Kami senaraikan handphone murah bawah RM300, memang harga handphone yang berbaloi.
Kini semua orang memiliki telefon pintar untuk kegunaan harian.
Cuma apa yang membezakan jenis telefon adalah ciri, model, jenama dan harga sesebuah smartphone.
Ada juga orang lebih memilih untuk beli telefon paling murah dan berkualiti disebabkan kekangan kewangan.
Mungkin juga ada yang ingin beli telefon murah tapi bagus untuk pembelajaran anak mereka.
Jangan risau, semua handphone murah ini berkualiti dan hadir bersama warranty yang berpatutan.

Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 6 Smartphone Murah & Tahan Lasak Bawah RM300

- Cipset: MediaTek Helio G81
- OS: XOS 14 (berasaskan Android 14 Go edition)
- RAM: 3 GB
- Storage: 64 GB
- Paparan: 6.7 inci LCD
- Resolusi: Tidak dinyatakan (hanya refresh rate 120Hz)
- Bateri: 5000 mAh, pengecasan berwayar 10W
- Kamera: belakang; 13MP (f/1.85) + AI Lens (f/2.0), depan; 8MP (f/2.0)
Sebab menjadi pilihan utama:
Infinix Smart 9 menawarkan ciri-ciri hebat untuk penggunaan harian dan ia merupakan telefon pintar yang sesuai dengan semua golongan.
Ciri-ciri:
Ia hadir dengan skrin LCD 6.7 inci dengan reka bentuk punch-hole, memberikan pengalaman tontonan yang mengasyikkan.
Kadar segar semula 90Hz pula memastikan visual yang lebih lancar dan tidak lag semasa scroll media sosial.
Dikuasakan oleh pemproses Mediatek Helio G81, telefon ini memberikan prestasi yang cekap, manakala RAM 3GB dan storan 64GB menyediakan ruang yang mencukupi untuk aplikasi dan fail.
Tetapan kamera belakang termasuk lensa utama 13MP dengan fotografi AI mampu merakam imej yang jelas dengan warna yang terang.
Sementara itu, pengimbas cap jari yang dipasang pada sisi telefon memastikan akses cepat dan selamat kepada peranti anda.
Kualiti audio dipertingkatkan dengan super volume 200% dengan pemprosesan DTS, memberikan bunyi yang kuat dan jelas.
Dengan bateri 5000mAh dan pengecasan Type-C, Infinix Smart 9 menawarkan hayat bateri yang tahan lama, memastikan anda dapat menggunakan telefon sepanjang hari.
Review:
"Untuk phone RM250 mmg berbaloi gila beli phone ni sebagai second phone. So far memang lancar tapi bateri ada drop sikit. Overall good."

- Cipset: Unisoc SC9863A (28nm)
- OS: Android U
- RAM: 4GB + 8GB Fusion RAM
- Storage: 128GB
- Paparan: 6.75 inci HD+, 90Hz
- Resolusi: 1640 x 720 (~260 ppi)
- Bateri: 5000mAh
- Kamera: 13MP (lebar), 8MP (swafoto)
ZTE Blade A55 adalah pilihan telefon gaming murah bawah RM300 yang sesuai bagi mereka yang mencari telefon berprestasi pada bajet yang rendah.
Dilengkapi dengan pemproses Unisoc SC9863A dan RAM 12GB (4GB + 8GB Fusion RAM), peranti ini menawarkan kelancaran untuk penggunaan harian dan gaming ringan.
Skrin 6.75 inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz memberikan pengalaman tontonan yang jelas dan lancar, sementara kamera belakang 13MP dan kamera depan 8MP membolehkan sesi fotografi yang memuaskan.
Dengan storan 128GB dan bateri besar 5000mAh, ZTE Blade A55 mampu menyokong penggunaan sepanjang hari tanpa gangguan.
Telefon ini juga dilengkapi dengan pelbagai ciri seperti Bluetooth 5.2 dan GPS.
Dengan harga yang sangat berpatutan, ZTE Blade A55 adalah pilihan tepat bagi mereka yang mencari telefon gaming murah dengan spesifikasi yang memadai tanpa perlu mengeluarkan bajet tinggi.

- Cipset: UNISOC T7250
- OS: Android 15
- RAM: 3GB, 4GB
- Storage: 64GB, 128GB
- Paparan: 6.88 inci LCD, 120Hz
- Resolusi: 1640 x 720 (~260 ppi)
- Bateri: 5200mAh, pengecasan 15W
- Kamera: 32MP (lebar), 8MP (swafoto)
POCO C71 adalah telefon pintar dengan kamera terbaik bawah RM300, sesuai untuk korang yang cari peranti berfungsi dengan baik pada bajet yang rendah.
Dikuasakan pemproses UNISOC T7250, ia menawarkan pengalaman yang lancar untuk penggunaan harian, dari melayari internet hingga media sosial.
Paparan besar 6.88 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan 450 nits memberikan visual yang jelas dan lancar.
Kamera utama 32MP dan kamera depan 8MP memberikan hasil foto yang tajam dan jelas, menjadikannya pilihan tepat untuk sesi shooting harian atau swafoto.
Bateri 5200mAh dengan pengecasan pantas 15W memberikan ketahanan sepanjang hari dan dengan pengecasan pantas, korang tak perlu risau bateri habis cepat.
Selain itu, telefon ini juga dilengkapi dengan pengimbas cap jari dan pengesanan wajah untuk keselamatan.
Dengan harga yang berpatutan, POCO C71 adalah pilihan pintar bagi mereka yang mahukan telefon dengan kamera baik dan prestasi lancar pada harga rendah.

- Cipset: MediaTek Helio G81
- OS: XOS 14 (berasaskan Android 14 Go edition)
- RAM: 3GB + 3GB Virtual RAM
- Storage: 64GB
- Paparan: 6.7 inci LCD, 90Hz
- Resolusi: Tidak dinyatakan
- Bateri: 5000mAh, pengecasan 10W
- Kamera: 13MP (lebar) + AI Lens 8MP (swafoto)
TECNO Spark Go 1S adalah pilihan telefon pintar dengan RAM besar di bawah RM300, sesuai untuk pengguna yang mencari peranti berprestasi baik pada bajet rendah.
Dikuasakan oleh MediaTek Helio G81 dan dilengkapi dengan 6GB RAM (termasuk 3GB RAM maya), telefon ini menawarkan pengalaman multitasking yang lancar.
Paparan 6.67 inci FHD dengan kadar segar semula 90Hz memberikan visual yang terang dan lancar untuk penggunaan harian, manakala bateri besar 5000mAh memastikan pengguna boleh menggunakan telefon sepanjang hari tanpa risau kehabisan bateri.
Untuk bahagian kamera, kamera utama 13MP dengan dua lampu flashlight memberikan gambar yang jelas dan terang, manakala kamera depan 8MP mampu menghasilkan swafoto yang berkualiti.
Dilengkapi dengan dual speaker, telefon ini juga sesuai untuk menonton video dan mendengar muzik.
Dengan sokongan 4G LTE, WiFi 2.4/5GHz, Bluetooth 5.0 dan pengecasan 10W, TECNO Spark Go 1S adalah pilihan terbaik untuk mereka yang mencari telefon pintar murah dengan RAM besar untuk penggunaan seharian dan hiburan.

- Cipset: UNISOC T725 (Octa-core, 12nm)
- OS: Android 15 (GO Edition)
- RAM: 4GB (+4GB RAM Tambahan)
- Storage: 64GB, 128GB
- Paparan: 6.88 inci HD+, Dot Drop, 120Hz
- Resolusi: 1640 x 720 piksel
- Bateri: 5200 mAh (15W Fast Charging)
- Kamera: 32 MP (utama), 8 MP (swafoto)
Kalau orang tengah mencari telefon murah tapi berkualiti untuk pelajar, Xiaomi Redmi A5 memang patut masuk dalam shortlist korang.
Telefon ini hadir dengan skrin Dot Drop sebesar 6.88 inci yang menawarkan kadar segar semula 120Hz serta dilengkapi ciri perlindungan mata dari TÜV, menjadikannya pilihan terbaik untuk tontonan video atau bermain game dengan selesa tanpa menyakitkan mata.
Dengan cipset UNISOC T725 Octa-Core serta pilihan RAM sehingga 8GB (dengan memori tambahan), prestasi Redmi A5 cukup mantap untuk tugas harian, melayari media sosial atau gaming ringan tanpa lag ketara.
Bateri berkapasiti besar 5200mAh pula memastikan telefon ini mampu bertahan lama sepanjang hari, lengkap dengan pengecasan pantas 15W menerusi port USB-C.
Kamera utama 32MP memastikan gambar yang diambil cukup jelas, manakala kamera swafoto 8MP mencukupi untuk kegunaan harian.
Pendek kata, Xiaomi Redmi A5 adalah antara telefon pintar terbaik dalam kelas bajet yang menawarkan ciri-ciri premium pada harga mesra poket.

- Cipset: Unisoc T107
- OS: S30+
- RAM: 64 MB
- Storage: 128 MB (sokong microSD hingga 32 GB)
- Paparan: 2.8 inci QVGA
- Resolusi: 240 x 320 piksel
- Bateri: 1450 mAh (boleh tanggal, USB Type-C)
- Kamera: 2 MP dengan LED flash
Nokia 235 4G (2024) menggabungkan reka bentuk klasik yang ikonik dengan sentuhan moden yang praktikal.
Dihasilkan oleh HMD, pembuat telefon Nokia, telefon ini mengekalkan bentuk asas yang ringkas namun dilengkapi ciri seperti rangkaian 4G, sambungan Bluetooth, dan pengecasan USB Type-C.
Paparan QVGA 2.8 inci cukup untuk penggunaan asas, dan bagi yang menghargai hiburan ringkas, ia hadir dengan permainan Snake serta pemain MP3.
Bateri boleh tanggal 1450 mAh memberikan ketahanan penggunaan yang baik, sesuai sebagai telefon kedua atau untuk mereka yang gemarkan penggunaan minimal.
Ia turut dilengkapi kamera 2MP dengan flash, cukup untuk kegunaan harian.
Dikuasakan oleh cip Unisoc T107 dan sistem operasi S30+, pengalaman penggunaan kekal stabil dan mudah.
Sokongan dwi-SIM dan storan boleh ditambah hingga 32GB menambah lagi nilai praktikal telefon ini.
Bagi anda yang rindu jenama Nokia, telefon ini boleh mengembalikan semula nostalgia anda.
Tips Sebelum Beli Telefon Murah
Kebiasaannya ramai menganggap telefon murah ini telefon yang tidak berkualiti atau cepat rosak.
Tapi sebenarnya tidak sebab sekarang banyak telefon pintar murah di pasaran dijual dengan kualiti yang baik.
Bagaimanapun sebelum membuat pembelian, anda perlu tahu tujuan sebenar membeli telefon dengan bajet bawah RM300.
Selalunya, smartphone bawah RM300 akan menjadi telefon kedua bagi tujuan yang simple seperti WhatsApp, membuat panggilan atau menyimpan nombor telefon.
Namun, anda juga patut membuat perbandingan sebelum buat pembelian, antaranya:
- Saiz skrin yang besar
- Menyokong microSD
- Chipset berkualiti
- RAM yang mencukupi
- Kapasiti bateri minimum 3000 mAh
- Lengkap semua sambungan komunikasi seperti WiFi, 4G dan Bluetooth
Malah, disebabkan harga yang ditawarkan rendah, jadi mungkin tak banyak model menawarkan storage besar.
Jadi, kalau dapat memilih model yang menyokong microSD itu adalah lebih baik dan pastikan RAM pada telefon berkenaan mencukupi.
Dengan harga RM300, RAM yang ditawarkan adalah sekitar 1GB hingga 4GB, jadi kalau dapat memilih RAM yang tinggi itu lebih baik.
Kalau anda masih dalam bajet dan perlukan telefon pintar murah, mungkin anda boleh dapatkan smartphone secondhand. Jom ikuti tips dari video di bawah.
Bagaimana Pilih Phone Murah Yang Sesuai Untuk Saya?
Bila tengok fon murah, mesti kita akan fikir telefon tu tiada kualiti atau mungkin tak boleh pakai lama.
Bagaimanapun, di pasaran sekarang banyak telefon pintar yang murah ditawarkan bersama dengan kualiti setanding dengan smartphone jenama mahal.
Sebelum membuat pembelian ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan. Jadi ini adalah cara memilih dan membeli smartphone murah.
Tahu Tujuan Membeli Smartphone Murah
Sebelum anda bersetuju untuk membeli telefon pintar murah, anda perlu tahu apa tujuan anda membelinya.
Kebiasaannya, smartphone bawah RM300 akan menjadi telefon kedua bagi tujuan yang asas seperti WhatsApp, membuat panggilan atau menyimpan nombor telefon.
Jadi ianya tidak sesuai jika anda mahu smartphone bagi tujuan penggunaan yang berat.
Senaraikan Spesifikasi Yang Diperlukan
Bila dah faham tujuan beli smartphone murah, kemudian anda senaraikan pula spesifikasi yang anda perlukan atau yang anda mahu.
Boleh lihat kualiti kamera yang anda mahu, berapa besar RAM dan ROM yang anda perlukan, dan juga kapasiti bateri yang sesuai dengan penggunaan anda.
Padankan spesifikasi-spesifikasi ini dengan gaya penggunaan anda.
Baca Review
Sekarang ini mudah untuk baca ulasan tentang sesebuah smartphone yang kita ingin sebelum buat pembelian.
Lakukan sedikit kajian tentang smartphone murah pilihan anda itu di YouTube, Blog, website dan sebagainya.
Jangan terburu-buru buat keputusan.
Pastikan ia Bukan Scam
Sekarang memang banyak kes scam melibatkan pembelian telefon pintar. Jadi amat penting untuk anda tahu harga telefon pintar tersebut di pasaran dan bandingkan dengan harga yang anda perolehi.
Sekiranya hanya satu kedai sahaja yang menjual pada harga murah, maka berhati-hati kerana ia mungkin bukan kedai sebenar.
Jaminan
Walaupun anda membuat pembelian telefon pintar murah, pastikan anda mendapat warranty yang sepatutnya.
Walaupun wang yang dikeluarkan tidak begitu banyak, tetapi ianya tetap hak anda untuk mendapatkan warranty.
Ini akan berguna sekiranya smartphone anda bermasalah di kemudian hari jadi ketahui tempoh jaminan dan jaminan itu datangnya dari siapa.
Adakah Handphone Murah Bawah RM300 Tahan Lama dan Berkualiti?
Telefon pintar pada harga bawah RM300 memang kedengaran terlalu murah untuk zaman sekarang, tetapi ia masih boleh menjadi pilihan berguna—terutamanya untuk kegunaan asas atau sebagai telefon kedua.
Dalam kategori harga ini, kebanyakan telefon direka untuk memenuhi keperluan asas seperti membuat panggilan, menghantar mesej, dan menggunakan aplikasi ringan.
Namun begitu, ramai pengguna masih tertanya-tanya sama ada telefon murah sebegini benar-benar tahan lama dan berkualiti, ataupun sekadar penyelesaian jangka pendek.
Hakikatnya, ketahanan dan pengalaman pengguna bergantung pada jangkaan dan cara penggunaan harian.
Apa yang boleh dijangka daripada telefon bawah RM300:
-
Sesuai untuk penggunaan ringan seperti panggilan telefon, SMS, dan WhatsApp.
-
Hayat bateri yang panjang kerana tidak menggunakan cip atau skrin yang kuat tenaga.
-
Ada model yang menawarkan reka bentuk lasak dan tahan jatuh ringan.
-
Sistem operasi ringan seperti Android Go boleh berjalan lancar untuk aplikasi asas.
Apa yang perlu diberi perhatian:
-
Prestasi perlahan untuk aplikasi berat atau permainan.
-
Storan kecil menyebabkan telefon cepat penuh.
-
RAM rendah (biasanya 2GB ke bawah), boleh menyebabkan aplikasi sering tertutup sendiri.
-
Kualiti kamera dan paparan rendah—cukup sekadar untuk tangkapan asas.
-
Jarang menerima kemas kini keselamatan atau sistem operasi.
-
Binaan mungkin terasa plastik dan kurang premium.
Tip untuk membeli telefon bajet:
Jika ingin mendapatkan telefon bawah RM300 yang masih berbaloi, utamakan jenama yang ada pengedaran rasmi di Malaysia seperti Samsung, Xiaomi, Vivo atau model terpilih dari Realme dan Redmi.
Elakkan telefon dari jenama tidak dikenali yang tiada ulasan atau jaminan.
Semak ulasan pengguna di platform jualan dan pastikan telefon itu sekurang-kurangnya menyokong rangkaian 4G, memiliki storan mencukupi untuk kegunaan asas, serta disertakan dengan jaminan.
Pemilihan bijak boleh menjadikan telefon bajet ini satu pelaburan kecil yang berbaloi.
Di Mana Boleh Beli Handphone Bawah RM300 Dengan Harga Terbaik?
Kalau sedang mencari handphone bawah RM300 dengan harga terbaik, ada beberapa tempat yang boleh dipertimbangkan bergantung kepada keperluan dan keselesaan anda membeli.
Dalam lingkungan bajet RM300 ni, anda boleh dapatkan telefon asas, feature phone, atau telefon pintar entry-level—dan berikut adalah tempat-tempat paling sesuai untuk mencarinya:
1. Platform e-dagang (online marketplace)
-
Shopee & Lazada: Banyak pilihan model dan penjual, termasuk dari pengedar rasmi. Anda juga boleh guna voucher diskaun, baucar penghantaran percuma, dan promosi kilat untuk dapat harga lebih murah.
-
Carian tip: Gunakan filter harga dan carian seperti “telefon bawah RM300”, “Android Go phone” atau “feature phone 4G”.
-
Semak penilaian penjual dan ulasan pembeli sebelum buat keputusan.
2. Kedai fizikal atau pengedar rasmi
-
Anda boleh kunjungi kedai telefon tempatan, terutamanya di kawasan bandar kecil atau pasaraya, yang kadang-kadang ada promosi untuk model lama.
-
Kelebihannya: boleh lihat dan pegang telefon dahulu, serta terus dapat jaminan fizikal dan bantuan pemasangan jika diperlukan.
3. Laman rasmi jenama
-
Untuk jenama seperti Nokia, Itel, Realme, lawati laman web rasmi mereka atau halaman rasmi di Shopee/Lazada. Kadang-kadang mereka ada “Online Exclusive Deals” atau tawaran bundle.
Pastikan anda beli dari penjual dengan rating tinggi dan ada jaminan rasmi Malaysia. Elakkan telefon "refurbished" tanpa jaminan jika anda tidak biasa dengan penjual tersebut.
Apa Beza Antara Handphone Bajet Dan Refurbished?
Handphone bajet dan handphone refurbished nampak serupa sebab kedua-duanya lebih murah berbanding model flagship — tapi sebenarnya ada perbezaan besar dari segi tujuan, keadaan, dan jangka hayat.
Berikut penjelasan mudah:
Apa itu handphone bajet?
Handphone bajet merujuk kepada telefon baru yang dijual pada harga lebih rendah kerana:
-
Spesifikasi asas (cip pemproses, RAM, kamera, dan skrin sederhana)
-
Sesuai untuk penggunaan ringan seperti WhatsApp, YouTube, dan sosial media
-
Dikeluarkan memang untuk pasaran bajet (bukan model lama atau rosak)
Antara contoh jenama handphone bajet yang popular termasuk Itel, Tecno, Realme siri C, dan Redmi siri A.
Kebiasaannya, model-model ini disertakan dengan jaminan rasmi selama satu tahun daripada pengeluar, memberi jaminan tambahan kepada pengguna.
Telefon jenis ini sangat sesuai untuk pelajar, warga emas, atau dijadikan sebagai telefon kedua bagi mereka yang memerlukan peranti tambahan untuk kegunaan harian.
Apa itu handphone refurbished?
Refurbished pula ialah telefon terpakai yang telah dibaik pulih dan dijual semula. Ia mungkin:
-
Pernah rosak tapi sudah dibaiki
-
Unit demo atau pulangan pelanggan
-
Dijual semula oleh pihak ketiga dengan/atau tanpa waranti
Telefon refurbished biasanya ditawarkan pada harga yang lebih murah berbanding model baru, menjadikannya pilihan menarik bagi pengguna yang ingin berjimat.
Dari segi kualiti, ia bergantung kepada tahap baik pulih yang telah dilakukan — sama ada Grade A, B, atau C — yang memberi gambaran tentang keadaan fizikal dan prestasi peranti.
Namun begitu, terdapat juga beberapa risiko yang perlu dipertimbangkan, seperti hayat bateri yang mungkin tidak lagi optimum serta jaminan yang selalunya terhad berbanding telefon baharu.
Ringkasan Perbezaan Utama:
Aspek | Handphone Bajet | Handphone Refurbished |
---|---|---|
Keadaan | Baru | Terpakai / dibaik pulih |
Jaminan | Rasmi (biasanya 1 tahun) | Terhad atau tiada |
Prestasi | Spesifikasi rendah | Boleh jadi sederhana hingga tinggi |
Risiko kerosakan | Rendah | Lebih tinggi (bergantung kondisi) |