Kini semua orang memiliki telefon pintar untuk kegunaan harian.
Cuma apa yang membezakan adalah ciri, model, jenama dan harga sesebuah smartphone.
Kami juga difahamkan mungkin terdapat segelintir daripada kita memerlukan handphone murah dan berkualiti disebabkan kekangan kewangan.
Mungkin juga ada yang ingin beli handphone murah tapi bagus untuk pembelajaran anak mereka.
Jadi, kami senaraikan handphone murah terbaik bawah RM300. Jangan risau, semua smartphone tahan lasak dan murah.
Senarai 7 Smartphone Murah & Tahan Lasak Bawah RM300
Table of Contents

- Chipset: Snapdragon 450
- OS: Android 8.1 (Oreo), Funtouch 4
- RAM: 4GB
- Storage: 32GB, 64GB
- Saiz Skrin: 6.3-inch, Gorilla Glass 3
- Resolusi: 1080 x 2280 pixels
- Bateri: 3260 mAh
- Kamera: 16MP + 2MP (belakang) 16MP (depan)
Sebab menjadi pilihan utama;
Vivo V9 Youth menawarkan reka bentuk telefon yang moden dan tidak kelihatan seperti handphone murah bawah RM300.
Ciri-ciri;
Smartphone murah terbaik ini hadir dengan saiz skrin 6.3 inci dan ketebalan handphone 7.9mm.
Dari ciri ini, kita boleh tahu smartphone ini tidak terlalu tebal dan saiz ‘just nice’ bila simpan dalam poket.
Bahan pada badan Vivo V9 Youth ini menggunakan bahan aluminium kaca, yang menjadikan reka bentuk telefon ini kelihatan mewah.
Selain itu, skrin yang digunakan oleh Vivo V9 Youth dilengkapi dengan teknologi LCD IPS.
Dengan teknologi ini dapat menjadikan paparan skrin tidak menyakitkan mata.
Bagi menyokong kuasa prestasi yang hebat, Vivo V9 Youth dilengkapi dengan Qualcomm SDM450 Snapdragon 450 chipset (14 nm) dan Octa Core 1.95ghz CPU.
Dengan chipset dan CPU ini menjadikan peranti ini berjalan lebih pantas dan tidak cepat panas.
Review;
“Beli untuk anak buat belajar online dekat rumah, memang sesuai”

- Chipset: Mediatek MT6739
- OS: Android 11 (Go edition)
- RAM: 1GB
- Storage: 8GB, 16GB
- Saiz Skrin: 5.0 inci
- Resolusi: 480 x 960 piksel
- Bateri: 2000 mAh
- Kamera: 5MP (utama) 2MP (swafoto)
Alcatel 1 mempunyai saiz skrin kecil iaitu 5.0 inci dengan resolusi 480 x 960 piksel.
Telefon pintar ini juga boleh menambah storage kerana juga mempunyai slot microSD.
Bahagian kamera, Alcatel mampu autofocus dan mempunyai LED Flash tapi kualiti gambar bukanlah yang terbaik.
Bateri Alcatel 1 adalah sebesar 2000 mAh. Mungkin agak kecil tapi boleh menukar bateri sekiranya bateri sudah rosak.
Secara keseluruhannya, Alcatel 1 merupakan sebuah telefon pintar yang menawarkan keupayaan asas pada sebuah telefon tapi memiliki kualitinya sendiri.
Paling sesuai jika anda hanya mahu menggunakan smartphone untuk tujuan Whatsapp sahaja.

- Chipset: Unisoc SC9863A
- OS: Android 11 (Go edition)
- RAM: 1GB, 2GB
- Storage: 16GB, 32GB
- Saiz Skrin: 5.45 inci
- Resolusi: 720 x 1440 piksel
- Bateri: 3000 mAh
- Kamera: 5MP (utama) 5MP (swafoto)
Bagi yang merindui handphone jenama Nokia, kini anda boleh memiliki handphone Nokia yang sesuai digunakan pada masa kini.
Nokia sememangnya sebuah phone tahan lasak, dan Nokia C01 Plus merupakan sebuah smartphone tahan lasak dan murah.
Sistem operasi pada Nokia C01 Plus ini adalah Android 11 (Go edition). Jadi anda akan dapat menggunakan OS yang terkini.
Bagaimanapun, saiz skrin handphone murah sedikit kecil iaitu 5.45 inci dan saiz RAM pula, menawarkan 2GB manakala 32GB storan dalaman.
Saiz ini sudah cukup memadai bagi penggunaan harian anda untuk kegunaan asas bukan untuk kegunaan handphone utama.
Untuk bateri pula, sebanyak 3000 mAh dibekalkan pada smartphone ini.

- Chipset: Unisoc SC9863A
- OS: Android 11 (Go edition), XOS 7.6
- RAM: 2GB
- Storage: 32GB
- Saiz Skrin: 6.6 inci
- Resolusi: 720 x 1600 piksel
- Bateri: 5000 mAh
- Kamera: 8MP (utama) 8MP (swafoto)
Telefon pintar Infinix Smart 6 memiliki spesifikasi yang terbaik pada harga yang sangat murah dan dikatakan mampu memberi spesifikasi seperti telefon mahal.
Antara ciri spek tinggi yang ada pada model ini adalah mempunyai pengimbas wajah dan cap jari untuk sistem keselamatan serta paparan visual beresolusi HD+ sebesar 6.6 inci.
Berita baik bagi mereka yang sentiasa ‘hidup’ dengan telefon kerana Infinix Smart 6 mempunyai bateri kapasiti 5,000 mAh dan mampu bertahan sepanjang hari.
Walaupun telefon ini harga murah tapi kamera bahagian depan dan belakang tetap disediakan. Kualiti kamera juga boleh tahan bila ambil dalam keadaan cahaya terang.
Jadi Infinix Smart 6 ini boleh dikatakan antara handphone murah terbaik dengan bateri yang tahan lama.

- Chipset: Mediatek MT6750
- OS: Android OS v7.0 (Nougat)
- RAM: 2GB
- Storage: 16GB
- Saiz Skrin: 5.0 inci
- Resolusi: 720 x 1280 piksel
- Bateri: 2550 mAh
- Kamera: 13MP (utama) 5MP (swafoto)
Sistem pemprosesan yang ada pada Neffos X1 Lite dengan saiz skrin telefon sebesar 5.0 inci dan resolusi HD memang sesuai untuk kegunaan belajar.
Cara pengendalian juga tidak begitu rumit dan mudah digunakan dan sesuai digunakan untuk pelajar peringkat sekolah rendah.
Telefon pintar ini menggunakan Android OS 7.0 (Nougat) dan dikuasakan dengan MediaTek MT6750.
Bahagian memori telefon pintar ini mempunyai 2GB RAM dan storage 16GB tapi masih menyokong slot MicroSD.
Menariknya lagi, kualiti kamera pada handphone murah ini memang bagus kerana visual kelihatan jelas dan tidak kelihatan pudar.
Dari segi harga pula, memang tidak membazir jika dibelikan untuk kegunaan pelajaran anak.

- Chipset: Snapdragon 460
- OS: Android 10 and Funtouch 10.5
- RAM: 4GB
- Storage: 64GB
- Saiz Skrin: 6.51 inci
- Resolusi: 720 x 1600 piksel
- Bateri: 5000 mAh
- Kamera: 13MP + 2MP + 2MP (belakang) 8MP (swafoto)
Dilengkapi sistem pengoperasian Android 10 dan Funtouch 10.5 yang membolehkan pengguna memuat turun aplikasi dengan mudah.
Walaupun smartphone bawah RM300, tapi telefon pintar ini memiliki sistem keselamatan cap jari pada bahagian tepi smartphone ini.
Jadi keselamatan data privasi anda lebih terjamin kerana ianya tidak mudah berlaku pencerobohan maklumat.
Dengan cip pemprosesan Snapdragon 460, Vivo Y20 lancar untuk permainan video berat seperti Mobile Legend. Ia juga disokong dengan RAM sebesar 4GB.
Ketahanan bateri Vivo Y20 juga boleh tahan dengan dibekalkan bateri sebesar 5000 mAh.
Jadi Vivo Y20 ini sememangnya sebuah handphone murah terbaik.

- Chipset: Mediatek MT6763T Helio P23
- OS: Android 7.1
- RAM: 3GB, 4GB
- Storage: 32GB
- Saiz Skrin: 5.7 inci
- Resolusi: 720 x 1440 piksel
- Bateri: 3180 mAh
- Kamera: 13MP (utama) 8MP (swafoto)
Saiz skrin telefon ini agak kecil, iaitu 5.7 inci dan mempunyai jenis skrin HD+ LCD IPS.
Oppo A83 dilengkapi dengan resolusi 720 x 1440 piksel yang boleh menghasilkan kualiti paparan skrin yang jelas dan tajam.
Ciri ini menjadikan sesuai untuk kanak-kanak bermain permainan dan menonton video.
Dari segi prestasi pemprosesan, Oppo A83 dilengkapi dengan Mediatek MT6763T Helio P23 chipset.
Bagaimanapun, OS yang digunakan adalah Android 7.1 iaitu dari versi yang agak lama.
Oppo A83 merupakan sebuah handphone murah tapi bagus dan sangat sesuai untuk beri anak-anak guna.
Tips Sebelum Beli Telefon Murah
Kebiasaannya ramai menganggap telefon murah ini telefon yang tidak berkualiti atau cepat rosak.
Tapi sebenarnya tidak sebab sekarang banyak telefon pintar murah di pasaran dijual dengan kualiti yang baik.
Bagaimanapun sebelum membuat pembelian, anda perlu tahu tujuan sebenar membeli telefon dengan bajet bawah RM300.
Selalunya, smartphone bawah RM300 akan menjadi telefon kedua bagi tujuan yang simple seperti whatsapp, membuat panggilan atau menyimpan nombor telefon.
Namun, anda juga patut membuat perbandingan sebelum buat pembelian. Antaranya:
- Saiz skrin yang besar
- Menyokong microSD
- Chipset berkualiti
- RAM yang mencukupi
- Kapasiti bateri minimum 3000 mAh
- Lengkap semua sambungan komunikasi seperti WiFi, 4G dan Bluetooth
Malah, disebabkan harga yang ditawarkan rendah, jadi mungkin tak banyak model menawarkan storage besar.
Jadi, kalau dapat memilih model yang menyokong microSD itu adalah lebih baik. Selain itu, pastikan RAM pada telefon berkenaan mencukupi.
Dengan harga RM300, RAM yang ditawarkan adalah sekitar 1GB hingga 4GB.
Jadi kalau dapat memilih RAM yang tinggi itu lebih baik.