Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

12 Shuttlecock Terbaik di Malaysia 2023 (Jenama Bagus)

Cara-cara untuk memilih shuttlecock mengikut jenis dan keperluan.

Bulu tangkis atau shuttlecock, antara peralatan penting untuk bermain badminton.

Cuma, apa yang membezakan semua shuttlecock adalah kelajuan, kualiti dan bahan perbuatannya terutama bahagian gabus hadapan dan bulu.

Malah, cri-ciri shuttlecock betul juga akan mempengaruhi corak permainan.

Jadi, mengambil tahu tentang sifat dan kegunaan shutlecock adalah amat penting.

Disini kami senaraikan info tentang jenis-jenis shuttlecock mengikut spesifikasi yang berbeza.


Senarai 12 Shuttlecock Terbaik

Pomax Black Hawk Badminton Shuttlecock
Semak Pomax Black Hawk Badminton Shuttlecock harga dibawah:
add_circle Bulu tak mudah pecah
add_circle Mampu terbang dengan stabil
add_circle Sesuai untuk latihan & rekreasi biasa
remove_circle Harga agak mahal

Sebab Menjadi Pilihan Utama: 

“Apa yang membuatkan produk dari Pomax ini menjadi pilihan ramai ialah ia mempunyai 2 pilihan kelajuan iaitu speed 76 yang sederhana dan speed 77 yang laju di mana kedua-duanya sesuai dengan suhu dan cuaca di Malaysia. 

Pilih sahaja mana-mana yang sesuai dengan gaya permainan masing-masing”

Ciri-ciri:

Terdapat 12 biji bulu tangkis dalam setiap tiub jadi pemain boleh bermain selama mana yang dimahukan kerana shuttlecock boleh ditukar banyak kali.  

Sangat sesuai digunakan oleh pemain badminton pertengahan yang mempunyai pengalaman bermain bawah 2 tahun. 

Ini kerana bulu tangkis ini direka dengan teknologi Pomax Sticky (PST) di mana setiap titik dan bulu akan digam dengan kuat. 

Hasilnya, jenama shuttlecock terbaik ini bertahan lama sehingga memasuki empat set permainan. 

Selain itu, bahagian bulunya dibuat dari bulu itik manakala kepalanya pula diperbuat daripada dua lapisan gabus yang sangat kuat. 

Ciri-ciri tersebut menjadikannya adalah dua kali lebih tahan lama berbanding jenama lain di pasaran. 

Dari segi kestabilan pula, ia telah dikategorikan sebagai grade A. 

Review: 

“Bulu tangkis rasa ringan dan laju apabila dipukul. Sesuai untuk pemain beginner dan untuk mereka yang menjalani latihan badminton, tapi kurang sesuai untuk join pertandingan. Dah 5 kali beli, memang puas hati”

ORAFON 12 PCS Badminton Shuttlecock
Semak ORAFON Badminton Shuttlecocks harga dibawah:
add_circle 12 biji dalam 1 tiub
add_circle Sesuai untuk permainan riadah & profesional
add_circle Speed bulu tangkis 77
add_circle Harga murah & mampu milik
add_circle Boleh dimainkan ketika kejohanan

Shuttlecock Orafon pula merupakan bulu tangkis yang diperbuat daripada bulu angsa.

Manakala bahagian kepala gabusnya akan memberikan lebih kestabilan dan mengurangkan rintangan angin ketika dimainkan. 

Boleh digunakan untuk beberapa kali set permainan kerana bulu angsanya mempunyai ketebalan yang sempurna dan kuat agar tidak mudah lunyai.

Selain itu, kepala gabus shuttlecock ini tebal dapat membantu pemain untuk mengawal pukulan smash

Jangan risau jika anda bukan pemain pro sekali pun, shuttlecock ini sesuai dimainkan untuk semua peringkat umur dan pelbagai tahap kemahiran sama ada amatur atau pertengahan.

Shuttlecock untuk pertandingan international
Semak YONEX Aerosensa 30 Feather Badminton Shuttlecocks harga dibawah:
add_circle Bahagian kepala 100% dari gabus padu
add_circle Prestasi permainan sangat stabil
add_circle Ada 12 biji bulu tangkis dalam 1 tiub
remove_circle Harga sedikit mahal

Mahukan pengalaman bermain badminton setanding seperti pemain profesional?

Apa kata guna bulu tangkis Yonex Aerosensa yang merupakan shuttlecock yang digunakan ketika kejohanan badminton berprestij di peringkat antarabangsa. 

Ini kerana sangat ringan dan sebelum dijual, produk Yonex telah menjalani pemeriksaan dan ujian agar dapat memberikan pengalaman bermain terbaik untuk penggunanya. 

Diperbuat daripada bulu angsa yang berkualiti tinggi, sangat ringan, jadi mampu terbang dengan lebih laju dan stabil apabila dipukul dengan raket. 

Terdapat dua pilihan speed shuttlecock yang boleh dipilih iaitu speed dua (pertengahan) dan speed tiga yang laju. 

Bukan itu sahaja, bulu tangkis ini turut telah menjadi shuttlecock rasmi di temasya sukan Olimpik di London pada 2012.

Oleh itu, anda tak perlu ragu lagi kualitinya dan pukulan smash anda memang akan jadi yang terbaik lepas ini.

Shuttlecock tahan lama
Semak MAXBOLT Green Shuttlecock harga dibawah:
add_circle Jangka hayat tahan lebih lama
add_circle Bulu berkualiti tinggi
add_circle Sesuai dimainkan untuk game riadah
add_circle Boleh dimainkan oleh pemain amatur
remove_circle Harga mungkin agak mahal bagi sesetengah orang

Shuttlecock ini direka di Korea Selatan dengan harga yang berpatutan. Terdapat dua pilihan warna yang menarik iaitu hijau dan putih.

Memang patut dimiliki oleh sesiapa sahaja yang gemar bermain badminton sama ada sekadar suka-suka atau untuk pertandingan. 

Ini kerana bulu tangkis Maxbolt dapat memberikan anda prestasi bermain yang lebih baik.

Direka untuk sentiasa konsisten dari segi kelajuan dan kemampuannya untuk terbang. 

Speed shuttlecock ini pula ialah 77 di mana memang sesuai dimainkan dengan cuaca di Malaysia.

Permainan juga tak akan terganggu kerana tak perlu lagi tukar bulu tangkis dengan kerap sebab ia mampu tahan lebih lama. 

Victor Shuttlecocks GOLD - Single Pack One Dozen
Semak Victor Shuttlecocks GOLD - Single Pack One Dozen harga dibawah:
add_circle Material bulu itik kelas A
add_circle Bulu tangkis ringan
add_circle Berat kategori standard
remove_circle Harga mahal

Selain raket badminton, jenama Victor ini juga sangat popular dengan produk bulu tangkisnya kerana sering menjadi pilihan pemain profesional. 

Mempunyai kelajuan (speed) 77, memang sesuai dimainkan dengan cuaca di Malaysia.

Bukan itu sahaja, bahagian kepalanya diperbuat daripada gabus komposit yang berkualiti tinggi. 

Hasilnya, bulu tangkis akan ‘terbang’ lebih laju. 

Walaupun harganya agak mahal, namun dalam setiap tiub, terdapat 12 biji bulu tangkis.

Jadi, pembelian produk ini tetap akan menjadi pelaburan yang berbaloi. 

Shuttlecock untuk pertandingan
RSL Classic Tourney Shuttlecock
Semak RSL Classic Tourney Shuttlecock harga dibawah:
add_circle Speed shuttlecock 77
add_circle Ketahanan maksima
remove_circle Harga mahal

Bulu tangkis dari England ini pula tak perlu diperkenalkan lagi kerana sudah sering digunakan ketika kejohanan utama dunia oleh pemain-pemain badminton profesional. 

Bahagian kepalanya mempunyai 2 lapisan gabus manakala bulunya pula yang diperbuat daripada bulu angsa premium.

Sekaligus menjadikan produk RSL ini memiliki ketepatan yang bagus dari segi kelajuannya. 

Paling menarik, shuttlecock jenis feather ini telah mendapat kelulusan daripada Persekutuan Badminton Dunia atau BWF.

Kelulusan ini menjadikan shuttlecock sering digunakan ketika pertandingan badminton peringkat antarabangsa. 

Review daripada pembeli juga mengatakan bulu tangkis ini padu ketika dipukul dan boleh bertahan sehingga beberapa set permainan. 

Shuttlecock terbaik secara keseluruhan
Protech Platinum Edition Badminton Shuttlecock
Semak Protech Platinum Edition Badminton Shuttlecock harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk pemain profesional
add_circle Ketahanan tahap super
add_circle Sesuai dimainkan di kejohanan badminton
remove_circle Harga agak mahal

Nak cuba shuttlecock buatan tempatan? Boleh dapatkan bulu tangkis Protech yang merupakan keluaran Malaysia ini.  

Terdapat 12 biji bulu tangkis dalam setiap tiub dan terdapat beberapa pilihan kelajuan yang boleh anda pilih, antaranya speed 76, speed 77 dan speed 78. 

Tak perlu ragui kehebatan bulu tangkis Protech kerana ia juga merupakan jenama yang telah diiktiraf oleh Badminton World Federation (BWF). 

Shuttlecock ini diperbuat daripada bulu angsa yang berkualiti premium manakala kepalanya pula dibuat dari gabus semula jadi Portugis. 

Mampu terbang dengan stabil dan konsisten, jadi dengan daya pukulan yang kuat, bulu tangkis dijamin bakal terbang dengan lebih laju.

Shuttlecock untuk beginner
Ling-Mei Shuttlecock
Semak Ling-Mei Shuttlecock harga dibawah:
add_circle Kestabilan bulu tangkis tahap A
add_circle Kelajuan (speed) 77
add_circle Ada 12 biji dalam setiap tiub
add_circle Harga mampu milik
remove_circle Kurang sesuai untuk pemain badminton professional

Bagi anda yang baru sahaja berjinak-jinak bermain badminton bersama rakan, kami syorkan untuk beli dan guna bulu tangkis jenama Ling-Mei dari China ini. 

Mempunyai tiga pilihan bulu tangkis iaitu;

  • M800 (half feather) yang diperbuat daripada bulu angsa terpilih.
  • M700 dan M600 diperbuat daripada bulu itik berkualiti tinggi sepenuhnya. 

Selain sesuai dimainkan oleh pemain pemula yang masih amatur, juga boleh digunakan untuk pemain pertengahan ketika latihan. 

Bahagian kepalanya pula mempunyai 2 lapisan gabus yang keras.

Ini menjadikan bulu tangkis mampu terbang laju ke udara. 

Selepas ini, dijamin tiada masalah untuk anda jadi juara dalam pertandingan badminton bersama rakan pejabat.

Sealion C1101 Gold Badminton Shuttlecock
Semak Sealion C1101 Gold Badminton Shuttlecock harga dibawah:
add_circle Ada 2 kelajuan, speed 4.8 (76) & 4.9 (77)
add_circle Bulu tahan lama
remove_circle Harga agak mahal
remove_circle Shuttle kurang laju

Ibu bapa yang sedang tercari-cari bulu tangkis untuk anak-anak yang gemar bermain badminton memang disarankan untuk beli produk dari Sea Lion. 

Walaupun harganya sedikit mahal kerana terdapat 12 biji shuttlecock dalam setiap tiub tapi berbaloi.

Bukan je si kecil boleh main dengan kawan tapi anda dan keluarga juga dapat bermain badminton bersama. 

Shuttlecock ini merupakan antara jenama bulu tangkis yang paling popular di Malaysia.

Jadi tak hairanlah kalau dah terjual sehingga lebih seribu unit di Shopee.

Shuttlecock plastic terbaik
Carlton Plastic Shuttlecock TE900
Semak Carlton Plastic Shuttlecock TE900 harga dibawah:
add_circle Jenis unisex
add_circle Harga mampu milik
add_circle Bulu tangkis sintetik premium
add_circle Mampu terbang dengan stabil
remove_circle Hanya ada 6 biji dalam 1 tiub

Paling menarik tentang bulu tangkis Carlton ini ialah diperbuat daripada plastik.

Jadi tak mudah lunyai walaupun digunakan banyak kali. Terdapat 2 pilihan warna iaitu kuning dan putih. 

Shuttlecock warna kuning agak terang memudahkan pemain untuk buat pukulan lebih tepat kerana lebih mudah untuk kesan kedudukan bulu tangkis. 

Walaupun mempunyai kelajuan yang sederhana, namun sudah memadai untuk anda yang mempunyai hobi bermain badminton secara suka-suka.

Rekaan berbentuk aerodinamik pula akan memberikan anda peluang untuk buat smash shot pada pihak lawan.

Felet No 10 Nylon:Plastic Shuttlecock
Semak Felet No 10 Nylon/Plastic Shuttlecock harga dibawah:
add_circle Ada 2 pilihan warna, kuning & putih
add_circle Tak mudah lunyai
add_circle Sesuai untuk aktiviti riadah biasa
remove_circle Kelajuan sederhana

Tak perlu melabur banyak wang untuk beli bulu tangkis yang tahan lama kerana shuttlecock dari Felet ini jenis nilon.

Walaupun dipukul banyak kali, tetap tak mudah rosak dan dapat  menjimatkan wang tak perlu beli shuttlecock dengan kerap. 

Dengan setiap pembelian, anda akan mendapat 6 biji bulu tangkis dalam tiubnya.

Sesuai dimainkan untuk kanak-kanak yang baru mengenali dunia badminton.

Review pengguna pula mengatakan produk Felet boleh dipakai buat jangka masa yang lama kerana tahan lasak.

Shuttlecock untuk outdoor
Decathlon
Decathlon Badminton Feather Shuttlecock
Semak Decathlon Badminton Feather Shuttlecock - Perfly harga dibawah:
add_circle Tahan lama
add_circle Diperbuat daripada bulu itik semula jadi

Tak perlu membazir duit untuk dapatkan bulu tangkis mahal jika anda hanya bermain badminton ketika waktu lapang.

Cukup dengan shuttlecock Decathlon ini pun dah cukup berkualiti tinggi, hampir setanding dengan jenama bagus lain. 

Memiliki ciri yang terbaik seperti sesuai dimainkan di kawasan luar rumah (outdoor) dan kawasan tertutup seperti dalam dewan gelanggang badminton. 

Menariknya lagi, bahagian kepalanya dibuat daripada 50% bahan gabus. 

Hasilnya, ia boleh memberikan bunyi yang padu ketika sedang dimainkan. 

Shuttlecock ini juga telah menjalani ujian aerodinamik dan rintangan bukan hanya di pusat teknologinya. 

Dalam setiap tiub pula telah disertakan 12 biji bulu tangkis berwarna putih, jadi pemain pemula boleh bermain sepuas hati tanpa halangan.


Apa Beza Shuttlecock Speed 76 vs 77?

Setiap bulu tangkis direka dengan kelajuannya yang tersendiri. 

Dalam konteks ini, kelajuan bermaksud sejauh mana shuttlecock boleh ‘terbang’ apabila dipukul dengan daya kekuatan pemain badminton menggunakan raket. 

Bagaimanapun, bulu tangkis dengan speed 76 adalah lebih perlahan berbanding shuttlecock dengan kelajuan 77. 

Senang cerita, bulu tangkis 76 sesuai digunakan untuk kawasan yang bersuhu panas dan berada di atas paras laut.

Manakala shuttlecock speed 77 sesuai dimainkan di negara yang sama kedudukannya dengan paras laut. 

Malah, bulu tangkis speed 77 juga akan mendarat 30 cm lebih jauh daripada shuttlecock kelajuan 76. 


Apa Beza Nylon Shuttlecock vs Feather?

Feather shuttlecock yang bermaksud bulu dalam bahasa Melayu ialah sejenis bulu tangkis yang diperbuat daripada bulu burung.

Manakala nylon shuttlecock pula ialah bulu tangkis yang diperbuat daripada bahan sintetik nilon atau plastik yang kuat dan keras. 

Kebanyakan bulu tangkis nylon adalah lebih tahan lama.

Ini menjadikan ramai pemain badminton kasual atau yang baru berjinak-jinak dalam permainan untuk memilih shuttlecock jenis ini supaya tak perlu beli dengan kerap. 

Selain itu, ia juga dikatakan mempunyai trajektori yang lebih mendatar. 

Namun, dalam masa yang sama, feather shuttlecock adalah lebih aerodinamik berbanding bulu tangkis nilon. 

Bunyinya ketika dipukul juga lebih sedap berbanding jenis plastik.

Oleh itu, bulu tangkis jenis ini sering menjadi pilihan pemain badminton professional. 

Walau bagaimanapun, semuanya bergantung kepada gaya permainan.

Pilihan setiap pemain badminton itu sendiri sebab yang paling penting, ia harus sesuai dengan mereka. 


Apa Ciri-Ciri Shuttlecock Yang Bagus?

Bulu tangkis yang bagus dan terbaik lazimnya perlu mempunyai kestabilan yang bagus ketika ‘terbang’. 

Juga harus memiliki trajektori atau laluan dan arah pergerakan yang bertenaga. 

Paling penting, perlu bertahan lama supaya pemain tak perlu tukarnya dengan kerap ketika berlatih atau bermain. 


Cara Memilih Shuttlecock Yang Bagus

Adakah anda mengalami kesusahan dalam memilih shuttlecock yang bagus untuk bermain badminton?

Jika ya, jangan risau berikut beberapa panduan yang boleh anda ikuti:

Pilih shuttlecock yang sesuai dengan kemampuan anda. Jika anda masih beginner dalam permainan badminton, pilih shuttlecock yang lebih ringan seperti shuttlecock feather.

Tapi jika anda sudah mahir, pilih shuttlecock yang lebih keras dan berat seperti shuttlecock nylon.

Selain itu, pastikan anda memilih shuttlecock yang dibuat dari bahan berkualiti tinggi. Jadi, tidak mudah rosak dan permainan anda tidak akan terganggu.

Shuttlecock yang memiliki bentuk seimbang senang untuk 'terbang' dan mudah dipukul dengan tepat.


Artikel Berkaitan

End of Article