Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

11 Jenama Raket Badminton Terbaik di Malaysia 2024

Mencari sukan untuk keluarkan peluh? Jom main badminton!

Bagi pemain badminton professional atau mereka yang suka bermain badminton, pasti sudah tahu jenama raket badminton mana yang sesuai dengan tahap skill mereka. 

Tapi, bagi yang baru saja berjinak dengan sukan badminton, mungkin pening lalat nak beli jenis raket badminton yang mana satu.

Bukan apa, pemilihan raket badminton terbaik dan sesuai dengan tahap skill kita perlu betul supaya anda rasa selesa ketika bermain badminton apabila menggunakan berat raket badminton yang sesuai.

Nak mudah pergi je beli peralatan badminton di kedai raket badminton, tapi harga raket badminton yang berkualiti agak mahal.

Jadi jom lihat senarai jenama raket badminton terbaik dan mungkin dengan pembelian dalam senarai kami ini, skill anda meningkat.


Senarai 11 Jenama Raket Badminton Terbaik 

Raket terbaik secara keseluruhan
Felet Airlighter 58 Badminton Racket
mulai
RM299.99
Semak Felet Airlighter 58 Badminton Racket harga dibawah:
add_circle Ketegangan tali maksima 32lbs
add_circle Ada 4 pilihan ketegangan tali & warna
add_circle Sesuai untuk beginner & pro
remove_circle Saiz grip besar

Sebab menjadi pilihan utama;

Raket ini sangat membantu untuk melakukan aksi tangkas dan pantas ketika bermain kerana saiz frame raket lebih lebar.

Ciri-ciri;

Buat yang inginkan raket ringan, raket jenama Felet model Airlighter 58 ini adalah pilihan yang tepat.

Mempunyai berat 9U:58 gram dan bahagian dinding tiub tengah pada shaft (batang) sangat kuat sekaligus membantu pemain untuk memukul bulu tangkis dengan baik. 

Manakala bahagian pemegangnya juga ringan kerana diperbuat daripada material karbon penuh. 

Binaan frame raket lebih kukuh dengan material grafit karbon dan saiz grip raket ini; G1 iaitu bersaiz X-Large. 

Selain itu, balancing point raket Felet 340mm yang merupakan jenis head-heavy.

Hasilnya, anda boleh menyerang pemain lawan dengan baik jika menggunakan skill yang betul.

Review;

“Sangat ringan dan selesa digunakan ketika beraksi di court. Sangat sesuai untuk permainan pantas.”

Raket badminton couple
2pcs Badminton racket couple pink
mulai
RM12.99
Semak 2pcs Badminton racket couple harga dibawah:
add_circle Raket tidak berat
add_circle Sesuai untuk remaja
add_circle Frame diperbuat daripada Iron Alloy
remove_circle Mudah bengkok

Baru nak cuba main badminton? Jom dapatkan raket ini yang sangat sesuai untuk beginner dengan harga yang rendah di bawah RM20 sahaja!

Peralatan badminton ini direka khas untuk anda yang baru sahaja yang berjinak-jinak dalam sukan ini dan sesuai untuk digunakan oleh remaja belasan tahu juga. 

Kelebihan raket ini ialah mempunyai kualiti bingkai dari jenis Iron Alloy yang bagus, manakala bahagian jaringnya pula daripada bahan Nylon.

Walaupun murah, raket ini mampu bertahan lama dan tidak mudah rosak jika dijaga dengan baik. 

Raket murah ini mempunyai keseimbangan jenis head-heavy iaitu 350mm menjadikannya sesuai untuk beginner.

Raket badminton kanak-kanak
REIZ Racket Budak Kanak kanak
mulai
RM17.00
Semak REIZ Racket Budak Kanak kanak harga dibawah:
add_circle Tali diikat kemas
add_circle Pemegang & frame raket ada cover lembut
add_circle Raket ringan
remove_circle Jaring mudah longgar

Anak anda mula tunjuk minat bermain badminton sebagai aktiviti petang atau rekreasi? Jom dapatkan raket ringan untuk kanak-kanak ini!

Dengan harga bawah RM20 sahaja, anda boleh dapat pasang raket badminton kanak-kanak bersama bag lengkap dengan tali dan shuttlecocks plastik. 

Selain itu, jenis besi yang digunakan untuk bingkai raket badminton ini adalah bahan logam menjadikannya sesuai untuk kegunaan aktiviti bermain badminton di dalam dan di luar.

Paling penting, raket ini selamat digunakan untuk kanak-kanak kerana mempunyai cover lembut di bahagian pemegang dan sekeliling frame raket. 

raket badminton
mulai
RM339.90
Semak PROTECH Badminton Racket - MATRIX NANO X (4UG1)(MAX 36LBS) harga dibawah:
add_circle Ultra slim
add_circle Bingkai Aero-Force
add_circle Tahan lasak
remove_circle Harga mahal

Raket badminton ini dibina dengan bahan Toray Graphite berkualiti tinggi akan membolehkan anda melakukan pukulan dengan lebih kuat dan jauh dan rasa lebih yakin semasa bermain.

Bingkai raket dengan ciri Aero-Force yang memberikan gabungan pukulan padu dan hayunan lebih pantas.

Selain itu, mempunyai ciri Ac-Zone untuk tangkapan yang lebih tepat semasa dalam permainan. Saiz bingkai juga lebih kecil dan boleh mengurangkan rintangan udara yang tidak diingini.

Dengan ciri T-Curate, akan membantu memberikan pukulan raket yang lebih tepat, stabil dan meningkatkan ketepatan arah shuttle.

Paling penting, mempunyai ciri 65 Extra Slim Shaft yang dapat memberi pukulan yang lebih kuat.

Ini menjadikan sesuai untuk mereka yang sudah professional dalam permainan badminton atau sering bermain badminton. 

ASTAR Badminton Racket
mulai
RM17.00
Semak Astar Badminton Racket Twins Pack set 8008 sport series harga dibawah:
add_circle Harga murah

Dengan harga yang murah, anda boleh dapat dua pasang raket badminton bersama bag siap lengkap dengan tali.

Besi yang digunakan untuk bingkai raket badminton ini adalah bahan logam menjadikan sesuai untuk kegunaan aktiviti bermain badminton di dalam dan di luar.

Raket ini sesuai untuk mereka yang main badminton untuk hobi kerana tak sesuai untuk professional yang bermain badminton kerap dan lasak.

Decathlon Badminton Racket (Steel Frame & Shaft) - Perfly
mulai
RM15.00
Semak Decathlon Badminton Racket (Steel Frame & Shaft) - Perfly harga dibawah:
add_circle Harga mampu milik
add_circle Bingkai (frame) raket diperbuat daripada keluli
remove_circle Tidak sesuai untuk pemain badminton pro
remove_circle Pilihan warna terhad

Dengan harga yang rendah bawah RM20, anda sudah boleh memiliki sebuah raket badminton keluaran Decathlon.

Peralatan badminton Decathlon ini direka khas untuk anda yang baru sahaja yang berjinak-jinak dalam sukan ini. 

Kelebihan raket Decathlon ini mempunyai frame yang bagus, bahagian shaft atau batang raketnya diperbuat daripada material keluli (steel). 

Walaupun murah, raket ini mampu bertahan lama dan tidak mudah rosak jika dijaga dengan baik. 

Raket murah Decathlon ini mempunyai keseimbangan jenis head-heavy; 350mm dan sesuai untuk beginner.

Raket badminton bawah RM100
CARLTON Badminton Racket
mulai
RM49.90
Semak CARLTON Badminton Racket harga dibawah:
add_circle Mudah dikendalikan
add_circle Ideal untuk buat pukulan tepat
add_circle Diperbuat daripada aluminium
remove_circle Kurang sesuai untuk pemain pemula

Raket jenama Carlton membantu pemain untuk menggunakan teknik pukulan tepat kerana mempunyai kelebihannya tersendiri.

Raket badminton ini direka khas untuk bermain dengan selesa dengan gaya offensive.

Dengan ciri dan spesifikasi yang ada pada raket ini, pasti anda akan menjadi lebih mahir dalam membuat servis badminton. 

Raket ini mempunyai half cover khas yang berfungsi untuk melindungi raket dari calar. 

Jadi ketika anda tidak bermain, simpan raket dalam sarung supaya raket anda tidak mudah rosak. 

Raket badminton untuk beginner
Ambros
Ambros Pro 500 T-Joint Badminton Racket
mulai
RM28.88
Semak Ambros Pro 500 T-Joint Badminton Racket harga dibawah:
add_circle Ada penutup kepala raket (head cover)
add_circle Harga berpatutan
add_circle Diperbuat daripada lapisan grafit & karbon
remove_circle Kurang sesuai untuk pemain advanced

Jika anda baru saja berjinak-jinak bermain badminton dan mencari raket bajet dan bagus bolehlah pertimbangkan untuk memiliki jenama Ambros Pro ini. 

Diperbuat daripada keluli yang ringan dan tahan lama, raket ini mempunyai T-Joint yang mengukuhkan lagi bahagian batang raket (shaft) dan kepalanya.

Ciri ini meningkatkan kekuatan raket dan tali raket pula telah tersedia.

Jadi anda tidak perlu susah-susah ke kedai untuk memasang tali secara berasingan. Jimat masa dan tenaga!

Raket badminton terbaik untuk smash
LI-NING
Li-Ning Turbo 99 (For Smash) Black (Original) Badminton Racket
mulai
RM148.00
Semak Li-Ning Turbo 99 (For Smash) Black (Original) Badminton Racket harga dibawah:
add_circle Badan raket diperbuat daripada grafit-karbon penuh
add_circle Mampu kurangkan rintangan udara
add_circle Batang raket (shaft) jenis fleksibel
remove_circle Tempoh waranti hanya 2 minggu

Li-Ning merupakan raket badminton pilihan ramai kerana dilengkapi dengan ciri titik keseimbangan 300mm jenis head-heavy.

Dengan spek ini, raket ini dapat membantu anda bermain dengan lebih hebat dan selesa ketika melakukan teknik.

Malah, frame jenis Dynamic Optimum dan teknologi TB Nano juga akan membantu anda merasakan kestabilan ketika memukul bulu tangkis.

Tali raket ini memerlukan ketegangan tali kurang daripada 30 lbs kerana direka untuk mereka yang aggressive.

ALP RR 2pcs 4U G5 Badminton Racket
mulai
RM67.10
Semak ALP RR 2pcs 4U G5 Badminton Racket harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk lelaki & perempuan
add_circle Handle G4
add_circle Raket diperbuat daripada karbon penuh
remove_circle Tempoh jaminan hanya 1 bulan

Raket badminton dari China ini pilihan terbaik jika anda berkongsi bersama pasangan kerana jenis unisex.

Ketegangan tali yang perlu anda gunakan untuk raket ini perlulah berada di antara 22-28 lbs.

Tambahan pula, raket ini mempunyai balance point yang seimbang; 290mm. Memang selesa ketika membuat pukulan.

Bagi yang mementingkan warna pada peralatan sukan, tidak perlu fikir panjang untuk beli raket ALP sebab mempunyai beberapa jenis pilihan warna.

Antaranya hitam, merah, emas, ungu dan perak. Pilih saja!

Berat raket ini pula 4U (80-84 gram) dan kualitinya tidak kurang hebat seperti raket berjenama lain.

Raket badminton untuk beregu/double
Yonex
Yonex Arcsaber 11 Badminton Racket (Unstrung)
mulai
RM529.90
Semak Yonex Arcsaber 11 Badminton Racket (Unstrung) harga dibawah:
add_circle Fleksibiliti jenis stiff, sesuai untuk pemain advanced
add_circle Diperbuat di Jepun
remove_circle Harga agak mahal

Jika anda sering bermain dengan gaya defensive, dapatkan sahaja raket Yonex model Arcsaber 11 ini kerana memiliki spesifikasi frame yang diperbuat daripada sonic metal, grafit dan Neo CS Carbon Nanotube.

Manakala bahagian batang raket atau shaft pula direka dengan menggunakan material grafit dan Ultra PEF (Ultra Poly Ethylene Fiber) yang berkualiti. 

Untuk ketegangan tali pula, sesuai diantara 19-24 lbs  manakala untuk raket berat 3U dan 20-25 lbs untuk raket 2U. Hasilnya, anda boleh mengawal raket dengan baik.

Setiap pembelian raket ini, terdapat tempoh waranti selama 2 hingga 3 bulan. 

Untuk pengetahuan anda, raket ini pernah digunakan oleh pemain badminton terkenal di luar negara seperti Taufik Hidayat dan Viktor Axelsen.


Bagaimanakah Cara Pegang Raket Badminton?

Memegang raket dengan betul bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi anda dalam permainan, malah boleh mengurangkan risiko kecederaan pada tangan dan lengan anda.

Untuk memulakan, pastikan anda memegang raket dengan tangan dominan anda iaitu tangan yang anda gunakan untuk aktiviti harian seperti menulis, memegang sesuatu atau melakukan sesuatu.

Bagi kebanyakan orang, tangan kanan adalah tangan yang dominan.

Namun, bagi individu kidal, maka tangan kiri hendaklah digunakan untuk memegang raket.

Langkah pertama, anda perlu letakkan ibu jari anda di bahagian belakang pemegang raket terlebih dahulu.

Seterusnya, letakkan tiga jari yang lain di hadapan pemegang raket.

Pastikan jari anda menggenggam erat raket dan masukkan kesemuanya ke dalam lubang pada pemegang raket.

Selepas itu, buat bentuk V dengan jari anda dengan mengasingkan ibu jari anda dari jari yang lain.

Ibu jari anda hendaklah membentuk sudut 45 darjah dengan pemegang raket dan jari anda yang lain hendaklah membentuk sudut 90 darjah dengan pemegang raket.

Ini akan memberi anda kawalan yang lebih baik terhadap raket anda semasa permainan.

Pastikan anda menggenggam raket dengan cekap tetapi tidak terlalu kuat.

Anda mesti mempunyai kebebasan untuk memegang dan mengayun raket anda, tetapi pada masa yang sama jangan biarkan ia terlepas dari tangan anda.

Akhir sekali, pastikan anda memegang raket dengan cara yang selesa dan natural untuk anda.

Jangan terlalu fokus mengikuti teknik yang anda pelajari, tetapi pastikan anda memegang raket dengan cara yang selesa dan terbaik untuk anda.

Dengan melakukan ini, dapat meningkatkan prestasi anda dan memberikan pengalaman yang lebih menyeronokkan ketika bermain badminton.


Bagaimana Cara Pilih Raket Badminton?

Selain skill dan teknik permainan yang bagus, pemilihan jenis raket badminton juga memainkan peranan penting .

Disarankan, sebelum membuat sebarang pembelian badaminton anda perlu tahu sedikit sebanyak cara memilih raket dengan spesifikasi terbaik yang sesuai. 

Perkara utama yang perlu diambil berat sebelum membeli raket ialah ketegangan tali. Bagi kebanyakan pemain, sunken depth sebanyak 1mm merupakan angka yang paling sesuai. 

Selain itu, perhatikan juga jenis pemegang atau grip pada raket yang anda mahukan kerana terdapat dua jenis badminton grip; towel dan sintetik. 

  • Grip jenis towel - Mampu menyerap peluh tapi dalam masa yang sama ia boleh menyebabkan bahagian tersebut cepat kotor akibat bakteria.
  • Grip jenis sintetik -  Tidak mudah kotor, jadi anda tak perlu menukarnya dengan kerap. Tapi, disebabkan tak mampu menyerap peluh, grip tersebut akan menganggu ketika bermain kerana licin.

Seterusnya, berat raket badminton juga main peranan membuat pemilihan raket.  Raket yang bagus selalunya mempunyai berat sekitar 80 gram sehingga 100 gram.

Jika anda baru sahaja berjinak-jinak dalam permainan badminton, penting juga untuk anda ketahui bahawa simbol ‘U’ digunakan untuk melambangkan kategori berat sesebuah raket itu. 

Jangan lupa untuk pilih raket dengan titik keseimbangan (balance point) dan saiz grip badminton yang paling sesuai untuk kegunaan yang selesa. 


Apa Kelebihan Dan Kekurangan Raket Badminton?

Setiap pemain mesti mempunyai raket kegemaran, tetapi adakah anda tahu kelebihan dan kekurangan raket badminton?

Pertama, antara kelebihan raket ialah boleh membantu meningkatkan prestasi permainan anda.

Raket yang ringan dan seimbang memberikan anda kekuatan dan kestabilan apabila memukul bulu tangkis.

Raket badminton juga dapat memberi keselesaan semasa bermain dan raket yang mempunyai grip yang selesa boleh mengurangkan keletihan tangan dan mengelakkan kecederaan yang tidak diingini.

Oleh itu, pilih raket dengan grip yang selesa dan sesuai dengan saiz tangan anda.

Tambah lagi, raket yang sesuai dengan teknik permainan anda juga boleh membantu anda menghasilkan pukulan yang lebih tepat dan efektif.

Tapi, kekurangan utama raket badminton ialah harganya yang tinggi. Raket berkualiti tinggi boleh menjadi sangat mahal, dan tidak semua pemain mampu membelinya.

Jadi, sebagai pemain, anda perlu menentukan bajet anda sebelum membeli raket.

Selain itu, pemilihan raket yang salah juga boleh menjejaskan teknik anda dalam permainan.

Sebagai contoh, jika cengkaman terlalu besar atau terlalu kecil, anda mungkin tidak dapat memegang raket dengan betul, menyebabkan kecederaan pada tangan dan lengan anda.


Artikel Berkaitan

End of Article