Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
magsafe charger

13 MagSafe Charger Terbaik di Malaysia 2024

Jom lihat Magsafe Charger untuk iPhone atau peranti Apple milik anda.

Kebanyakan telefon pintar dari jenama Apple keluaran terbaru kini sudah mula menyokong teknologi MagSafe iaitu pengecasan tanpa wayar menggunakan magnet.

Ciri Apple magnetic charger ini turut boleh digunakan pada kebanyakan produk keluaran Apple yang lain seperti AirPods dan Apple Watch. 

Untuk pengguna Apple yang tidak mahu lagi menggunakan kabel untuk mengecas iPhone anda, boleh guna MagSafe wireless charger atau boleh juga dapatkan powerbank magsafe terbaik.

Selain iPhone Magsafe charger, ada juga jenis Magsafe duo charger yang boleh mengecas jam Apple watch bersama iPhone dalam masa yang sama. 

Jadi, jom tengok senarai MagSafe charger review dan jenama charger terbaik di pasaran.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 13 MagSafe Charger Terbaik

Magsafe charger terbaik secara keseluruhan
Apple MagSafe Charger
Apple
Apple MagSafe Charger
mulai
RM179.00
Semak Apple MagSafe Charger harga dibawah:
add_circle Boleh cas telefon tanpa wayar
add_circle Tempoh jaminan 12 bulan
add_circle Terdapat magnetic alignment
add_circle Mengecas lebih cepat
remove_circle Harga mahal
remove_circle Power Adapter dijual berasingan

Sebab Menjadi Pilihan Utama:

Pengecas magnetik keluaran Apple ini wajib dimiliki oleh pengguna iPhone yang serabut melihat kabel wayar berselirat setiap kali ingin cas telefon. 

Ciri-ciri:

Boleh dikatakan produk keluaran Apple kebanyakannya mempunyai kualiti yang bagus jadi tidak hairanlah mengapa Magsafe Charger ini harganya mahal.

Jangan risau, Magsafe Charger ini tidak akan rosakkan kesihatan bateri iPhone anda kerana magnet pada pengecas ini diperbuat daripada 100% elemen yang telah dikitar semula. 

Anda digalakkan untuk menggunakan adapter kuasa USB-C 20W dengan pengecas magnetik ini agar bateri iPhone lebih cepat penuh. 

MagSafe ini serasi digunakan dengan iPhone 12 mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max. 

Review:

"Charger original daripada Apple. Masa charge telefon pun memang cepat penuh dan bateri juga tahan lama."

Charger Magsafe 2 dalam 1
Apple MagSafe Duo Charger
Apple MagSafe Duo Charger
mulai
RM589.00
Semak Apple MagSafe Duo Charger harga dibawah:
add_circle Kualiti premium
add_circle Rekaan portable
add_circle Tempoh jaminan 12 bulan
add_circle Kuasa pengecas hingga 14W
remove_circle Harga mahal
remove_circle Power Adapter dijual berasingan

Untuk anda yang menggunakan iPhone dan Apple Watch, kami sarankan untuk guna Apple magnetic charger Duo ini. 

Ini kerana boleh digunakan untuk mengecas kedua-dua peranti tersebut dalam waktu yang sama. 

Charger Magsafe Apple ini boleh digunakan juga untuk cas Wireless Charging Case untuk AirPods dan mana-mana peranti Qi-certified yang lain. 

Selain itu, MagSafe charger untuk iPhone ini boleh dilipat untuk memudahkan anda bawanya ke mana-mana. 

Disarankan untuk guna pengecas ini dengan 20W USB-C Power Adapter. 

Magsafe charger pad
Belkin WIA004bt BoostCharge Pro MagSafe
Belkin WIA004bt BoostCharge PRO Portable Wireless Charger Pad with MagSafe 15W
mulai
RM239.00
Semak Belkin WIA004bt BoostCharge Pro MagSafe harga dibawah:
add_circle Terdapat 3 pilihan warna
add_circle Tempoh jaminan 2 tahun
add_circle Saiz nipis & rekaan portable
add_circle Serasi digunakan bersama casing Magsafe
remove_circle Harga mahal

Charger pad tanpa wayar Belkin ini direka khas dengan menggunakan teknologi rasmi Magsafe yang dihasilkan oleh Apple. 

Jadi, boleh mengecas kesemua siri iPhone 14, iPhone 13 dan iPhone 12 dengan pantas tanpa wayar dengan pantas hingga 15W. 

Dengan adanya pop-up stand dan kabel yang panjang pada pengecas ini, anda tetap boleh menggunakan telefon seperti biasa walaupun ketika dicas kerana mempunyai ciri boleh sandar dan berdiri sendiri.

Wireless charger dengan MagSafe ini boleh melekat dengan baik pada iPhone 12 dan ke atas kerana charger ini turut mempunyai penjajaran magnetik seperti charger Magsafe keluaran Apple. 

3-in-1 wireless charger with magsafe
Belkin WIZ009my BoostCharge Pro 3-in-1 MagSafe
Belkin WIZ009my BoostCharge PRO 3-in-1 Wireless Charger with MagSafe 15W and Power Adapter (iPhone 141312)
mulai
RM699.00
Semak Belkin WIZ009my BoostCharge Pro 3-in-1 MagSafe harga dibawah:
add_circle Serasi bersama casing MagSafe rasmi
add_circle Rekaan premium yang kukuh
add_circle Tempoh jaminan 2 tahun
add_circle Terdapat lampu indikator LED
remove_circle Harga mahal

Charger Belkin ini boleh digunakan untuk cas 3 peranti seperti iPhone, Apple Watch dan AirPods sekali gus. 

Sangat sesuai digunakan dengan kesemua iPhone siri 14, 13 dan 12 kerana direka dengan teknologi MagSafe.

Walaupun ketika dicas, anda tetap boleh menggunakan telefon dalam orientasi potret atau landskap. 

MagSafe charger ini mampu mengecas peranti anda dengan laju dan pantas iaitu hingga 15W. 

Dengan adanya charger ini, anda tidak perlu lagi guna 3 kabel yang berlainan untuk cas peranti-peranti Apple anda.

Powerbank MagSafe
MagSafe Battery Pack
MagSafe Battery Pack
mulai
RM43.99
Semak MagSafe Battery Pack harga dibawah:
add_circle Rekaan kompak
add_circle Tak perlu guna kabel
add_circle Terdapat magnet alignment
remove_circle Harga mahal
remove_circle Adapter & kabel dijual berasingan

Buat anda yang tercari powerbank khas untuk digunakan bersama iPhone siri 12, 13 dan 14, MagSafe Battery Pack memang direka untuk anda. 

Tidak perlu lagi bawa powerbank yang berat dan besar apabila keluar rumah kerana rekaan bateri paket dari Apple ini kompak dan ringan. 

Jangan risau, powerbank ini sangat mudah untuk digunakan bagi anda yang baru pertama kali menggunakannya. 

Caranya, apabila iPhone anda dilekatkan pada powerbank ini, peranti ini akan mengecas iPhone anda secara automatik tanpa perlu tekan sebarang butang.

MagSafe charger stand terbaik
Nillkin MagStand 15W Fast Wireless Charging Stand
Nillkin MagStand 15W Fast Wireless Charging Stand
mulai
RM85.80
Semak Nillkin MagStand 15W Fast Wireless Charging Stand harga dibawah:
add_circle Boleh dilipat
add_circle Pengecasan pantas
add_circle Cas telefon tanpa wayar
add_circle Diperbuat daripada aluminium alloy
remove_circle Tidak sesuai untuk Android

Direka seperti bentuk titisan air, Nillkin MagStand ini membolehkan anda untuk cas telefon sama ada secara mendatar atau menegak. 

Jadi, anda tetap boleh menonton video YouTube kegemaran walaupun ketika iPhone sedang dicas. 

Sudut alat pengecas ini juga boleh dilaraskan 360° mengikut keperluan harian anda. 

Sesuai digunakan dengan semua iPhone yang menyokong teknologi MagSafe kerana charger ini turut mempunyai magnetic alignment

Review MagSafe charger ini juga bagus sebab ramai pengguna mengatakan mereka tidak perlu lagi guna wayar yang berselirat untuk cas iPhone.

Powerbank MagSafe murah
Energea MagPac Mini Magsafe Power Bank 10000mAh
Energea MagPac Mini Magsafe Power Bank 10000mAh
mulai
RM189.00
Semak Energea MagPac Mini Magsafe Power Bank 10000mAh harga dibawah:
add_circle Menyokong teknologi MagSafe
add_circle Kapasiti mengecas 10,000mAH
add_circle Boleh cas 2 peranti sekali gus
add_circle Ringan, hanya 210g
add_circle Mempunyai pengecasan pantas
add_circle Sesuai untuk MagSafe
remove_circle Waranti hanya 12 bulan
remove_circle 1 port sahaja

Powerbank Energea ini membolehkan anda mengecas iPhone tanpa menggunakan kabel atau wayar kerana menggunakan kuasa magnet yang kuat. 

Apa yang menarik tentang powerbank ini ialah mempunyai stand yang boleh dipusing 360° yang membolehkannya berdiri sendiri. 

Jadi, anda tetap boleh menonton filem kegemaran di Netflix walaupun ketika telefon sedang dicas. 

Turut direka dengan lampu LED yang menunjukkan status bateri powerbank

Bukan itu sahaja, hanya 3 jam diperlukan untuk mengecas semula bateri powerbank ini sehingga penuh.

Magsafe portable terbaik
Aukey LC-A1S Snap On 15W magsafe
Aukey
charger iphone fast 2023
mulai
RM179.00
Semak Aukey LC-A1S Snap On 15W magsafe harga dibawah:
add_circle Pengecasan cepat
add_circle Pegangan magnet kuat
add_circle Saiz kecil
remove_circle Mudah panas semasa mengecas

Pengecas jenama Aukey ini membolehkan anda mengecas telefon pada kelajuan yang cepat sehingga 15W dengan teknologi Qi Wireless.

Anda boleh mengecas iPhone atau model Airpods tanpa wayar dengan selamat.

Charger ini juga mempunyai built-in magnet yang kuat untuk memastikan telefon anda tidak mudah terjatuh. 

Bukan itu sahaja, Magsafe portable ini mempunyai kabel USB yang panjang, jadi anda tidak perlukan kabel tambahan.

Produk ini juga dilengkapi dengan perlindungan komprehensif untuk mengelakkan kepanasan berlebihan semasa anda mengecas.

Powerbank MagSafe terbaik
Belkin 5000mAh Magnetic Wireless Power Bank
Belkin
Belkin 5000mAh Magnetic Wireless Power Bank
mulai
RM249.00
Semak Belkin 5000mAh Magnetic Wireless Power Bank harga dibawah:
add_circle Berkuasa tinggi
add_circle Reka bentuk kecil dan mudah dibawa
add_circle Perlindungan pengecasan berlebihan
add_circle Terdapat lampu indikator LED
add_circle Warranty sehingga 24 bulan
add_circle Boleh guna MagSafe dengan selamat
add_circle Saiz kecil dan ringan
remove_circle Tiada fungsi pengecasan segera
remove_circle Stok terhad

Tidak perlu diperkenalkan lagi pengecas Magsafe daripada jenama Belkin kerana ianya terkenal dengan kebolehpercayaan dan prestasi yang tinggi, termasuk model ini.

Dengan kapasiti 5,000 mAH, Magsafe jenis powerbank ini akan beri anda lebih daripada 19 jam video playback atau 11 jam pelayaran web secara berterusan. 

Jangan risau jika anda terlupa untuk mencabut wayar cas kerana ada ciri-ciri perlindungan yang melindungi peranti anda daripada pengecasan berlebihan.

Hanya perlu diletakkan di belakang, pengecas model ini menyokong peranti anda tanpa menggunakan klip atau pemegang yang menutup sebahagian skrin.

Jadi anda boleh melihat paparan skrin dengan lebih bebas.

Magsafe charger paling compatible
Aolon 15W Qi Magnetic Wireless Charger
Aolon
Aolon 15W Qi Magnetic Wireless Charger
mulai
RM17.99
Semak Aolon 15W Qi Magnetic Wireless Charger harga dibawah:
add_circle Terdapat fungsi pengecasan segera
add_circle Serasi dengan peranti pelbagai jenama
add_circle Harga murah
remove_circle Terhad kepada pengecasan 15W

Kadang-kadang tak jadi nak beli aksesori telefon bila harga beratus ringgit, tetapi tidak dengan pengecas Magsafe jenama Aolon ini. 

Hanya di bawah RM20, anda boleh memperoleh Magsafe yang bukan sahaja memiliki prestasi memberangsangkan, malah juga serasi dengan peranti pelbagai jenama.

Selain iPhone, ia boleh disambungkan dengan peranti daripada jenama-jenama seperti Samsung dan Huawei selagi mana ia menyokong QI wireless charging.

Prestasinya baik kerana di samping kekuatan magnet yang memastikan kestabilan pemasangan, ia juga boleh membuat pengecasan segera. 

Tidak dinasihatkan untuk mengecas sambil bermain telefon, tetapi jika anda perlu melakukannya, model ini tidak cepat panas, memastikan penggunaan sentiasa selesa dan selamat.

3-in-1 Magsafe charger
Momax Q.Mag Pro 3
Momax
Momax Q.Mag Pro 3
mulai
RM349.00
Semak Momax Q.Mag Pro 3 harga dibawah:
add_circle Reka bentuk stand yang kukuh
add_circle Terdapat dua lampu indikator LED
add_circle Memiliki sijil MFM dan MFI
remove_circle Harga mahal

Pengecas Magsafe putih ini memiliki ciri-ciri yang bagus bagi mereka yang memiliki peranti jenama Apple. 

Mengenakan reka bentuk stand, model ini boleh menyokong iPhone, AirPods dan Apple Watch milik anda dalam satu masa sekaligus.

Untuk memudahkan penggunaan, terdapat dua lampu LED di bahagian hadapan tapak yang menunjukkan status cas.

Walaupun harganya sedikit mahal, anda pasti tidak akan menyesal membelinya kerana pengecas ini memiliki dua pengiktirafan yang memberikan keyakinan.

Sijil MFM (MagSafe for Mac) menunjukkan pengecas tersebut direka khas untuk peranti Mac, sementara MFI (Made for iPhone/iPad) menjamin keserasian dan kualiti terhadap peranti Apple yang lain.

2-in-1 Magsafe charger
Anker B2568 Magnetic Wireless Charger
Anker
Anker B2568 Magnetic Wireless Charger
mulai
RM228.00
Semak Anker B2568 Magnetic Wireless Charger harga dibawah:
add_circle Teknologi magnet yang kuat
add_circle Saiz kecil dan unik
add_circle Memiliki fungsi dua dalam satu
remove_circle Produk terhad

Memiliki reka bentuk unik ala-ala sebuah tin kecil, pengecas Magsafe daripada jenama Anker ini sudah menambat perhatian ramai. 

Semudah membuka pad dari atas dan letakkan iPhone di atasnya, anda dapat melihat skrin pada kedudukan yang selesa sambil membuat sebarang tugasan.

Anda juga boleh memusing telefon pintar anda sehingga mencapai kedudukan landskap; kekuatan magnetnya cukup kuat dan kukuh.

Usah menunggu giliran untuk mengecas AirPod kerana ciri-ciri dua dalam satunya membenarkan anda mengisi bateri iPhone dan AirPod pada masa yang sama.

Ditawarkan dengan harga berpatutan, anda dijanjikan lagi dengan teknologi eksklusif Anker yang menjamin keselamatan secara menyeluruh seperti surge protection dan kawalan suhu. 

Ciri-ciri yang memberikan keyakinan sepenuhnya dalam penggunaan harian anda.

Magsafe charger boleh lekat
Anker A1611 622 Magnetic Battery
Anker
Anker A1611 622 Magnetic Battery
mulai
RM171.00
Semak Anker A1611 622 Magnetic Battery harga dibawah:
add_circle Kapasiti bateri tinggi
add_circle Stand boleh diubah
add_circle Reka bentuk tidak mengganggu
remove_circle Mengecas satu peranti pada satu masa sahaja

Pelbagai bentuk Magsafe yang ada, tapi kali ini perkenalkan pula Anker A1611, pengecas Magsafe yang melekat di belakang peranti anda.

Walaupun tanpa klip atau pemegang, keupayaannya untuk melekat itu cukup kuat, semuanya kerana teknologi magnetik yang canggih dan inovatif.

Kecil tetapi berkuasa, ia juga memiliki kapasiti bateri setinggi 5000 mAh yang memastikan peranti anda sentiasa tercas penuh seharian. 

Apabila anda hendak menggunakan peranti anda semasa mengecas, gunakan stand yang boleh dilipat dan diubah suai mengikut posisi mana yang anda selesa.

Hanya tolak, lipat dan sandar – pengalaman mengecas anda kini lebih mudah dan cekap.


Apakah Perbezaan Antara Magsafe VS Pengecas Magnetik? 

Magsafe merupakan sebuah teknologi mengecas bateri peranti tanpa wayar yang dihasilkan oleh syarikat Apple. 

Namun, tidak semua peranti Apple menyokong pengecasan menggunakan MagSafe.

Cuma buat masa ini, iPhone 12 ke atas dan sesetengah iPhone keluaran lama yang menyokong Qi Charging sahaja yang boleh dicas menggunakan MagSafe. 

Apabila iPhone diletakkan di atas pengecas Magsafe, alat ini akan melekat bersama dan anda tidak perlu menggunakan kabel USB yang biasa kita gunakan untuk cas iPhone terbabit.

Jadi, Magsafe merupakan sejenis pengecas yang menggunakan teknologi magnetik atau pengecas tanpa wayar yang dihasilkan khas untuk produk Apple terutamanya iPhone. 


Bagaimana Cara Menggunakan Charger Magsafe?

Alat ini sangat mudah untuk menggunakan pengecas Magsafe pada telefon pintar iPhone anda.

Hanya sambungkan USB-C connector pada charger Magsafe anda dengan power adapter USB-C Apple. 

Anda juga boleh sambungkannya pada port USB-C pada komputer riba Mac atau PC. 

Letakkan pengecas Magsafe di atas permukaan yang rata dan pastikan jauh daripada sebarang objek logam lain kerana dikhuatiri akan merosakkan magnet Magsafe. 

Jangan lupa untuk tekan suis plug adapter USB-C tadi terlebih dahulu sebelum anda letak bahagian belakang iPhone anda di atas permukaan charger Magsafe. 


Kebaikan Menggunakan Charger Magsafe 

  • Bateri iPhone lebih cepat penuh.
  • Mengecas telefon menjadi lebih cepat.
  • Tiada lagi masalah kabel wayar berselirat.
  • Tak perlu guna kabel atau wayar untuk cas telefon.

Apa pun jom tonton video di bawah untuk mengetahui tips iPhone12 MagSafe Charger.


Apa Itu Magsafe?

Apple Magsafe charger adalah satu teknologi pengecasan tanpa kabel yang diperkenalkan oleh Apple. 

Ia digunakan untuk mengecas peranti seperti iPhone, iPad, dan MacBook dengan lebih mudah dan cepat. 

Untuk lebih faham, teknologi Magsafe ini melibatkan pemegang magnet yang membolehkan peranti-peranti Apple melekat dengan selamat ke pemegang cas atau pad cas tanpa perlukan wayar fizikal yang disambungkan ke peranti. 

Apabila peranti dilekatkan menggunakan Magsafe, ia boleh mengisi bateri dengan efisen tanpa perlu mengadap masalah mencari port cas atau menghubungkan wayar.

Selain daripada pengecasan, Magsafe juga digunakan untuk aksesori lain seperti penutup pelindung (cases) dan aksesori lain yang boleh melekat dengan magnet kepada peranti.

Tidak sama seperti charger biasa, Magsafe charge speed dan Magsafe charger watts juga lain dan kebiasaannya mempunyai Magsafe compatability yang sesuai untuk peranti Apple.

Sebab itu Magsafe charger price lebih mahal berbanding charger biasa.


Artikel Berkaitan

End of Article