Android Box merupakan inovasi terkini untuk menikmati tayangan cerita dan filem tanpa had dengan pembayaran yang murah.
Anda boleh menonton siaran daripada internet terus kepada televisyen tanpa perlu menggunakan gajet seperti laptop atau smartphone.
Bagi mereka yang sering meonton televisyen, pasti inginkan jenama android tv terbaik supaya puas untuk back to back menonton televisyen.
Jadi kami senaraikan pilihan kotak android box terbaik dan sesuai untuk digunakan dalam kediaman anda.
7 Android Box TV Terbaik di Malaysia 2023
Table of Contents

Sebab menjadi pilihan utama:
Android box terbaik ini berjenama Xiaomi, jenama elektronik yang kian dipercayai, selain fungsi kawalan menggunakan suara Google Assistantnya yang lain daripada yang lain, di samping sokongan resolusi 4K.
Ciri-ciri:
- CPU: Cortex-A53 Quad-core 64 bit
- GPU:Mali-450
- OS: Android 8.1
- SDRAM: 2GB
- Flash Memory: 8GB
- Frequency: LAN Ethernet
- WiFi: 2.4 / 5GHz
Xiaomi Mi Box S tidak ketinggalan menawarkan pelbagai siaran dan kemudahan tontonan hiburan kepada pengguna.
Bercirikan sistem operasi terbaru Android bersama naik taraf Bluetooth dan Chromecast Ultra.
Jadi apa jua siaran atau pelantar penstriman video, kualiti streaming lebih lancar sehingga boleh menikmati filem, drama, video dan apa sahaja dengan resolusi jelas 4K!
Rekaan yang ringkas dan kecil tidak akan mengganggu susun atur sudut televisyen anda.
Tawaran harga juga sangat berpatutan dengan sistem canggih yang terbaik.
Model ini sesuai untuk mereka yang tidak savvy dengan teknologi, dengan kemudahan langkah tetapan yang ringkas.
Review:
“Apa yang ada pada Xiaomi Mi Box S yang tiada pada Android box lain ialah Google Assistant. Tak payah susah-susah tekan remote nak cari video. Guna suara je!”

- CPU: Amlogic quad-core ARM Cortex A53
- GPU: Five-core Mali-450MP
- OS: Android 7.1.2
- SDRAM: 2GB
- Flash Memory: 16GB
- Frequency: LAN Ethernet
- WiFi: 2.4 GHz
Chipset terbaru berkuasa tinggi dibawakan oleh android box ini mampu memuat turun pelbagai aplikasi untuk gaming dan juga rancangan yang ingin ditonton.
Boleh diletakkan dimana-mana sahaja samada di kediaman atau ruangan pejabat untuk kegunaan hiburan dan mesyuarat penting.
Bersaiz mini, android box ini tidak memerlukan ruangan yang besar.

- CPU: Allwinner H6 quad-core Cortex A53 chip
- GPU: Mali-T720
- OS: Android 9
- SDRAM: 2 / 4GB
- Flash Memory: 16 / 32 / 64GB
- Frequency: LAN Ethernet
- WiFi: 2.4 GHz
Peranti canggih untuk kemudahan tontonan mereka yang gemar menghabiskan masa menonton televisyen.
Model hebat ini dilengkapi dengan sistem operasi Android 9 yang membekalkan anda dengan pelbagai aplikasi terkini dari Android.
Selain itu, android box ini dilengkapi dengan unit pemprosesan berkuasa tinggi untuk persembahan yang hebat.
Jangan risau, menyokong sambungan WiFi dan Ethernet untuk kegunaan seisi rumah tanpa alami masalah lagging atau buffering dalam satu masa yang sama.

- CPU: RK3328 Quad-Core 64bit Cortex-A53
- GPU: Dual-Core Mali-450
- OS: Android 7.1
- SDRAM: 4GB
- Flash Memory: 64GB
- Frequency: LAN Ethernet
- WiFi: 2.4 & 5.8 GHz
Untuk kegunaan persendirian mahupun seisi keluarga yang menginginkan hiburan tanpa batasan, peranti ini adlah pilihan tepat.
Ini kerana didatangkan aplikasi yang telah diselaraskan untuk kegunaan Malaysia.
Disertakan sekali kemaskini untuk drama dan filem terbaru serta servis pasca jualan yang bermutu tinggi.
Dengan kemudahan plug & play untuk pemasangan yang mudah dan tanpa caj bulanan dikenakan untuk anda dan waranti tempatan dengan polisi 1 kepada 1 gantian jika ada apa-apa masalah.

- CPU: Allwinner H616 Quad Core ARM Cortex A53
- GPU:Mali-G31
- OS: Android 10
- SDRAM: 4GB
- Flash Memory: 32GB / 64GB
- Frequency: LAN Ethernet
- WiFi: 2.4GHz
Model android box dari H10 Max ini memberi akses bebas pada semua aplikasi, siaran televisyen dan live streaming.
Lengkap dengan sistem operasi Android 10 dan RAM 4GB pasti memberi pengalaman tontonan tanpa gangguan seperti buffering.
Malah, lengkap dengan aplikasi sosial media yang boleh dipancar terus pada televisyen anda seperti Youtube, Twitter, Facebook dan Spotify.
Dengan sokongan USB port anda boleh menghidupkan keyboard dan tetikus pada android box ini. Jadi televisyen boleh terus bertukar seakan-akan komputer!

- RAM : 1GB
- Storage : 8GB eMMC
- CPU : Quad-core Cortex-A53
- GPU : ARM Mali-450
- Ports : HDMI x1 / Micro USB x1
- Wi-Fi : 2.4GHz/5GHz
- Bluetooth : 4.2 Version
Android box dalam bentuk stick berjenama Xiaomi ini mempunyai rekaan yang sleek dan ringkas.
Malah dengan saiz kecil yang boleh dibawa bersama-sama ketika melancong, outstation dan sebagainya.
Mi Stick ini juga mudah dipasangkan pada semua device yang mempunyai sambungan HDMI.
Selalunya digunakan untuk menonton filem dan rancangan TV menerusi pelantar OTT seperti Netflix, Youtube, Disney+ Hotstar dan Amazon Prime Video.
Paparannya juga memuaskan hati kerana menyokong output video 4K.
Alat kawalan jauhnya juga menyokong fungsi suara melalui Google Assistant, supaya anda boleh membuat carian menggunakan suara sahaja, tanpa perlu menaip!

- CPU: Quad-core Cortex-A35
- GPU: Dual-Core
- OS: Android TV
- SDRAM: 2GB
- Frequency: LAN Ethernet
- WiFi: 5 GHz
Ini adalah Android TV berbentuk stick terbaru yang dikuasakan dengan CPU Quad-core.
CPU ini dapat memberi kawalan lancar kepada Android TV di mana anda boleh memainkan pelbagai video dalam definisi tinggi melalui pelbagai Mbps.
Di samping itu turut mempunyai sambungan WiFi pantas di mana memudahkan anda untuk memuat turun pelbagai aplikasi di dalam Google dengan percuma.
Realme 4K Smart Google TV juga menyokong output video sehingga 4K (2160P).
Erti kata lain, kualiti sama seperti di panggung wayang!
Apa Itu Android Box?
Android merupakan sistem operasi yang digunakan oleh kebanyakan telefon pintar.
Sama seperti android didalam telefon pintar, boleh digunakan untuk televisyen, tablet dan komputer.
Android Box juga merupakan satu alat dimana ia boleh disambung pada televisyen untuk menukarkan konsep dari televisyen biasa kepada televisyen yang mempunyai pelbagai saluran pilihan, gaming dan aplikasi yang menarik.
Kebanyakan andorid box menawarkan pelbagai servis hiburan seperti aplikasi sosial media, pelbagai jenis video permainan, radio global dan rangkaian saluran sukan dan filem.
Jadi anda tak perlu lagi melanggan saluran televisyen berbayar yang mungkin mencekik kos bulanan anda.
Hanya perlu internet dan android box, dunia hiburan anda bersama televisyen memang tiada had!
Anda boleh tontotn video di bawah untuk dengar penjelasan lebih teliti tentang Android Box.
Kelebihan & Kekurangan Android Box
-
Kelebihan
Kalau kena dengan bajet, android box jauh lagi murah dari saluran berbayar yang kita terikat dengan kontrak dan peraturan.
Cuma bergantung kepada penggunaan seperti Netflix, HBO, Hulu atau Disney memang kena tambah duit untuk langganan.
Bercakap tentang saluran televisyen pula memang sangat banyak dan boleh diubah suai mengikut citarasa anda.
Ada yang menyediakan ribuan filem, siri drama dan dokumentari dari dalam dan luar negara.
Ada sesetengah android box lengkap port USB serta sambungan Bluetooth, jadi anda boleh pasangkan keyboard serta tetikus pada televisyen.
Sekaligus memudahkan penggunaan tanpa remote atau tukarkan televisyen seperti komputer atau telefon pintar.
Tak perlu lagi fikir nak upgrade Smart TV bila dah ada android box, ternyata anda boleh jimat duit dari beli Smart TVyang beribu!
-
Kekurangan
Jangan cukup teruja dengan pilihan saluran yang banyak, ada sebilangan dari jenama android box memerlukan kos naiktaraf untuk mengakses saluran yang lain.
Tak lupa juga ia bergantung pada internet atau Wifi, jadi kalau anda bawa android box bersama pastikan tempat pemasangan mempunyai internet yang baik.
Tidak semua aplikasi telefon pintar boleh dimuat turun pada android box.