Smartphone merupakan salah satu alat komunikasi yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Ia telah menjadi peranti yang beyond for everything.
Tidak seperti orang dewasa atau pertengahan umur, mereka akan memilih telefon pintar yang lebih canggih.
Bagi untuk kanak-kanak dan warga emas memadai sekadar telefon untuk berhubung atau alat hiburan sementara.
Pasti smartphone yang murah dan elok menjadi pilihan, tak perlu sampai dengan harga ribuan ringgit.
Jika anda mencari smartphone dengan bajet sekadar RM400, team Productnation sediakan senarai yang terbaru tahun 2021.
10 Smartphone Murah Bawah RM400 Terbaik
Table of Contents

- Chipset: Unisoc Tiger T612
- OS: Android 11, Realme UI Go
- RAM: 2GB, 3GB, 4GB
- Storage: 32GB, 64GB
- Saiz Skrin: 6.5-inch
- Resolusi: 720 x 1600
- Bateri: 5000 mAh
- Kamera: 8MP (utama) 5MP (swafoto)
Realme C30 hadir dengan reka bentuk yang cantik dan juga menggunakan bahan binaan yang berkualiti.
Kualiti paparan skrin pada telefon ini juga antara yang terbaik di pasaran dengan harga yang sangat mampu milik.
Paparan skrin anda pastinya akan kelihatan jelas dan memberi kepuasan semasa menonton video atau bermain game. Berat smartphone ini juga ringan, iaitu sebanyak 185 gram.
Memang mudah untuk dibawa di dalam bag tangan tanpa terasa berat.
Untuk kamera, dengan harga bawah RM400, Realme C30 menawarkan kualiti kamera yang biasa dan sesuai untuk kegunaan harian

- Chipset: Unisoc SC9863A
- OS: Android 9.0 (Pie)
- RAM: 2GB
- Storage: 32GB
- Saiz Skrin: 6.09-inch
- Resolusi: 720 x 1560
- Bateri: 3200 mAh
- Kamera: 13MP + 2MP (utama) 8MP (swafoto)
ZTE Blade A5 dilengkapi dengan skrin Full HD, dan juga kamera dual yang berkualiti. Paparan skrin tentunya tidak mengecewakan untuk menonton video dan filem di telefon.
Untuk kamera pula, ia dilengkapi dengan sensor auto fokus yang berfungsi dengan baik.
Bagi harga yang murah, ini mungkin smartphone bawah RM400 terbaik untuk anda.
Bagaimanapun, kekurangan bagi telefon pintar ini adalah dari segi chipsetnya yang kurang memuaskan dan juga bateri yang cepat habis.
Jika anda mahukan telefon untuk bermain game, ZTE Blade A5 mungkin akan mengecewakan anda.

- Chipset: Helio P22
- OS: Funtouch 4.5 OS (Android 8.1 Oreo)
- RAM: 2GB
- Storage: 32GB
- Saiz Skrin: 6.22-inch
- Resolusi: 720 x 1520 (HD+)
- Bateri: 4030 mAh
- Kamera: 13MP (utama) 5MP (swafoto)
Vivo Y91C dilengkapi dengan chipset berkualiti yang setara dengan harganya, iaitu Helio P22.
Selain itu, telefon pintar murah ini juga memiliki skrin HD+. Keunikan pada telefon pintar ini pula ia mampu untuk mengambil gambar swafoto dengan cantik dalam keadaan cahaya yang kurang.
Dari segi bateri pula, dengan kapasiti 4030 mAh, anda akan mendapat sebuah telefon pintar dengan ketahanan bateri yang memuaskan. Dengan sekali cas, ia mampu menemani anda untuk melakukan aktiviti seharian.
Tambahan lagi, bagi anda yang suka menggunakan Bluetooth, Vivo Y91C memiliki sambungan Bluetooth yang baik.
Bagaimanapun, kekurangan pada telefon pintar ini adalah pada fungsi potret mode. Jika anda mahukan kualiti kamera utama yang tinggi, ini mungkin bukan smartphone pilihan anda.
Dengan harga bawah RM400, anda tetap mendapat sebuah telefon pintar yang baik. Untuk harga yang lebih murah, Vivo Y91C boleh dibeli sekitar RM299 bagi telefon second hand dengan kualiti yang bagus.

- Chipset: Helio A25
- OS: Android 10
- RAM: 2GB
- Storage: 32GB, 64GB
- Saiz Skrin: 6.52-inch
- Resolusi: 720 x 1600
- Bateri: 4000 mAh
- Kamera: 13MP + 2MP (utama) 5MP (swafoto)
Apa yang menarik pada smartphone bawah RM400 terbaik dari jenama Wiko ini adalah ia memiliki saiz skrin yang besar iaitu 6.52 inci.
Agak besar berbanding telefon pintar lain pada harga yang sama. Tentu bagi anda yang gemar bermain game, atau menonton video akan puas dengan saiz paparan skrin yang besar ini.
Selain itu, Wiko View4 Lite juga menyediakan storan dalaman yang besar iaitu sehingga 64GB. Prestasi telefon pintar ini juga dikatakan mampu beroperasi dengan pantas semasa digunakan.
Model ini memiliki kamera dual dengan kualiti terbaik, dan juga kapasiti bateri yang memuaskan.
Jika anda suka mengambil gambar dan bermain game, Wiko View4 Lite mungkin memiliki kombinasi kamera dan bateri terbaik.

- CPU: Helio G25
- OS: Android 10
- RAM: 2GB
- Storage: 32GB
- Saiz Skrin: 6.53-inch
- Resolusi: 720 x 1600
- Bateri: 5000mAh
- Kamera: 13MP AI (utama), 5MP (swafoto)
Dengan harga bawah RM400, anda akan mendapat sebuah peranti yang hadir dengan spek berbaloi seperti chipset Helio G25 dan juga bater berkapasiti besar 5000 mAh.
Memang sangat berbaloi jika anda memilih Redmi 9A sebagai smartphone bajet anda.
Apa yang anda perlu tahu mengenai prestasi chipset telefon pintar ini adalah ianya memiliki kemampuan yang hampir sama dengan Snapdragon 625.
Jadi pengalaman anda untuk kegunaan harian seperti scrolling media sosial, menonton video atau filem, dan juga bermain game yang ringan amatlah lancar. Nak main game PUBG pun tiada masalah dalam setting ‘smooth - medium’.
Dari segi keselamatan, walaupun tiada pengimbas cap jari, Redmi 9A hadir dengan face-unlock sebagai sistem keselamatannya.
Jenama yang tidak asing lagi, dan tentunya berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

- Chipset: Helio P20
- OS: Android 7.0 (Nougat), naik taraf ke Android 8.0 (Oreo)
- RAM: 3GB
- Storage: 32GB
- Saiz Skrin: 5.0-inch
- Resolusi: 720 x 1280
- Bateri: 2300 mAh
- Kamera: 23MP (utama) 8MP (swafoto)
Sony Xperia XA1 hadir dengan reka bentuk empat segi yang kelihatan seperti sebuah model yang ketinggalan zaman.
Walaupun begitu, reka bentuknya amat sesuai dan selesa untuk diletak di dalam poket.
Apa yang terbaik tentang telefon pintar ini, ia memiliki resolusi skrin terbaik yang hadir dengan harga murah. Paparan skrin anda pastinya akan kelihatan jelas dan memberi kepuasan semasa menonton video atau bermain game.
Untuk kamera, dengan harga bawah RM400, Sony Xperia XA1 menawarkan antara kualiti terbaik dalam kalangan smartphone mid-range.
Bagaimanapun, dari segi interface ia tetap kelihatan seperti sebuah model yang lama.

- Chipset: Mediatek MT6739
- OS: Android 8.1 (Oreo), EMUI 8.1
- RAM: 1GB, 2GB
- Storage: 16GB
- Saiz Skrin: 5.45-inch
- Resolusi: 720 x 1440
- Bateri: 3020 mAh
- Kamera: 13MP (utama) 5MP (swafoto)
Honor 7S hadir dengan paparan skrin 5.45 inci dengan resolusi 720 x 1440. Kejelasan paparan skrin untuk telefon pintar ini berada pada tahap baik. Sesuai dengan harganya yang murah.
Dari segi chipset, ia hadir dengan Mediatek MT6739. Ia masih boleh beroperasi dengan baik namun tidak mampu untuk memproses kerja yang terlalu berat. Untuk kegunaan yang berat mungkin Honor 7S kurang sesuai.
Kamera telefon pintar ini berada pada tahap biasa dan masih boleh digunakan dengan baik. Namun anda tidak boleh mengharap kualiti gambar cantik seperti smartphone yang mahal.
Secara keseluruhan, dengan harga yang murah, Honor 7S mampu menawarkan apa yang diperlukan sahaja pada sebuah smartphone masa kini.
Untuk harga yang lebih murah, Honor 7S second hand dengan kondisi yang baik ada dijual. Anda akan mendapat sebuah smartphone yang lebih murah dan mampu beroperasi dengan baik.

- Chipset: Helio G35
- OS: Android 10, MIUI 12
- RAM: 2GB, 3GB, 4GB
- Storage: 32GB, 64GB, 128GB
- Saiz Skrin: 6.53-inch
- Resolusi: 720 x 1600
- Bateri: 5000 mAh
- Kamera: 12MP (lebar) 2MP (makro) 2MP (kedalaman) 5MP (swafoto)
Antara kelebihan paling besar bagi smartphone berharga bawah RM400 ini adalah kapasiti baterinya yang besar iaitu sebanyak 5000mAh.
Anda kini tidak perlu mengeluarkan duit yang banyak untuk memiliki sebuah telefon pintar dengan bateri tahan lama.
Selain itu, Redmi 9C juga hadir dengan 3 kamera belakang dan kamera swafoto 5MP yang pasti dapat menangkap gambar dengan lebih jelas. Is setanding dengan smartphone dengan kamera berkualiti yang lebih mahal.
Saiz skrin untuk model ini juga boleh tahan besar dengan 6.53 inci. Memang puas untuk menonton video atau bermain game menggunakan Redmi 9C ini.

- Chipset: Helio P10
- OS: Android 6.0 (Marshmallow)
- RAM: 4GB
- Storage: 64GB
- Saiz Skrin: 5.5-inch
- Resolusi: 1080 x 1920
- Bateri: 3000 mAh
- Kamera: 20MP (utama) 13MP (swafoto)
Smartphone bawah RM400 terbaik ini hadir dengan chipset MediaTek Helio P10 dan RAM sebesar 4GB.
Storan dalamannya pula ditawarkan antara 32GB dan 64GB, namun masih boleh menambah storan dengan slot microSD yang disediakan.
Bagi jenama HTC, kebanyakkan model memang memfokuskan pada kualiti audionya.
Ia dilengkapi dengan teknologi BoomSound pada jack yang akan memberikan kualiti audio yang lebih baik menerusi headphones. Untuk versi Pro, kualiti audio luarnya juga amat baik.
Untuk kamera, HTC Desire 10 Pro memiliki kualiti kamera yang baik. Hadir dengan 20MP pada kamera utama, kualiti gambar yang diambil pasti kelihatan jelas dan cantik.

- Chipset: Unisoc SC9863A
- OS: Android 11, Realme Go UI
- RAM: 2GB, 4GB
- Storage: 32GB, 64GB
- Saiz Skrin: 6.52-inch
- Resolusi: 720 x 1600
- Bateri: 5000 mAh
- Kamera: 8MP (utama) 5MP (swafoto)
Realme C11 tahun 2021 ini mungkin tidak mempunyai kelebihan yang ada pada telefon canggih lain, tetapi ia cukup untuk menawarkan fungsi asas untuk aktiviti seharian anda.
Hadir dengan Android 11, ia merupakan sistem operasi yang baharu dari Android dan mampu berjalan lancar pada Realme C11.
Saiz paparan skrin pada smartphone ini juga boleh tahan besar, dan pasti mampu beri kepuasan kepada anda semasa menonton video.
Untuk keselamatan skrin, Realme C11 dilengkapi Corning Gorilla Glass 3+. Dari segi kapasiti bateri, ia hadir dengan bateri 5000mAh yang cukup untuk bertahan sepanjang hari.
Secara asasnya, chipset Unisoc SC9863A bukanlah yang terbaik tetapi untuk Realme ia tetap dapat beroperasi dengan baik. Untuk tugasan berat, mungkin ianya kurang sesuai.
Tetapi dengan harga bawah RM400 anda tetap mendapat sebuah telefon pintar yang dapat digunakan dengan baik.
Tips Pilih & Beli Smartphone Murah
Selalunya bila kita melihat telefon pintar pada harga yang murah, tentu kita fikir ianya tiada kualiti yang terbaik.
Bagaimanapun, di pasaran sekarang banyak telefon pintar yang murah ditawarkan bersama dengan kualiti setanding dengan smartphone jenama mahal.
Sebelum membuat pembelian ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan. Jadi ini adalah cara memilih dan membeli smartphone murah agar wang yang anda keluarkan lebih berbaloi.
Tahu Tujuan Membeli Smartphone Murah
Sebelum anda bersetuju untuk membeli telefon pintar murah, anda perlu tahu apa tujuan anda membelinya.
Kebiasaannya, smartphone bawah RM400 akan menjadi telefon kedua bagi tujuan yang simple seperti whatsapp, membuat panggilan atau menyimpan nombor telefon.
Jadi ianya tidak sesuai jika anda mahu smartphone bagi tujuan penggunaan yang berat.
Senaraikan Spesifikasi Yang Diperlukan
Bila dah faham tujuan beli smartphone murah, kemudian anda senaraikan pula spesifikasi yang anda perlukan atau yang anda mahu.
Boleh lihat kualiti kamera yang anda mahu, berapa besar RAM dan ROM yang anda perlukan, dan juga kapasiti bateri yang sesuai dengan penggunaan anda.
Padankan spesifikasi-spesifikasi ini dengan gaya penggunaan anda.
Baca Review
Sekarang ini mudah untuk baca ulasan tentang sesebuah smartphone yang kita ingin sebelum buat pembelian.
Lakukan sedikit kajian tentang smartphone murah pilihan anda itu di YouTube, blog, website dan sebagainya.
Jangan terburu-buru buat keputusan.
Pastikan Ia Bukan Scam
Sekarang memang banyak kes scam melibatkan pembelian telefon pintar. Jadi amat penting untuk anda tahu harga telefon pintar tersebut di pasaran dan bandingkan dengan harga yang anda perolehi.
Sekiranya hanya satu kedai sahaja yang menjual pada harga murah, maka berhati-hati kerana ia mungkin bukan kedai sebenar.
Waranti
Walaupun anda membuat pembelian telefon pintar murah, pastikan anda mendapat waranti yang sepatutnya.
Walaupun wang yang dikeluarkan tidak begitu banyak, tetapi ianya tetap hak anda untuk mendapatkan waranti.
Ia akan berguna sekiranya smartphone anda bermasalah di kemudian hari. ketahui tempoh jaminan dan jaminan itu datangnya dari siapa.
Artikel Berkaitan
- 9 Smartphone Murah Bawah RM300 Terbaik & Berkualiti 2023
- 9 Smartphone Murah Bawah RM500 Terbaik 2023
- 9 Smartphone Bawah RM1500 Terbaik & Berkualiti 2023
- 10 Smartphone Android Terbaik Tahun 2023
- 9 Smartphone Terbaik & Terbaru Tahun Ini 2023
- 8 Smartphone Samsung Terbaik & Terbaru 2023
- 5 Smartphone Vivo Terbaik 2023 - Harga & Review
- 8 Smartphone Xiaomi Terbaik & Murah 2023 (Bawah RM1000)