Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
telefon vivo terbaik

6 Smartphone Vivo Terbaik (Harga & Model Terkini 2025)

Telefon pintar dari jenama Vivo merupakan antara yang dikenali di Malaysia

Jom lihat senarai handphone Vivo terbaik dengan harga dan spek mengikut kesesuaian korang.

Jenama Vivo menjadi pilihan para pembeli disebabkan harga yang ditawarkan murah dan spesifikasinya juga berkualiti. 

Antara kelebihan yang menjadi tarikan pada telefon Vivo adalah ciri kamera terkini dengan hasil gambar yang terbaik.

Dengan harga yang berpatutan dan spek yang berkualiti, telefon Vivo terbaru mampu menawarkan pilihan smartphone terbaik untuk pengguna.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor untuk Edisi Bahasa Melayu di ProductNation, dengan fokus utama pada artikel berkaitan telefon pintar, gajet, dan teknologi ...

6 Jenama Smartphone Vivo Terbaik

Telephone vivo terbaik secara keseluruhan
vivo V50 5G
Vivo
vivo V50 5G
From
RM1,756.00
Check vivo V50 5G price below:
add_circle Kamera depan 50MP untuk streaming
add_circle Paparan AMOLED terang
add_circle Ketahanan air & habuk IP68/IP69
remove_circle Tidak menyokong eSIM
remove_circle Masalah bloatware
  • Cipset: Snapdragon® 7 Gen 3
  • OS: Android 15, MagicOS 9.0
  • RAM: 12GB
  • Storan: 256GB
  • Paparan: AMOLED, 120Hz, 4500 nits (peak)
  • Resolusi: 2736 x 1264 (~400 ppi)
  • Bateri: 6000 mAh
  • Kamera: 50MP (lebar) 50MP (ultra-lebar) 32MP (swafoto)

Sebab menjadi pilihan utama:

vivo V50 5G adalah telefon terbaik secara keseluruhan kerana ia menawarkan gabungan prestasi tinggi, ciri-ciri canggih dan ketahanan yang sukar ditandingi.

Ciri-ciri:

Dikuasakan dengan cip Snapdragon® 7 Gen 3 yang dipadankan dengan 12GB RAM, telefon ini memberikan prestasi lancar untuk pelbagai tugas, daripada gaming berat, streaming, hinggalah merakam video 4K.

Dengan 256GB storan, korang mempunyai ruang yang mencukupi untuk menyimpan aplikasi, foto dan video tanpa perlu risau tentang ruang simpanan yang cepat penuh.

Paparan 6.55 inci AMOLED dengan kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan puncak 4500 nits menjadikan pengalaman visual korang sangat memuaskan.

Walaupun di bawah cahaya matahari, setiap detik di skrin tetap terang dan jelas, sesuai untuk tontonan luar atau gaming dalam keadaan pencahayaan yang tinggi.

Kamera belakangnya, dengan lensa utama 50MP dan ultra-lebar 50MP, menawarkan gambar yang tajam dan penuh warna, sementara kamera swafoto 32MP memastikan selfie yang berkualiti tinggi.

Dilengkapi dengan bateri 6000mAh dan pengecasan pantas 90W, vivo V50 5G memastikan korang dapat menggunakan telefon sepanjang hari tanpa gangguan.

Sistem operasi Android 15 dengan MagicOS 9.0 menyediakan pengalaman pengguna yang lancar dan responsif.

Selain itu, telefon ini juga dilengkapi dengan rating kalis air IP68/IP69, menjadikannya sesuai digunakan dalam pelbagai situasi.

Vivo V50 5G adalah pilihan terbaik bagi mereka yang mahukan telefon pintar yang serba boleh, kuat dan berprestasi tinggi untuk kegunaan harian dan aktiviti luar.

Review:

"UI telefon ni memang smooth dan design dia cantik. Sangat puas hati dengan function dan kualiti phone ni. Rasa macam pakai phone atas RM2,000!"

Telefon vivo dengan bateri tahan lama
vivo V50 Lite 5G
Vivo
vivo V50 Lite 5G
From
RM1,399.00
Check vivo V50 Lite 5G price below:
add_circle Kamera 50MP dengan AI
add_circle Selfie 32MP untuk gambar tajam
add_circle Bateri 6000mAh dengan pengecasan pantas
remove_circle Kurang sesuai untuk gaming
  • Cipset: MediaTek Dimensity 6300
  • OS: Android 15, Funtouch OS 15
  • RAM: 8GB
  • Storage: 256GB
  • Paparan: 6.77 inci AMOLED, 120Hz
  • Resolusi: 2736 x 1264 piksel
  • Bateri: 6500 mAh
  • Kamera: 50MP (lebar), 8MP (ultra-lebar), 32MP (swafoto)

vivo V50 Lite 5G merupakan pilihan terbaik untuk telefon dengan bateri tahan lama.

Dilengkapi dengan bateri besar 6500mAh, ia membolehkan penggunaan sepanjang hari tanpa perlu risau kehabisan kuasa.

Telefon ini juga menyokong pengecasan pantas 90W, memastikan korang tak perlu menunggu lama untuk mengecas semula.

Paparan 6.77 inci AMOLED dengan kadar penyegaran 120Hz memberikan visual yang lancar dan jelas, sesuai untuk menonton video atau bermain game walaupun di bawah cahaya yang terang.

Cipset MediaTek Dimensity 6300 dan 8GB RAM memastikan prestasi pantas dan lancar untuk pelbagai aplikasi, manakala storan 256GB memberi ruang yang mencukupi untuk foto dan video.

Kamera utama 50MP dengan teknologi AI Aura Light menghasilkan gambar yang jelas dan terang, manakala kamera ultra-lebar 8MP dan swafoto 32MP menjamin gambar yang tajam dan berkualiti tinggi.

Dengan sokongan IP68/IP69 untuk ketahanan air dan habuk, vivo V50 Lite 5G adalah pilihan ideal bagi mereka yang mencari telefon tahan lama dengan prestasi hebat dan ketahanan bateri sepanjang hari.

Telefon vivo untuk gaming
vivo iQOO 13 5G
vivo
vivo iQOO 13 5G
From
RM3,999.00
Check vivo iQOO 13 5G price below:
add_circle Sistem penyejukan Ultra VC
add_circle Pengecasan pantas 120W
add_circle Paparan 144Hz ultra lancar
remove_circle Agak berat (213g)
  • Cipset: Snapdragon® 8 Elite Mobile Platform
  • OS: Android 15, Funtouch OS 15
  • RAM: 16GB + 16GB Extended
  • Storage: 512GB
  • Paparan: 6.82 inci 2K AMOLED, 144Hz
  • Resolusi: 3168 x 1440 piksel
  • Bateri: 6150 mAh, pengecasan pantas 120W
  • Kamera: 50MP (lebar), 50MP (telefoto), 50MP (ultra-lebar)

vivo iQOO 13 5G adalah pilihan tepat bagi peminat gaming yang mencari telefon pintar dengan prestasi tinggi.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon® 8 Elite Mobile Platform dan 16GB RAM, telefon ini memberikan kelancaran dan responsiviti yang sangat baik untuk sesi gaming dan multitasking.

Paparan 2K 144Hz Ultra EyeCare Display menjanjikan pengalaman visual yang lancar dan jelas, sementara teknologi PC-Level 2K Super Resolution memberikan grafik yang menakjubkan untuk lebih daripada 20 game.

Telefon ini dilengkapi dengan bateri 6150mAh yang tahan lama dan sokongan pengecasan pantas 120W, memastikan korang dapat terus bermain tanpa gangguan.

Ditambah dengan sistem penyejukan 7K Ultra VC Cooling System, telefon ini mampu mengatasi haba yang tinggi semasa sesi gaming yang lama.

Dengan ketahanan IP68 dan IP69 untuk kalis air dan debu, serta Monster Halo Light yang disesuaikan untuk notifikasi harian atau sesi gaming, vivo iQOO 13 5G adalah pilihan ideal untuk pengalaman gaming tanpa batas.

Telefon vivo murah
vivo Y19s
Vivo
vivo Y19s
From
RM599.00
Check vivo Y19s price below:
add_circle Harga murah (bawah RM600)
add_circle Ketahanan air IP64
add_circle Bateri tahan lama 5500mAh
add_circle Kamera belakang 50MP
remove_circle Paparan LCD bukan AMOLED
remove_circle Tiada sokongan NFC

 

  • Cipset: MediaTek T612 (6 nm)
  • OS: Android 15, Funtouch OS 15
  • RAM: 4GB
  • Storage: 64GB (expandable up to 1TB)
  • Paparan: 6.68 inci, LCD
  • Resolusi: 1608 x 720
  • Bateri: 5500mAh
  • Kamera: 50MP (lebar), 0.08MP (makro), 5MP (swafoto)

vivo Y19s menawarkan nilai terbaik untuk telefon bajet dengan spesifikasi yang sangat berpatutan.

Dikuasakan dengan cip MediaTek T612 dan dilengkapi dengan 4GB RAM serta storan 64GB, ia memberikan prestasi yang cukup lancar untuk penggunaan harian seperti media sosial dan penstriman.

Dengan paparan 6.68 inci LCD yang cukup terang, pengalaman tontonan menjadi lebih baik.

Kamera belakang 50MP memberikan gambar jelas, sementara kamera depan 5MP dengan mod AI menjadikan swafoto lebih terang dan menarik.

Bateri 5500mAh pula tahan lama, memastikan penggunaan sepanjang hari tanpa perlu risau cepat kehabisan bateri.

Meskipun ia tidak menyokong NFC atau sokongan Hi-Fi, vivo Y19s masih menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari telefon yang berpatutan dengan ketahanan air IP64 dan prestasi harian yang baik.

Telefon ini sangat sesuai bagi mereka yang mencari telefon vivo murah dengan nilai yang seimbang.

 

Telefon vivo dengan kamera terbaik
vivo X200 Pro
Vivo
vivo X200 Pro
From
RM4,699.00
Check vivo X200 Pro price below:
add_circle Kamera 200MP ZEISS
add_circle Paparan 2K AMOLED 144Hz
add_circle Pengecasan pantas 120W
add_circle Bateri besar 6000mAh
remove_circle Harga agak mahal
  • Cipset: Snapdragon® 8 Elite Mobile Platform
  • OS: Android 15, Funtouch OS 15
  • RAM: 16GB (extendable 16GB)
  • Storage: 512GB
  • Paparan: 6.78 inci, AMOLED, 144Hz
  • Resolusi: 3168 x 1440
  • Bateri: 6000mAh
  • Kamera: 50MP (lebar), 50MP (ultra-lebar), 200MP (periskop), 32MP (swafoto)

vivo X200 Pro 5G menawarkan prestasi kamera yang sangat mengagumkan dengan sistem tiga kamera belakang yang terdiri daripada 200MP ZEISS APO Telephoto, 50MP Wide-angle dan 50MP Ultra Wide.

Kamera utama 200MP ini menghasilkan gambar yang sangat terperinci, sesuai untuk penggemar fotografi dan pencipta kandungan.

Paparan 6.78 inci AMOLED 2K dengan kadar segar semula 144Hz memberikan visual yang tajam dan lancar, menjadikan pengalaman menonton dan gaming lebih menyeronokkan.

Dikuasakan oleh cip Snapdragon® 8 Elite dan 16GB RAM, telefon ini mampu menjalankan aplikasi berat dan multitasking dengan lancar tanpa gangguan.

Bateri besar 6000mAh dengan pengecasan pantas 120W memastikan penggunaan sepanjang hari tanpa risau kehabisan bateri.

Selain itu, telefon ini juga dilindungi dengan rating IP68 dan IP69, memberikan ketahanan air dan habuk yang sangat baik.

vivo X200 Pro 5G adalah pilihan terbaik bagi mereka yang mahukan telefon vivo dengan kamera terbaik dan prestasi tinggi untuk kegunaan harian dan media sosial.

Telefon vivo terbaru
vivo X200 5G
Vivo
X200 5G
From
RM3,599.00
Check vivo X200 5G price below:
add_circle Kamera 50MP dengan OIS
add_circle Pengecasan pantas 90W
add_circle Bateri 5800mAh tahan lama
add_circle Paparan AMOLED 120Hz
remove_circle Harga agak premium
  • Cipset: MediaTek Dimensity 9400 (3nm)
  • OS: Android 15, Funtouch OS 15
  • RAM: 16GB + (16GB Dynamically Extended)
  • Storage: 512GB
  • Paparan: 6.67 inci, AMOLED, 120Hz
  • Resolusi: 2800 x 1260
  • Bateri: 5800mAh
  • Kamera: 50MP (lebar), 50MP (ultrawide), 50MP (periskop), 32MP (swafoto)

vivo X200 5G adalah telefon vivo terbaru yang menawarkan kombinasi prestasi tinggi dan kemampuan fotografi canggih.

Dikuasakan dengan pemproses MediaTek Dimensity 9400 (3nm) dan RAM 16GB + 16GB Extended, telefon ini memberikan pengalaman multitasking yang lancar.

Paparan AMOLED 6.67 inci dengan resolusi 2800 x 1260 memberikan visual yang tajam dan lancar dengan kadar segar semula 120Hz.

Kamera utama 50MP (Sony IMX921) dengan OIS dan PDAF, serta periskop 50MP dengan 3x zoom optikal, memberikan gambar yang jelas dan tajam, termasuk kemampuan zoom digital sehingga 100x.

Kamera ultrawide 50MP melengkapkan keupayaan fotografi dengan sudut pandang 119°, sesuai untuk merakam gambar landskap dan berkumpulan.

Dengan bateri 5800mAh dan pengecasan pantas 90W, korang dapat menikmati penggunaan telefon sepanjang hari tanpa risau kehabisan tenaga.

Selain itu, dengan rating IP68 dan IP69 untuk ketahanan air dan habuk, vivo X200 5G adalah pilihan yang kukuh untuk korang yang memerlukan telefon tahan lasak dan berprestasi tinggi.

Dilengkapi dengan Android 15 dan Funtouch OS 15, telefon ini memastikan pengalaman yang responsif dan mudah.


Kelebihan Telefon Pintar Vivo 2025

1. Inovasi Terkini dan Teknologi Canggih

Vivo terus menjadi peneraju inovasi dalam industri telefon pintar.

Antaranya adalah teknologi kamera tersembunyi (under-display camera) yang memberikan paparan skrin penuh tanpa gangguan lubang kamera.

Selain itu, teknologi cap jari di bawah skrin (under-display fingerprint) yang diperkenalkan Vivo telah menjadi standard dalam banyak model terkini.

Vivo juga aktif memperkenalkan ciri AI pintar yang meningkatkan pengalaman pengguna secara keseluruhan.

2. Kamera Berkualiti Tinggi

Vivo terkenal dengan kehebatan kamera, terutama bagi peminat swafoto (selfie).

Model terbaru seperti Vivo X200 Pro dan X200 Ultra dilengkapi kamera utama sehingga 200MP dengan teknologi canggih seperti periskop telefoto dan penstabilan imej optik (OIS), memberikan gambar yang sangat jelas dan berkualiti tinggi.

Kamera hadapan juga terus dipertingkat untuk hasil swafoto yang natural dan tajam.

3. Reka Bentuk Moden dan Premium

Vivo mengekalkan reputasi reka bentuk yang menarik dan moden, dari model bajet hingga flagship.

Reka bentuk terkini menampilkan badan yang nipis, kemasan premium dan skrin AMOLED dengan kadar segar semula tinggi (120Hz ke atas) untuk pengalaman visual yang lancar dan memukau.

4. Pengecasan Pantas Dual Engine

Teknologi Dual Engine Fast Charging Vivo terus dipertingkat dengan pengecasan sehingga 90W dan bateri berkapasiti besar (contoh: 6000mAh pada Vivo X200 Pro).

Ini membolehkan pengecasan pantas dan tahan lama, sesuai untuk pengguna aktif yang memerlukan telefon sentiasa siap digunakan.

5. Prestasi Tinggi dan Pengalaman Pengguna Lancar

Dengan penggunaan cip pemproses terkini seperti MediaTek Dimensity 9400 dan Snapdragon 8 Gen 2, Vivo menawarkan prestasi yang sangat baik untuk multitasking, gaming, dan aplikasi berat.

Sistem operasi Funtouch OS dan OriginOS juga terus diperbaharui untuk pengalaman yang lebih lancar dan mesra pengguna.

6. Harga Berpatutan dengan Spesifikasi Hebat

Vivo menawarkan pelbagai model dari segmen bajet hingga flagship dengan harga kompetitif, memastikan pengguna mendapat nilai terbaik mengikut bajet masing-masing.

Telefon pintar Vivo pada setiap tahun sentiasa menonjol dengan inovasi teknologi, kamera canggih, reka bentuk premium, pengecasan pantas dan prestasi tinggi.

Ia adalah pilihan terbaik untuk pengguna yang mahukan telefon pintar berkualiti dengan ciri terkini dan harga yang berpatutan.


Artikel Berkaitan

End of Article