servis Penghantaran Makanan Terbaik di Malaysia

  1. dahmakan – servis penghantaran makanan terbaik (tak perlukan kad kredit, terima tunai dan paypal)
  2. QuickSent – servis makanan Halal dan pork-free
  3. Honestbee – servis penghantaran makanan terbaik di kawasan KL
  4. Food Panda – servis pengha
  5. ntaran makanan 24 jam terbaik
  6. GrabFood – aplikasi servis penghantaran makanan terbaik
  7. The Naked Lunchbox – terbaik untuk vegetarian & diet
  8. Epic Fit Meals.co – terbaik untuk keto
  9. Shogun2u – servis penghantaran makanan Jepun terbaik
  • dahmakan

  • Servis penghantaran makanan terbaik tanpa perlu menggunakan kad kredit 
  • Bermula dari RM 14.90

Servis penghantaran makanan dahmakan terkenal dengan masakan ala-ala ‘kampung’ yang dimasak oleh chef terpilih. Anda boleh memilih hidangan daripada menu yang menawarkan juadah lokal sehingga western. Bahan-bahan yang disediakan juga segar dan diambil daripada peniaga lokal. Ada juga kawasan di dalam Lembah Klang yang tidak dikenakan caj penghantaran. Dapatkan diskaun dan tawaran menarik untuk yang menyertai sebagai ahli dahmakan. 

dahmakan juga menawarkan skim bayaran mengikut terma dan syarat samada melalui COD – Cash on Delivery, perbankan atas talian (online banking) dan PAYPAL selain penggunaan kad kredit. 

  • QuickSent

  • Servis penghantaran makanan terbaik dan pork-free
  • Harga bergantung kepada restoran

QuickSent menawarkan perkhidmatan servis penghantaran makanan untuk juadah lokal Malaysia daripada gerai makan kepada restoran kegemaran anda. Laman web ini juga memudahkan anda untuk mengenalpasti kedai untuk vegetarian, pork-free dan mendapat sijil Halal. 

Kawasan liputan QuickSent adalah di luar kawasan Lembah Klang seperti Taiping, Perak – Sungai Petani, Kedah – Kota Kinabalu, Sabah dan lain-lain lagi. Perkhidmatan ini akan memastikan makanan anda sampai dalam masa dibawah 1 jam. 

  • Honestbee

  • Servis penghantaran makanan terbaik di KL
  • Harga bergantung kepada restoran pilihan

Jika anda tinggal di kawasan Lembah Klang, pasti banyak pilihan untuk servis penghantaran makanan, bukan? Tetapi bagaimana kalau ada servis yang tidak boleh menghantar makanan di saat genting? Nah, Honestbee boleh memenuhi kehendak anda.

Ianya meliputi kawasan seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang Jaya, Puchong dan banyak lagi kawasan liputan yang akan membolehkan anda menggunakan perkhidmatan ini. Anda boleh memesan makanan melalui laman web atau aplikasinya. 

  • Food Panda

  • Sevis penghantaran makanan 24 jam (terbaik untuk pelajar, keluarga dan orang tua)
  • Pelbagai harga daripada gerai makan hingga restoran

Food Panda adalah perkhidmatan servis penghantaran makanan pertama di Malaysia. Ianya juga merupakan servis penghantaran makanan atas talian terbesar hasil kerjasama dengan 700 outlet serta beroperasi di 6 negeri utama seperti Penang, Putrajaya dan Johor Bahru. 

Pilihan makanan yang ditawarkan juga menarik daripada rangkaian sarapan pagi untuk pelajar, keluarga atau orang tua yang ingin menikmati juadah tidak kira masa. Muat turun aplikasinya daripada Apple dan Google untuk kemudahan anda. 

  • Grab Food

  • Servis penghantaran makanan dengan kod promo (aplikasi terbaik)
  • Harga bergantung kepada restoran

Grab Food menggunakan khidmat e-hailing dan logistik untuk memastikan makanan anda tiba dalam masa yang ditetapkan. Anda boleh memilih menu melalui restoran-restoran pilihan yang terdapat dalam laman web ini. Grab Food juga menawarkan kod promosi dan Grab Reward Food Stamp untuk anda tebus hidangan kegemaran. 

  • The Naked Lunchbox

  • Servis penghantaran makanan untuk vegetarian (sesuai juga buat yang berdiet)
  • Bermula dari RM 15.90

Untuk anda yang sedang amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan secara eat clean, anda pasti gemar seleksi restoran pilihan daripada The Naked Lunchbox ini. Selain daripada makanan yang berasaskan protein, ianya juga menyediakan makanan mentah, paleo dan vegan dengan kadar sodium rendah dan bebas gula.  

Kawasan liputan penghantarannya adalah dalam Lembah Klang dan Selangor. Pastikan anda periksa dahulu samada ianya dapat menghantar di kawasan kediaman anda atau tidak. Caj penghantaran antara RM 5 – RM 15 bergantung kepada kawasan. 

  • Epic Fit Meals Co.

  • Servis makanan terbaik untuk keto
  • Bermula dari RM 12.80

Diinspirasi daripada makanan sihat Australia cuisine, Epic Fit Meals Co. menawarkan rangkaian makanan sihat yang bersesuaian mengikut selera anda. Terutamanya untuk diet khusus seperti diet Ketosis juga terdapat dalam menu daging yang sihat. 

Pesanan minimum adalah RM 20 untuk dapatkan caj servis penghantaran percuma yang meliputi kawasan Lembah Klang. Anda juga boleh mengunjungi restoran Epic Fit Meals Co. yang terletak di Damansara Perdana untuk alami pengalaman menjamu selera dalam suasana tradisional. 

  • Shogun2u

  • Servis penghantaran makanan Jepun terbaik
  • Bermula dari RM 8.90 (pesanan minimum RM 30)

Sekali-sekala pasti anda teringin menjamu selera makanan Jepun, bukan? Shogun2u menawarkan beberapa makanan Jepun fusion khas buat yang mendiami kawasan Lembah Klang. Disediakan oleh tukang masak terlatih, rangkaian menunya daripada burger sehingga sup seafood yang menjadi pilihan ramai. Restoran ini juga menawarkan promosi beli 1 percuma 1. 

Anda hanya perlu memesan minimum RM 30 untuk menikmati hidangan Jepun terbaik dari Shogun2u. Pesanan dibawah RM 50 akan dikenakan caj untuk penghantaran sebanayk RM 4. Manakala untuk pesanan melebihi RM 50, caj penghantaran adalah percuma. 




End of Article