Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Geng PUBG, Korang Boleh Usya 8 Smartphone Gaming Bawah RM1,000 Tahun 2024

PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) menjadi kegilaan kaki gamers sejak hujung 2017.

Sampaikan ada yang sanggup pinjam telefon pintar abang atau kakak yang canggih semata untuk livestream game PUBG, tapi nak lebih seronok main guna telefon sendiri.

Jadi, apa kata korang tengok 8 senarai phone gaming untuk PUBG yang bajet RM1,000 ke bawah dan buat pilihan sendiri mana satu nak beli untuk main game.


Isi kandungan


8 Smartphone Gaming PUBG Bawah RM1,000

Smartphone untuk gaming dengan kamera terbaik
Realme
realme 6
Semak Realme 6 harga dibawah:
add_circle Kamera berkualiti
add_circle Chipset berkualiti
add_circle Kamera cantik
remove_circle Berat
  • Chipset: Mediatek MT6785 Helio G90T
  • OS: Android 10, Realme UI
  • RAM: 4GB, 6GB, 8GB
  • Storage: 64GB, 128GB
  • Saiz Skrin: 6.5'
  • Resolusi: 1080 x 2400 pixels
  • Bateri: 4300 mAh

Walaupun Realme 6 keluaran 2020 tapi telefon pintar ini menggunakan chipset Mediatek Helio G90T yang memang sesuai untuk bermain game PUBG. 

Dilengkpi dengan 4 jenis kamera yang mampu mengambil gambar dengan cantik serta memiliki finger print sebagai ciri keselamatannya. 

Smartphone gaming ini masih mengekalkan 3.5mm audio jack dan disebabkan tiada liquid cooling, mungkin ketika bermain PUBG telefon akan rasa sedikit panas terutama pada bahagia atas alat peranti. 

Bagaimanapun, ia tetap sebuah model smartphone gaming yang murah dan terbaik.

Smartphone gaming dengan bateri fast charging
Samsung
Semak Samsung Galaxy A51 harga dibawah:
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Skrin Super AMOLED
add_circle Pengimbas cap jari yang pantas
remove_circle Kamera kurang memuaskan
  • Chipset: Exynos 9611 (10nm)
  • OS: One UI 2.0, Android 10
  • RAM: 6GB
  • Storage: 128GB
  • Saiz Skrin: 6.5-inch
  • Resolusi: 1080 x 2400 pixels
  • Bateri: 4000 mAh

Telefon pintar Samsung Galaxy 51 menggunakan chipset Exynos 9611 dan jika anda ingin dapatkan telefon gaming terbaik untuk chipset Exynos, pastikan cari 8895 dan ke atas. 

Dari segi skrin pula, Samsung Galaxy A51 beri visual yang natural kerana menggunakan skrin AMOLED. Kalau main game PUBG confirm korang puas hati dengan efek grafik.

Ketahanan bateri boleh bertahan lama tapi kalau bateri kekeringan, jangan risau Samsung Galaxy A51 mampu melakukan pengecasan pantas.

Smartphone gaming dengan 3GB RAM prestasi yang mantap
Xiaomi
Semak Xiaomi Redmi Note 7 harga dibawah:
add_circle Menggunakan skrin Gorilla Glass 5
add_circle Tahan lasak
add_circle Bateri tahan lama
remove_circle Tiada mempunyai NFC
  • Chipset: Snapdragon 660
  • OS: Android 9.0 (Pie), boleh naik taraf ke Android 10, MIUI 12
  • RAM: 3GB, 4GB, 6GB
  • Storage: 32GB, 64GB, 128GB
  • Saiz Skrin: 6.3-inch
  • Resolusi: 1080 x 2340 pixels
  • Bateri: 4000 mAh

Redmi Note 7 dilengkapi chipset Snapdragon 660 yang dapat memberi kelancaran bermain game tanpa lagging

Dengan harga kurang RM1,000 anda dapat phone gaming untuk PUBG yang boleh dimain lama kerana ia dilengkapi bateri 4000 mAh. 

Bukan itu saja, telefon pintar ini menggunakan Gorilla Glass 5 bahagian depan dan belakang sekaligus menjadikan telefon ini tahan lasak.

Bahagian memori jangan risau kerana anda boleh pilih ruang memori dari 3GB + 32GB sehingga yang paling besar 4GB + 128GB. Memang cukup untuk bermain game PUBG dengan puas.

Walaupun direka khas untuk gaming, tapi kualiti kamera sangat cantik.

Alami pengalaman bergaming dengan skrin luas
Huawei
Semak Huawei Y9S harga dibawah:
  • Chipset: Kirin 710F
  • OS: Android 9.0 (Pie), EMUI 9.1
  • RAM: 6GB
  • Storage: 128GB
  • Saiz Skrin: 6.59-inch
  • Resolusi: 1080 x 2340 pixels
  • Bateri: 4000 mAh

Smartphone gaming Huawei Y9S keluaran tahun 2019 ini dikuasakan oleh chipset HiSilicon Kirin 710F, RAM 6 GB dan storage 128 GB membuatkan telefon ini sesuai untuk bermain game PUBG.

Ditambah pula dengan spek berkuasa tinggi, menjadikan bukan sekadar sebuah phone gaming tapi bermain game tanpa sebarang masalah. 

Huawei Y9S menggunakan kuasa bateri Li-Po 4000 mAh yang tidak boleh ditanggalkan menjadikan ketahanan bateri mampu bertahan dalam tempoh yang lama.

Model Huawei ini mempunyai skrin IPS 6.59’ dengan resolusi 1080 x 2340 piksel dimana teknologi skrin IPS merupakan salah satu teknologi LCD paling terkemuka di dunia. 

Jadi anda bukan sekadar bermain game pada paparan skrin yang luas, tetapi pada paparan yang berkualiti tinggi juga.

Smartphone dengan fingerprint sensor untuk jaminan keselamatan
Vivo
Vivo Y20s
Semak Vivo Y20s harga dibawah:
add_circle Bateri tahan lama serta ada fast charging
add_circle Ada 3 kamera di belakang
add_circle Menawarkan saiz storan dalaman sehingga 128GB
remove_circle Kamera hadapan kurang memuaskan
remove_circle Tiada sambungan ke rangkaian 5G
  • Chipset: Snapdragon 460
  • OS: Android 10, Funtouch 10.5 or Funtouch 11
  • RAM: 4GB, 6GB, 8GB
  • Storage: 128GB
  • Saiz Skrin: 6.51-inch
  • Resolusi: 720 x 1600 pixels
  • Bateri: 5000 mAh

Vivo Y20s dilengkapi dengan chipset hebat iaitu Snapdragon 460 dan bahagian paparan skrin HD + IPS 6.51’ membuatkan anda berpuas hati ketika bermain game.

Cuma mungkin ada yang tidak biasa, bahagian pengimbas cap jari yang dipasang pada bahagian sisi badan telefon pintar.

Kualiti kamera Vivo Y20s kami yakin tidak mengecewakan anda dan bateri model Vivo ini menggunakan kuasa bateri Li-Po 5000 mAh dengan sokongan 18W pengecasan pantas.

Smartphone gaming dengan kapasiti bateri 5000mAh
Xiaomi
Xiaomi Poco X3 Pro
Semak Xiaomi Poco X3 Pro harga dibawah:
add_circle Mempunyai pembesar suara stereo
add_circle Menggunakan skrin Gorilla Glass 6
add_circle Bateri tahan lama
remove_circle Prestasi tidak konsisten
  • Chipset: Snapdragon 860 (7 nm)
  • OS: Android 11, MIUI 12.5 for POC
  • RAM: 6GB, 8GB
  • Storage: 128GB, 256GB
  • Saiz Skrin: 6.67-inch
  • Resolusi: 1080 x 2400 pixels
  • Bateri: 5160 mAh

Smartphone gaming POCO X3 Pro mempunyai kapasiti bateri besar iaitu 5160 mAh di mana mampu bertahan lama untuk bermain game.

Ditambah pula skrin sebesar 6.67’ IPS LCD DotDisplay dengan resolusi FHD+ serta refresh rate 120Hz anda dapat rasa kepuasan ketika bermain game.

Dari segi kamera, kurang memuaskan kerana jenama Poco lebih fokus untuk alat peranti bermain game.

Smartphone gaming murah untuk PUBG
Realme
Realme Narzo 30A
Semak Realme Narzo 30A harga dibawah:
add_circle Boleh bermain game atas talian
add_circle Mempunyai pengimbas jari
add_circle Pengecasan pantas 18W
remove_circle Skrin bersaiz kecil
remove_circle Saiz storage yang kecil
  • Chipset: MediaTek Helio G85
  • OS: Android 10, Realme UI
  • RAM: 3GB, 4GB
  • Storage: 32GB, 64GB
  • Saiz Skrin: 6.5-inch
  • Resolusi: 720 x 1600 pixels
  • Bateri: 6000 mAh

Telefon pintar Realme Nazo 30A dikeluarkan pada 24 Februari 2021 dan direka khas untuk mereka yang gemarkan bermain game dengan telefon yang murah.

Telefon pintar ini mampu menyokong permainan game kerana menggunakan chipset jenis MediaTek Helio G85 (12nm) dengan bateri jenis Li-Po 6000 mAh.

Malangnya skrin yang telefon pintar ini bersaiz kecil jadi dan beresolusi IPS LCD 720 x 1600 pixels tapi apa yang penting, bateri yang ada pada Realme Nazo 30A ini mampu bertahan lama.

Selain itu, telefon ini seperti mempunyai 4 jenis kamera di bahagian belakang tapi sebenarnya 2 saja yang berfungsi. Lagi dua hanyalah hiasan untuk mencantikkan lagi reka bentuk.

Disebabkan telefon ini direka khas untuk bermain game, Realme Nazo 30A ini menyokong sistem gyro dan grafik yang diberikan cukup memuaskan untuk bermain game.

Lengkap dengan Corning Gorilla Glass dan 6GB RAM
Honor
Semak Honor 9X harga dibawah:
add_circle Dilengkapi kamera pop-up
add_circle Hadir dengan feature AI video stabilization
remove_circle Kualiti gambar kurang menyerlah
  • Chipset:  Kirin 710F
  • OS: Android 9.0 (Pie), EMUI 9.1
  • RAM: 4GB, 6GB
  • Storage: 64GB, 128GB
  • Saiz Skrin: 6.59-inch
  • Resolusi: 1080 x 2340 pixels
  • Bateri: 4000 mAh

Honor siri X seperti Honor 8X dan Honor 9X merupakan antara telefon yang patut diberikan perhatian kerana mempunyai kapasiti RAM sehingga 6GB dan saiz skrin yang cukup besar. 

Selain itu, Honor 9X juga dilengkapi dengan Kirin 710F yang mampu memproses game yang menggunakan spek yang tinggi. 

Jangan risau, chipset yang digunakan pula tidak mudah panas walaupun aplikasi atau game yang digunakan memerlukan CPU yang tinggi.


Spesifikasi Smartphone Apa Yang Sesuai Untuk Main PUBG?

PUBG Mobile merupakan antara gaming paling popular di Malaysia tapi bagaimana mencari smartphone yang sesuai untuk bermain game ini?

Sebelum itu, kena tahu bahawa PUBG Mobile menggunakan Unreal Engine 4 bagi memastikan kelancaran permainan dari segi grafik dan keseluruhan prestasi.

Jadi, antara ciri-ciri spek phone gaming sesuai untuk main PUBG adalah….

  • Processor berkuasa tinggi
  • RAM dan storage yang mencukupi
  • Paparan skrin saiz besar
  • Bateri tahan lama
  • Kualiti bunyi yang baik
  • Kawalan suhu telefon terkawal

Bagi smartphone gaming Android, apa yang anda perlu cari adalah Android versi 5.1.1 ke atas dengan minimum RAM 2GB dan storan sebanyak 16GB. 

Spek ini cukup untuk bermain game PUBG Mobile tapi dalam setting grafik yang rendah.

Manakala bagi kategori iPhone pula, anda perlu cari model yang menggunakan iOS9 ke atas kalau anda ingin membeli iPhone untuk tujuan main game PUBG.

Dari segi chipset pula, sekurang-kurangnya pemproses Snapdragon 435 atau lebih. Jika telefon anda mempunyai Media-tech, maka anda perlu mempunyai Media-Tech P20.

Itu hanya keperluan spek yang minimum. Bagi merasai pengalaman yang lebih seronok, RAM haruslah sebesar 4GB, chipset Snapdragon 636 atau MediaTek P60 octa core ke atas.

Telefon pintar iPhone pula, cuma pastikan menggunakan iOS paling terbaru.


Artikel berkaitan:

End of Article